Tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sekali lagi membangkitkan perdebatan berkaitan sejarah tanah air apabila dia mempersoalkan kewujudan Laksamana Hang Tuah, empat orang rakannya dan puteri China bernama Hang Li Po.
Bagi Prof Khoo, mereka sekadar unsur mistik. Sejarah, baginya, mesti menekan fakta, bukan unsur mistik. Kita terima hujahnya itu kerana itulah yang membentuk sejarah.
Beliau mahukan teks sejarah ditulis semula bagi menyelaraskan dengan fakta dan bukannya mitos atau lagenda. Tiada rekod yang menunjukkan pahlawan Melaka itu benar-benar wujud, katanya.
Saya bukan ahli sejarah atau pengkaji sejarah tetapi apa yang saya pelajari semasa di bangku sekolah adalah sejarah. Hikayat Hang Tuah dan Salatus Salatin ada menyebut mengenai kewujudan manusia bernama Hang Tuah.
Sejarah Melayu menerangkan bahawa Hang Tuah hidup pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, iaitu pada abad ke-15.
Walaupun Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu mencatat beberapa perbezaan dalam perjalanan hidup Hang Tuah, namun ia tidak menunjukkan bahawa Laksamana Kesultanan Melayu Melaka itu tidak wujud atau hanya satu khayalan apatah lagi unsur mistik.
Kewujudan atau sejarah mengenai Hang Tuah bukan sahaja ada di Tanah Melayu tetapi di Indonesia. Adalah sesuatu yang agak aneh sekiranya sejarawan Malaysia dan Indonesia tidak mengiktiraf kewujudannya sedangkan kesan peninggalannya, sama ada dalam bentuk nyata atau sebaliknya, wujud di kedua-dua negara.
Nama Hang Tuah diabadikan pada beberapa batang jalan di Malaysia dan Indonesia, iaitu di Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor dan di Padang, Palembang, Medan, Pekanbaru, Riau dan Jakarta.
Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) pernah memiliki sebuah kapal perang bernama KRI Hang Tuah dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pun memiliki sebuah kapal perang bernama KD Hang Tuah.
Kita ingin tahu kenapa Malaysia dan Indonesia memberi penghargaan atau pengiktirafan kepada manusia bernama Hang Tuah sekiranya dia tidak wujud atau hanya satu unsur mistik, seperti yang didakwa oleh Prof Khoo Kay Kim?
Apa yang menarik perhatian saya ialah sepucuk surat yang ditulis oleh Encik Goh Hoe Hoe dari Kuala Lumpur kepada akhbar The New Straits Times (NST) yang menyatakan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan Prof Khoo bahawa Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Li Po tidak wujud.
Goh berkata dokumen sejarah bertulis bukan merupakan satu-satunya sumber untuk membuktikan kewujudan mereka; tetapi unsur lain termasuk lakaran dan cacatan oleh pengembara-pengembara terkenal juga memberi bukti akan kewujudan mereka.
Selain Sejarah Melayu, Goh bertanya sama ada wujud cacatan sejarah sumber lain mengenai Hang Tuah? Ada orang berkata tidak, hanya kerana mereka tidak membaca apa-apa rekod sejarah oleh sarjana Barat.
Saya memahami apa yang diketengahkan oleh Goh iaitu orang lebih mempercayai sarjana Barat dan sekiranya mereka tidak menulis mengenai sesuatu bahan sejarah, maka orang tidak akan percaya walaupun ia dicatat oleh sarjana dari kawasan lain, Timur umpamanya.
Goh menulis bahawa dia telah melihat dalam sebuah buku sejarah 'gambar' sepucuk surat dalam tulisan China yang ditulis oleh Hang Tuah kepada Raja Ryuku (sekarang Okinawa, Jepun). Dalam surat itu, Hang Tuah mengadu mengenai perangai atau kelakuan kurang sopan segelintir pelaut atau anak kapal Ryuku di Melaka.
Rakan Goh dari Okinawa memberitahunya bahawa sebilah keris kepunyaan Hang Tuah ditemui di sebuah rumah ibadat di Okinawa ketika kerja-kerja pemulihbaikan dilakukan.
Apa yang dinyatakan oleh Goh dalam suratnya itu menunjukkan bahawa kewujudan Hang Tuah turut diakui di negara matahari terbit itu. Oleh itu, sejarawan Malaysia seharusnya menyelidiki dan mengkaji bahan bukti yang ada di Okinawa untuk memperkukuhkan kenyataan bahawa Hang Tuah bukan satu unsur mistik atau lagenda, tetapi satu kenyataan.
Soal kewujudan Hang Tuah amat penting bagi sejarah bangsa Melayu walaupun ada beberapa pihak yang mempertikaikan 'bangsa' Hang Tuah, iaitu dia berbangsa Cina, bukan Melayu.

26 comments:
Dari zaman Dulu sampai sekarang, sejak bila orang orang melayu mempunyai Nama bermula Hang?
Tanya kat China, pasti jumpa jawapannya. Tak payah lah susah-susah nak cipta sejarah kat Malaysia ni. Arkib dia orang penuh dengan sejarah Malaysia Dan Indonesia Bukan setakat beratus malah beribu tahun sejarahnya.
Soalannya ialah boleh ke orang Melayu terima sejarahnya yang dah tertulis sejarahnya Dan jangan diputarkan kerana kesesuaian politik.
Orang pentingkan sejarahnya.
Boleh maklumkan saya apakah nama Melayu sebelum kedatangan Islam ke Nusantara?
Nama yang digunakan sekarang berasal dari nama Arab, bukan Melayu. Nama Arab itu tidak semestinya Islam kerana ada orang Arab yang beragama Kristian.
Saya tahu sekurang-kurangnya tiga orang Melayu memiliki berikut - Hang Tuah Arshad, Raja Hang Tuah dan seorang bernama Hang Jebat.
Adakah kita yakin yang nukilan sejarah oleh Tun Seri Lanang itu hanya satu khayalan?
Sejarah bukan sesuatu yang tidak boleh diperbetul jika ada bukti yang menunjukkan bahawa ia bukan seperti yang diketahui umum.
Agama Islam dikatakan berkembang melalui Kesultanan Melayu Melaka dan ia diterima sebagai sejarah.
Sekarang, penyelidik dan pengkaji purba menemui bukti yang Islam memasuki Tanah Melayu jauh lebih awal daripada Melaka ataupun Batu Bersurat, Terengganu iaitu melalui tamadun Lembah Bujang di Kedah. Oleh itu, sejarah perlu ditulis semula. Ini kita terima walaupun Kerajaan Negeri Melaka nak pertahankan yang Islam memasuki Tanah Melayu melalui Melaka.
Begitu juga dengan sejarah Hang Tuah. Ia tiada titik atau nokhtah dan akan terus diperkatakan. Ia adalah lumrah alam.
Saya yakin yang Hang Tuah serta rakan-rakannya itu wujud. Tapi bukanlah dari golongan melayu. Mereka datang ke Tanah Melayu bersama-sama, untuk mengiringi Puteri Hang Li Po yang akan dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Mungkin masyarakat melayu tidak dapat menerima kenyataan ini.
Ini adalah kerana mungkin yakin dan telah sebati dengan pengucapan 'Datuk Laksamana Hang Tuah' - tak kan melayu hilang didunia.. Kalaupun benar beliau pernah menyebut perkataan itu, adakah ianya menunjukkan yang beliau itu berketurunan melayu?
Andaikata Tuan Syed ada menyebut "tak kan mongolia hilang didunia".. Adakah Tuan Syed berketurunan mongolia? pasti tidak.
Chris Leong
Anggapalah pandangan Prof Kho sebagai cabaran kepada sejarawan kita untuk membuktikan yang Hang Tuah itu wujud, dan ia adalah keturunan Melayu (atau datang dari China). Sekarang para sejarawan kena butikan.
Chris Leong,
Saya tidak menolak kemungkinan tersebut kerana Hang Tuah menulis surat kepada Raja Ryuku dalam bahasa Cina. Sebab itulah saya nyatakan supaya pihak berkenaan menyelidiki kesahehan riwayat atau sejarahnya.
Perkara yang cuba saya utarakan ialah sama ada Hang Tuah wujud atau sebaliknya seperti yang didakwa oleh Prof Khoo Kay Kim.
Saya setuju dengan Anon 11:58 kerana itulah yang sepatutnya dibuat.
bro syed,
khoo kay kim sendiri perlu membuat penyelidikan yang terperinci sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kewujudan hang tuah di melaka. sebagai seorang pakar sejarah, beliau jangan sesuka hati buat statement seumpama itu. marah orang nanti pada dia.
khoo kay khim ni karut saja..kadang apa dia cakap pun dia tak tahu...dia ahli sejarah...dia kaji dulu baru bagi tau kat kita..bukan semboq habis tu senyap...
Melayu tu bangsa tulen ke atau bangsa ciptaan Perlembagaan?
Macam mana lain-lain bangsa boleh tukar jadik bangsa Melayu? Melayu celup la tu.
Orang Melayu boleh tukar jadi Cina, India, British, Jepun, Korea, Mongolia ke?
Dulu, sebelum Empayar Melaka, kebanyakkan orang asli guna nama-nama Hindu, Arab, Cina dsbnya. Cuma selepas kemasukkan ISlam baru ada nama Melayu bermula. Kan bagitu?
Arkib Negara Cina tu kat Beijing penuh dengan sejarah Kepulauaan Melayu ni. Ngapa tak miintk saje kat dia orang dan perbetulkan sejarah yang diajar tampa unsur-unsur politik dan bangsa?
Apalah nak malu sangat-sangat
ni? Kan tu sejarah.
Tuan Syed,
Semasa kecil, saya dan kawan semuanya nak jadi macam Hang Tuah kerana kepahlawannya dan kehebatannya bersilat serta semangat setiakawan di kalangan mereka. Kita semua yakin Hang Tuah dan kawan-kawannya memang wujud. Itu puluhan tahun dahulu.
Dan kami terus membesar tanpa mempersoalkan kewujudan mereka walaupun terdapat beberapa percanggahan seperti sama ada Hang Jebat atau Hang Kasturi yang bertarung dengan Hang Tuah, sama ada Hang Tuah atau Hang Nadim yang memperdaya dan membawa lari Tun Teja dari Pahang dan seagainya. Percanggahan kepada sesuatu fakta sejarah adalah perkara biasa ekoran kaji selidik yang dibuat dari masa ke masa.
Soalnya kenapa baharu sekarang dikatakan Hang Tuah dan rakan-rakannya hanya satu dongeng atau satu unsur mistik semata-mata. Apakah Professor Emeritus KKK telah mendapat penemuan-penemuan baru yang membolehkannya membuat satu keputusan yang konklusif atau tuntas ke atas apa yang telah dikatakannya.
Kenyataan KKK dicetuskan ketika negara tidak sudah-sudahnya bergelumang dengan politik, dan ketika perpaduan Melayu makin kritikal dan dicabar kedudukan dan haknya oleh kaum bukan Melayu. Sayugia diingat Hang Tuah melambangkan jati diri orang Melayu yang kental dan pembakar semangat keperwiraan dan kepahlawanan orang Melayu agar tidak hilang di dunia.
ZMS
Saya tertanya-tanya kenapa Prof Khoo Kay Kim membisu seribu bahasa setelah dia membangkitkan perbalahan mengenai sama ada Hang Tuah wujud atau tidak?
Pendapat Prof Khoo yang jelas tidak berlandaskan kajian sendiri tetapi lebih diasaskan hujahnya kepada tulisan dan bahan sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah lain, dia seolah-olah terkelu apabila sarjana, ahli sejrah, tokoh warisan dan tokoh muzium mempertikaikan pendapatnya.
Isu yang dibangkitkan adalah mengenai sama ada Hang Tuah wujud atau tidak, bukan mengenai sama ada pahlawan Melaka itu berbangsa Melayu, Cina atau apa saja. Oleh itu, Prof Khoo seharusnya menyambut atau menyangkal pendapat tokoh-tokoh lain yang mempertikai pendapatnya itu. Bukan membisu kerana jika dia terus bersikap sedemikian, maka hujahnya tidk boleh diterima.
Tuan Syed,
Kalau kita rujuk semula komen-komen daripada Prof. Khoo Kay Kim sebelum ini, kita dapati banyak yang sebenarnya memihak kepada orang melayu umpamnya soal raja-raja dan soal sejarah penubuhan negara.
Saya tidak berapa yakin yang beliau bersikap berat sebelah dalam hal ini.
Sebelum beliau, kalau tidak silap saya Prof Syed Husen Al- Attas juga ada membicangkan perihal Hang Tuah ini.
Saya bersetuju dengan statement Prof Khoo Kay Kim yang mana sekiranya benar Hang Tuah itu wujud maka perlu kita sertai dengan bukti yang benar.
Di dalam buku sejarah sendiri ada banyak perbezaan dan versi, Sejarah Melayu menyatakan bahawa Hang Tuah bertarung dengan Hang Kasturi manakala Hikayat Hang Tuah menyatakan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat di Istana.
Perihal yang kedua adalah soal moraliti. Sejak daripada bangku sekolah sendiri saya tidak berapa senang dengan cerita Hang Tuah yang sanggup membunuh rakan sendiri yang memperjuangkan dan membela Hang Tuah Sendiri. Hang Jebat menyangka Hang Tuah telah dibunuh secara kejam oleh pemeritah yang zalim.
Apakah standard moral yang sebegini yang perlu dicontohi oleh generasi kita? Menganiayai rakan sendiri?
Dalam cerita Hang Tuah, untuk berkahwin Puteri Gunung Ledang, Sultan harus mendapat 7 dulang jantung nyamuk, 7 tempayan air mata anak dara sebagai hantaran. Apakah perkara-perkara karut sebegini harus dijadikan sejarah?
Saya tidak boleh bayangkan kezaliman yang perlu untuk mendapatkan 7 tempayan air mata anak dara.
Kemudian bagaimana dengan pahlawan-pahlawan kita yang benar-benar wujud seperti Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Paloh dan lain-lain. Mereka ini benar benar wujud tetapi tidak menerima pengiktirafan yang mereka patut terima.
Seandainya benar cerita Hang Tuah ini saya berpihak kepada Hang Jebat kerana berani memperjuangkan kebenaran dan juga mengorbankan dirinya dengan menyerahkan Taming Sari.
Orang Johor
Orang Johor,
Tiada syak, Jebat adalah pahlawan dan pembela rakyat.
Saya baca komen Prof Khoo yang disiarkan oleh NST tetapi jawapannya tetap akan diperbahaskan dan akan berterusan. Itulah perjalanan sejarah. Semuanya bergantung kepada penemuan baru termasuk dalam bentuk nyata.
Tuan Syed,
Saya amat tertarik dengan komen Tun baru-baru ini (dlm bahasa inggeris) bahawa Hang Tuah tidak sepatutnya disanjung sedemikian rupa kerana tergamak membunuh kawan yang se-Hang dengannya.
Mengikutnya lagi, karekter Hang Tuah dalam sejarah seolah-olah menggambarkan seseorang yang terlalu patuh pada ketua tidak kira apa sekali pun.
Saya berasa Tun Mahathir mengatakan sedemikian kerana Tun tidak mahu nilai-nilai yang sebegini menjadi satu pegangan kepada orang melayu. Pemikiran yang sebegini tidak sesuai pada zaman ini yang memerlukan rakyat negara berfikir secara progressif.
Isu Hang Tuah adalah sensatif bagi sesetengah pihak. Oleh itu, mungkin menjadi satu keberatan bagi pakar sejarah untuk memajukan kebenaran yang bercanggah dengan persepsi yang sedia ada. Dengan komen Tun yang terbaru ini, mungkin para pakar sejarah lebih terbuka megenai hal ini.
Boleh jadi Hang Tuah ada orangnya.
Mungkin juga ianya adalah pahlawan yang handal. Cuma saya berasa cerita yang sebenar adalah berbeza dengan yang digambarkan ketika ini. Terpulang pada pakar kita untuk mencungkil kebenaran.
Semasa waktu remaja, pernah juga saya bermalam di gunung ledang ketika berkhemah dengan kawan-kawan. Tempat itu adalah hutan belantara, tidak ada bekas tempat kediaman apatah lagi istana atau puteri yang tinggal di sana.
Orang Johor
Pada zaman dahulu, rakyat atau pacal yang hina ini tak tahu membaca apatah lagi menulis. Tiada undang-undang ataupun mahkamah di ketika itu. Segala benda serta urusan harus berpandukan kepada Sultan dan Istana. Segala cerita atau hikayat juga kebanyakannya berasal dari situ. Sang Penglipurlara di beri tugasan tersebut. Jadi cerita atau dongengan mestilah yang baik-baik saja tentang Sultan dan Istana. Jadi hikayat Hang Tuah tersebut juga berasal dari sana. tujuannya adalah untuk mengajar rakyat jelata supaya patuh dan taat setia serta 'takut' kepada Sultan dan Raja.
Rakyat pada ketika itu semetinya menganggap Hang Tuah adalah contoh terbaik dan Jebat itu penderhaka. Tapi itu dahulu.. Kini rata-rata rakyat sudah boleh berfikir dan sudah semestinya mengaggap yang Jebat itu adalah perwira sejati kerana sanggup membela diatas kematian saudaranya daripada Sultan yang zalim (menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa).
Jadi cerita atau teka teki sama ada Hang Tuah wujud atau tidak, sudah tidak relevan lagi pada zaman ini.. Ampun Tuanku
Chris Leong
Saudara Chris Leong,
Mengenai Komen anda,
Perkara yang sama juga berlaku di mana-mana. Terpulang kepada kita pada zaman sekarang untuk menapis apa yang betul, yang mitos atau yang direka untuk motif tertentu.
Di zaman ini pun,umpamanya di Korea, kematian Kim Jong il ditangisi oleh ribuan rakyatnya. Pemimpin Korea itu dihebahkan mempunyai kuasa yang tertentu. Pada hari kematiannya, turunnya salji dikatakan kerana langit menangis oleh pihak berkuasa dan ramai rakyatnya percaya.
Kita ada pakar sejarah untuk mengkaji dan mengeluarkan kebenaran kepada awam. Oleh itu, kita harus berfikiran terbuka untuk menerima fakta-fakta dari pakar sejarah.
Tanah melayu mempunyai pemimpin yang handal umpamanya Tun Perak (era Sultan Muzaffar Shah)
yang berapa kali menewaskan Siam. Beliau juga berjaya menakluk sebahagian daripada sumatra.
Malangnya orang seperti Tun Perak dan juga lain-lain tidak mendapat liputan dan pengiktirafan yang sepatutnya.
Orang Johor
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

lagi 500 tahun, generasi kita yg akan datang akan mempelajari sejarah ttg kita lak... besar kemungkinan akan berlaku dispute berkenaan asal usul Mahathir Mohamad... ikut penulisan, dia seorg melayu 100%... hakikatnya.... hmmmmmmm..... sekadar selingan.... :D
Tak sangka orang asli/jakun 500 tahun dahulu sudah pandai menulis surat (kepada Raja Ryuku) dalam bahasa cina ye..
Chris Leong
Chris Leong,
Surat boleh suruh secretary tulis atau upah petition writer
Orang Melayu tidak suka memfaktakan sejarah... Kerana bangsa kami memang misteri... Kerana kuasa di belakang tabir adalah lebih berkuasa Dari di depan tabir...
tuan,
orang yang bergelar hang tuah itu berketurunan dan berwaris keturunan dan mempunyai nama sebenar.
cucu cicitnya ramai pada masa sekarang ini,tapi sebaliknya cucu cicitnya sendiri pun tidak mengenal diri moyangnya itu.
HANG TUAH itu adalah gelaran pada zaman kerajaan melaka semata-mata dan bukan nama sebenarnya, agar orang melayu mencari siapa dirinya yang sebenar. seperti mana gelaran bahaman dan tok gajah dan mat kilau.mereka ada nama sebenar mereka. cari lah dulu.
tuan,
cara bangsa atau orang melayu menyimpan fakta sejarah tidak sama dengan cara orang bangsa lain buat. sebab itulah orang putih atau orang inggeris tu sampai sekarang dok pening kepala, macammana orang melayu menyimpan dan mencatat sejarah.
kajian mereka tidak dapat menemukan cara-caranya. dan tidak ada misteri pun pada bangsa melayu dan tiada kuasa dibelakang tabir pun, selain dari kuasa allah sebagai pedoman.
telah banyak khazanah mangsa melayu di bawa pergi dan disimpan serta dikaji oleh mereka, namum mereka masih tidak menemuikan akan kaedah penyimpanan sejarah bangsa melayu.
dan ahli sejarah melayu sendiri pun tidak dapat memecahkan cara-cara nenek moyang mereka mencatat dan menyimpan fakta sejarah bangsa sendiri.sedang kan fakta sejarah melayu itu ada didepan mata dan tidak dicuripun oleh orang putih tu atau orang bangsa lain.
carilah nama sebenar hang tuah tu dulu. baru lah tahu ujud atau tidaknya dia.
dia berbangsa melayu.
berketurunan kepada wali tujuh tanah melayu.
moyangnya seorang pembesar istana pagar ruyung.
yang lain,kesan dan carilah.
dan carilah juga, gelaran kepada siapa? (melayu/china/india)dan sebutan 'orang asli' itu diguna pakai atau diistihar pada tahun 1948 oleh pemerintah inggeris dalam perjanjian tahun 1948 penubuhan malaysia. dan tun perak itu juga nama gelaran bukan nama sebenar.
Hang itu ialah gelaran yang diberikan kepada pembesar-pembesar kesultanan melayu Melaka...
saudara chris leong,
maaf kalau saya katakan,jangan terlalu lantang berbicara kiranya ilmu anda terlalu cetek.
melaka terkenal sebagai perlabuhan ketika di zaman kegemilangannya dahulu. dimana para perdagang dari pelusuk dunia berdagang di melaka.bahkan hang tuah juga pernah berlayar ke beberapa negara asing bagi membawa utusan diraja. oleh kerana itu hang tuah boleh berbicara dalam 12 bahasa.
hang tuah bukan saja terkenal kerana ketangkasannya bermain senjata, malah beliau terkenal dengan kebijaksaannya. maka tidak hairanlan sekiranya hang tuah mampu menulis didalam bahasa cina.
tidak perlu saudara sangkal kemampuannya. sedangkan surat surat tersebut tidak diragui oleh bangsa lain, malah disokong dengan penemuan bukti yang mereka perolehi.
sepatutnya apa yang perlu saudara selidiki adalah asal keturunan saudara di tanah bertuah ini. kerana apa yang pasti, kami bangsa melayu bukanlah 'pendatang', maka kerana itulah laksamana hang tuah pernah berkata, TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.
Darah Melayu

Post a Comment