Muktamar Agung PAS yang baru berlangsung memberi isyarat jelas tentang hala tuju parti berlandaskan Islam itu dalam arena politik tanah air.
Kemenangan mereka yang berpendirian sederhana tetapi tegas dalam soal siasah Islamiah pada pemilihan barisan kepimpinan parti adalah dijangka dan sewajarnya memperlihatkan sokongan ahli dari semua peringkat.
Bagi jawatan timbalan presiden yang berjaya dipertahankan dengan kelebihan undi yang besar oleh YB Nasharudin Mat Isa, perwakilan dengan cukup jelas memperlihatkan sokongan kepada golongan ulama yang diterajui oleh YB Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Kekalahan YB Husam Musa, terutamanya, menunjukkan bahawa perwakilan menolak golongan yang dikatakan mirip kepada perjuangan politik YB Anwar Ibrahim yang menerajui apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat.
Saya pernah bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan YB Nasharudin dan mendapati beliau adalah seorang pemimpin yang berpendirian terbuka tetapi sederhana dan mengutamakan perpaduan ummah.
Anak jati Negeri Sembilan itu telah diterima oleh pengundi di Kedah dan kini Kelantan sebagai wakil rakyat, sesuatu yang mungkin sukar bagi orang lain kerana di negara ini politik kenegerian masih tebal terutama di kalangan bukan parti PAS. Soal "anak tempatan" sering kedengaran setiap kali pilihan raya diadakan tetapi tidak pula apabila ia melibatkan YB Nasharudin, inilah antara kelebihan beliau selain memperlihatkan keterbukaan di kalangan ahli PAS yang secara umumnya tidak mengamalkan politik kenegerian.
YB Nasharudin, seperti YB Tuan Guru Haji Hadi, menyokong kuat perpaduan ummah dan kemenangan mereka yang menyokong pendirian tersebut mungkin boleh memberi sumbangan ke arah itu demi kepentingan negara dan ummah.
Ummah perlu bersatu dan berpadu tenaga kerana cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi amat berat. Sama ada ummah akan tenggelam atau timbul dalam arus dan gelombang yang tidak henti-henti membelah alam sejagat bergantung kepada kedudukan ummah itu sendiri, sama ada bersatu padu atau sebaliknya.
Saya rakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan baru PAS dengan harapan semoga mereka akan mampu melakukan sesuatu ke arah perpaduan ummah.
12 comments:
Sdr SIA,
Dalam keadaan sekarang, perpaduan ummah amat penting diberi perhatian dan diusahakan pencapaianya. Usahlah kita terlalu terikat dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini mengenai hubungan Umno-PAS. Keadaan berubah dan manusia juga berubah. Apa salahnya sesama umat Islam, tak kira daripada parti mana sekalipun, kembali bersatu? Kalau kita boleh berbaik-baik dan bersepakat dengan orang lain, kenapa kita tak mahu bersepakat sesama kita, demi masa depan agama, bangsa, anak cucu dan tanah air kita?
Sudah lama umat Islam di negara ini berpecah-belah kerana politik, sedangkan orang lain sentiasa bersatu-padu dalam memperjuangkan kepentingan mereka, walaupun mereka menganggotai parti berbeza. Tidakkah kita nampak perkara ini?
-- Balanglama
Syed
Dulu amanat Hj Hadi mengatakan orang UMNO kafir, sekarang ni nak 'bekerjasama'. Adakah amanat ini dah over-write amanat yang terdahulu. Sehubungan itu juga PAS tidak boleh bekerjasama sebab UMNO kafir tetapi bilamana DAP tidak kafir? Maknanya Anwar Ibrahim dan ahli UMNO dalam PKR juga tidak lagi kafir sekarang?
Askar Melayu,
Itulah manusia namanya. Salah dan khilaf adalah permainan hidup. Yang tersalah atau terkhilaf boleh diperbetulkan semasa hayat masih ada.
Dalam politik, semuanya boleh berlaku, kawan boleh jadi lawan, seteru boleh jadi sepakat dan yang pernah berlawan boleh berkawan semula manakala yang berkawan bertukar pula menjadi lawan.
Walau apa pun, sekiranya ia adalah untuk kebaikan ummah, ia semestinya diterima dengan baik.
Balanglama,
Benar kata saudara, orang lain bersatu walaupun berlainan ideologi politik, tetapi umat Islam masih bertelagah, tidak kira dimana-mana.
Askm.
Sebarang usaha untuk menyatupadu dan mengukuhkan umat Islam di negara ini perlu disokong. Realitinya sekarang kita berpecah. Perpaduan ummah lemah. Islam meminta kita menyayangi satu sama lain dan bukannya berbalah. Ada pihak-pihak tertentu yang gembira dengan perbalahan yang berlaku antara kita kerana mereka mendapat faedah daripada perbalahan ini.
Luah Fikiran,
Melayu berpecah bukan sahaja dalam bidang politik tetapi hampir semua bidang termasuk ekonomi dan fahaman agama.
Lupakah orang Melayu akan kata-kata semangat "bersatu teguh, bercerai roboh"?
Apa akan terjadi kepada cucu-cicit kita, hanya Allah yang tahu.
Betul manusia tidak boleh lari dari kesilapan tetapi amanat Hj Hadi bukan kesilapan malah amanat atau policy PAS yang dijanakan melalui ayat-ayat AlQuran. Beliau menggunakan ugama dan status ulamak untuk mengkafirkan saudara seIslam.
Juga betul politik menghalalkan cara tetapi sampai begitu sekali. Dimana kredibiliti beliau sebagai ulamak?
Sebelum ada niat untuk bekerjasama, pohon maaf dahulu terhadap orang yang telah dikafirkan nya dulu. Amanat Hj Hadi penuh dengan kebencian yang meluap-luap yang memecahkan umat Islam.
Pada hemat saya.. boleh bersatu. PAS admin ttg pentadbiran Islam.. BN admin ttg pentadbiran ekonomi... boleh punya..
View Profile: Rantong™
Salam buat Pak Tuan, semoga sihat selalu....
Kerjasama antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang diidam2kan oleh setiap umat islam yang ikhlas dinegara ini. Tapi yang menjadi persoalannya, adakah ini hanya sekadar lakonan politik atau sesuatu yang benar2 keluar dari hati yang bersih.
Dari pengamatan saya,terdapat sebilangan besar ulama dalam PAS yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan agama melebihi segalanya. Yang menjadi persoalan adalah, sejauh mana keikhlasan pembesar-pembesar UMNO dalam mengikat kerjasama diantara kedua pihak. Kebanyakkan pemimpin UMNO yang ada sekarang lebih mementingkan kepentingan peribadi untuk mengekalkan kuasa mereka.
Bagi pihak UMNO, jika kerjasama ini berlandaskan untuk menyelamat nyawa UMNO, percayalah ianya tak akan ke mana malah akan mempercepatkan UMNO dikapankan. Oleh itu, kepada kedua2 pihak haruslah letaklah kepentingan agama dan bangsa ditempat yang paling atas.
Sesungguhnya manusia terlalu lemah dan tidak terlepas daripada melakukan dosa, tidak kira kedudukan dan sedalam mana ilmu di dada, Haji Hadi tidak terkecuali.
Yang penting sekarang ialah perpaduan ummah, umat Nabi Muhammad s.a.w. yang menuju ke era akhir zaman. Sampai bila umat nak bertelagah dan bersengketa sedangkan kita adalah bersaudara yang menghadap kiblat yang sama.
Inilah masa dan ketika untuk bersatu walaupun ia sesuatu yang sukar dan berat kerana perbezaan fahaman dan ideologi yang bak lembah dengan gunung, tapi apa salahnya jika dicuba dan diusahakan.
Pak Syed,
Seelok-eloknya kedua-dua pihak dapat duduk semeja berbincang dengan baik demi bangsa, agama dan negara.
Kata orang ckap senang tetapi kenyataan agak sukar kerana luka lama masih berparut.
perpaduan itu amat dituntut dalam Islam dan tiada beza sesuatu umat kecuali agamanya. Tolak ras perkauman tetapi perkuatkan persaudaraan Muslim.
Produk Telaga Biru Dilema Melayu-Islam, Kurang Fikir atau Kurang Zikir? satu kupasan dari kacamata bebas oleh Pahrol Mohamad Juoi relevan bagi perbincangan ini.
Obsesi tuntutan demi tuntutan dari pihak bukan Melayu/Islam, kadangkalanya dgn sokongan Melayu/ Islam liberal sejak PRU 12 sehingga kini, menagmabil kesempatan 1Malaysia pulak perlu diberi perhatian yg serius.
Post a Comment