Monday, February 09, 2009

Ahli Parlimen Bkt Gantang meninggal dunia


(Foto The Star)

Al-Fatihah.

Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) kawasan Bukit Gantang, YB Haji Roslan Shaharum pulang ke Rahmatullah pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah, Perak.

Roslan, 50, adalah mantan Pengarah Sumber Manusia di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak dan pengerusi Yayasan Perak, sebuah yayasan pendidikan.

Allahyarham dikatakan terjatuh akibat serangan jantung semasa menunggang basikal dekat rumahnya di Changkat Lalang, Batu Gajah.

Pada pilihan raya lepas, Allahyarham menewaskan calon BN yang juga bendahari UMNO, Abdul Azim Mohamad Zabidi dan seorang calon bebas.

Pemergiannya pada ketika negeri Perak berdepan dengan kemelut "dua orang Menteri Besar" sudah tentu meninggal kesan besar kepada Pakatan Rakyat terutama PAS, parti yang diwakili oleh Allahyarham.

Nampaknya, satu pilihan raya kecil perlu diadakan. Pasti panas dan hebat serta menelan perbelanjaan besar.

4 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Mari kita ramai-ramai sedekah Al-fatehah kepada Allahyarham dan berdoa agar roh dirahmati Allah SWT.
Mahu tak mahu satu pilihanrya kecil terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang.Penggundi kawasan parlimen ini kini dapat membuktikan siapa yag mereka mahu mewakili mereka secara demokratik. About 1,000 saudara-mara, sahabat andai, jiran tetatangga dan orang kmpong, saya akan pastikan merk keluar menggundi.

Anonymous said...

al fatihah....

apa komen saudara tentang nizar derhaka

macam mana pula dengan bapak Tajol Rosli dulu enggan letak jawatan MB bila Sultan Idris suruh...bukan derhaka juga ke UMNO waktu tu tapi pegang juga jawatan MB ...adakah Sultan Idris lebih bijak walau pun tidak pernah pegang jawatan Hakim Tinggi?

jangan la camni...lupa sejarah... adakah UMNO saja yang boleh derhaka manakala yang lain tidak

Anonymous said...

ALlah makbul doa orang yang nak sangat undi di Perak! Nah, pegi undi.

Mungkin ada orang tak specify dgan tepat dalam doa dia apa jenis undian kan kat Perak.


MRSM Kalae Chepo 66/73

Anonymous said...

Al fatihah ...

Kita merancang ALLAH Pun merancang juga..