Sunday, February 05, 2012

Hassan Ali oh Hassan Ali!

Dulu saya hormat  Dr Hassan Ali sebagai salah seorang cerdik pandai Melayu yang boleh diteladani. Dia sering muncul dalam rancangan terbitan RTM mahupun TV3 sebagai ahli panel. Dia bijak berkata-kata dan mampu membuatkan orang khusyuk mendengarnya. 

Kemudian dia tenggelam setelah cergas dalam PAS. Biasalah dengan dunia penyiaran dan surat khabar Malaysia, orang yang mendokong atau menyokong parti politik yang lain daripada UMNO/BN, tiada tempat dalam media arus perdana. 

Dr Hassan Ali kemudian menghadapi sedikit masalah dengan  PAS dan dia dipecat tanpa diminta membela diri. Dalam hubungan ini, saya  bersimpati dengan nasib yang menimpanya. 

Tiba-tiba, Hassan Ali mendapat tempat dalam media elektronik dan cetak yang sama ada dikuasai atau dikawal melalui alat kawalan jauh oleh UMNO. Sekali lagi wajah Hassan Ali muncul dalam sama ada dalam rancangan khas atau segmen berita.  

Hassan Ali timbul  seolah-olah seperti pulangnya  seorang wira dari medan perang. Dia disanjung, dijulang dan diarak ke sana sini untuk menceritakan kepada rakyat jelata akan 'kemenangan' dan 'kepulangan' seorang wira ke pangkuan ibu pertiwiwi. 

Begitulah hebatnya manusia bernama Hassan Ali dan begitu jua hebatnya ranjau perjuangan yang dilaluinya dalam gelanggang politik. 

Kita tidak terperanjat mendengar dan membaca 'pendedahan demi pendedahan' oleh Hassan Ali mengenai PAS setelah dia dipecat.  Dulu lain, sekarang lain, itulah hakikatnya.

Kita hairan kenapa Hassan Ali membisu seribu bahasa semasa dia bersama-sama dengan 70 peratus golongan sekular dalam PAS? Kenapa dia tidak mendedahkan muslihat DAP untuk bergabung dengan PAP dan membentuk sebuah republik?

Dengan mendiamkan diri, Hassan Ali membuktikan bahawa dia bukan seorang pemimpin sejati yang jujur, jika dia boleh disifatkan sebagai pemimpin, semasa dia bersama-sama dengan orang DAP dan PKR yang membentuk pentadbiran Negeri Selangor. Semasa duduk sebumbung dan tidur sebantal dengan rakan-rakan politiknya itu, Hassan Ali akur dan sokong mereka. Kenapa lain pula ceritanya apabila dipecat?

Orang seperti Hassan Ali tidak boleh dipercayai sama sekali. Dia tidak ubah seperti sesumpah atau lalang yang berlenggang-lenggok mengikut arah tiupan angin.

Jika dia benar-benar jujur dan mengaku sebagai seorang yang memperjuangkan Islam, kenapa dia sanggup bersama-sama orang atau kumpulan yang kini dia begitu marah dan melemparkan  bermacam-macam tuduhan?

Siapa  parasit? Siapa munafik? Hassan Ali dah tentu ada jawapannya.

  





23 comments:

Anonymous said...

kata hasan ali ...
1. 72% kepimpinan pas sekular....umno pulak berapa % sekular?
2. dia kena pecat pasai DSAI...dia masuk pas dulu tahun 1998 pasai ape ye?
3. dia kata khalid samad yg dari kecik dah aktif dlm pas...dia baru masuk sejak 1998 lepas kaya raya buat motibasi...sapa parasit sebenaqnya....
4...dia kata dia nak selamatkan akidah umat Islam...baru je lepas jadi exco 2008...PAS sejak 1951 lagi perjuangkan akidah umat Islam...masa tu dia kat mane...kutip duit summer camp ke...
from Faizz

mr edz said...

dia nak masuk umno dia malu, sebab orang tak pelawa.. kih kih kih

chempaka said...

Karektor seperti DHA jelas menunjukkan ketidakmatangan perilaku dan ketidakstabilan emosi. Nasib baik tak sempat jadi pembesar no 1 negeri. Warna sebenar manusia terserlah apabila dia diuji. Warna apakah DHA ini apabila secara peribadi beliau mahu mengheret seberapa ramai yang boleh dengan bertopengkan isu-isu yang satu persatu diada-adakan. Dia menelanjangi dirinya sendiri.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Dalam mana-mana organisasi, taat setia adalah paling utama. Ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mengeluarkan pendapat, berhujah atau berdebat ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan organisasai tersebut. Namun apabila sesuatu keputusan telah dibuat oleh organisasi, sebagai seorang ahli yang taat setia, dia perlulah akur.

Hassan Ali sebaliknya ingin menjadi jaguh yang tidak sudah-sudahnya mencabar kesabaran pemimimpin-pemimpin PAS dan perjuangn parti itu sendiri. Tindak-tanduknya itu membuktikan beliau bukan seorang anggota parti yang taat setia dan tdak boleh dibenarkan terus berada dalam PAS. Kepentingan parti mengatsi kepentingan mana-mana individu.

Orang ramai sudah amat 'immune' dengan tindak-tanduk mereka yang dipecat daripada mana-mana organisasi ia-itu mereka akan menghamburkan segala keburukan dan kepincangan organisasi tersebut. Jadi orang seperti Hassan Ali akan hanya menggali kubur politiknya sendiri.

ZMS

Anonymous said...

Tak letih ker hari-hari buat fitnah??

Syed Imran said...

Orang seperti Hassan Ali tidak kenal penat mahupun keletihan.

Ting tong guy said...

Tuan Syed,

Hasan Ali telah bekerja keras selama hampir 30 tahun untuk memberi motivasi kepada hampir semua lapisan masyarakat. Selama itulah juga dia telah membina reputasi yg tinggi dengan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat seperti sabar, rajin, memaafkan, istiqamah dll.

Sayang, apabila dia diuji, dia telah gagal dalam ujian untuk dirinya sendiri. Jiwanya memberontak, penuh dengan rasa riak, takbur, ujub, dendam dll.

Senenarnya inilah masanya untuk dia kembali menilai kembali akan pekerjaannya selama 30 tahun itu, bukan engan menonjolkan sifat hitamnye sendiri yang dia cuba buang dalam diri semua anak didiknya selama ini.

Secara jujur, saya amat bersimpati dan kasihan dengan kemelut dalam dirinya itu hingga dia sanggup membiarkan dirinya dipergunakan.

Anonymous said...

maksud kau, hasan ali tu sama lah macam anwar ibrahim...masa dia kat dalam umno dia senyap aje...tapi bila dia kena tendang keluar dari umno tiba-tiba banyak pulak salah laku orang umno dan mahathir....tapi anwar ibrahim tu manusia angerah tuhan...adakah hasan ali pun manusia anugerah tuhan jugak???

Anonymous said...

siluncai terjun dengan labu-labunya.
biarkan biarkan.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Hassan Ali bukannya ulama. Latarbelakang pelajarannya adalah sekular. Dia belajar di Universiti Amerika sampai dapat Phd. bukan di Mesir.

Kalau diperatikan, dia pakai songkok tutup dahi, tak sah kalau sembahyang.

Memang saya setuju PAS tendang keluar Hassan Ali.

Orang Johor

Anonymous said...

BAKAL MB SELANGOR tuuuuuuuuu. jgn main2... brahim ALI pung kene.

anon 12:31AM - aku pun manusia anugerah ALLAH juga.

Anonymous said...

Hasan Ali = Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Tuan syed...

hari waktu menang Hasan Ali menang sbagai naib presiden PAS waktu zaman reformasi dulu.. Almarhum Ustaz Hassan Shukri dah kata sesuatu...

memang betul apa yang almarhum kata. tapi ramai tak mau dengar.

skuadpeninjau

Anonymous said...

Hassan Ali = Ibrahim Ali = Ezam Mohd Noor = Zulkefli Nordin = Zahrain Mohd Hashim = Nalakarupan = Tan Tee Beng ...

Chris Leong

Anonymous said...

zul kulum empunya nama
achan ali meracau gila
pak brahim pondan dgn keris purbanya
datang suwei lek hilang teloq depa hihi....

tgV

Syed Amat said...

Salam Pak Habib,

Saya tgk sama saja. Saya dengaq sendiri suatu masa dulu Timbalan Presiden PAS Al Fadhil Ustaz Mat Sabu mengelar Anwar Ibrahim dengan gelaran Al-Juburi. Nie apa kes? Boleh caya ka org mcm tu? Hanya ada 2 kemungkinan. Satu, kalau apa yg dia cakap dulu tu benar, bermakna dia kini bersubahat dengan penzina. Kalau sekarang beliau benar, beliau seorg pemfitnah besar dgn menuduh zina ke atas org lain.

Begitu juga dengan penyokong PAS. Masa Hassan Ali masuk PAS, beliau dipuja sebagai pemimpin agong. Bila Anwar, Azmin dan DAP marah kat Hassan Ali, beliau dibuang mcm sampah sarap selain dihina dan dicaci maki sebagai org munafik. Cuba kita cermin diri kita. Tak munafikkah sikap kita tu?

Saya bukan apa, sedih tgk umat islam pecah belah. Kita rasa kita cukup bijak utk bersetongkol dgn manusia munafik mcm Anwar dan DAP.

Saya bersetuju pemimpin UMNO patut ditukar, tetapi bukan ditukar dgn org mcm Anwar Ibrahim. Anwar lebih hina dari UMNO.

herizal alwi said...

Izin share

Anonymous said...

wahai "syed amat" kononnya...
hg dok buat mcm baguih sgt. buat2 sedih la islam kini berpecah laa. auta ja ang tu. kata kat org munafik sedangkan nabi SAW pun tak kata kat org lagutu. tgk hg punya tulisan dah tau daaaaaaaaa hg ni jenih org tua lagu mana........ jenih melangut kedai kopi cina sampai ke senja.

syed TERamat

Syed Amat said...

Ish hang nie. Hang pernah dengaq ka cerita pasai Abdullah Bin Ubay dizaman Rasulullah SAW? Aku ka yg letak gelaran Bapak Munafik kat dia?

Dalam hang dok cerita pasai rasulullah, last2 hang buat fitnah kat aku kata aku dok melanggut kedai kopi cina sampai ke senja. Bila hang nak mintak maap kat aku. Aku tuntut kat akhirat nanti... :)

Anonymous said...

wahai syed amat konon..nya.. ang tue sapa nk kata org nie munafik..org tue fasik. amalan dasat tera mana sgt? kalau dasat sgt pun, jauh2 la dr dok kata kat org munafik. elak dr dok mengumpat/fitnah. samjey?? ang dh tuntut ka BR1M 500 tue? kalau dk lagi, ha elok pi cepat2.

syed terAMAT

Syed Amat said...

Hadis Nabi : "Sesiapa yang mempunyai tiga perkara ini, maka dia adalah seorang munafik walaupun dia berpuasa, sembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengatakan dirinya seorang Muslim.

Para sahabat bertanya, ``Apakah tiga perkara ini?'' Jawab baginda: Iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia tidak menepati janjinya dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. (Riwayat Muslim)"

Org yg saya kata munafik kat atas tu mempunyai sekurang2nya satu drp sifat tersebut.... :D.

Lawak la hang nie... :D

Anonymous said...

wahai syed amat kononnya...
hg igt raja lawak ka? hg takdak ka salah satu drpd sifat2 & ciri2 mcm tue? dok kalut kata kat org...hg tu kemaih sgt ka? muhasabah diri tue dulu?

Syed Imran said...

Syed Amat dan Syed TERamat,

Saya terpaksa mencelah dan mohon anda berdua usah panjangkan perbalahan. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari dan kita pula masih berada pada bulan Maulidur Rasul. Usahlah panjangkan perbalahan. Henti di sini dan lupakan perselisihan atas semangat Ikhwanul Muslimin.