Monday, April 26, 2010

HULU SELANGOR - SATU PENGAJARAN UNTUK 1MALAYSIA



Sekalung tahniah untuk parti Barisan Nasional (BN) kerana memenangi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan undi Hulu Selangor.

Calon BN, P Kamalanathan, 44, mendapat 24,997 undi manakala calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 untuk membolehkan BN menang dengan kelebihan 1,725 undi.

Kemenangan BN dilihat oleh kalangan pemimpin dan penyokong parti sebagai tanda pemulihan sokongan kepada gabungan parti yang memerintah di peringkat Persekutuan dan turunnya sokongan kepada parti yang berkuasa di negeri Selangor. Itu pendapat mereka yang menang kerana mereka bekerja keras untuk menang.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor sudah pasti yang termahal dan hebat bagi kedua-dua pihak mengalahkan kehebatan di Permatang Pauh. Ianya hebat kerana 'sahamnya' pun hebat dan amat berharga, terutama kepada BN di bawah kepimpinan DS Najib Tun Razak.

Jika dinilai dari segi wang ringgit, entah berapa puluh juta yang diperturunkan dan dijanjikan oleh kedua-dua pihak melalui Kerajaan Persekutuan (BN) dan Kerajaan Negeri Selangor (PR) kepada penduduk Hulu Selangor.

Begitu ramai 'orang besar' dari kedua-dua pihak turun padang dengan senyuman manis dan begitu mesra melayani rakyat marhain semata-mata untuk meraih sokongan dan undi. Nama-nama besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, DS Najib, TS Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim, TS Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hassan Ali berada di kampung-kampung tradisional dan kampung baru serta ladang kelapa sawit untuk bertemu rakyat.

Di sesetengah tempat, suasana seolah-olah satu pesta keramaian dengan bermacam acara dan pertandingan diadakan termasuk acara teh tarik dan nasi lemak yang dianjurkan oleh sebuah kementerian. Pusat Latihan Bomba pun tidak terlepas daripada dijadikan medan berkempen 'secara tidak langsung' selain begitu ramai petugas TEKUN yang begitu pemurah berada di sana.

Kerajaan Negeri Selangor tidak ketinggalan 'mentadbir' negeri dari Hulu Selangor dengan penuh mesra dan tidak kurang bermurah hati, walaupun tidak semurah hati pentadbiran di Putrajaya.

Pendek kata, kedua-dua pihak menggunakan apa saja kekuatan dan senjata yang ada untuk membolehkan calon masing-masing menang dan keputusan suara terbanyak memihak kepada BN.

Bagi saya, kemenangan BN tidak boleh dilihat sepenuhnya sebagai pengembalian sokongan rakyat kepada BN atau berkurangnya sokongan kepada PR.

Corak pengundian seharusnya diteliti dan dihalusi oleh kedua-dua pihak.

Kemenangan calon BN yang diwakili oleh MIC menang kerana sokongan orang Melayu sedangkan undi sejumlah besar orang Cina memihak kepada calon PKR sama seperti di kawasan-kawasan undi berbilang bangsa.

BN ternyata kukuh di penempatan-penempatan Felda dan kampung-kampung tradisional manakala PKR di kawasan majoriti pengundi Cina seperti kampung-kampung baru di Kuala Kubu Baru, Batang Kali, Rasa dan Kerling dan kawasan-kawasan berbilang bangsa seperti bandar KKB.

Corak pengundian seharusnya membimbangkan semua pihak kerana ia memperlihatkan kecondongan tertentu yang sebenarnya menyimpang daripada konsep 1Malaysia. Kenyataan ini mungkin tidak dapat diterima oleh pihak BN tetapi mereka mesti mengkaji dan menghalusinya.

Sokongan kepada PR melalui PKR tidak boleh dipandang ringan kerana 23,272 undi bukan satu jumlah yang kecil walaupun BN menang dengan kelebihan 1,725 undi. Ini pilihan raya kecil di mana BN mampu memberi tumpuan 100 peratus dan hampir semua pemimpin besar turun padang. Mampukah BN berbuat demikian apabila menghadapi pilihan raya umum? Perkara inilah yang harus difikirkan.

BN juga perlu ingat bahawa panglima perangnya di Hulu Selangor, TS Muhyiddin mahukan BN menang dengan kelebihan 6,000 undi, hasrat tersebut tidak tercapai.

Hulu Selangor juga membuktikan bahawa MCA masih lemah dan gagal mendapatkan sokongan pengundi Cina. Kegagalan MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pasti akan menjejas kedudukan BN pada PRU akan datang. Gerakan pimpinan TS Koh Tsu Khoon pun gagal meraih sokongan pengundi Cina.

Yang jelas, kemenangan BN di Hulu Selangor adalah atas sokongan kuat pengundi Melayu manakala kekuatan PKR bertulang belakangkan sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya Cina. Sokongan pengundi India sukar ditentukan kerana tiada kawasan undi yang mempunyai majoriti pengundi India. Oleh itu, MIC tidak boleh mendabik dada menyatakan kononnya pengundi India kembali menyokong BN.

Hulu Selangor menunjukkan bahawa pengundi Melayu dan Cina mengundi parti, bukan calon dan mereka tidak kisah siapa calon dari sudut bangsa tetapi mengutamakan parti.

Walau apapun, rakyat Hulu Selangor adalah yang sebenar-benarnya "menang."

11 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Saya rasa senang aje nak test isu sokongan ini, PM Najib kena berani letak calun berlainan bangsa kat kawasan majoriti lain. Contoh, UMNO selalu kasi laluan kat MCA, Gerakan dan MIC.

Now letak calun UMNO kat kawasan majoriti cina, kat Sibu boleh jadi test kot.

Kalau orang sokong BN, siapa pun tak penting, jadi konsep ini akan dapat diperhalusi.

Bukan senang nak jadi "transformer" kena berani.

Nanti PM Najib beri Pekan, pada Chua Soi Lek, Sungai Siput pada PM Najib, Samy Valu dapat Labis. Agaknya boleh terima tak Idea ni?

Calun import dah lama cuba, tapi dari bangsa dan agama lain belum lagi.

A.Alshukor.

Anonymous said...

Rakyat di Hulu Selangor dapatdurian runtuh 2 minggu lepas.Tapi durian runtuh durinya hempap orang lain. Janji Najib nak bagi RM100K kepada masjid di rasa dialihkan tanggungan kepada Bank Rakyat. Yang lain tak tau sapa yang kena. Selama ni saya dengar cerita je pasal sogok wang kepada pengundi, realitinya berlaku di Hulu Selangor. Semua ahli UMNO diberi RM100 seorang untuk pastikan undi BM, ahli UMNO yang tinggal di luar HS jika balik mengundi diberi RM100. Inilah rupa beli undi yang dimaksud bukan hanya sanya janji2 PM dan TPM semasa kempen. Berpulu ribu lagi mengalir melalui Ketua-ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda - jika ikhlas dapatlah ahli merasa, jika tidak...ada can downpayment kereta baru buat mereka. Durianruntuh betul. Lepas Sibu, dengar berita ADUN Sg Brung dahkemalangan balik dari HS...kinitengah nazak. Satu lagi PRK akan diadakan. Durian runtuh buat orang sana. = SYEDKKB

Anonymous said...

Orang Melayu Hulu Selangor terutamaorang2di Felda tak pandai berpolitik.Sepatutnyadalam keadaan seperti yang ada di HS tempoh hari, mereka meruby peluang yang diberikan tetapi turut memikirkan perjkuangan UMNO 2 tahun mendatang. Anggaplah pemberian PM & TPM kepada penduduk gugusan FELDA sebagai hadiah yangtelah lama patut ditagih tetapi tuntutan untuk kerusi HS kembali kepada UMNO tidak diabaikan. Kesempatan dah ada untuk tuntutkerusi HS pada PRU 13 nanti dengan mengalahkan calon BN...baru terbukti MIc sudah tidak relavan di HS. Tapi lihat apa yang jadi...Melayu yang banyak sokong India hanya kerana disogok dengan wang ringgit dan janji yang belum pasti akan ditunaikan. Tanah FELDA dah lebih 20 tahun tak diselesaikan oleh pentadbiran BN di Selangor sbelum ini....kalau tidak kerana PRK ini, sampai babi berjanggut tak selesai isu ini. Memang Melayu FELDA buta politik. Kalau mak bapak yang tua2 tu takfaham, kita sedia maklum..tapi anak-anak generasi kedua ni takkan tak faham juga. Pengerusi Gugusan FELDA =Rozali Ismail - tanyala dia apa perjungan dia untuk orang FELDA. Pandai tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut.

Syed Imran said...

A.Alshukor,

jika BN letak calon Melayu di Sibu, dia bukan saja akan kalah tetapi akan hilang wang pertaruhan sebanyak RM10 ribu.

SYEDKKB,

mereka akan bermati-matian menafikannya.

Anon 537pm,

inilah nasib masyarakat Felda dan mungkin kerana itulah ramai yang menyokong PAS.

Cokodok said...

Salam...

Calon UMNO utk Sibu? kalau BN rasa nak hilang Sarawak, dipersilakan la...

Politik Sarawak ni agak unik.. sehingga kini UMNO masih lagi dianggap penyebok oleh masyarakat Sarawak... or boleh saya katakan oleh masyarakat PBB yg diketuai Taib Mahmud.. malah beberapa tokoh melayu Sarawak yg cuba utk membawa masuk UMNO ke Sarawak telah tamatkan riwayat politik mereka.. yg paling jelas adalah Abang Abu Bakar.. dari seorang menteri persekutuan.. sekarang pencacai jer kat negeri sendiri.. hanya kerana cuba membawa UMNO ke bumi kenyalang... Seperkara lagi.. isu parti Malaya pon agak sensitif kat Sarawak... antara punca pembangkang gagal utk memberi impak yg besar selama ini adalah kerana kegagalan mereka utk mencari rakan dari parti2 peribumi sarawak.. diharap dengan kemasukan SNAP kedalam PR.. akan memberi sedikit perubahan landskap pada politik negeri Sarawak... tapi, pada yg berangan2 PR dpt menakluk Sarawak... simpan saja angan2 tersebut kerana ia agak mustahil akan berlaku...

Anonymous said...

Kalau boleh semua wakil rakyat pendek umur,boleh buat pilihanraya kecil selalu,dan rakyat dapat nikmat mee segera melimpah-limpah

Anonymous said...

tuan syed,

sekadar tambah komen d'enricher.

selama ni melayu saja paling banyak tolak ansur. sejak lepas merdeka mic dan mca tanding kawasan majoriti melayu....menang.

mungkinkah melayu tanding di kawasan majoriti cina boleh menang?

mic tak payah cakaplah, tiada satupun kawasan majoriti. itupun mic ugut macam2

melayu agak lambat paham hal politik. bila agaknya melayu akan matang dalam hal berpolitik? kenapa jadi begitu?

tahap patriotik melayu juga boleh dibandingkan dengan kaum lain. mengapa hindraf mesti burukkan malaysia di luar negara jika kaum itu ada sifat patriotik!!!

Anonymous said...

With the HS wins, BN and UMNO especially have received too much of publicity from local and international media on the way the election was bought in order to ensure the BN candidate wins.Most reports shows the amount of "donation" made to all sorts of people. Although PM Najib said that the money was meant for the rakyat, but rakyat in the PR controlled states would not going to see any single cents unless their MP/wakil rakyat passed away. Is this how rakyat can get their new pasar, new roads, new football fields, new surau, new temple....
If that is case, the next PRU which is so much closer now will cost BN 100 times more than what hey have spent in HS...i could not wait to put my 'wish list' to DS Najib.

AZM

umar said...

salam Tuan,
The real winner is Palanivel. He is gona be a Senator and be made a minister. That comes with big money and other goodies like peruntukan rumah murah, tanah or permit etc.Upon retirement big pension too.Not only that, he'll be crowned MIC PRESIDENT soon.
Sometimes you gain more when you sacrifice a little.But here the gain is personal....no principle to shout about.

Syed Imran said...

Precisely, Umar. UMNO dah kena pukau dan sihir "you know who" ... Teringat saya akan peristiwa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka... siapa yang mengkhianatinya.

Anonymous said...

BN saja yang dok kena pedor
bila libat komponen dia.
Sekarang masa untuk Umno tunjuk dia berani berubah....macam mana nak takel undi Melayu. By-election bukan lagi tempat nak test sokongan.
Pakatan sah sapu lagi berusi BN pada pru-13, jangan mimpi nak dapat balik.