Wednesday, January 18, 2012

MACC: Family members of Cabinet ministers have to declare assets soon

MACC: Family members of Cabinet ministers have to declare assets soon

They have to declare it publicly, similar to Penang and Selangor Executive Councillors. Not for the Prime Minister's eyes only.

Menteri dan keluarga mereka mesti umum atau isytihar harta untuk tatapan umum seperti yang dibuat oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor. Baru betul. Anggota Kabinet hanya isytihar harta untuk tatapan Perdana Menteri. Ini tidak betul dan tidak telus. Jika mereka benar-benar jujur dan amanah, maka isytihar harta untuk tatapan rakyat.

9 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Patut dari dulu lagi.

Harta sebelum jadi Menteri dan sesudah jadi Menteri, lagi penting semua MP dan ADUN serta keluarga.

Juga mereka yang pernah jadi Set Pol, Timbalan Menteri Dan Menteri.

Baru lah kita tahu, kalau dulu Cikgu, bila jadi YB dan dapat pula jawatan Eksekutif dalam Kerajaan.

Apa nak takut, kalau semuanya dapat cara HALAL.

Agaknya bila kita boleh tengok ya???

A.Alshukor

Syed Imran said...

A Alshukor,

Sepatutnya begitu. Tapi Ia tidak dilaksana.

Cadangan inipun belum tentu dilaksanakan.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya tidak yakin ianya akan dilaksanakan sebelum PRU ke-13 kerana khuatir mereka tidak akan menjadi 'winnable candidates.'

Mereka tidak boleh merahsiakan segala kekayaan yang telah dikumpulkan semenjak hanya menjadi seorang pemimpin kecil di peringkat bawahan sehingga menjadi seorang menteri atau lain-lain jawatan tinggi.

Lihat sahaja kereta-kereta mewah yang terparkir di tepi-tepi jalan raya setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan di PWTC.

ZMS

Anonymous said...

tuan,

sy tak yakin dan harap PM and the gang akan berbuat demikian. amat mustahil sama sekali kerana mereka tidak gentle.

filus

Anonymous said...

Mana boleh nak isytihar harta dan eset menteri dan ahli keluarga terdekat untuk tatapan umun.. Ianya boleh membahayakan mereka. itu kata Nazri Aziz la.. he..he.. statement dari seorang menteri yang jujur dan amanah.

Chris Leong

Anonymous said...

Tuan Syed,

Mengikut yang dinyatakan oleh Dato Nazri, aset menteri hanya boleh diishtiharkan kepada PM. Tidak ada kewajipan untuk menteri mengishtiharkan harta mereka dan anggota keluarga kepada umum.

Nampaknya ura-ura untuk yang sebelum ini "too good to be true".

Orang Johor

Anonymous said...

Saya percaya, saranan Guan Eng supaya ahli-ahli jemaah kabinet Kerajaan Pusat mengisytiharkan harta itu tidak akan dilakukan kerana ia akan membongkar segala ketidaktelusan barisan pimpinan BN sekarang ini. Bagi saya, untuk mengisytiharkan harta oleh menteri-menteri BN dalam Kerajaan Pusat BN itu adalah satu perkara yang mustahil berani dilakukan oleh PM Najib & The Gang….bak kata AR Tompel dalam satu filem lakonannya beliau berkata…impossible…impossible!

WH

Syed Imran said...

Anggota Kabinet mula iystihar harta semasa pentadbirn Tun Dr Mahathir Mohamad, Itupun untuk tatapan dan simpanan Tun. Orang lain tidak tahu akan isi kandungannya. Jadi, apa faedahnya?

Siapa pula yang simpan perisytiharan harta oleh Perdana Menteri? Tiada siapapun kerana PM tak isytihar harta. Itu yang saya tahu.

Oleh itu, apa yang disebut oleh Nadzri Aziz adalah satu alasan atau helah untuk tidak mahu isytihar harta secara terbuka seperti yang dibuat oleh pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Apa yang ditakutkan oleh Nadzri dan rakan-rakan Kabinetnya?

Bukankah orang tua-tua berkata, berani kerana benar, takut kerana salah. Salah dalam erti kata yang lebih luas boleh memberi pengertian tidak jujur, tidak amanah, tidak ikhlas dan tidak telus. Itu yang sebenarnya ditakuti oleh Nadzri dan rakan-rakannya dalam Kabinet.

Ramai yang akan terperanjat jika mereka tahu akan harta yang dimiliki oleh sebilangan besar anggota Kabinet dan keluarga mereka.

Lihat saja kes Khir Toyo, kes Mat Taib (Mat Tyson) yang ditangkap di Australia kerana membawa satu beg "James Bond" berisi wang, lihat kes Shahrizat, Kes Ling Liong Sik, sebagai contoh.

Saya setuju dengan kebanyakan pengulas blog ini bahawa pentadbiran DS Najib tidak akan meminta angota Kabinet dan keluarga terdekat mengisytihar harta secara terbuka atau kepad SPRM.

Anonymous said...

nahi!!..nahi!!. itu yg najib akan kata.

wwe