Thursday, July 02, 2009

Penduduk Kampung Buah Pala tuntut kesaksamaan


Satu isu besar yang menghantui pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ialah kedudukan sebidang tanah yang bernilai tinggi di mukim Gelugor yang dikenali sebagai Kampung Buah Pala. Pakatan Rakyat mewarisi masalah itu daripada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan mantan Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Khoon.

Perkampungan terakhir orang Tamil di Pulau Pinang itu dikelilingi oleh bangunan dan taman perumahan yang pada satu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada ladang atau estet milik keluarga Brown.

Kampung Buah Pala diberi nama sempena ladang pokok pala yang diusahakan oleh David Brown, seorang ahli perniagaan yang kaya yang berhijrah ke Pulau Pinang semasa pentadbiran EIC (East India Company) yang diketuai oleh Francis Light.

Brown membuka ladang yang dikenali sebagai Gelugor Estate atau Periya Thottam kepada orang Tamil, iaitu ladang rempah ratus yang menghasilkan buah pala, cengkih dan lada hitam.

Selain Gelugor Estate, David Brown turut memiliki dua ladang yang tidak kurang luasnya itu Sungai Nibong dan Sungai Dua Estate (Sinna Thottam).

Turut memiliki ladang dan hartanah yang besar pada ketika itu ialah Francis Light sendiri dan James Scott.

Orang Inggeris menguasai hampir 75 peratus tanah di Pulau Pinang yang bermula dari puasat bandar hinggalah ke Sungai Nibong dan Ayer Itam.

Untuk mendapatkan tenaga kerja di ladang dan juga untuk kerja-kerja binaan jalan dan sebagainya, pihak Inggeris membawa masuk pekerja dari India terutamanya banduan. Bermula pada tahun 1790 rakyat India, kebanyaknnya negeri Tamil, berhijrah ke Pulau Pinang.

David Brown turut tidak ketinggalan membawa masuk pekerja dari India untuk bekerja di ladang rempah ratusnya. Tidak seperti tenaga kerja yang pulang ke India selepas mengumpul wang secukupnya, pekerja Brown memilih untuk menetap dan berkeluarga di ladang tempat mereka bekerja.

Apabila David Brown meninggal dunia pada tahun 1825 (iaitu 184 tahun lalu), pentadbiran ladangnya diambil alih oleh anak dan seterusnya oleh waris beliau yang lain. Apabila tanaman getah diperkenalkan di Tanah Melayu, keluarga Brown turut membuka ladang getah sehingga ke Sungai Ara.

Keluarga Brown adalah antara keluarga yang paling kaya di Pulau Pinang dan selain memiliki ladang getah dan rempah ratus, mereka turut memiliki tiga buah rumah di puncak Bukit Bendera.

Sebuah rumah yang dikenali sebagai David Brown's Cottage dibina di Strawberry Hill, yang dinamakan sempena ladang strawberry milik Brown, dan sebuah lagi rumah dikenali sebagai Brown House dan sebuah lagi bernama Mon Craig.

Jika anda ke Pulau Pinang anda akan diberitahu bahawa antara tempat yang menawarkan makanan ala-penjaja yang terbaik ialah di Padang Brown atau Padang Brom bagi sesetengah warga Pulau Pinang.

Padang Brown sudah tentu pada asalnya hartanah milik keluarga Brown yang dihadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang sebagai sebuah padang permainan terutama bolasepak. Di Padang Brown atau kemudian dikenali sebagai Padang Datuk Keramat terdapat sebuah tugu peringatan untuk David Brown iaitu Brown Memorial.

Selain Padang Brown, terdapat sebuah taman perumahan yang menempatkan rumah kos rendah hinggalah ke kos sederhana tinggi yang dikenali sebagai Brown Garden. Ia adalah sebahagian daripada tanah Gelugor Estate yang dijadikan kawasan perumahan awam antara yang terawal di Pulau Pinang.

Brown Garden kini bertukar nama kepada Taman Tun Sardon, iaitu semasa orang politik begitu ghairah menukar nama jalan, kampung dan tempat daripada nama Inggeris kepada nama tempatan dan Brown Garden adalah antaranya.

Bertentangan dengan Brown Garden terdapat sebatang jalan yang bernama Jalan Helen Brown, iaitu nama salah seorang waris David Brown yang 'mewakafkan' hartanya kepada penduduk tempatan. Saya tidak tahu sama ada jalan itu masih wujud atau namanya telah ditukar kepada nama tempatan.

Tanah Kampung Buah Pala adalah antara hartanah keluarga Brown yang diamanahkan kepada penduduk atau waris pekerja ladang berkenan.

Hartanah itu berpindah milik kepada Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang. Saya tidak tahu bagaimana atau bila hartanah itu dipindah milik dan siapa pemiliknya sebelum dipindah milik.

Syarikat yang bakal memajukan Kampung Buah Pala ialah Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd
yang bakal mengubah wajah kampung tradisional itu kepada sebuah projek mega termasuk kediaman mewah.

Waris pekerja Gelugor Estate yang datuk nenek mereka mula menetap di situ hampir 200 tahun lalu kini berdepan dengan masalah paling besar dalam sejarah kehidupan mereka. Tanah yang dikurniakan kepada datuk nenek mereka telah berpindah milik kepada orang lain dan kini mereka menanti masa untuk diusir entah ke mana.

Penghuni Kampung Buah Pala adalah waris insan yang turut memberi sumbangan kepada kemakmuran ekonomi Pulau Pinang, mereka turut memberi sumbangan kepada pembangunan Pulau Pinang dan mereka adalah warga negara yang hanya mengenali Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka.

Mereka bukan seperti sebilangan pekerja dari India yang ke bumi bertuah ini untuk mengumpul wang yang kemudian dibawa pulang ke negara asal, golongan itu dikenali sebagai "Adi Dravidas".

Waris pekerja ladang Gelugor Estate yang menghuni Kampung Buah Pala adalah warga negara yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan Pulau Pinang. Mereka menuntut kesaksamaan sama seperti orang lain yang berhak berbuat demikian.

Inikah Satu Malaysia?

26 comments:

askar melayu said...

Syed,
Noted that the problem was inherited from BN. To all partisan analysts, BN have done nothing but bad things. But who promised the sun and the moon to these unfortunate people during the election? Only cash offerings are called bribery? Guan Eng can't even meet these people face to face now.

Syed, DAP Kedah can pull-out of Pakatan because of one illegal pig abattoir and do you think the issue of pigs is bigger than this Tamil settlement? I thought so too.

Stop the spin Syed - instead of asking whether "Inikah Satu Malaysia?", you should ask adakah ini Malaysian Malaysia?

Unknown said...

Askar Melayu,

This is not a spin. I am not a spin doctor. I don't write for either BN nor Pakatan Rakyat although I am a card carrying member of a certain ruling political party. I was once offered "reward" to write for one (no reward for correct answer) of the political organisations.

I mentioned Satu Malaysia because it has to do with the present slogan. Malaysian Malaysia is not in my book.

The Kedah pig abattoir issue is nothing compared to the sufferings of the Kampung Buah Pala villagers. Their forefathers set up homes on that valuable piece of land, considered a heritage by many, some 200 years ago. I strongly believed that they should be given a fair deal by the government of the day, that is the DAP-led state government.

If I may add, the Kedah pig abattoir issue is nothing more than a political gimmick, as Kit Siang said, it is another crisis of confidence, nothing more, nothing less.

siakap said...

Pak Syed,
Negara ini mempunyai undang-undang dan ia patut dilaksanakan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Saya bersimpati dengan pendudk setinggan Kampong Buah Pala itu tetapi pemaju telah betindak mengikut undang-undang untuk melaksanakan projek mereka.Kupasan sejarah yang Tuan Syed berikan amat menarik tetapi ia tidak dapat mengubah situasi undang-undang semasa. Kita mesti ingat sekarang, bahawa janji-janji politik, tidak boleh dibawa ke muka undang-undang kerana janji lisan carries no weight.Saya juga tidak pasti kesemua 200 keluarga kamng berkenaan pangkah pembangkang pada pilihanraya umum lepas.Jika BN menang pada pilihanraya umum lepas, penduduk kampong itu tetap juga akan diusir (malah lebih cepat lagi). Sebenarnya kes kamong itu dibesa-besarka leh media untuk memburuk-burukan kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Berapa banyak kawasan setinggan di Selangor dan Kuala Lumpur semasa kerajaan BN, diroboh tidak menjadi berita besar pun. Please don;t get me wrong, I am not a supporter of any political parti, my vote is rahsia.

Unknown said...

Sikap,

Saya setuju mengenai bab undang-undang. Kita cuma minta sedikit keadilan daripada pihak berkenaan.

Saya menghuraikan sejarah kerana setahu saya, waris Brown Estate telah menyerah tanah berkenaan kepada pentadbiran negeri dahulu untuk dijagai, atau dalam perkataan lain di "wakafkan" kepada penduduk tetapi bukan menyerah hak milik. Kerajaan Negeri bertindak sebagai pentadbir atau pemegang amanah.

Yang menjadi tanda tanya bagaimana dan bila hak milik tanah itu diberi kepada koperasi pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang sedangkan ia bercanggah dengan "wasiat" Brown Estate.

Perkara memindah milik harta wakaf orang Islam kepada bukan Islam juga pernah berlaku beberapa puluh tahun lalu. Ia membabitkan hartanah di Beach Street (Lebuh Pantai) dan jika harta wakaf pun boleh dipindah milik, kita bimbang apa yang seterusnya akan dilakukan ke atas harta sedemikian yang agak banyak di George Town. Ini yang membimbangkan saya.

Goh Wei Liang said...

Kalau dulu di Perak adanya krisis perlembagaan, bukan main ramai blogger Pakatan, penyokong Pakatan, peguam Pakatan dan juga bekas hakim yang keluar memberi pendapat.

Kalau dulu Dato Najib mengumumkan pakej perangsang dan belanjawan serta liberalisasi ekonomi negara, bukan main ramai "pakar" ekonomi dan kewangan dari Pakatan termasuk pemimpin yang ke arus media menghentam Dato Najib.

Tapi apabila wujud masalah di Pulau Pinang dan kerajaan negeri di kuasa Pakatan Rakyat, Tian Chua tidak kelihatan menghempas kereta Camry beliau seperti dulu.

Tidak pula kedengaran suara-suara bijaksana pakar kewangan, ekonomi dan perundangan.

Semuanya diam sahaja.

Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Di P.Pinang terdapat banyak kes kontroversi maupun penyelewengan dalam hal pentadbiran tanah yang berlaku semasa BN perintah termasuk isu pentadbiran tanah-tanah wakaf. Sungguhpun tidak berleluasa tapi ketara,cuma ianya tidak mendapat pendedahan media. Sungguhpun demikian, BN sebagai parti tidak boleh disalahkan tapi orang-orang tertentu di bawah panji BN yang kurang jujur.
Nampaknya, P.Pinang di bawah Guan Eng sama saja seperti Koh Tsu Khoon. Koh Tsu Khoon dikenali oleh sesetengah orang suatu masa dulu sebagai Ketua Menteri ‘ P.Pinang’ (pulau saja tidak termasuk Seberang Perai). Ini adalah kerana beliau lebih banyak tumpukan kemajuan di pulau tersebut serta pengundi-pengundinya di sana, di mana majoritinya adalah terdiri daripada satu kaum. Guan Eng juga sedang lakukan perkara yg sama di atas dorongan ‘penasihat-penasihatnya’ di P.Pinang. Beza sedikit adalah beliau kini menjaga hati pengundi-pengundi kalangan kelas biasa dan separa pertengahan yang menjadi majoriti. Manakala, Koh Tsu Khoon pula telah melencong banyak kpd golongan korprat dan usahawan besar,inilah di antara sebab beliau dan rakan-rakan politiknya kalah di PR ke-12 yg lalu.
Bagi saya, penduduk Kg Buah Pala tidak akan dapat perlindungan kemanusiaan yang sewajarnya dari aspek perundangan kerana lunas undang-undang lebih memberatkan terhadap dokumentasi-dokumentasi sah serta hasil perintah hukuman kes-kes yg lalu. Dalam satu kajian kes yg lalu, pembeli dan penjual tanah dilindungi undang-undang walaupun pemilik asal buktikan bahawa terdapat pemalsuan di dalam proses pemindahan hak-milik tanah tersebut sebelum itu. Sungguhpun demikian, besar kemungkinan penduduk kampong tersebut akan dapat pembelaan sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil di kawasan DUN atau parlimen tersebut seperti yang pernah kita lihat.

Anonymous said...

Syed;

Malasia tad dak bagus. India manyak bagus. Penang dekat Madras. Sewa bot balik kampong.

MRSM Kalae Chepo 66/73

Anonymous said...

Tuan,

Jalan Helen Brown dah ditukar kepada Jalan Ismail Nagor, bekas ketua pemuda UMNO Pulau Pinang. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Harya Nana harya!

abu said...

This is normal land acquisition process. It happened to other people also including malays. This is never abaout race. It is just so happened that the villagers are indians.

Because they are indians, and we are afraid of being accused as racist, then we have to fulfill their pledges. Is this the way of today's thinking pattern?

What about those malays villagers where their land being acquired by government for developments?

Why there are no hoohaahh like those indians in penang? It is because we respect law. And because we are malays- a bunge of nice people giving up their land for foreigners....

Blower said...

Salam Tuan,


Kupasan yang menarik berkaitan sejarah Kg Buah Pala

Somebody should dig the transfer of ownership record from the beginning

Sad to talk 'bout those who're not in the coverage elsewhere when 'its' happen too out there

Thanks for the brief hiSTORY

Mike Tan said...

Tuan Syed,
The damage is done.Was the land sold to Koperasi Pegawai Kerajaan at dirt cheap price in order to please the civil srevant and solicit loyalty?

How could somebody be so cruel as to annext the land under thrust,deceiving the gullible residents? Land can only be acquired for projects which are of benifit to the people ie for school,hospital,roads and not to sell it to commercial developers for a quick profit to give devident to civil servants.

My hearts goes out for the residents.I hope all parties involved will sit down and work out an amiacable solution.

Mike Tan

Unknown said...

Mike Tan,

Former CM Tsu Khoon said it was state land. As far as I am aware, the land was entrusted by the Brown family to the state and the residents, then children and grand-children of the pioneer estate labourers, allowed to stay in the village.

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
isu ini peninggalan koh tsu koon sebagai masalah kepada guan eng.

HeroHuruHara said...

Saya tidak ingin menyentuh perihal penjualan tanah tersebut kerana ianya melibatkan undang-2, tetapi saya lebih berminat pada isu pampasan dan ganti rugi serta tegarnya sifat tamak segelintir masyarakat.

Pampasan awal yang ditawarkan: RM60000
Pampasan kemudiannya: RM90000
Pampasan seterusnya: RM200000
Pampasan yang sedang dituntut:
RM600000

Saya bukan mahu menyentuh tentang racisme tetapi di Malaysia khususnya di Pulau Pinang tolong sesiapa kabarkan pampasan setinggi ini bagi kes-kes sebegini untuk kaum Melayu yang sudahpun menjadi sejarah di Tanjung Tokong, Kampung Jawa, Sungai Nibong dan sbgnya...
Mengapa apabila setinggan atau kampung asal ratusan tahun dihuni penduduk Melayu dibangunkan tidak dibangkitkan hingga ke tahap nasional seperti ini? Tetapi segelintir kecil masyarakat bukan Melayu yg sudah pasti lebih untung berbanding penduduk asal menjadi pertaruhan politik dari pelbagai pihak termasuk HINDRAF?

Tolong kaji kes-kes lain juga dan sekiranya benar penduduk Kg. Buah Pala berhak mendapat RM600000 seperti yang diperjuangkan maka penduduk-penduduk Melayu asal di kampung yg dibangunkan dengan pampasan semurah bawah RM100000 juga perlu dibayar semula tunggakan pampasan sama nilai seperti kes di Kg. Buah Pala... Maaf saya bukan pakar atau orang bijak tetapi sudah lama memendam hati melihat mudahnya kes melibatkan penduduk asal Melayu diselesaikan berbanding penduduk bukan Melayu... Kalau nak 1MALAYSIA pastikan sama rata !

I am no Malay in my life, but Muslim all the times

Anonymous said...

huh sy tak larat dah dng aper yg belaku dlm malaysia ni time sekolah dulu sy hidup senag jer tp bila dah makin dewasa masuk umor 15 tahun from three je dah mula ambil tahu pasal politik negara tahun 1999 kecuh kes liwat.

now bila dah masuk UITM xboleh lari dr politik mesti kena ambil tahu juga kes UITM nk buka pada bukan bumi erm tu satu hal.

raser macam xmo dah amik tau hal malaysia ni BN pun ader salah PAS pun salah PKR pun salah maklum lah semua mahusia.

paling x tahan bila tgk melayu kena caras hak sikit semi sikit.

politik plak bagai ombak gelora.
ada sampai satu tahap anda semua yg BN PAS PKR DAP semua akan temui pencipta, tgk lah maser tu macam maner kami perintah negara ni

time tu anda semua dah xder kat muka bumi tuhan ni. kami generasi akan datang akan ubah malaysia ni cukup-cukup.

zahrul student uitm s.alm

Arif Fazil said...

Saya amat menyokong komen yang telah diberi oleh HeroHuruHara.
Kita asyik membicarakan tentang keadilan terhadap penduduk kampung Buah Pala. Bagaimana pula dengan keadilan terhadap ahli koperasi pegawai kerajaan pulau pinang yang terdiri daripada ribuan ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum? Adakah bila India sahaja yang mengalami masalah, hal tersebut akan diheboh satu Malaysia. Lim Guan Eng pula sesenang hati dia sahaja untuk menentukan
pembahagian tanah Kg Buah Pala dimana pihak koperasi cuma mendapat 1/3 sahaja.
Secara undang2nya,pihak koperasi berkuasa penuh terhadap tanah tersebut dan Guan Eng hanya menaburkan janji kosong kepada
penduduk Kg Buah Pala.

p/s: Im not racist but the situation ask me to.

Unknown said...

Ia bukan isu perkauman dan saya faham apa yang saudara bangkitkan.

Yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana tanah yang diamanahkan (place in trust) kepada kerajaan negeri boleh dipindah milik. Cuba bayangkan, jika ia boleh menimpa Kampung Buah Pala ia sudah tentu boleh menimpa kampung lain termasuk harta yang diwakafkan. Ini yang membimbangkan saya.

Saya mendapat tahu bahawa ianya berlaku semasa Dr Ibrahim Saad menjadi timbalan ketua menteri.

Mengenai isu Tanjong Tokong, cuba tanya UMNO Bahagian Bukit Bendera apa yang pemimpin mereka buat. Pada waktu itu UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan negeri BN pimpinan Gerakan. Tanjong Tokong berada dalam penguasaan UMNO Bukit Bendera. Malangnya satu demi satu kampung Melayu hanyut termasuk Kampung Haji Mahmood. Tanya pemimpin Melayu Pulau Pinang apa mereka buat untuk menyelamatkan kampung-kampung Melayu.

Sekarang baru mereka nak buka mulut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum yang lalu. Semasa mereka ada kuasa, diam saja. Kenapa?

Arif Fazil said...

Jikalau Encik Syed Imran mahu berdiskusi tentang kemusnahan kampung2 melayu di Pulau Pinang, saya
berpendapat bahawa Encik Syed telah bertemu dengan saksi dan mangsanya sendiri. Apa yang saya marah dan geram adalah apabila kaum India yang disingkirkan daripada penempatan mereka, golongan politik tertentu pantas membuat liputan bagi menghangatkan isu yang dibawa mereka. Tetapi apabila kaum Melayu dipinggirkan, mereka tidak diendahkan langung. Penduduk kampung buah pala perlu bersyukur kerana pihak koperasi menawarkan pampasan yang amat mewah sekali bagi saya. Apabila saya dan sekeluarga diusir daripada perkampungan Melayu di Air Itam dahulu, kami cuma diberikan rumah flat Farlim yang amat tak seberapa.

Unknown said...

Itulah kesannya apabila berubah pentadbiran.

Isu kampung-kampung Melayu yang satu demi satu terhapus berlaku semasa pemerintahan BN dalam mana UMNO turut sama. Tiada suara membantah kerana faktor kepentingan diri.

Saya masih ingat betapa ghairahnya kerajaan negeri terutama TKM Ibrahim Saad dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk mengambil alih masjid Simpang Enam atas nama pembangunan. Waris insan yang mewakafkan masjid itu mengambil tindakan undang-undang dan membawa kes itu ke mahkamah tinggi. Pewaris menang dan kerajaan negeri/MAIPP kalah. Cuba bayangkan apa akan berlaku jika kerajaan negeri (Ibrahim Saad) menang.

Tindakan untuk ambil alih harta wakaf telahpun berlaku dan mujurlah Hakim Mahkamah Tinggi P Pinang ketika itu, Dzaiddin Abdullah (sekarang Tun dan bersara sebagai Ketua Hakim Negara), begitu arif dan bijak merujuk kes-kes tertentu termasuk di India sebelum membuat penghakiman memihak kepada pewaris dan bukan kepada MAIPP/Kerajaan Negeri.

Isu Kg Buah Pala ada kaitan kerana ia adalah harta yang dimanahkan kepada kerajaan negeri untuk penduduk. Saya tidak menyalahkan Koperasi berkenaan kerana ia bukan perbuatan mereka, iaitu memindahkan hak milik, tetapi perbuatan pentadbiran negeri yang termasuk Ibrahim Saad (TKM ketika itu).

Saya simpati atas nama kemanusiaan bukan kerana soal bangsa mahupun agama.

mahayuddin Ibas said...

Saya berasa amat terharu dengan kes yang melibatkan sebuah kampung peninggalan keluarga Inggeris ni. Apa-apa yang berlaku kepada penduduk kg. buah pala adalah cerita yang biasa kita dengar sebelum ini. Saya tidak mahu menyalahkan parti politik dalam soal ini tetapi yang patut disalahkan ialah diri kita sendiri. Dalam kes penduduk kg. buah pala, tanah yang didiami merupakan tanah wakaf. Sama ada betul itu tanah wakaf atau tidak itu tidak penting. yang penting di sini siapakah pemilik tanah itu. maksudnya, pemilik tanah perlulah memiliki dokumen atau geran tanah untuk dibangkitkan di mahkamah. Bagimana tanah itu ditukar milik atau bilakah tanah itu ditukar milik juga tidak penting. Penduduk kg. perlu bertindak secara profesional dengan membawa segala bukti dan dokumen yang boleh menyokong tuntutan mereka. Pengajaran dari peristiwa kg. buah pala ialah,
1. Kita jangan menganggap tanah yang diduduki (tanah wakaf?) selama ratusan tahun menjadi hak kita atau boleh kita duduki selama-lamanya.
2. Berpeganglah pada undang-undang negara dan jangan cuba bermain politik dalam soal ini.
3. Berfikirlah dan bertindaklah secara rasional dan profesional.

Ingatan kepada pemimpin dan penduduk kg.buah pala:

1. Patuhi undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
2. Isu kg. Buah pala tolong jangan dipolitikkan.
3. Pemimpin politik jangan menangguk di air keruh.

Konsep Satu Malaysia bukan bermaksud melunaskan semua masalah rakyat di meja politik semata-mata.
Konsep satu Malaysia perlu difahami dan dihayati oleh rakyat. Jangan kita menyalahkan kerajaan jika masalah kita tidak diberikan perhatian. Banyak lagi masalah rakyat majoriti yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Kalau hal sebegini dibesar-besarkan, saya pasti bukan Dato najib saja yang pening malah Satu Malaysia pun peninggg....

Anonymous said...

salam satu malaysia.
Kita sebagai masyarakat berbilang bangsa bersatu teguh untuk negara.
Salam satu malaysia.
Tetapi apakah nilai murni yang ingin diturunkan oleh koperasi pekerja kerajaan kepada anak- anak kita?
Adakah keteguhan yang kita bina selama ini atau sifat tamak halobak yang diterapkan ke generasi akan datang?
Apa jadi kepada sifat kemanusiaan?
Adakah wang lebih penting daripada nyawa seseorang atau kehidupan seseorang?
Apakah yang koperasi pekerja kerajaan pulau pinang ingin buktikan dalan hal ini?
Adakah mereka lebih pentingkan keuntungan lebih daripada manusia?
salam satu malaysia!!!
Adakah laungan ini hanya khabar dari rupa?
Apakah peranan perdana menteri kita dalam hal ini?
Sebagai ketua penduduk, apakah tindakan lanjutan beliau?
Adakah laungan 1 malaysia hanya gimik politik?

Saya tak ingin tahu siapa yang salah dalam hal ini,
tetepi apakah dosa penduduk kampung buah pala?
Jadi pelarian di tanah sendiri!!
Jadi peminta sedekah!!!
Adakah daya mereka?

Adakah koperasi berkenaan itu miskin?
Kenapa mereka tetap berdegil ingin hapuskan perkampungan berkenaan?
Mereka hanya ingin tunjukkan keuntungan kepada ahli mereka ttp
mereka lupa satu perkara,
YANG ESA TETAP PERHATIKAN MEREKA........
SALAM SATU MALAYSIA!!!!
p.s.
Saudara mahayuddin Ibas,
A)tiada pihak ingin berpolitikkan hal ini. tetapi apakah tindakan anda jika anda salah seorang penduduk kampung buah pala?
1. Mematuhi undang-undang?
2. Tidak akan mempolitikkan hal ini?
Apakah tindakan saudara?
Tepuh dada, tanya selera
Salam.......

Anonymous said...

kampung buah pala residents are blood suckers and wasting the penang state money.. I am a penang resident and it just makes me want to spit at them .. shit get out of penang!

1penangResidentTiredofStupidPpl

seliparteropoh said...

tertarik ngan komen yg di atas skali,mengenai binatang 'babi'..kenapa saling menuding jari?pakatan mentadbir,bn ckp mengenai pembelaan babi protes sana sini,begitu jugak sbaliknye apabila bn mentadbir pakatan akan protes sana sini..bukankah 2 kali lima je namanye tuh..so nape nak heran ngan ternakan babi nih,..biar je lah, selagi org menetrnak babi and ade yang memakanya tuh wujud..tak payah jadikan isu..sama je sape2 memerintah..xleh pakai,1 ke 2 ke 3 ke 4 malaysia ke tetap sama selagi Allah x turunkan bala

kuda htam said...

Isu terpencil..
Tetapi tertarik ngan komen di atas skali.Mengenai ternakan babi air tawar.Mengapa ternakan ini perlu di kecoh-kecohkan di bising-bisingkan digembar gembur menjadi hangat.
Pakatan rakyat memerintah,bn akan menbuat huru hara mengenai tempat pembiakan ini,begitu juga sebaliknya apabila bn memerintah pakatan akan menpertikaikan isu ini.Bukankah sama je sesapa memerintah,so kenapa nk bising-bising?diam-diam je la selagi ada yang menternaknya dan ada yang memakannya.22 xleh pakai.Lainlah kalau alim ulamak yang memerintah

Unknown said...

Sejarah tu yang di ceritakan mengatakan pemiliknya En brown, baca la sejarah balik , pemilik sebenarnya raja kedah yang ditipu Inggeris, Sultan Muhamad Jiwa masa tersebut memerintah tapi sebab ancaman siam dia terpaksa meminta inggeris membantu, kesempatan ini digunakan konaon2 mereka akan melindunggi kerajaan kedah tetapi inggeris tidak buat begitu ini bermakna penjanjian tersebut terbatal, tetapi kerana inggeris sangat berkuasa dalam kenteteraan , sultan kedah tidak oleh buat apa2.jadi bila dah merdeka sepatutnya pulau pinang dikembalikan kepada kedah , Tidakkah begitu??

pakngah santan said...

mana anwar ibrahim? senyap saja.adakah mungkin sebelum pru 12, dia sudah janji sama dua-dua pihak, kpg buah pala dan koperasi. sini cakap lain, sana cakap lain?

mana tian chua? pasal apa tian chua tak dak datang penang dan kasi duduk depan bulldozer macam dia buat di kl?

dap cakap mau settle itu problem. tak kiralah yang ini problem ditimbulkan oleh bn. kalau mau blame bn, maknanya dap tak boleh settle itu problem juga. maknanya dap pun cakap tipu juga tapi orang tak nampak.