Thursday, April 01, 2010

Melayu Bersatu: Rapatnya Anwar sampai dokumen Rahsia kerajaan Israel pun dia boleh dapat

Melayu Bersatu: Rapatnya Anwar sampai dokumen Rahsia kerajaan Israel pun dia boleh dapat

2 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Tolong komen sikit MEB terutama KWSP dibenarkn melalabur luar negara dan projek Sungei Buluh. Duit KWSP duit rakyat hasil titik peluh pekerja, mengapa nak bawa keluar pula? Anihnya negara sedang galak pelabur asing melabur di negara ini, mengapa pula KWSP dibenar melabur di luar negara? Saya ada sikit duit dlam KWSP untuk masa tua, bimbanglah jika KWSP silap labur nanti.

kWSP 125634

Syed Imran said...

KWSP 125634,

Saya faham akan kerisauan saudara. Tetapi, ia dibenarkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452).

Seksyen 11 Akta berkenaan memberi kuasa kepada Menteri, iaitu Menteri Kewangan, memberi arahan-arahan yang bersifat am yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta berkenaan tentang penjalanan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan-arahan itu.

Seksyen 26 dan 26A pula memberi kuasa kepada Lembaga untuk melabur dimana Seksyen 26A menyebut bahawa Lembaga boleh melabur dalam syarikat-syarikat yang diluluskan.

Ini bermakna sebarang pelaburan oleh KWSP di luar negara mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Sekarangpun KWSP melabur dalam banyak syarikat di dalam negeri termasuk syarikat senarai awam di Bursa Malaysia.

Saya yakin pihak bertanggungjawab tentu membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang berdaya untung di luar negara.

Bagaimanapun, dalam setiap pelaburan ada risikonya.