Tuesday, February 14, 2012

Anwar Ibrahim dan isu Yahudi

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tersepit dengan isu sokongan terhadap rejim Yahudi Zionis dilaporkan akan menghadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataan kontoversinya itu.

Anwar terpaksa berbuat demikian setelah Nik Aziz mengeluarkan kenyataan menggesa ketua pembangkang itu menarik balik kenyataannya seperti yang dilporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) bulan lepas atau mengambil tindakan saman. 

Anwar tidak boleh membisu dan membiarkan isu tersebut terumbang-ambing kerana ia bukan satu persoalan remeh tetapi satu isu besar di kalangan negara-negara Islam.

Nik Aziz berkata sekiranya laporan WSJ itu salah atau membawa maksud yang berbeza, maka Anwar mesti  ambil tindakan undang-undang. Tetapi, setahu saya, hingga sekarang Anwar tidak pun membantah atau menafikan kesahehan laporan WSJ itu. Ini bermakna apa yang dilaporkan itu adalah benar belaka.

Kenyataan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mendapat sokongan penuh ahli Majlis Syura Ulamak PAS.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali berkata kenyataan Nik Aziz membuktikan bahawa  PAS tetap menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam. 

Walaupun Dr Khairuddin tidak menyebut secara terang-terangan siapa yang dimaksudknnya, tetapi kata-kata "tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak" difahami merujuk kepada kenyataan ketua pembangkang yang juga ketua sebenar Parti KeAdilan Rakyat (PKR).

Umum mengetahui bahawa PAS tidak mengiktiraf negara haram Israel dan parti itu juga menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Kenyataan Anwar yang menyokong "semua usaha untuk melindungi/mempertahan keselamatan Israel" bukan sahaja dibantah oleh majoriti rakyat Malaysia tetapi tidak disenangi di kalangan pemimpin dan rakyat Palestin, beberapa buah negara Arab dan Turki.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blognya bahawa pentadbiran Amerika Syarikat dan Israel sedang berpakat untuk membolehkan pertukaran rejim di Malaysia melalui penubuhan sebuah kerajaan boneka diketuai  Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir berkata Washington berharap kepimpinan baru dibawah ketua pembangkang itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri daripada perjuangan rakyat Palestin.

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran atau kebolehpercayaan kenyataan Dr Mahathir tetapi apa yang pasti kenyataan Anwar Ibrahim tidak boleh diterima sama sekali. Kita tidak boleh bertolak ansur atau beralah atau tunduk kepada sebarang tekanan kuasa-kuasa besar apabila membicarakan soal  Palestin.

Tindak tanduk Anwar Ibrahim kebelakangan ini tidak memberi faedah atau sebarang saham kepada perjuangan Pakatan Rakyat.  Saya percaya barisan kepimpinan PAS sedar akan kedudukan itu dan mereka kenalah lakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.... sebelum terlambat. 




  


10 comments:

Anonymous said...

Semakin hari, kita dapat lihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat. Tapi ketuanya sering memberi bermacam-macam masalah kepada parti serta sekutunya.

Bagaimana kita harus selesaikan permasalahan ini? Adakah patut ketuanya ditukar?

Chris Leong

Syed Imran said...

Chris Leong,

Saya tidak menafikan akan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PK). Itu adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan.

Pada pendapat saya, PK memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja dilihat cekap, bersih dan berwibawa tetapi benar-benar sedemikian. Seorang pemimpin yang tidak membawa masalah kepada parti, tidak membebankan parti dengan isu-isu yang boleh membuatkan rakyat beralih daripada menyokong PK.

Saya sedar ramai yang taksub dengan Anwar Ibrahim seolah-olah tanpanya semuanya akan hancur. Di sinilah letaknya kelemahan yang amat ketara. Anwar Ibrahim bukan manusia yang bebas daripada melakukan kesilapan. Sama seperti pemimpin lain dalam BN yang tidak sempurna dan memiliki kelemahan-kelemahan tertentu. Pendek kata tiada insan kamil. PK terutama PKR kena terima hakikat ini dan mereka tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya rasa perbalahan isu Palestin ini banyak tersasar dari realiti di bumi Palestin.

Kalau saya silap harap diperbetulkan. Ini adalah kerana isu ini teramat rumit.

Dalam pendakatan soal Palestin, umat Islam ada 2 pilihan.

Pilihan pertama adalah status quo iaitu sekarang ini merupakan pendirian PAS. Jangan iktiraf Israel.

Masalah yang kritikal adalah penempatan haram (settlement) yang semakin hari semakin besar. Semakin lama semakin banyak tanah Palestin diambil orang Yahudi.

Setiap kali ada pelan damai, Israel akan langgar pelan damai dengan membuat penempatan baru di tanah orang Islam Palestin. Setakat ini tidak ada siapa yang boleh menghalangnya.

Pilihan kedua adalah penyelesaian dua negara Israel-Palestin (two state solution).

Perkembangan yang terbaru berlaku pada 5 bulan yang lepas dimana Palestin memohon untuk menjadi anggota tetap Bangsa-bangsa Bersatu (UN).

Strategi Mahmud Abbas adalah dengan menjadi anggota UN tetap maka pencerobahan ke atas Palestin (berdasar sempadan 1967) boleh dibawa ke mahkamah UN (seperti mana Malaysia membawa ke mahkamah dunia isu Pulau Batu Putih).

Keahlian Palestin mendapat 68% persetujuan anggota UN tetapi di veto oleh Amerika atas desakan Israel.

Pendekatan dua negara berasingan bermakna Palestin dan Israel akan menjadi dua negara berdaulat. Baitulmaqdis timur akan menjadi ibu negara Palestin.

Masalah yang utama daripada pendekatan ini adalah penduduk asal Palestin yang lari dari Palestin pada tahun 1948 (sekarang israel) yang mempunyai hak dan geran tanah di Israel tidak lagi boleh balik semula ke Israel dan hak mereka akan dilupuskan.

Pilihan yang kedua ini disokong oleh 22 negara liga arab dan juga Malaysia. Pas pula menyokong pilihan pertama. Anwar Ibrahim menyokong pilihan kedua.

Pada pandangan saya, isu Palestin-Israel bukan soal mudah. Perbalahan yang ada sekarang di negara kita tidak mencerminkan masalah yang sebenar.

Apa yang Anwar Ibrahim utarakan sebenarnya disokong oleh kebanyakkan negara arab dan juga negara di badan dunia. Isu ini dipolitikkan untuk kepenting pihak-pihak tertentu.

Orang Johor

pencari said...

hello tuan nye blog.
ni personal view ak la. based on apa yg aku paham.

kita smua tahu yg media perdana(tv terutamanya) dikuasai spenuhnya oleh BN. erti kata lain sntiasa nk memburuk kan pmbangkang n ckp BN j betul dan kdg2 smpai tabur fitnah.

anwar tuu dh berpa kali kene fitnah ngan BN weyh. kene tuduh liwat smpai 2 kali. pastu skrg tv3 nk ckp anwar sokong israel pulak. pernah tak korang tefikir yg kenapa tv3..dalam bnyak2 org lah kan.KENAPA TV3 TAK TERDETIK NAK INTERVIEW ANWAR IBRAHIM PASAL STATEMENT NI.

balik2 pegi kt hassan ali.balik2 gi kt muhyidin.balik2 pgi kat najib.TAK PERNAH NK BG RUANG KT PEMBANGKANG NK BERSUARA.

satu lagi. menurut apa yg ak paham la. ak pon baca jgak knyataan anwar dlm WSJ tu. and ak rasa apa yg dimaksud kan adalah ANWAR AKAN MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN ISRAEL SEKIRANYA ISRAEL ITU MENJAGA HAK ASPIRASI PALESTIN. DAN TINDAKAN INI JUGA MASIH BELUM PASTI LAGI.mknanya msh samar2 lg laa.

anwar dh gi jumpa yusof qaradawhi la bro. ak tak rasa kalau yusof qaradawhi pon kne tipu ngan anwar nih.lagipun. kalau kau tgk kat utube pasal anwar and isu israel ni. dah terang2 dia bgtau masa ceramah dia tntang ayat "SELAGI ISRAEL MENGHORMATI ASPIRASI PALESTIN". tgk lah sndiri video tu. tv3 konfem tanak kasi tayang nye video tu.

lg skali.ni personal view.

Syed Imran said...

Orang Johor,

Benar ia adalah satu isu yang rumit terutama apabila berkaitan kedudukan Batitulmaqdis.

Walaupun pihak Amerika Syarikat cuba mencari jalan penyelesaian dengan 'Road Map" dan terdahulu perjanjian Kem David, namun dunia sedar bahawa ia lebih mengutamakan kepentingan Israel, sekutu kuatnya di Asia Barat. Oleh itu, sukar bagi Palestin untuk mendapat keadilan.

Barat pun lebih condong kepada kepentingan Israel manakala dunia Arab, termasuk dalam kalangan rakyat Palestin sendiri, tidak sepakat dan tidak bersatu.

Memang rumit.

Syed Imran said...

pencari,

Saya faham maksud saudara kerana ia ada kebenarannya.

Walaupun demikian, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya akan datang ini.

Bab media yang dikawal parti-parti pemerintah secara langsung atau secara 'remote control' adalah rahsia umum dan rakyat tidak mudah diperdaya.

pencari said...

salam satu malaysia.

skali lg ditegaskan.ni personal view ak yg tak brapa pndai dlm dunia politik ni.


memang sdekit sbanyak memang la akn jejaskan pr tp sape yg celik tuu sila lah jgn mudah terpedaya. bila media bn dh konker, memang susah lah rkyat nk dpt kebenaran.

lain lah org ada internet ni.mcm2 alternatif lain utk baca berita.
kdg2 ada jgak tipu tp ada jgak yg btol. jd susah nk cari yg betul. tp dari ak percaya tv3 baik lah ak percaya hasil tulisan bloggers yg ak rasa mcm boleh dipeercayai.

tapi berapa kerat sgt rakyat malaysia ni yg bce berita kt internet(boleh jd btul atau tipu). pok pok(pakcik-pakcik) ngan makcik makcik kt kampung mana lah tahu pasal mnde2 ni.

berita tv3 tuu jelah ada utk diaorg.last2 kne tipu.ak tak salahkan diaorg. tp nmpak sgt game ni tak fair. lg2 bab israel nih. pantang nenek moyang tok tok aku kalau dgr org sokong israel nih memang mngamuk satu kampung. yelah nk buat mcm mana.TV3 JE ADA. bkn salah diaorg jugak.

yg nk mngundi nye pok pok ni. yg intelek2 smua muda2 lg smua takleh nk mngundi.bgus sgt lah tu. ada je lah brape kerat je lg yg celik mata ngan internet ni yg bole mngundi. tuu pon takleh lawan ngn bilangn pok pok ni.


skali lg.ni personal view.

Anonymous said...

x payah sembang la...mesir under gamal naser lagi hebat perang terus dgn yahudi, syria pun sekali...berapa puluh ribu nyawa terkorban,berapa juta duit hangus, berapa tanah yg tergadai,tapi adakah depa ni betui2 meluat kat yahudi...sedangkan hidup pemimpin2 arab ni pun mcm yahudi..berapa ribu org ulamak2 ikhwanulmusilimin puak2 ni bunuh....syria pun same..berapa ribu juga ulamak yg dibunuh, diseksa oleh pemimpin arab mesir dan syria ni...msia pun 2 x 5 juga...dok geng dgn apco pun apa hal...cara hidup bermewah2...setakat dgn laporan media berat sebelah tv3 suku,utusan meloya x payah la...rakyat dah tau, dah cerdik...jgn la buat stail lama
mcm pekena Ku Li pakai tengkolok salib masa pru 1990...old fashion la....ni zaman baru....umno ni hidup zaman tu boleh la hidup..
from faizzz..

Anonymous said...

Anonymous 10pm.

Sebenarnya apabila kita guna sms dalam talipon bimbit, kita akan guna short-form kerana ruang untuk menulis terhad.

Selain daripada situasi itu, tidak digunakan short-form.

Saya pernah terbaca di majalah yang mana murid sekolah buat karangan bahasa malaysia pakai short-form sms.

Pd hari itu dia x datang sekolah krn sakit perut. Kawan2 semua tanya...

Pening kepala cikgu, nasib baik saya tidak jadi cikgu.

Maaf kerana komen

Orang Johor

Anonymous said...

Saya sokong Orang Johor, walaupun dah lari topik. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.

Chris Leong