Thursday, April 15, 2010

Hulu Selangor -Samy Velu akur kehendak majoriti

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velu seolah-olah kelihatan tunduk kepada tekanan untuk tidak meletakkan timbalan presiden parti, Datuk G Palanivel sebagai calon Barisan Nasional di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Inilah gambaran yang mungkin dilihat apabila ketua penerangan MIC P Kamalanathan dipilih mewakili MIC dan BN pada pilihan raya kecil itu.

Pemilihan Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu dan seorang yang dikatakan ahli dalam bidang perhubungan awam sebenarnya satu sikap tolak ansur antara Samy Velu dan MIC dengan UMNO. Ini kerana UMNO, khususnya bahagian Hulu Selangor, enggan menerima Palanivel tetapi mahukan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan bertanding di Hulu Selangor. MIC, termasuk sebilangan besar ahli jawatanikuasa pusatnya dan bahagian-bahagian di Selangor, berkeras mahukan Palanivel dan akan mengambil tindakan tegas termasuk meletak jawatan jika timbalan presiden parti itu tidak diletak sebagai calon.

Ekoran daripada rundingan demi rundingan antara Samy Velu dan UMNO, terutama timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya kata sepakat dicapai bagi menyelesaikan masalah dimana Palanivel dikatakan akan turut mendapat faedah.

Pemilihan Kamalanathan bukan sahaja menyenangkan UMNO tetapi memberi semangat kepada para penyokong BN untuk bekerja kuat bagi memenangi pilihan raya kecil ini.

Mereka yakin bahawa tanpa meletakkan Palanivel sebagai calon, peluang BN untuk menang ke atas calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim (foto kiri) adalah cerah.


Palanivel dikatakan akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator) dan berkemungkinan besar dilantik pula ke jawatan timbalan menteri. Walaupun ia agak janggal kerana Palanivel adalah timbalan presiden sedangkan setiausaha agung parti, S Subramaniam berjawatan lebih tinggi, iaitu anggota Kabinet.

Bak kata orang, lebih baik dapat sesuatu daripada tidak dapat langsung terutama dalam arena politik.

Bagi Kamalanathan (foto), kemenangan boleh dikatakan dalam tangan walaupun dia menghadapi seorang tokoh yang dijadikan ayam tambatan oleh PKR di Hulu Selangor.

7 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Lihatlah Wayng Tamil yang dimainkan oleh MIC telah berhasil. MIC bukan saja dapat bertanding PRK Hulu Slangor, Timbalan Presidennya yang tewas pada PU lepas pula dijanjikan jawatan Senator dan Timbaln Menteri. UMNO apa dapat? Melepong saja nampakanya. Dalam politik sebelum memberi sesuatu, adalah satu kepastian kena main wayang dulu, gertak sana gertak sini, buat-buat merajuk, buat kenyataan akhbar kata nak tutup cawangan dan macam-macam, kini dapat apa yang diminta. Saya hairan mengapa orang kita senang betul bertolak ansur dan memberi apa saja di minta oleh orang lain. Pada tinjauan rambang saya di Hulu Selangor, Harapan BN untuk menang agak sukar kerana ramai ahli UMNO amat terkilan dengan keputusan pucuk piminan UMNO telalu lembut hati kepada MIC. Ramai berkata mulut kami sokong keputusan Pemimpin tetapi hati kami amat marah dan tangan kami saja akan buat keputusan 25 April ini. Saya sokong BN kalah PRK ini, agar PU 13 nanti UMNO boleh desak supaya kawasan itu diberi peluang kepadanya pula.

Matt Piah Batang Kali

Unknown said...

Matt Piah Batang Kali,

MIC memang bijak bak kata rang putih 'killing two birds with one stone'.
Saya sengaja tak nak sebut bahawa UMNO telah terpedaya kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan.

Saya kata BN akan menang atas sebab tertentu yang memihak kepada mereka termasuk sokongan UMNO.

Syed Amat said...

Pak Habib,

Saya rasa apa yg Cik Matt Piah tulis tu tak berapa tepat. Peluang UMNO utk menang disana amat cerah dan dari tilikan politik majoriti tak akan kurang dari 10,000 undi. Tambah teruk bila Zaid Ibrahim yg terpilih sbg calon pembangkang.

Paling penting kita kena akui, bahawa di Malaysia bukan org Melayu saja yg ada. Terdapat byk kaum di Malaysia. Walaupun kita sbg kaum majoriti, kita kena menghormati hak kaum-kaum lain. Kalau kerbau kita pegang pada tali, manusia kena la pegang pada janji. Jgn salah gunakan kuasa yg rakyat bg utk membuat keputusan yg menguntungkan org melayu saja.

Minta maap nooo...

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Mohon kebenaran tuan punya Blog untuk menjelas sedikit kenyataan Syed Amat. Terima kasih.

Sila rujuk kenyataan MIC terutama G.palanivel pada pilihanraya umum 2008, beliau memohon supaya pengundi memberi peluang kepada sekali lagi (untuk penggal kelima). lepas itu, MIC akan serahkan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO. nasibnya malang, pengundi telah menolaknya dan MIC. Mesej amat jelas bahawa pengundi teramsuk India dan Cina tolak Palanivel/MIC sila semak peti-peti undi PU 2008.Kini kebau mana yang kita pegang hidungnya dan janji siapa yang patut kita akur. Kmi bukan rasis, kami menyuarakan lojik perbicangan agar pucuk pimpinan buka mata dan telinga. Hulu Selangor bukan kawasan tradisi UMNO, sebelum MIC ia diberikan kepada MCA. No problem. Kini kami ingin pula UMNO di beri peluang berdasarkan keputusan PU lepas. Kami tidak mahu Parlimen Hulu Selangor akan kekal di tangan Pembangkang. Terima kasih

Matt Piah Batang Kali.

Anonymous said...

Mat Piah, Kalau kita cadangkan Mike Tyson untuk bertanding atas tiket UMNO kerana credibilty beliau sebagai bekas MB dan keupayaan to deliver dan bukan kerana dia melayu baru kamu boleh kita bukan rasis tapi kalau wakil itu di pilih kerana bangsanya maka itu rasis la.

Syed Amat said...

Sdr Matt Piah,

"Sila rujuk kenyataan MIC terutama G.palanivel pada pilihanraya umum 2008" ----> nak rujuk kat mana?

tokman said...

By-election diHulu Selangor ni MIC yang untung kerana seorang dapat jadi Senator dan Timbalan Menteri dan seorang (kalau menang) mungkin juga Timbalan Menteri kalau tidak pun MP. Najib dan Muhyiddin geram dalam hati dan UMNO Hulu Selangor syok sendirilah! UMNO Hulu Selangor kena kerja kuat untuk 1 Malaysia..........