Thursday, April 08, 2010

Zahrain dan Zulkifli ke Washington ikut DS Najib

Kata orang rezeki tidak datang bergolek tetapi ada ketikanya ia datang melayang setelah berlaku perubahan dalam keadaan dan kedudukan tertentu.

Itulah yang dapat dikatakan mengenai tuah badan dua orang wakil rakyat yang menang atas tiket Pakatan Rakyat tetapi kini 'berkecuali' atas tiket bebas. Seorang dipecat manakala seorang lagi keluar parti kerana kecewa dan hampa dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sama ada mereka 'bebas' atau 'berkecuali' boleh diperbahaskan tetapi kita terima sajalah 'kebebasan' sementara mereka sebagai wakil rakyat.

Dua orang wakil rakyat (Dewan Rakyat) yang dimaksudkan adalah Mohamad Zahrain Hashim (Bayan Baru, Pulau Pinang) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru, Kedah).

Kedua-dua mereka bertuah kerana terpilih untuk menemani PM Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak ke Washington, lebih tepat lagi dalam lawatan PM ke "Congress" Amerika Syarikat. Mereka bertuah kerana dari kalangan sebegitu ramai ahli Dewan Rakyat, mereka menjadi pilihan PM. Tahniah.

Mungkin semasa dalam pesawat Airbuas, eksekutif lagi ekslusif, yang bakal membawa PM Najib ke Washington kelak, Zahrain dan Zulkifli boleh mendedahkan lebih banyak 'cerita' mengenai PKR dan muslihat supremonya DS Anwar Ibrahim kepada DS Najib. Inilah peluang keemasan yang semestinya diambil oleh Zahrain dan Zulkifli dan kita harap mereka tidak akan melepaskan peluang yang bukan senang untuk diperolehi itu. Kata orang bijak pandai, sambil menyelam minum air.

Kepada Zahrain, yang sebelum ini tidak ramai orang yang kenal atau tahu mengenainya, dan Zulkifli, yang semakin mendapat perhatian ekoran daripada 'pendirian keagamaannya' selama ini, kita ucapkan tahniah kerana dipilih untuk mengiringi PM Najib ke Washington.

Semoga mereka memperolehi kejayaan dalam apa saja tugas yang diamanahkan.

6 comments:

Anonymous said...

Saya dapat agak kenapa mereka berdua dipilih. Kalau tiada 'kongress' dalam aturcara lawatan, mereka ini tak akan ada peluang. Sekiranya timbul soalan2 contraversi berhubung dengan DSAI, Najib akan tolak katak2 inilah untuk jawab. Mohsin nampak beleh sangat, bila kena soalan takut darah gemuruh pula. Maka selamatlah dia dari sebarang tanggapan. Good Luck.

Anonymous said...

Pak tuan syed,
inilah politik, semalam lawan, hari ini kawan.dalam politik musuh tidak selama-lamanya dan kawan juga tidak berkekalan. Kedua-dua mereka itu telah mendapat bonos kerana dedah/bogel kawan-kawan kepada musuh.
Nak hiidup ini cara orang politik berpolitik, rakyat yang dipercaturkan. Orang Politik kaya raya rakyat akan terfus menderita dan merana.

1Malaysia.

zulkifli said...

Macam ada sesuatu "between the lines" bila baca tulisan Kuda Ranggi.
Ada nada camdek sikit.
Najib "si bibir delima merkah" takut untuk mengotorkan tangannya. Sebab tu bawa 2 orang pecacai buat kerja kotor ini. Ini taktik klasik Najib-Penakut dalam aksi pura-pura berani.

Unknown said...

Zulkifli,

Ada banyak cara untuk menyampaikan sesuatu maklumat termasuklah seperti apa yang saudara sebutkan itu.

anak penyokong kuat kerajaan.. said...

kelakar juga bila baca psl pendirian agama...kalau belajar agama tinggi apa hukumnya tolak Al-Quran & Sunnah?Hudud & Qisas tak sesuai utk Malaysia kata mereka.sbb masyarakat majmuk & ada kata kejam...renung2kan lah,Adakah Allah ni tak tahu Malaysia ni akan ada masyarakat majmuk.kalau tidak sudah pasti ada ditulis dlm Quran,majmuk dikecualikan..1% sahaja tidak percayakan Al-Quran & Sunnah bukankah sudah jatuh kafir?inilah yg sedih..

HeroHuruHara said...

Jalan-jalan Cari Makan...
Mencuba Menu Pelbagai Perisa....
Kalau Sedap Teruskan Makan...
Sudah Jemu Ubahlah Selera....

Bayan Baru memang lawak..
Jalan Senget Berat Dah Berganda...
Berdiri Lama Lutut Membangkak...
Baik Berundur Rehat Selamanya...

Orang Marah Bukan Sedikit...
Tunggang Belanga Pecah Mangkuk...
Berkata Benar Memanglah Pahit...
Apakan Daya Lidahnya Bengkok.....