Monday, January 09, 2012

Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan liwat

Mahkamah Tinggi Kuala lumpur hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan jenayah liwat.

17 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Adalah diharapkan selepas ini suasana politik negara berubah daripada isu-isu yang bukan-bukan yang tidak memberi manfaat untuk rakyat kepada isu-isu yang lebih relevan.

Parti politik seharusnya memperdebatkan dan membahas isu-isu yang bersangkut paut dengan polisi negara dan kepentingan rakyat.

Perkara-perkara seperti ini hanya akan membuang masa dan mengalihkan fokus parti politik iaitu bersaing untuk kepentingan rakyat.

Orang Johor

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya dari awal lagi menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berdasarkan hujah-hujah pihak pendakwa dan pihak pembela.

Di samping itu, Anwar juga dituduh oleh musuh-musuh politiknya sebagai agen atau tali barut AS dan Yahudi serta petualang dan penderhaka negara.

Namun, sesuatu yang amat sukar saya terima ialah cacian-cacian, maki hamun, segala macam penghinaan, sumpah seranah dan panggilan BABI (akronim Brothher Anwar Bin Ibrahim) yang diterima dan ditanggung Anwar. Keluarga beliau turut menerima tempiasnya.

Kalau pun beliau bersalah, apa kah harus beliau dan keluarganya diperlakukan sedemikian rupa?

ZMS

Unknown said...

Orang Johor,

Saya percaya kes atau keputusan kes ini akan dijadikan antara bahan kempen PRU 13 jika ianya diadakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini (Jan-Jun).

Saya setuju parti-parti politik seharusnya membangkitkan isu-isu berkaitan dasar dan soal kehidupan rakyat, tetapi sebagai orang politik, mereka sudah tentu akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh, pada pendapat mereka, meraih sokongan rakyat.

ZMS,

Banyak pihak di dalam dan di luar negara yang meramalkan DSAI akan didapati bersalah atas beberapa sebab termasuk tekanan politik. DSAI sendiri siap sedia untuk menghuni Penjara Sungai Buluh dan dia terperanjat apabila hakim membebaskannya daripada tuduhan.

Banyak pihak yang bercakap mengenai institusi kehakiman kita yang bebas tetapi tidak ramai yang menyatakan bahawa semuanya itu terletak di tangan seseorang hakim. Dalam kes DSAI, hakim ini pun pada mulanya dipertikai akan kesaksamaannya bahkan pasukan pembelaan DSAI telah cuba untuk mengusulkan agar hakim ini tarik diri daripada menghakimi kesnya.

Apa yang diputuskan oleh hakim ini jelas bukan kerana desakan atau tekanan tetapi atas fakta dan bukti yang dikemukakan dalam mahkamah apabila DSAI diperintah membela diri. Hakim ini tegas dan teliti dan dia seharusnya dijadikan contoh dan teladan oleh semua hakim.

Kita percaya pihak pendakwa raya akan mengemukakan rayuan dan mereka mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian. Semuanya bergantung kepada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya dan dia mungkin akan mendapat 'nasihat' atau 'petunjuk' dari pihak atasan.

Kita tunggu dan lihat akan perkembangan selanjutnya.

john silver said...

bro syed,
keputusan telah dibuat dan terbukti: i) sistem kehakiman negara ini bebas dan telus. ii) kerajaan langsung tidak mencampuri kes ini. iii) tuduhan konspirasi adalah tidak benar sama sekali.

Bayangkan sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada anwar, perkara yang berlawanan di atas yang akan dijaja ke sana ke mari tanpa ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa!

Kita percaya puak pakatan masih tidak berpuas hati lagi sehingga berjaya menumpaskan bn dalam pilihan raya umum nanti. biarlah pula para pengundi yang menjadi pengadil untuk menentukan masa depan negara ini!

Unknown said...

john silver,

Satu ketika yang tidak berapa lama dahulu, ada hakim yang 'menurut perintah'. Tetapi sejak setahun dua ini para hakim dah keluar daripada kepompong kerana kepimpinan sekarang tidak mencampuri urusan kehakiman.

Keputusan berkenaan kes DSAI yang memihak kepada pembela memang memeranjatkan kerana tanggapan awal oleh banyak pihak termasuk media luar negara.

Saluran undang-undang belum tutup kerana ada hak rayuan peringkat Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, belum ada kesudahan sepenuhnya.

Soal nak perintah negara atau nak jadi PM, itu bukan hak parti-parti politik tetapi kuasa mutlak rakyat yang layak dan berdaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja pemimpin politik boleh berangan-angan untuk menjadi menteri atau PM. Tetapi, dia dan partinya kena dapat sokongan rakyat terlebih dahulu.

PRU 13 akan menentukan untung nasib DSAI kerana selepas itu sudah terlambat kecuali rakyat nakkan orang tua dalam erti kata sebenar untuk memimpin negara. Saya fikir tidak dan PRU 13 adalah peluang terakhir untuknya.

Benarlah seperti apa yang mereka laung-laungkan 'rakyat adalah hakim sebenar'.

Anonymous said...

slm tuan...

lain mcm aje bunyi komen tuan yg last tue. kena tempias juga ke?

-org kL-

Unknown said...

-org kL-

Terima kasih sajalah atas pandangan saudara. Tidak sama sekali terkena tempias atau ribut taufan.

Apa yang saya nyatakan adalah kenyataan yang boleh dan yang telah berlaku.

Saya tidak memihak atau menyokong UMNO, PAS mahupun PKR. Saya bebas dan tidak menganggotai mana-mana parti politik walaupun pada tahun-tahun 1970-an bergerak cergas dalam UMNO di Pulau Pinang. Itupun UMNO asal bukan UMNO yang didaftarkan setelah parti itu diharamkan oleh mahkamah, UMNO (Baru).

Saya sedar ada pihak yang tuduh saya pro-UMNO dan ada pula yang kata saya pro-PR. Saya tak kisah kerana itu hak masing-masing. Yang penting, saya bebas menulis, mengkritik dan mengulas apa saja tanpa sekatan, arahan atau tekanan mana-mana pihak atau dibayar untuk menulis. Itu yang amat saya hargai.

Jika nak ampu, dah lama saya dapat anugerah, pangkat dan jawatan.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Blog tuan adalah antara segelintiran yang saya amat minati dan sering ikuti. Mana-mana yang termampu saya cuba memberikan ulasan.

Pandangan-pandangan tuan ternyata rasional, bebas dan tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik. Inilah kelainan yang nyata berbanding dengan sesetengah blog.

Terima kasih.

ZMS

Unknown said...

ZMS,

Terima kasih atas kenyataan saudara.

Saya perlu jelaskan kepada -org kL- kerana mungkin dia salah anggap yang selama ini saya menyokong pihak tertentu. Saya percaya -org kL- pun meminati blog yang tidak sepertinya ini. Saya cukup menghargai minat sesiapa sahaja yang sudi membaca tulisan saya.

Kepada semua pembaca, saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan mengunjungi blog ini.

Anonymous said...

slm tuan,

lambat laun kita akan tua... tua itu mati. mati menunggu kita. kalau tua sudah di takdirkan menjadi pemimpin negara, alhamdulillah. moga tuan sempat menjadi rakyat pemimpin tua tersebut.

kalau nak ampu, secara sunyi pun buleh. janji masyukkk. tak perlu anugerah.

wassalam
-org kL-

Unknown said...

-orang kL-

Lima tahun lagi usia DSAI mencecah 70 tahun, Insya Allah, dan kita tidak tahu akan keadaannya mental dan fizikalnya pada usia tersebut. Jadi, sebab itulah saya katakan PRU 13 adalah peluang terbaik untuknya, itupun jika dia dan parti dokongannya menang. Saya menyatakan demikian atas kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang syak wasangka atau niat buruk.

Jika saudara ada ingatan atau anggapan lain, terpulanglah. Tiada masalah bagi saya.

Saya tidak faham apa yang saudara maksudkan dengan perkataan "masyukkk" kerana tiada dalam perbendaharan kata bahasa Melayu. Jika saudara maksudkan 'rasuah' atau 'menerima bayaran' maka silap besarlah saudara. Jangan terlalu buruk sangka kepada orang lain dan insaflah akan balasan bagi sesiapa yang melempar tuduhan yang tidak betul.

Untuk makluman saudara, saya menghabiskan 35 tahun berkhidmat kepada negara dalam beberapa jawatan. Saya bersyukur kerana selama itu dan hingga sekarang, saya masih menyara hidup dengan rezeki yang halal. Alhamdulillah. Tidak tahu pula saya bagaimana dengan saudara?

Teringat akan saya firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 28: "Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia dijadikan bersifat lemah."

Kelemahan ini digambarkan oleh Allah sebagai berikut: "Dan apabila manusia ditimpa kesulitan, dia berdoa kepada Kami dengan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan kesulitan itu dia pun berlalu begitu sahaja seolah-olah tidak pernah berdoa kepada Kami." (Yunus: 12)

Apa yang saya nak katakan ialah kita mesti sentiasa, setiap detik dan saat, ingat akan Allah.

Oh ya, saya boleh memilih untuk tidak menyiarkan ulasan saudara tetapi saya tidak berbuat demikian kerana ingin mengambil peluang untuk memberi pejelasan kepada saudara agar tidak menyimpan apa-apa perasaan atau tanggapan salah.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Mungkin saya silap, tetapi ini adalah pertama kali saya menjumpai ulasan org kl ke atas posting tuan.

Dari ulasannya, saya tertanya-tanya atas alasan apa kah beliau bersyak wasangka sedemikian. Apakah beliau mempunyai persepsi SEMUA bloggers mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi dan pada masa yang sama bersedia menjual maruah dirinya kepada sesesiapa yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi?

Saya telah mengikuti posting tuan sekian lama. Seperti yang nyatakan di atas ianya adalah rasional, bebas dan tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik (dan saya tambah) atau individu. Penulisannya amat berhemah dan penuh 'decorum'.

Saya berharap org kl terus mengikuti posting Kuda Ranggi supaya kemudiannya dapat membuat taksiran apakah beliau ( Kuda Ringgi) seperti yang beliau sangkakan .

ZMS

Unknown said...

ZMS,

Saya ada membaca komen beliau dalam blog lain dan saya dapat membuat agakan tepat akan pendiriannya.

Saya menyambut baik kesudian -orang kL- untuk mengemukakan pendapat dan ulasannya dan berharap beliau dapat memberi sumbangan berfaedah seperti yang saudara ZMS lakukan.

Anonymous said...

slm tuan,

adakah tuan mengharap komen saya ini seperti komen & pujian2 saudara ZMS? komen sy adalah dr saya dan kalau tuan harap komen sy seperti komen ZMS, maka tuan silap. tuan kena terima komen sy ini dgn rasional. syukron kerana memilih utk menyiarkan komen sy ini, akan tetapi kalau tuan memilih utk tidak menyiarkan komen sy ini, sy tidak kerugian sesen pun. malah tuan boleh terus memilih komen saudara ZMS yg terbaik di kalangan para2 komen.
Memang tiada perkataan "masyukkk" dalam perbendaharan kata bahasa Melayu tetapi sekiranya tuan seorang yg berbangsa melayu tentulah tuan memahami nya atau sebaliknya. Tuan, sy menyara keluarga sy dgn tulang empat & kerat tenaga yg Allah taala kurniakan tetapi tidak spt tuan walau 35 tahun bekerja BERKHIDMAT KEPADA NEGARA tak seperti mana sy bekerja, golongan marhain.

wassalam
-org kL-

Unknown said...

-org kL-

Salam sejahtera dihulurkan kepada saudara. Terima kasih diucapkan.

Saya menghargai komen semua pembaca bukan mengharapkan sesuatu.

ZMS memberi komen berdasarkan pemikiran bebasnya. Jika saudara membaca komennya yang disiarkan dalam blog ini, saudara akan dapati ada ketikanya dia tidak setuju dengan apa yang saya tulis dan dia memberi pendapat atau pandangannya. Itulah yang saya hargai, bukan kata-kata pujian seperti yang saudara utarakan.

Golongan atau kaum marhaen sekarang pun dah banyak berubah. Jadi, bukan sesuatu yang ganjil atau rendah diri untuk kita mengakui sebagai golongan marhaen.

Anonymous said...

slm tuan,

syukron kerana memahami. ikhlas dari sy. maaf kalau komen sy menyakitkan hati tuan, segala kelebihan dan kekurangan adalah dgn kehendak Nya.

wassalam
-org kL-

Unknown said...

-org kL-

Jauh sekali daripada menyakiti hati. Kita adalah sama, iaitu insan biasa. Sekali lagi, terima kasih.