Wednesday, January 11, 2012

Jamil Khir Baharom dan wang zakat

Ada pemimpin Umno yang menyifatkan kes NFC yang membabitkan suami menteri kabinet yang juga ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, seperti peribahasa Melayu 'mendukung biawak hidup' [bukan memikul]. Ini kerana kes NFC boleh menggugat kedudukan dan kepercayaan rakyat kepada Umno.

Sebenarnya, banyak lagi kes yang serupa yang terpaksa dihadapi Umno. Parti kebangsaan Melayu itu sedang mendukung beberapa ekor  biawak hidup. Bukan NFC sahaja. Kes  melibatkan seorang lagi menteri kabinet PM Datuk Seri Najib Tun Razak,  iaitu insan yang bertangungjawab ke atas hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, adalah sebagai contoh. 

Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera [KAGAT] berpangkat Mejar-Jeneral itu dikatakan telah mengguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP] untuk membayar kos guaman kepada sebuah firma guaman berkaitan kes qazaf yang difailkan oleh ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI].

Ini  dibuktikan melalui dokumen yang didedahkan oleh pengarah komunikasi Parti KeAdilan Rakyat [PKR], Nik Nazni Nik Ahmad, di ibu pejabat parti itu hari ini. Nik Nazni berkata wang itu diambil dari kumpulan wang zakat.

Nik Nazni berkata sebagai bukti penggunaan wang zakat ialah baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150 manakala bayaran pertama dibuat pada 9 Feb 2010 berjumlah RM31,500. Ini bermakna wang dari kumpulan wang zakat MAIWP sebanyak RM63,650 telah digunakan untuk bayaran guaman.

Bukti kedua yang ditunjukkan oleh Nik Nazni ialah surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

Selain Jamil Khir, kes qazaf itu turut melibatkan pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan Shamsudin Hussain.

Kita hairan kenapa Jamil Khir Baharom awal-awal lagi tidak memberi penjelasan dan pengakuan bahawa wang yang diambil untuk membayar kos guaman adalah dari kumpulan wang zakat. Oleh kerana Jamil Khir tidak berterus terang, maka dia terpaksa 'mendukung biawak hidup'.  

Saya cuba cari di mana letaknya hikmah dan tujuan Allah mensyariatkan zakat untuk membayar kos guaman sedangkan zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Kita ingin tahu ke mana perginya pengertian zakat dari segi bahasa iaitu 'bersih, suci, subur, berkat dan berkembang'.   

Adakah kos guaman itu tertakluk kepada hikmah dan tujuan syariat Allah berkaitan zakat,  adakah ia membawa pengertian bersih, suci, subur, berkat dan berkembang ....

Jika benar, saya ulang, jika benar apa yang dikemukakan oleh Nik Nazni, maka Jamil Khir Baharom telah menyalah guna kedudukannya sebagai orang yang diamanahkan ke atas hal ehwal agama Islam apabila membenarkan wang zakat dikeluarkan untuk membiayai kos guamannya, tidak kiralah sama ada sebagai pinjaman atau pendahuluan kerana ia tidak termasuk dalam asnaf-asnaf yang dibenarkan oleh syarak.

Kita tunggu dan lihat apa tindakan Polis Di-Raja Malaysia [PDRM] apabila menerima laporan kelak dan apa pula tindakan Jabatan Peguam Negara selepas itu. 


7 comments:

Anonymous said...

rasullullah simpan pisau sahabatnya sampai berkarat sebab sahabat tu suruh simpan jadi mana analogi kita pi pinjam duit zakat kalau boleh saya sesak ni bail pinjam duit kat pajabat zakat lagi untung tak ada servis cag tak ada bunga saya syorkan pejabat zakat buat kad kredit supya orang islam boleh pinjam duit kalau boleh yang ni mufti kena jawab

Anonymous said...

Tuan Syed,

Marilah kita sama-sama tunggu apa pula penjelasan Jamil Khir Baharom ekoran pendedahan terbaru ini.

Saya rasa eloklah Jamil Khir terlebih dahulu membuat 'homework'. Khuatir beliau akan terperangkap seperti suami Shahrizat dalam skandal NFC. Semakin beliau cuba menafikan adanya terjadi sebarang salah laku dalam NFC tersebut semakin banyak kejadian salah laku itu dikorek dan didedahkan. Akhirnya beliau 'tidak berani' lagi membuat kenyataan akhbar.

ZMS

Syed Imran said...

ZMS,

Betul, kita tunggu penjelasan Jamil Khir.

Pada pendapat saya, ini adalah soal yang amat berat kerana melibatkan wang zakat.

Kepada pengulas terdahulu (12:16 AM), hujah saudara berasas kerana jika Jamil Khir dan pegawai JAWI boleh 'pinjam' duit zakat, maka orang lain pun seharusnya boleh berbuat demikian. Cuma, kita persoalkan adakah ia dibolehkan mengikut hukum syarak.

Pentadbir wang zakat mesti beramanah dan bertanggungjawab penuh apabila mengurusnya kerana zakat adalah perintah Allah.

Anonymous said...

Kalau benar menteri yang bertangungjawab ke atas hal ehwal islam pun 'kurang' beramanah, macamana pulak dengan menteri-menteri lain yang lain?

Chris Leong

Anonymous said...

slm tuan,

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman utk menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya. tidak amanah dan tiada pertanggungjawaban.

wassalam
-org kL-

Syed Imran said...

-org kL-

Saya akan ulas perkara ini. Terima kasih.

mr edz said...

macam macam akhir zaman ni.