Thursday, February 16, 2012

Hassan Marican diketepikan di Malaysia, amat berharga bagi Singapura

Tan Sri Hassan Marican, anak Melayu yang begitu sinonim dengan industri petrolium bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia, semakin mendapat tempat dalam industri berkaitan di Singapura.

Anak Melayu kelahiran Kedah Darul Aman yang menerajui Petronas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dari 1995 hingga 2010, akan dilantik Pengerusi Singapore Power Ltd. (SP), menggantikan Ng Kee Choe yang akan bersara pada 12 Jun.

Hassan adalah anak Melayu pertama dilantik ke jawatan tersebut walaupun dia bukan warga negara Singapura bahkan tiada anak Melayu Singapura yang begitu dihargai oleh republik tersebut.

Selepas bersara dari Petronas, Hassan dilantik oleh beberapa buah syarikat gergasi berkaitan kerajaan Singapura untuk menduduki lembaga pengarah. Antara GLC berkenaan adalah SembCorp Industries Ltd., SembCorp Marine Ltd dan SP sendiri.

Selain syarikat gergasi Singapura, kepakaran dan pengalaman luas Hassan dalam industri petrolium turut dihargai oleh gergasi minyak Amerika Syarikat, ConocoPhillips, yang melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah dan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang melantik beliau menduduki kerusi lembaga pengarah Sarawak Energy Bhd.

Kepakaran dan pengalaman insan bernama Hassan Marican dilihat, dihargai dan digunapakai oleh Kerajaan Singapura dan syarikat gergasi minyak Amerika Syarikat. Bukan senang bagi pentadbiran Singapura untuk melantik seorang anak Melayu seperti yang dilakukan ke atas Hassan Marican, lebih-lebih lagi dia adalah rakyat Malaysia.  Tetapi, oleh kerana Singapura melihat kepada merit seseorang itu dan sedar  betapa pentingnya dia kepada industri tertentu, maka mereka terus melantiknya.

Singapura nampak kelebihan yang dimiliki oleh Hassan Marican. Malaysia tidak, kenapa?

Saya mempunyai jawapan yang mungkin tidak tepat tetapi boleh dikatakan itulah kenyataan. Jawapan saya mudah, iaitu Kerajaan Malaysia mengutamakan pelantikan politik daripada profesional. Lihat saja GLC yang ada di Malaysia, siapa pengerusinya dan siapa pula yang dilantik menduduki kerusi lembaga pengarah?

Gergasi ekonomi Malaysia dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby, Felda, Felcra, Risda dan banyak lagi dipengerusikan oleh orang politik, selalunya yang dah bersara, kalah pilihan raya atau Yang Berhormat yang tidak dapat jawatan sedangkan mereka boleh dikatakan bukan golongan profesional yang ada kaitan dengan GLC yang dipengerusikan itu.

Oleh kerana Hassan Marican bukan orang politik tetapi seorang profesional, maka dia tidak mendapat tempat di Malaysia walaupun sebagai Pengerusi Petronas atau Penasihat Ekonomi (berkaitan industri minyak dan gas) kepada Perdana Menteri.

Singapura mengutip permata yang digilap di Malaysia kerana ia masih bersinar dan bergemerlapan sedangkan Malaysia melihatnya sebagai permata yang mulai pudar. 

Singapura sedar bahawa Hassan Marican memiliki begitu banyak maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan industri minyak dan gas bukan sahaja di Malaysia bahkan menjangkaui batas serantau. Apa yang dimiliki oleh Hassan Marican sudah tentu diterokai  oleh Singapura kerana republik itu tidak perlu untuk "mencari gali" sesuatu yang sudah jelas wujud. 

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mesti keluar daripada amalan melantik orang politik menerajui GLC atau sebagai ahli lembaga pengarah. Bidang tersebut seharusnya diberi kepada golongan profesional yang ahli  atau mahir dalam industri berkenaan. 

Kita tidak ingin melihat lagi orang seperti Hassan Marican diambil oleh negara lain semata-mata kerana negara sendiri mengamalkan pelantikan berkepentingan politik murahan.

    



  

15 comments:

Anonymous said...

apa nak dibuat kerana pemegang kuasa di malaysia terdiri daripada mereka yang gila nak berkuasa hingga ke liang lahad. Contoh: Mamak Kutty

d'enricher said...

Tuan Syed,

Sejak sekian lama, kita tidak tahu menghargai keupayaan rakyat sendiri, kerana yang penting arah mana condongnya 'political support' mereka. selain dari itu, lebih senang jadi YESMEN dan YES BOSS.

Kita perlukan perubahan,dan kita tidak ada pilihan.

Rakyat Malaysia perlu membuat pilihan yang bijak.

Macam kes Anwar dan statement dia ke WSJ tu. Memang lah perkara Israel ni SANGAT sensitif, tapi sebenarnya berapa ramai yang benar-benar faham situasi sebenar.

Israel?

Yahudi ?

Zionis ?

Kalau kita kaji lah di Palestin sendiri kecamuk Fatah dan Hamas macammana ? Siapa yang suka pada Mahmood Abas dan siapa pula yang suka dengan Ismail Haniyeh?

Ini belum cerita lagi bab agama dan kenegaraan?

Dalam politik, ada peluang nak kaitkan orang dengan sesuatu TABOO, cepat aje digunakan, tak kira lah belah mana.

Tapi isu utama cuba sorok sana sini, kalau tak setuju ada yang kena COLD ROOM treatment, kalau tidak kena pencen awal, atau contract tak kena sambung.

Macam Hasan Merican lah. Bukan ke dia tak setuju satu ketika pada cadangan lantikan ke Lembaga Pengarah Petronas satu ketika dulu.

Unknown said...

d'enricher,

Saya setuju. Hassan Marican bukan 'yes man'.

Double Y said...

Ini mambuktikan org melayu boleh memegang jawatan tinggi diS'pore tidak seperti aper yg di momokkan oleh sesetengah parti (sengaja x sebut nama ... lu pikirlah sendiri)

Anonymous said...

Tuan Syed,

Walaupun tidak dinyatakan secara terang sebenarnya terdapat budaya kasta dalam masyarakat melayu iaitu orang bangsawan yang terdiri daripada orang politik dah juga orang biasa.

Saya pernah pergi sambutan maulud nabi di Johor Bahru beberapa tahun yang lepas. Dalm jamuan makan, orang islam dibahagikan dua. Yang duduk di makan di meja (lebih kurang 200 orang) dengan 5 jenis lauk dan juga rakyat biasa yang makan di dewan nasi minyak dulang hanya dengan kuah (tanpa daging)sahaja bersama air sirap.

Tahun ini, ada orang yang berani bertanya tetapi kena dimarah.

Ini adalah kenyataan yang berlaku dalam masyarakat kita.

Apabila satu jawatan hendak diberikan, maka orang-orang bangsawan didahulukan.

Lain dengan Singapura yang mana merit seseorang yang penting dalam menilai untuk sesuatu jawatan.

Orang Johor

Anonymous said...

salam,

utk pengetahuan. disebabkan Dato Hassan Merican ini bukan orang politik lah yg menyebabkan beliau memilih jalan utk berkhidmat di negara lain. ini terjadi kerana sebilangan pentadbiran kerajaan sekarang ini mengekalkan orang yang tidak lagi layak/reject khususnya ditolak oleh pengundi berbanding golongan profesional.

zek/solokTengku

Anonymous said...

Nak tumpang tanya.... kalau masa PakLah ada group 'budak2 tingkat 4'.. lani ada kat 'grup rambut merah' org2 Sharizat yang dok pulun juta2 duit rakyat? minta komen!

Anonymous said...

Jangan jangan dituduh sebagai Pengkianat Bangsa kerana berkhidmat utk Singapura.

awang tak selamat

Anonymous said...

A'kum pak syed,

Seorang ikon pemimpin korporat spt Tan Sri Hassan Marican yang telah meletakkan Petronas antara senarai syarikat gas dan minyak a/bangsa spt hari ini,terpaksa berlepas ke Singapura kerana kepakaran beliau tidak diabaikan.

Beliau diiktiraf di peringkat a/rabangsa dan diperlukan oleh multinasional company tetapi malangnya tidak di dlm malaysia.

Ini bermakna program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal sama sekali.


slm jumaat
s/p

Unknown said...

'awang tak selamat' [dah tentu bukan dari kumpulan yang berutusan]

Mungkin ada yang berfikiran sempit akan berbuat demikian. Tetapi, mereka tidak boleh lontar sebarang tuduhan negatif kerana orang lain iktiraf dan hargai kepakaran Hassan Marican.

Unknown said...

Saya kurang arif mengenai bab Shahrizat Jalil dan kumpulan 'rambut merah' seperti yang anda perkatakan.

Mungkin Ketua Umno Bahagian Cheras boleh perkatakan dalam blognya. Dia tentu lebih mengetahui berkaitan isu Shahrizat dan NFC. Dia dan Kak Ijat rakan seperjuangan dan kenalan lama. Saya tidak.

tokman said...

TS Hassan Marican seorang korporat yang bermaruah dan berintegriti dan beliau faham sangat selok belok politik diMalaysia terutama semasa Tun M. Jadi bertugas diSingapura memberi beliau peluang dan ruang untuk beliau sebagai seorang professional. Ramai lagi ketua korporat Melayu yang ada pendirian sendiri yang disisih dan dipinggirkan olih tekanan politik. Pengerusi2 Felda, Risda, Felcra, SPAD sebagai contoh tak patut diberi kepada mereka yang tiada latarbelakang industri tersebut tapi hanya ada 'talian hayat' untuk parti politik yang berkepentingan. Ubahkan sikap ini dan ramai ahli2 korporat akan muncul untuk meningkatkan pembangunan negara kita ini dengan tulus dan ikhlas!

Hizam said...

Salam Tuan Syed, Satu kupasan yang baik, tentang TS Hassan Marikan. Inilah yang dinamakan Malaysia Boleh Tuan Syed, kalau pandai mengampu maka bertuahlah orang tu, tapi jika sebaliknya, maka inilah yang akan jadi. Saya ingin bertanya kepada Tuan Syed satu soalan. Sekiranya BN tumbang dalam PRU-13 ini, dan pakatan akan mengambil alih pemerintahan adakah Malaysia akan bengkrap. Tapi kalau tanya pada saya soalan tersebut saya akan jawap Malaysia tidak akan bengrap. Contohnya sangat jelas, SEbagai contoh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah mampu menunjukkan prestasi yang baik, walaupun baru sahaja sepenggal menggambil alih pemerintahan, melainkan Kelantan. Cuba lihat Selangor mampu memilikit aliran wang tunai 1.6 billion kalau tak silap saya, hasil daripada pentadbiran yang cermat dan berhemah, mampu juga memberikan rakyat air percuma, dan sebagainya, Pulau Pinang lihat macamana peruntukkan diberikan kepada Sekolah Agama,dan sebagainya sebagaimana yang Tuan Syed tulis kan beberapa hari lepas. Adakah Tuan Syed bersetuju dengan saya kalau saya katakan bahawa sekiranya Malaysia ini mengadakan Pilihanraya yang tulus tanpa penipuan pengundi, UMNO BN sudah lama berkubur.. saya melihat trand orang muda sudah jelak dan jemu dengan pemimpin yang ada sekarang, kebanyakannya sedang menunggu membuat perhitungan dalam PRU-13 ini. Sebagai seorang yang berkecuali saya harap Tuan Syed dapan memberi pandangan yang saya kemukakan tadi. Salam

Anonymous said...

brabo amno tak lame lagi mamposlah!

Anonymous said...

AsSalam

Ropa-ropanya ada story sbb DHM letak jawatan.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/petronas-chafes-at-being-countrys-piggy-bank/

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/misteri-perletakan-jawatan-hassan.html

harap tuan dapat ulas/komen.

-rokok daun