Friday, January 06, 2012

Perhimpunan 901 - apa kesudahannya?

Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. 

Tiap-tiap warga negara adalah berhak bebas bercakap dan mengemukakan fikiran;  semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata; dan semua warga negara adalah berhak menubuhkan persatuan.

Kenyataan di atas adalah antara fasal yang terkandung dalam Perlembagaan yang menjamin hak warga negara Malaysia.

Tetapi ia bukan hak bebas mutlak kerana tertakluk kepada fasal-fasal lain termasuk yang berkaitan kedudukan agama bagi Persekutuan, iaitu Islam.

Selain itu, ada pula sekatan dan batasan tertentu yang menjadikan hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidak seperti sepatutnya. Ini kerana ada undang-undang lain seperti Akta Polis yang diguna pakai untuk membatasi hak rakyat untuk berhimpun. 

Walaupun Perlembagaan memberi hak kepada warga negara untuk berhimpun secara aman, namun ia tidak boleh sama sekali mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam. 

Kita tahu akan perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada hari Isnin yang digelar 901 oleh penyokong mantan TPM dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isnin 9 Januari dipilih kerana pada hari itu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumum penghakiman berkaitan kes tuduhan jenayah liwat oleh DSAI.

Walau pun hakim belum memutuskan sama ada DSAI bersalah atau tidak, umum telahpun membuat andaian bahawa pemimpin pembangkang di Parlimen itu akan dijatuhi hukum bersalah. Andaian sedemikian turut dibuat oleh pihak asing termasuk media Barat. Mereka menuduh kes DSAI ini adalah satu perancangan halus untuk membunuh kerjaya politik DSAI. Itu kata mereka yang bersimpati dan menyokong DSAI. 

Risalah mengenai perhimpunan 901 turut diedarkan di beberapa buah masjid sekitar Lembah Klang semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Pihak penganjur perhimpunan 901 telah menemui Ketua Polis Kuala Lumpur  membincangkannya dan kita dimaklumkan bahawa pihak polis membenar penyokong DSAI berhimpun di tempat letak kereta dekat  kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Kita  pasti polis akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal keadaan secara berhemah dan akan cuba elak  kekerasan. Ianya bergantung kepada sama ada perhimpunan itu diadakan secara aman atau tidak dan kita tidak ingin melihat ia bertukar menjadi satu rusuhan yang bakal ditonton seluruh dunia melalui siaran berita tv antarabangsa.

Warga negara mempunyai hak untuk berhimpun dan polis pula ada tugas yang diamanahkan untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Jika kedua-dua pihak akur akan hak dan tugas masing-masing, kita percaya perhimpunan 901 akan berjalan secara aman. 

Namun demikian, kita kurang yakin ianya akan diadakan secara aman kerana di kalangan penyokong DSAI, tidak kurang banyaknya yang terlalu taksub dan sanggup melakukan apa saja untuk orang yang mereka sanjung tinggi itu. Inilah masalahnya.

Kita tidak ingin melihat keadaan bertukar menjadi huru-hara. Itulah harapan majoriti rakyat Malaysia.
  

   

6 comments:

Anonymous said...

Saya yakin dan percaya PDRM telah dapat mengumpulkan risikan yang mencukupi untuk membolehkannya membuat 'security appraisal' tentang perhimpunan 901 ini - seterusnya merancang 'counter-measures untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Yang penting tidak ada campur tangan daripada mana-mana pihak demi kepentingan politik masing-masing.

ZMS

Syed Imran said...

ZMS,

Kita menghormati hak mereka untuk berhimpun tetapi kita tidak mahu orang yang tidak berdosa dan tiada kaitan dengan perjuangan mereka menjadi mangsa keadaan.

Seperti saudara, sayapun yakin akan kemampuan pihak polis dan kita sanjung tinggi pendirian PDRM yang membenarkan mereka berhimpun. Kita harap mereka akur akan nasihat polis dan tidak bertindak luar batasan undang-undang.

Andai kata DSAI didapati bersalah seperti yang ramai meramalkannya, kita harap penyokongnya tidak bertindak negatif kerana masih ada saluran undang-undang iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Walau apapun keputusan mahkamah, kita perlu insaf bahawa mahkamah Maha Agung dan Maha Adil Lagi Saksama berada di akhirat.

Anonymous said...

Sdra Kuda Ranggi/Tuan Syed IMran t

Mohon izin saya masuk:

Umum tahu bilangan penduduk Malaysia terdiri dari 28 juta rakyat (MYKAD BIRU), dan 2.4 juta warga asing pekerja asing dan pati terdiri dari 1.3 pat yang belum daftar di program 6P yang berakhir hari ini januari 6.

Termasuk dalam 28.5 juta penduduk warga negara malaysia ialah 7.0 juta belia dan kaum muda dan golongkan Jenerasi Y.

Juga ada 100,000 warga asing dari afrika Iran cina india bangla indon filipine vietnam yang di beri pas pelajar olih KDN,yang di sokong olih KPT(Khaled dan Saifudin).

Jenerasi Y telah hanyut laghra lupa daratan dan hidup untuk hari ini dengan pembiyaaian ibu bapa dan PTPPN.

Trajedi hidup Jen Y mereka akan bermula apabila sudah sampai masa untuk berdiri kari, adakah prasarana negara dapat memberi pekerjaan high income blue ocean liberal kelainan bertunjang ciri ciri kepimpanan dan dan kemahiran akademik Jen Y untuk 7 juta orang yang akan menhadapi cabaran world view global dan glokal?

Trajedi yang ke 2,:7 juta Jen y di suntik dengan impian mimpi bayangan yang lukis olih semua pempinpin politik di persada politik Malaysia.

Adakah 1M yang lebih inclusive dan liberal untuk di contohi olih 7 juta Jen Y lebih baik dari laungan ABU atau 901 dan "Academic Freedom" ?

Tajedi yang ke3u :
Taraf kePempimpin Malaysia sudah jatuh rendah kerana para saintis kata sudah banyak "inbreeding" berlaku dan "gene pool" kita sudah mengecut bagi semua parti politik besar dan kecil.

Trajedi ke4 : Kalau Najib bolih kita gelar pemimpin atau soarang yang menunjol watak kepimpinan, tiada ruang dan runag untuk PLAYSAFE Mr KOOL engagement.

Trajedi nya 5 ,dalam kalangan rakyat 28 juta sudah tentu ada bala pempinan negara tapi mereka awal awal sudah kerjajaya yang lain , Corporate ,Ketenteraan, profesional perbankan Nazir dan biznes ACCIM now every can fly dan juga perkhidmtan pendidikan atau kerajaan, Azman dan Danny, atau lompat parti lain dah tak dapat peluang...

Akhir kata ,kita di beri peluang
selama 55 tahun dan lebih, dan kalu buat bandingan dengan negara yang mula sama dengan Malaya /Malaysia,kita bangga dengan subsidi, bangga cuti umum yang terbanyak sekali,bangga dengan KLCC dan Corridor,bangga terbuka pintu sebesarnya kapada warga afrika dan iran dan pompuan china doll dan bangga dengan senyuman selamat datang kapada warga asing di KLIA yang sedludup dadah dan bangga dengan kemurahan hati kapada 2 juta warga Indonesia yang menghantar pulang RM6 billionRM hasil duit subsidi...malaysia.

Saya minta lah, sesiapa pun, kalu Najib Najib lah, "carpe diem," "no to playsafe", pakai chain saw , ta guna pakai pisau pembedahan.
Kalau Najib tak mampu,"lead ,follow or GET OUT OF THE WAY" .
Dapat lesen besar 1M
arjuna waspada
chabgkat lobak.

Anonymous said...

Terkini : Staff TNB di nafi hak mereka untuk mendapat bonnus 2 bulan. Hanya dapat 0.5 gara2 arahan Kerajaan Najib supaya subsidi gas di tarik tapi hak TNB dan Rakyat terhadap IPP tak boleh dituntut yang jadi mangsa 20000 staff TNB.

john silver said...

bro syed,
pengertian demokrasi itu sendiri tidak memberikan hak kepada mana-mana golongan minoriti atau majoriti untuk menimbulkan huru hara di negara ini. saya tidak fikir politik jalanan boleh menundukkan sistem keadilan negara. apa yang berlaku di timur tengah tidak sama dengan iklim politik negara ini!

Anonymous said...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dapat juga bonus 0.5 bulan. Macam mana pula mereka yang tidak mendapat bonus langsung?