Saya amat menghormati kejujuran Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak mengenai realiti politik di Selangor semasa dia berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor.
DS Najib mengakui bahawa UMNO bersendirian tidak mampu menawan atau membentuk kerajaan di Selangor. Inilah satu kenyataan yang berani kerana ia menerima hakikat dan tidak berselindung di sebalik lakonan kononnya UMNO itu kuat dan mampu 'berkuasa' di Selangor.
Kenyataan DS Najib dengan sendirinya melenyapkan keigoan dan ketaksuban sebilangan besar pemimpin UMNO, bukan sahaja di Selangor, tetapi di kebanyakan negeri bermajoriti rakyat keturunan Melayu.
UMNO Selangor harus sedar akan kebenaran kerana kekalahan pada PRU 12 yang lalu bukan yang pertama dilaluinya, apakah mereka lupa akan keputusan PR 1969 yang kemudian mengakibat tercetusnya tragedi 13 Mei? Bukankah kedua-duanya menunjukkan bahawa UMNO tidaklah sekuat mana di Selangor.
Seperti yang ditegaskan oleh DS Najib, UMNO perlukan sokongan MCA, MIC dan Gerakan ataupun orang Melayu perlu sokongan orang Cina, orang India dan sebaliknya, jika ingin melihat BN berkuasa semula di Selangor. Sebenarnya, bukan sahaja di Selangor tetapi di hampir semua negeri memerlukan kerjasama dan saling sokong-menyokong antara kaum.
UMNO harus menerima hakikat bahawa ia juga tidak mampu untuk memerintah di Perak, Negeri Sembilan, Kedah apatah lagi Pulau Pinang tanpa sokongan pengundi semua kaum.
Sebilangan besar pemimpin UMNO memikirkan yang semua orang Melayu menyokong mereka sedangkan sokongan yang hampir sama kuatnya diberi kepada PAS, iaitu sebuah parti pilihan lain atau alternatif kepada UMNO.
Oleh itu, ahli-ahli UMNO harus akui akan kebenaran kenyataan DS Najib dan ubah sikap serta tanggapan kononnya UMNO secara bersendirian sudah cukup kuat untuk memerintah. Mereka mesti ingat bahawa 'semangat' dan kata-kata berbaur perkauman tidak memadai jika mereka tidak menghargai sokongan orang lain selain orang Melayu.
Tahniah dan syabas kepada DS Najib atas keberaniannya mengakui kedudukan sebenar dalam
arena politik tanah air. Pemimpin tertinggi UMNO yang lain tidak berani, secara terbuka, mengakui hakikat itu.Kejujuran yang diperlihatkan oleh DS Najib mampu mengembalikan sokongan kepada BN khususnya UMNO.
6 comments:
Tuan Syed,
Rasanya PM Najib sedar kerana telah disedarkan semasa PRU 1999 dulu bila beliau menang dengan undi sekadar 200 lebih sahaja.
Malangnya sikap angkuh yang berterusan menjadi penyebab utama rakyat hilang keyakinan kepada BN yang telah memerintah negara sejak Merdeka lagi.
Angkuh satu perkara, tetapi menganggap rakyat 'bodoh' dan perlu ikut telunjuk aje adalah tambahan penyebab.
Contoh paling mudah, sejak PR menjadi kerajaan di Selangor, UMNO dan BN boleh mengunakan faciliti seperti SACC dan Dewan MBSA untuk aktiviti mereka, kalau dulu boleh ke Parti lain guna ???
Malaysia sudah masuk era sistem dua parti, yang dapat memberikan wakil serta khidmat terbaik akan mendapat sokongan rakyat.
Rakyat dah muak dan mual dengan 'rhetorik kosong' dari semua politikus.
Kemerosotan sokongan terhadap BN/UMNO adalah berpunca dari kesalahan sendiri. Rata2 rakyat khususnya orang2 melayu memang sudah meluat. Mereka kini tidak mahu dipermainkan. Mereka melihat:
1. Dalam era Dr.M + Pak Lah, hampir RM500.B wang Petronas telah dibelanjakan. Tetapi hasilnya, ramai rakyat masih miskin, equiti Bumiputra masih dibawah 16.%. Kos pendidikan menjadi semakin tinggi sedangkan zaman Tun Razak dulu percuma walau pun negara belum ada sumber minyak.
2. Polis, SPR, SPRM dan beberapa agensi lain, secara terang2 bersifat menindas, walau pun masing2 cuba menafikannya.
3. Keruntuhan moral ramaja2 sudah tak terkawal lagi. Polis sudah tenggelam punca. Rata2 yang berada di atas jalanraya hanyalah remaja2 belasan tahun saja. Tapi seluruh Jabatan Polis tak boleh lawan. Bahkan kadang2 polis dipermain2kan pula oleh mereka ini. Ini amat memalukan. Dimana krdibiliti polis kita.
4. Harga barang2 keperluan sentiasa naik. Ada waktu2 pula tiada setoknya dalam pasaran seperti gula dan minyak masak. Tetapi apabila harganya naik, ada pula barang2 itu. Ternyata memang kerajaan kena main hidup2 dengan taukeh2 ini. Betapa daifnya situasi ini. Sebuah kerajaan dengan segala jentera penguatkuasaan yang ada, bagitu mudah kena main. Kalau saya, tak ada tempat nak letak muka.
5. Jenayah2 dalam negara ini kebanyakannya berpunca dari pendatang2 asing yang kini jumlahnya melebihi 2 juta. Dan ramai lagi yang sedang dalam perjalanan. Ini pun kerajaan tiada penyelesaian. Yang jelas kualiti dan keselamatan hidup rakyat semakin tertekan. Saya lihat penyelesaiannya senang saja. Kita ada setengah juta askar yang pada masa ini hanya sedang duduk mengilat kasut saja dalam kem2. Gunakanlah khidmat mereka ini. Untungnya gaji tak payah bayar, banyak kerja2 boleh selesai.
6. Sudah lumrah, Cybercafe kini telah menjadi tempat remaja2 melayu belajar berjudi, hisap rokok, tarik dadah, ponteng sekolah, jadi gengster dan jadi penjenayah. Tetapi yang anehnya ia masih ujud dimana2 dalam negara ini tanpa halangan. Mangsanya sudah tentu kanak2 melayu, tetapi taukeh2nya siapa kita semua sedia maklum.
7. Program2 TV hari ini sudah tidak lagi memikirkan soal tanggung jawab moral. Program2 realitinya yang berbagai2 hanyalah semata2 untuk hiburan saja. Kebanyakannya diilhamkan dari barat, kini menjadi kegilaan remaja2 dimana2, teruja2 dengan berbagai2 gelagat yang tiad manfaat. Mana dia menterinya dan mana dia PERSAKA yang kini keras sangat bercakap tentang ketuanan melayu. Akhlak remaja2 melayu yang semakin rosak macam mana.
8. Sistem pendidikan hari ini, juga dalam keadaan tenggelam punca. Sekejap Sains/Maths dalam BI, lepas itu ubah pula. Dulu ada tulisan jawi, maka mudahlah sikit anak2 muda nak belajar agama. Sekarang, ramai yang baca quran dalam tulisan rumi. Ditarik balik pula peruntukan SAR. Maka gelaplah satu cabang pendidikan tempat anak2 melayu belajar agama, hanya sebab atas kepentingan politik. Sayugia diingat, sejahat2 Amerika dan sezalim2 Yahudi, mereka tidak khianat masa depan bangsanya sendiri. Tetapi kita, perkara tersebut dilakukan dengan penuh rasa megah. Kalaulah ditegur, kita dilebel sebagai pembangkang. Kalau kita berdiam, lingkuplah bangsa melayu. Sekarang pun tunggu hari saja nak lingkup.
Banyak lagi analisis yang boleh diketengahkan, cuma ruangnya amat terhad. Jadi sekiranya rakyat sudah tidak lagi berselera dengan hidangan di restoran BN, janganlah pula salahkan pelanggan. Siasatlah dulu dimana silapnya. Yang terpenting sekali ialah, pemimpin2 melayu atasan kenalah sedar dan insaf akan kemusnahan yang sedang berlaku kepada 'survival' bangsa dan agamanya sendiri. Sama ada sedar atau tidak, UMNO sekarang ini amat takut dengan bangsa2 lain, justeru sentiasa berada dalam keadaan terpaksa mengambil hati mereka. Alangkah biulnya pemimpin2 melayu sekarang ini, 50 tahun pegang tampuk kuasa, bukan saja ekonomi dah duduk dalam tangan orang, kuasa politik pun dah nak terlepas bila2 masa saja. Itu pun orang lain juga yang nak disalahkan. Fikir2kanlah....
Pemimpin-pemimpin hari ini tiada lagi masa untuk menyalahkan pembangkang atau sesiapa saja. Lihatlah diri sendiri dahulu.
Dimakah silapnya pemimpin-pemimpin UMNO hari ini sehingga kaum India yang hanya ada 15.% dalam negara ini sudah berani tuntut dan ugut macam2. Sedangkan tiada satu pun kawasan parlimen atau DUN yang mereka miliki lebih dari 30.% komposisi kaum. Tetapi UMNO sudah bagitu cuak dengan mereka. Hulu Selangor adalah contoh yang terbaik. mereka ada hanya 16% tetapi UMNo terpaksa akur dengan pemilihan calunnya.
Tolong sebutkan, sesiapa yang pandai, sebuah negara dalam dunia ini yang sanggup berkongsi kuasa dengan bangsa lain, sedangkan negeri itu adalah milik nya. Saya pun nak tahu juga.
Kami sayang UMNO oleh kerana UMNOlah yang boleh mempertahankan kedaulatan dan ketuanan melayu. Tapi pemimpin2nya yang ada pada masa ini semuanya tak boleh pakai dan tak cukup karisma macam Anwar. Maaf cakap. Tak ada satu pun dalam saf kepimpinan UMNO sekarang ini yang boleh menandingi Dr.M dan Ku Li. Semuanya dimata rakyat banyak berpenyakit.
Banyak bezanya antara kepimpinan UMNO asal dengan UMNO (Baru) yang ada sekarang. Dulu pemimpin banyak berkorban, sekarang pemimpin yang mengorban dan dikorbankan pula oleh rakan sendiri atas kepentingan diri dan kelompok yang menyokongnya. Dulu masuk UMNO nak perjuangkan nasib bangsa, sekarang masuk UMNO nak buat harta, walaupun bukan semua tetapi sebahagian besar yang ada.
Tuan Syed,
Memang spot on komen tentang UMNO dulu VS UMNO sekarang.
Walaupun saya tidak setuju MIC diletakkan di HS, tidak semestinya saya akan undi Zaid Ibrahim dalam pilihanraya kecil kali ini.
Sebabnya kita kita nak calon anak tempatan yg bersih, tidak elitis dan sentiasa turun padang.
Saya ingat penyokong atau pengundi PAS juga boleh semak kredibiliti dan track record Zaid dlam hal-hal berkaitan agama dan kepentingan orang Melayu. Kalau perlu hints. masuklah archive Hussin Lempoyang, saudagar unta.
Janganlah kerana calon PKR dikatakan liberal dan punya banyak wang, pengundi majoriti di situ jadi kelabu mata pulak.
Post a Comment