Friday, April 02, 2010

BN TAK SEHARUSNYA KETEPIKAN MIC

Pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat kawasan undi Hulu Selangor nampaknya menjadi rebutan di kalangan dua parti komponen, iaitu UMNO dan MIC, walaupun mengikut amalan dan tradisi BN, kerusi itu diperuntukkan kepada MIC.

Pemimpin UMNO peringkat Bahagian, Perhubungan Negeri dan Majlis Tertinggi dah pun membuka mulut mahukan calon dari UMNO bertanding pada pilihan raya 25 April ini atas tiket BN. Hujah mereka Hulu Selangor bermajoriti pengundi Melayu dan UMNO lebih mampu menjamin kemenangan berbanding MIC.

Hujah mereka agak sempit dan benar-benar bercanggah dengan semangat kesepakatan BN dan boleh menimbulkan lebih banyak masalah kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Benar, kawasan undi itu mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang majoriti pengundi Melayu akan sokong UMNO atau BN. Kemenangan bergantung besar kepada sokongan pengundi semua kaum - Melayu, Cina, India dan etnik minoriti lain.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi dan ada yang berjawatan Menteri tidak berfikir panjang mengenai sokongan semua kaum dan bukan satu kaum sahaja untuk memenangi pilihan raya? Ke mana nak dicampak konsep dan semangat 1Malaysia?

Jika pucuk kepimpinan BN melakukan kesalahan dengan tidak memilih calon BN dari parti MIC, maka mereka akan menghadapi undi bantahan atau undi protes daripada pengundi bukan Melayu dan ini akan mengakibatkan BN kalah di Hulu Selangor.

Dengan menolak calon MIC di kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu, BN sudah tentu menghadapi kemarahan masyarakat India dan juga Cina kerana jika ia boleh berlaku di Hulu Selangor, ia sudah pasti boleh berulang di kawasan-kawasan undi lain yang diwakili oleh sama ada MCA ataupun Gerakan di Semenanjung.

Inilah padahnya jika BN tidak mengekalkan status quo di Hulu Selangor, iaitu mengekalkan peruntukan kerusi itu kepada MIC dan bukan memberi kepada UMNO.

Ia bukan soal kaum atau ras, ia juga bukan soal hak tetapi ia adalah soal yang melibatkan kata sepakat dan perkongsian kuasa yang dipersetujui oleh semua parti komponen BN.

Semoga pucuk kepimpinan BN tidak membuat kesilapan di Hulu Selangor jika inginkan sokongan semua kaum pada PRU-13 nanti.

13 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya berpendapat sebalinya.

Sudah sampai masa kerusi Melayu yg telah sekian lama dibagikan kpd partner BN diberi balik kpd UMNO sbg rasa hormat kpd kehendak pengundi tempatan, khususnya dari bangsa Melayu beragama Islam.

Saya tidak menentang muafakat BN tetapi ia tidaklah perlu terlalu rigid sehingga pilihan yg ada kpd Melayu Islam sapai terlalu BN sendiri yg sempitkan pulak. Masih ada banyak lagi kerusi dan kawasan yg boleh dirundingkan.

Saya rasa kita jangan risau tentang undi protes pengundi India semata-mata sbb pengundi Melayu pun boleh protes. Mungkin dlm hati mereka akan bertanya sampai bila mahu terlebih kompromi dah?

Ada banyak lagi faktor-faktor yg bakal mempengaruhi pengundi selain dari bangsa atau ugama calon berkenaan. Namun atas jasa dan kesabaran mereka yg lama dan org Melayu pun ada tokoh2 yg layak di sana, tok sahlah buat koman sangat kali ini sampaikan tak mampu mengangkat calon berkelayakan dan ada local touch dari kalangan org Melayu sendiri.

zulkifli said...

Kompromi pun ada hadnya. Tambahan lagi kalau Samy Velu terus berkeras nak meletakkan Palanivel sebagai calon BN. Hancus nanti...macamlah MIC ketandusan calon berwibawa. Najib harus mengenepikan permintaan Samy Velu, sekali gus, menjadikan samy Velu sedar betapa dia satu laibiliti kepada BN.

Unknown said...

Kepada Anon 5:52pm,

Saya melihat dari sudut gambaran yang lebih luas kerana bukan semua orang Melayu menyokong BN atau UMNO.
Dari sudut kesatuan hati, orang Cina jauh lebih hebat daripada orang Melayu kerana apabila perlu mereka bersatu tak kira parti, tetapi orang Melayu tidak begitu.

Zulkifli,

Saya setuju. Samy Vellu tak boleh paksa Pengerusi BN ikut kehendaknya dari segi calon MIC.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Keputusan PU lepas, BN telah bernyawa ikan untuk terus mentadbir negara. Tanpa sumbangan kerusi -kerusi BN sarawak dan Sabah, mojoriti mudah yag diperolehi BN tidak tercapai. Pengundi Parlimen Hulu Selangor pada PU ke-12 telah menolak MIC tetapi tiga kerusi ADUN dalam kawasan Parlimen itu ierikan kepada BN - 2 UMNO i MCA. Ini jelas mereka tidak senang dengan MIC. Dengan ini haruskah atas dasar setiakawan BN sangup megambil resiko tinggi pada masa BN memerlukan tambahan jumlah kerusi di Parlimen. Semangat setiakawan tidak bermakna mengekalkan persetujuan sungguhpun ia membawa keburukan kepada diri sendiri. MIC patut dan sanggup bertolak ansur dengan semangat setiakawan bagi mempasti komponen parti memenangi kerusi yang mereka ditolak oleh pengundi.
Pada PU ke-13 nanti MIC pasti akan digantikan dengan satu kawasan Parlimen baru atau Hulu Srlangor diberi balik. Saya yakin jika MIC tidak bertanding pada Pilihanraya kecil kali ini, harapan BN untuk menang amat cerah. Jika Palanivel diletak sebagai calon, ramai penggundi India akan protes lagi. BN tidak ketandusan pemimpin dengan itu, janganlah tumpuan diberi kepada seorang saja cuba-cubalah ketengahkan muka baru jika MIC mahu bertolak ansur.

Pemilih Ampang

Anonymous said...

Dari KKB Hulu Selangor, 2 dua senario yang perlu diambil kira. 1 -MIc meletakkan calon yang tidak digemari penggundi, 2.Jika UMNO ingin meletekkan calon - nama-nama yang disebut juga meragukan penggundi. UMNO HS telah meminat Muhd Mohd Taib sebagai calon. Bukankah ini satu lagi percaturan politik yang tidak kena. Tidak kira MIC atau UMNO, perlu cari calon yang bersih sebersihnya.Tapi dipandang sari sudut sebelah sana, kesilapan meletak calon yang layak akan memberi kelebihan kepada mereka.Tak gitu? MCA pernah menyuarakan sokongan kepada PR jika Jui Meng menjadi calon PKR di Hulu Selangor.Menarik tak cerita ni???

askar melayu said...

Syed
Kenapa tidak?

Hulu Selangor bukan hak mutlak MIC. Sebelum MIC, kerusi itu ditandingi oleh MCA dengan nama-nama besar seperti Ong Yoke Lin dan Lee Kim Sai.

Janganlah dikata UMNO tidak berkompromi, kerusi Grik pun boleh diberi kepada Gerakan. Dan UMNO boleh pastikan ahli-ahli nya menyokong calon atas nama kesatuan.

Soalan yang patut diutarakan, bolehkah UMNO menang di Seremban dan MCA memastikan ahlinya menyokong calon UMNO? Saya mual dan jelik bilamana UMNO sahaja yang diminta beralah tanpa dilihat sejarah sejauh mana UMNO telah memberi.

Syed, sehingga di Pulau Pinang, apabila UMNO mendapat kerusi lebih dari Gerakan, UMNO masih memberi ruang kepada Gerakan untuk menjadi Ketua Menteri. Tetapi BN masih kalah juga. Keikhlasan atau bermain politik? Adakah kemungkinan didalam Pakatan Rakyat, DAP memberi laluan untuk orang Melayu dari PKR atau PAS menjadi Ketua Menteri?

Unknown said...

Askar Melayu,

seperti yang dijelaskan, saya melihat secara gambaran yang lebih luas.

Bab politik Pulau Pinang, saya cukup faham kerana pernah terlibat secara aktif dalam UMNO era pentadbiran Lim Chong Eu. Tak perlu ulas lanjut kerana BN wujud atas dasar tertentu termasuk soal KM P Pinang walaupun pada satu ketika UMNO memegang kerusi terbanyak dalam DUN tapi jawatan itu tetap diberi kepada Gerakan. Kita kena faham latar belakangnya.

Soal siapa calon Hulu Selangor, seperti yang dibayangkan oleh TPM, ianya dari MIC, dan ianya disokong oleh ketiga-tiga ADUN, iaitu dua dari UMNO dan seorang dari MCA. Inilah hakikat kesepakatan politik dalam BN.

askar melayu said...

Syed

Faham latarbelakang? Kesepakatan yang Pulau Pinang itu Cina punya? Dan bila kalah disalahkan pula parti Melayu?

Persefahaman kita berbeza, tapi sejarah tetap sama.

Btw, saya terima jika MIC bertanding juga tetapi janganlah dipilih calon yang dah kalah. Apatah lagi bila tewas dulu pemimpin tertingginya mengatakan ahli UMNO yang berpaling tadah. Ramai lagi pemimpin MIC yang berkaliber yang masih 'fresh' tapi berwibawa.

Unknown said...

Askar Melayu,

Bukan begitu. Sejak Merdeka, iaitu semasa zaman Perikatan, sehinggalah PR tahun 1969, jawatan Ketua Menteri dipegang oleh MCA. Pada 1969 ia berpindah kepada pembangkang, iaitu Gerakan.

Almarhum Tun Razak yang mengilhamkan BN memulakan hasratnya itu dengan mewujudkan sebuah kerajaan campuran antara UMNO dengan Gerakan di Pulau Pinang. Dalam pembentukan kerajaan campuran itu, almarhum dan Tun Dr Lim Chong Eu ada membuat perjanjian lisan dan ekoran daripada pembentukan kerajaan campuran itulah terbentuknya gabungan Barisan Nasional.

Siapa kata Pulau Pinang kepunyaan Cina? Tak betul tu. Ini bukan soal bangsa dan saya harap jangan pula isu ini dijadikan isu perkauman.

Berbalik kepada isu Hulu Selangor, kekalahan G Palanivel bukan kerana kelemahan dia tetapi kerana calon PKR yang juga mantan timbalan MB Selangor yang agak popular. Itupun kemenangan tipis - 198 undi.

Pada 25 April ini, saya pasti BN akan menang besar di Hulu Selangor.

Anonymous said...

Syed,
Jika BN bertanding atas padang rata belum tentu lagi akan menang. Nampaknya BN telah mendahului parti-parti lain pada kempen. Ini tidak adil. Ikut undang Pilihanaraya kempen hanya bleh diadakan selepas penamaan calon ia itu 17 April ini tetapi jentera Pilihanraya BN dah pun berkhemah di Hulu Selangor dn projek mee segera dah mula ditaburkan. Adilkah?
Jika BN dan Lawan diberi equal playing field saya berpendapat pihak lawan boleh menang dengan majority lebih 5.000 undi tetapi saya masih yakin pembangkang akan menang juga dengan majoriti lebih kurang seperti PU lepas, jika G. Palanivel dicalonkan.

Matt Piah

Unknown said...

Matt Piah,

Saya setuju berkaitan faktor kesamarataan padang.

Oleh kerana itulah saya berpendapat BN akan menang di Hulu Selangor. Pada PRU 12 BN kalah kerana faktor calon PKR tetapi sekarang PM, TPM, menteri dah pun turun padang sebelum penamaan calon dibuat. SPR, seperti biasa, tutup sebelah mata. Kempen oleh kedua-dua pihak sedang berjalan walaupun mengikut undang-undang pilihan raya, tidak boleh. Sekali lagi SPR tutup kedua-dua mata.

Soal kesamarataan padang sebenarnya tidak wujud.

Anonymous said...

Saya Anon 5:52

Hingga ke saat ini saya menggambarkan saya seolah2 seorang pengundi Melayu biasa yg agak sensitif di HS.

Denyut nadi saya kata kemungkinan besar aku akan pangkah calsom BN dari UMNO jika diturunkan.

Tp ini tidak bermakna sebarang calon UMNO ataupun calon UMNO yg bermasalah.

Saya fikir pengundi India patut tengok lebih luas sejauh mana BN dan UMNO sudah beri peruntukan dan sokongan yg konkrit (dan bukan sekadar slogan spt dakyah PR) kpd kaum India sejak PRU lepas.

Persepsi UMNO dianggap terlalu lembut sehingga sanggup kompromi DEB semata2 utk cari sokongan bukan Melayu akan diperati sekali lagi dlm by-election ini.

Liberal bukan bermakna kita tidak perlu jaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Ramai org putih kononnya liberal tp adakah golongan seperti National Farmers Union di UK tidak ada untuk mempertahankan petani2 dan tuan2 tanah yg kaya raya. Skang ni pulak ada golongan anti Islam.

Jd dalam by-election ini, org Melayu nak tengok setakat manakah ketegasan TS Muhyiddin dlm menyahut cabaran LKS dan disokong selepas itu oleh YAB PM. Org Melayu nak tengok adakah dalm situasi di HS, di mana calon Melayu/Islam yg cocok ada dan boleh diketengahkan betul2 dipilih atau pemimpin2 utama kita sekadar bermain sentimen.

Saya juga tengok dari perspektif lebih luas di mana dgn Parlimen masih tak dapat 2/3 majoriti, wajar bilangan MP Melayu?Islam ditambah. Apa2 hal yg akan berlaku dlm negara ini akibat tidak adanya kelebiahn 2/3 itu, pemimpin2 utama yg diberi mandat haruslah bertanggungjawab menggunakan kedudukan mereka dgn sebaik-baiknya.

Kalau isdtilah Melayu masakini sudah begitu diputaralam dan digodam oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab di negara ini la ni, OK letak Ridhuan Tee atau Fari Ravi, saya akan undi bukan sbb mereka Melayu (sbb mereka bukan) TP sebab mereka ada prinsip2 Islam dan semangat patriotisma dlm mempertahankan kenegaraan Malaysia berdasrakan perlembagaan.

Adakah pemimpin2 MIC di HS atau di mana jua mrk berada nak dihantarlkan Perlembagaan juga kpd mereka? Kalau nak, saya boleh derma kpd Perkasa utk menampung kos pembelian dan penghantaran?

Ingat, apa yg Brahim Ali dan Tun M cakap relevan di HS. Dah sampai masa jgnlah asyik Melayu jer yg mengalah dari dulu smapai sekarang.

Tak cukupkah la ni bilangan kampong yg tergadai dek krn besaq lah sgt pertimbangan menang sorak??

Tk Tuan Syed.

Anonymous said...

Muak dan mual tentang konsep kouta pembahagian kerusi yang merugikan MELAYU..UMNO terpaksa membahagikan hak nya kepada 2 PARTI berteras cina GERAKAN dan MCA..serta Parti India MIC dan PPP...Perkiraan bijak memadai berkonsi kuasa dgn 1 parti cina dan 1 parti India..Slogan KETUANAN MELAYU hanya berjaya direalisasikan jika 70% kerusi Parlimen dikuasai oleh AP MELAYU..tidak kira dr Parti mana mereka wakili..Usah bicara tentang tolak ansur setelah rakan karib UMNO (GERAKAN) telah berjaya pupuskan hak MELAYU di PULAU PINANG setelah diberikan kepercayaan memjajah Pinang selama 52tahun..Musuh di luar mudah di lawan TETAPI musuh dalam selimut lebih bahaya...Buktikan konsep tolak ansur ini dgn meletakkan calon UMNO dikawasan majoriti CINA..kita lihat mampukah UMNO menang..ada berani?