Saturday, May 16, 2009

Datuk Seri K.... bakal bergelar Tan Sri?

Saya diberitahu bahawa seorang kenalan lama semasa di Kelawai, Pulau Pinang akan bergelar Tan Sri dalam tempoh terdekat ini. Saya juga ditanya sama ada mendengar desas-desus mengenai perkara itu.

Jawaban saya ringkas. Semuanya berkemungkinan. Kenapa tidak?

Bukankah mudah dan sudah tidak sukar lagi bagi orang untuk mendapat gelaran tertentu seperti datuk mahupun datuk seri? Bukankah gelaran seperti itu sudah tidak dihairankan orang?

Oleh itu, jika sahabat saya yang kini bergelar Datuk Seri mendapat penghormatan untuk bergelar Tan Sri, apa salahnya?

Seorang yang tidak sampai dua tahun menjadi isteri perdana menteri yang kemudian meletak jawatan pun menerima anugerah yang membawa gelaran kedua tertinggi negara. Tiada orang yang buat bising, secara terbuka, tetapi secara diam-diam ramai.

Jadi, tiada masalah bagi kawan saya itu untuk diberi anugerah yang membawa gelaran Tan Sri. Itupun jika benar dia akan menerima anugerah darjah kebesaran itu.

Saya mendapat tahu bahawa nama kawan saya itu dikatakan dikemuka dan disokong oleh mantan perdana menteri sebelum dia melepaskan jawatannya itu.

Apa salahnya jika Datuk Seri ... bergelar Tan Sri ... selepas ini? Itu haknya dan bak kata orang, itu rezekinya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

9 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu reading your blog

siakap said...

Tuan Syed,
Tahun lepas, namanya jug disebut-sebut tetapi tidak tersenarai. harap tahun ini ia akan menjadi kenyataan.
Pangkat dan darjat tidak membawa kita kemana apabila hayat meninggalkan badan. Amal soleh dan iman sahaja yang menjadi bekal ke ala baka.

Unknown said...

Welcome and thank you PakKaramu.

Siakap,

Benar apa yang saudara katakan. Malangnya, ramai yang tidak sedar bahawa pangkat, darjat dan kemewahan hidup duniawi tidak membawa sebarang "saham" ke Padang Mahsyar. MasyaAllah.

Pemerhati said...

After all, banyak yang bergelar tan sri tu penyamun, penipu dan penyamar. MB Selangor tu pun Tan Sri.

Anonymous said...

salam tuan,

saya setuju dgn pak karamu. gelaran/title lu duli yg maha mulia ke, seri padu baginda ke, mr. president ke, tun ke, tan sri ke, datuk seri ke, puan seri ke atau king, queen, prince, princess, lord, duke, sir, whatever s**t, termasuk syed/syarifah, syeikh, haji, imam, (maaf tuan sebut perkara yg benar ni), kembali kpd yg MAHA ESA nanti sebagai insan biasa juga. Yg akan dikira nanti amalan kita sahaja. title tak masuk dlm ciri2 pengiraan amalan. malah, jika kita menjadi pemimpin, maka kita bertanggungjawab keatas orang2 yg kita pimpin. bukan senang nak jadi pemimpin ni. orang kita berebut2 nak jawatan tinggi. mereka lupa akan tanggungjawab besar yg datang dgn jawatan tinggi mereka itu. Insaflah wahai ummah, lafazkanlah dua kalimah, dirikanlah solat.. (continue whistling the song)..

Unknown said...

Tak perlu mohon maaf kerana saya setuju dengan apa yang saudara katakan. Di Mahkamah Maha Agung kelak semua manusia adalah sama - tiada raja, tiada hamba, tiada darjah dan tiada pangkat.

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
dulu saya berpengalaman ke rumah orang tua. ada beberapa orang dpd mereka suka mengumpul botol, kotak mancis dsb. depa jaga sungguh barang -barang mereka.

2.jasa takdak, memecah belahkan ada - minat kutip pingat dan bintang. orang ni besa habaq kat saya, dia kata, sultan kenai dia, itu sebab dapat bintang. malah ada kakitangan BERNAMA besa minta tolong dia, tukarkan dari Ipoh ke Gerik kerana masalah kesihatan keluarga. dia ambik borang rayuan. lepaih tu dia buang dalam tong sampah.

3.pakcik dia di sg petani kedah minta tlg uruskan masalah dgn KDN. kata makcik dia, habuk pun tarak. makcik dia kata, sembang saja pandai,satu kerja tak boleh buat.

saya anggap macam kera dapat bunga. yang bagi pun kena nilai dari pelbagai segi. apa yg dinilai. hubungan dengan pm? memalukan pak tuan.

Anonymous said...

senang nya kau kata 'tuah'

Unknown said...

"Tuah" yang saya maksudkan dalam maknanya. Kita kenalah faham ada kalanya sesuatu yang dikatakan itu membawa lebih daripada satu pengertian.