Tuesday, May 12, 2009

Zamry pula dapat perintah tangguh

Mantan MB BN Perak Datuk Dr Zamry Abdul Kader hari ini mendapat perintah dari Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi KL yang mengisytihar MB PR Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah.

Persidangan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini tidak dianggotai tiga orang hakim seperti sepatutnya tetapi oleh seorang hakim sahaja, Datuk Ramly Ali.

Berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan iu, maka kedudukan politik di Perak kembali kepada status kemelut dan kelam kabut. Siapa MB yang sah?

Awal-awal lagi peguam UMNO telahpun meminta Ir Nizar mengosongkan bilik atau pejabat MB. Apa akan berlaku selepas ini?

Nampaknya, dunia akan terus dipertontonkan sandiwara politik yang melakonkan perebutan kuasa antara dua puak yang berlainan fahaman dan pendirian politik.

Pi mai pi mai, tang tu jugak!


6 comments:

Blower said...

Salam Tuan,

Kenapa 1 dari 3 panel hakim saja yg buat keputusan? Yang lain boikot ke? Atas 'tekanan' pihak tertentu barangkali!!!

Kenapa cepat sangat boleh di dengar rayuan ini?

Kenapa rayuan dengar boleh cepat tapi bila nak dibicarakan tak tentu tarikh bila? Strategi siapakah ini?

REDAH bab dia boleh saja... tapi kalau bab orang lain FRU dok mai...

MALAYSIA BOLEH.....blah

Blowdwhistle.blogspot.com

Naruto Sensei said...

Apa nak jadi? semalam Zambry cakap patuh pada keputusan mahkamah.
hari ni tergesa2 nak buat rayuan tanpa hujah peguambela dari pihak Nizar terus je permohonan diluluskan.. ha ha ha memang mahkamah yang bersidang hari ini ciptaan BN UMNO belaka ...

Orang lain merayu kes sampai berbulan2 UMNO punya kes sekejap betul dapat keputusan ha ha ha..
Pagi baru sidang, tengahari dapat keputusan memang meragukan..

Cepat betul buat keputusan.. kalau masa nak sah MB berbulan2..Apara nampak sangat mainan politik UMNO di lakonkan oleh hakim2 yang mengikut telunjuk Najib... buktinya semalam pun Najib dah bagi amaran jangan suka sangat.. tindakan akan dirancang apa makna tu?

Ha ha ha.. apalah akan jadi pada Hakim yang buat keputusan semalam...?

Ya Allah takut betul nak Bubar DUN ni kenapa UMNO? Dah tahu kekalahan akan menimpa ke?

Peguam Ghani 4tahil pasai hang la Pulau Batu Putih tergadai apa makna anda menjadi peguam nih..?

Kesian kes2 lain yang tertangguh lama sebab ada sikap double standard dalam sistem perundangan negara...

Memang meragukan tertutuplah cahaya keadilan yang baru sahaja menyinar di bumi Malaysia kerana adanya tangan2 Ghaib yang membuat keputusan tergesa2.. takut bubar DUN rupanya...

Nizar jadi MB kata "Pulangkan mandat kepada rakyat dan bubar DUN Perak"

Zambry Jadi MB kata" Lawan kes dan tangguh keputusan mahkamah supaya DUN tidak dibubarkan"

Di sini saja dah tahu siapa yang utamakan rakyat... siapa yang Gila Kuasa...

Anda fikirlah sendiri...

Unknown said...

Blower,

Setahu saya persidangan Mahkamah Rayuan terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang hakim dengan yang paling kanan bertindak selaku pengerusi.

Amat jelas sekali keanggotaan Mahkamah Rayuan mengikut Perlembagaan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi. Jika ada pengerusi bermakna ada ahli lain dan ini menunjukkan bahawa persidangan mestilah dianggotai oleh lebih daripada seorang hakim.

Saya turut takjub dengan kepantasan Mahkamah Rayuan bersidang hari ini.

Naruto Sensei,

Saya setuju dengan pendapat anda mengenai orang lain yang mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan tetapi Mahkamah masih belum bersidang tetapi dalam kes ini lain pula ceritanya. Alasan kes ini penting sebenanya bukan alasan. Ada kes-kes lain yang penting tetapi masih belum selesai.

Jika pentadbiran BN benar-benar mementingkan rakyat seperti yang diperkatakan pemimpinnya, maka serahkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan seperti yang sedang diusahakan oleh pihak PR.

Apakah BN takut untuk menghadapi rakyat? Bukankah itu pilihan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang tidak berkesudahan?

Ambillah kuasa melalui sokongan rakyat bukan melalui lompat-melompat parti oleh wakil rakyat yang menghadapi siasatan oleh SPRM atau melalui mahkamah.

Bercakap mengenai SPRM, apa dah jadi dengan siasatan ke atas dua orang mantan ADUN PR yang melompat parti? Kenapa senyap saja sedangkan semasa mereka bersama-sama PR, SPRM cukup aktif dan kata ada kes. Bagaimana pula kesudahan siasatan pihak agama terhadap kes persetubuhan haram oleh salah seorang ADUN berkenaan?

Apakah wujud dwi-standard dalam siasatan mahupun tindakan?

Anonymous said...

Ami Ban,

sebenarnya saya dah naik meluat dengan sinario polik di malaysia, terutama di negeri Perak.

-mijan-

siakap said...

Pak Syed,

Awat teruk sangat kemelut politik Perak ni? Tak kan tak boleh selesai tanpa masuk keluar mahkamah.
Mari kita balik ke basic demokrasi, Pilihanraya ke-12 rakyat Perak telah menolak BN dengan milih DAP,PAS dan PKR.Dengan lain rakyat Perak mahu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan. So UMNO/BN sedarlah bahawa rakyat telah menolok kerajaan BN pada pilihanraya lepas. Maka kembalilah kepada rakyat untuk mendapat mendat baru. Jika Mahkamah Persekutuan nanti buat keputusan baik menyebelahi mana ihak pun, rakyat Perak tidak akan berpuashati dan kemelut politik akan terus menjadi api dalam sekam.

Unknown said...

Siakap,

BN tak dapat terima hakikat itu. Jika BN terima hakikat bahawa pada PRU-12 yang lalu rakyat menolak pentadbiran BN, kemelut ini mungkin dapat dielakkan. Tak perlu ambil alih melalui pintu masuk lain.

Jalan keluar terbaik ialah adakan pilihan raya semula, tapi BN keberatan kerana akan kalah.