Thursday, April 17, 2008

Polis mesti bersikap adil dan saksama

Peristiwa Perhimpunan Black 14 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur berjalan dengan lancar, sempurna dan tanpa sebarang masalah atau gangguan terhadap ketenteraman awam. Tahniah kepada penganjur dan semua yang hadir kerana memperlihatkan tahap disiplin yang cukup tinggi.

Ribuan anggota polis, sama ada yang berpakaian seragam atau preman (istilah untuk pakaian awam), yang turut sama atas nama tugas, juga bertindak sejajar dengan kehendak undang-undang dan ada yang turut sama membeli-belah di pasar malam di situ. Tahniah juga kepada anggota polis.


Tetapi, apa yang berlaku selepas itu agak mengecewakan terutama berkaitan apa yang diperjelaskan oleh ketua polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman.



Sabtu berkata perhimpunan itu adalah majlis makan malam tetapi telah bertukar menjadi perhimpunan 'haram'. Katanya majlis makan malam itu telah bertukar menjadi majlis ucapan politik.


Jika kita berpandukan logik alasan Sabtu, maka semua majlis makan malam termasuk majlis kenduri kahwin tidak boleh diadakan sebarang ucapan. Selama ini, para menteri atau pemimpin yang menghadiri majlis makan malam sama ada sempena ulang tahun sesuatu pertubuhan atau untuk meraikan sesuatu kejayaan, tidak boleh memberi ucapan kerana majlis berkenaan adalah majlis makan malam. Itulah logik yang diberikan oleh ketua polis Kuala Lumpur.

Sabtu juga berkata bahawa dalam majlis di Kelab Sultan Sulaiman, iaitu sebuah pertubuhan sah yang memiliki premis dan kawasan padang persendirian dan bukan kawasan awam (public place), polis terpaksa memberhentikan majlis pada pukul 10.30 malam, iaitu dua jam selepas ia bermula, atas alasan ia diadakan di kawasan yang terbuka (bukan majlis tertutup).

Katanya ketua polis Dang Wangi, Zulkarnain Abdul Rahman terpaksa mengarahkan majlis itu diberhentikan mengikut Seksyen 27 (3) Akta Polis kerana majlis itu diadakan tanpa permit atau lesen daripada pihak polis.


Nampaknya, pihak polis begitu cepat, cekap dan tegas melaksanakan tugas dan menguatkuasa undang-undang apabila membabitkan pihak tertentu dan sebaliknya 'berlembut' apabila berdepan dengan pihak tertentu lain.


Sebagai contoh, kita tidak melihat ketegasan polis apabila naib ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengepalai serbuan ke Pusat Konvensyen KL semasa kehadiran setiausaha negara Amerika Syarikat, Condoleeza Rice.

Contoh kedua, selepas pilihan raya 8 Mac lepas yang menyaksikan tumbangnya kerajaan BN di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, segerombolan penyokong UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh mantan timbalan ketua menteri Abdul Rashid dan setiausaha UMNO Negeri Azhar, mengadakan demonstrasi jalanan di kawasan KOMTAR.


Demonstrasi itu jelas mengganggu kelicinan lalulintas dan mengancam ketenteraman awam kerana ia diadakan di kawasan awam yang sibuk. Apa tindakan yang diambil oleh polis? Kenapa tidak laksanakan Seksyen 27 (3) Akta Polis?


Polis mesti bersikap adil dan saksama tanpa mengira bulu. Adakah polis bersikap sedemikian? Umum sudah tentu mengetahui jawapannya.


Sebagai anak seorang anggota polis khas wanita yang berkhidmat semasa negara belum merdeka dan saya percaya pada waktu itu ketua polis KL mungkin belum dilahirkan ke dunia ini lagi, saya amat kecewa melihat apa yang berlaku.

Kenapa wujud dwi-standard dalam tindakan?

5 comments:

Anonymous said...

Perhatian... Mulai 14 April 2008, perkara2 yg disebut dibawah adalah dikehendaki utk meminta permit dari pihak polis. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan ia diistiharkan haram mengikut undang2 malaysia melainkan acara2 ini tidak disertakan program ucapan oleh mana2 pihak:

1) Perhimpunan Sekolah
2) Sembahyang Jumaat
3) Sembahyang Aidilfitri/Aidiladha
4) Majlis Perkahwinan
5) Kenduri Doa Selamat
7) Majlis harijadi
8) Farewell party dgn rakan setugas
9) Mesyuarat dipejabat
10) Mana2 majlis disertai lebih dr 5 org.. termasuk la yg dok lepak kat kedai mamak...

Sekian. Harap Maklum

dokmat said...

Alangkah bagusnya kalau artikel ini dibacakan dihadapan ketua polis KL dan disaksikan rakan-rakan kepimpinan tertinggi POLIS UMNO MALAYSIA.Semoga suara rakyat jua yang akan mengembalikan polis kepada POLIS DIRAJA MALAYSIA..InsyaAllah.

Anonymous said...

yeah .. police shuld appear to be fair in doing their business.

why didnt Anwar given the chance to refute his ex-lover's [ Norlaila of Gianfraco Ferre ] claim that he is a louzy lover ?

ypu can find the vids here :

www.yes2umno.blogspot.com

Enjoy till u black-eye urself !

Muda said...

Macam mana nak adil kalau kepala Bapak Polisi di Bkt Aman yang selalu usung tilam keluar masuk Mahkamah agak fobia bila dengar nama AnwaR ? Nak kata tak faham undang-undang , anak Pak Hassan AlHafiz ni , ada ijazah undang-undang dari UIA .

Kalau anak Pak Hassan masih ingat tentang yaumul mashar dan siksa kubur , dia akan bertaubat nasuha.

Kalau tidak , Nasib kau lah Labu kata Arwah Tan Sri P.Ramlee.

anakperlis said...

Betul kata "dokmat" tu,memang polis tu POLIS diUMNO MALAYSIA, hanya kerja utk menyenangkan orang UMNO dan menyusakan kita rakyat semua, perompak depa tak gerti tangkap, program2 ucapan depa kacau