Perhimpunan tanpa kebenaran dan yang membelakangi perintah mahkamah anjuran apa yang disebut sebagai Hindraf atau Hindu Rights Action Force menimbulkan banyak persoalan yang perlu dihuraikan satu persatu.
Persoalan pokok - Hindraf mewakili siapa?
Jika para pemimpinnya mendakwa mereka mewakili masyarakat India yang menjadi mangsa perpindahan secara paksa untuk dijadikan pekerja (hamba) di Malaya oleh pihak Inggeris, maka dakwaan mereka adalah salah sama sekali.
Hindraf tidak mewakili masyarakat India mahupun kaum Tamil. Hindraf sebenarnya mewakili penganut agama Hindu dan bukan semua kaum Tamil beragama Hindu dan kaum-kaum lain di India seperti Telegu, Malayalee, Gujarati dan Brahmin juga ramai yang beragama Hindu.
Perlu diingatkan bahawa ramai orang India yang beragama Islam telah dibawa masuk ke Malaya, terutama ke Pulau Pinang, oleh pihak Inggeris sebagai anggota tentera khususnya yang bergelar Sepoi dan Chulia. Sebilangan besar masyarakat India Muslim yang ada di Malaysia hari ini adalah anak-cucu mereka. Sudah tentu Hindraf tidak mewakili mereka dan merekapun tidak mahu diwakili oleh Hindraf dan sudah tentu tidak menyokong Hindraf atas dasar agama.
Selain masyarakat India Muslim, pihak Inggeris membawa masuk askar Punjabi yang majoritinya beragama Sikh untuk berkhidmat di Malaya. Ada juga orang Punjabi yang beragama Islam dan ada juga yang beragama Hindu. Selain berkhidmat sebagai anggota tentera dan polis, orang Punjabi juga terkenal sebagai penternak lembu susu dan sebagai pengawal keselamatan atau jaga, satu ketika dahulu. Ramai anak cucu mereka yang berjaya dalam kehidupan di Malaysia sebagai doktor, peguam dan ahli profesional lain. Mereka juga tidak diwakili oleh Hindraf atau menyokong Hindraf.
Jika mereka yang mendalangi Hindraf benar-benar jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib masyarakat atau warga Malaysia keturunan India, kenapa mengambil pendekatan keagamaan? Tidakkah mereka tahu bahawa bukan semua masyarakat India di Malaysia beragama Hindu? Atau mereka sengaja memainkan sentimen agama untuk memporak-perandakan kestabilan negara dan memburuk-burukkan nama Malaysia.
Ini jelas jika dilihat dari isi kandungan surat yang dikatakan dihantar oleh Hindraf kepada perdana menteri Britain yang antara lain melemparkan fitnah bahawa telah berlaku pemusnahan etnik (ke atas masyarakat India) di Malaysia. Mereka juga menuduh ianya dilakukan oleh 'gangster' atau pelampau Melayu yang beragama Islam. Mereka juga mendesak supaya Malaysia diheret ke Mahkamah Dunia untuk diadili.
Jelas sekali Hindraf cuba bermain dengan api perkauman dan keagamaan, sesuatu yang amat berbahaya bagi sebuah negara berbilang bangsa, budaya dan agama. Dalam hubungan ini, saya menyokong agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab termasuk menggunakan undang-undang keselamatan dalam negeri. Kita tidak boleh membiarkan bara ditiup menjadi api.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya ada pihak lain mengadakan perhimpunan balas untuk mempertahankan agama Islam yang telah dikaitkan secara fitnah oleh surat yang dihantar kepada perdana menteri Britain itu.
Jangan bermain api. Fikir-fikirkanlah!