Tuesday, August 25, 2009

Calon PAS Menang Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir

Kekalahan kali kedua atas nama "anak emas" Tan Sri Muhyiddin Yassin. Laporan ini tidak memerlukan ulasan lanjut. Ianya cukup jelas dan mudah difahami.


BERNAMA - Calon PAS Menang Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir

Shared via AddThis

9 comments:

Non-partisan said...

Tuan Syed,

Memang cukup jelas dan mudah difahami. Cuma nak dengar apa komen Ketua Penerangan UMNO yang begitu megah dan sombong dengan teori pendulumnya.

Mungkin UMNO menang dalam kalah kerana merosotnya majoriti yg diperolehi PAS.

Anonymous said...

Pak Syed,
Kalah lagi, macam-macam janji pun kalah juga. Apa dak nak jadi dengan BN?
Macam ni susahlah piliharaya umum ke-13 nanti.
UMNO/BN kena kaji diri dan berani rombak semua yang berpenyakit, yang rasuah dan yang hipokrit.
Dr Datuk Zahid Hamidi apa dah jadi kuda pilihannya dan jadi kuda tempang. Lain kali cuba-cuba denar cakap akar umbi mereka lebih maklum dan fahm suasana setempat.

Unknown said...

Benar. Barisan kepimpinan UMNO masih tidak sedar akan kelemahan mereka berkempen. Dari awal saya dapat lihat kelemahan mereka. Mereka masih dengan cara dan kaedah berkempen yang lapuk.


Tepat sekali apa yang ditulis oleh Non-partisan mengenai Ketua Penerangan UMNO.

Majoriti PAS turun sedikit kerana jumlah pengundi yang keluar juga turun.

Ya, Zahid Hamidi salah pilih calon. Banyak masalah.

Jika pemimpin UMNO peka dengan pandangan orang bawah (akar umbi)... mungkin, mungkin mendapat sokongan rakyat. Mungkin. Malangnya, pemimpin UMNO tidak peka dan media yang menyokong UMNO/BN pun begitu. Terlalu berat sebelah sehingga menimbulkan kebosanan dan kemeluatan rakyat.

mr edz said...

tuan, pada pendapat saya pengundi sekarang dah naik menyampah dengan pemimpin UMNO.

Unknown said...

Tapi, pemimpin UMNO ingat yang rakyat tak menyampah. Itulah masalahnya.

Kekalahan yang dialami oleh UMNO/BN di kawasan undi majoriti Melayu, tak kiralah sama ada undi berkurangan atau bertambah, menunjukkan bahawa orang Melayu khasnya dan masyarakat umumnya, tidak mudah digula-gula dengan projek pembangunan, habuan itu dan ini serta janji-janji manis termasuk untuk dijadikan 'anak emas'.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,

Komentar Pak Tuan kali ini cukup jelas dan mudah difahami. Padat dan ringkas. Namun hanya orang bodoh dan degil sahaja yang tidak mahu menerima memahaminya. Apa yang berlaku di Permatang Pasir jelas kepada kita semua. Rakyat bukan sahaja menolak calon tetapi menolak parti yang tidak lagi diyakini oleh mereka. UMNO pada masa ini sudah tidak relevan buat orang Melayu. Jika PAS atau Keadilan dapat meyakinkan majoriti yang dah meluat dengan UMNO, PRU ke-13 nanti akan melihat talkim dibaca buat UMNO.

Orang Melayu sudah muak dengan pemimpin yang ego, bongkak, sombong, pentingkan diri, mengenyangkan perut sendiri, tidak peka, tidak sensitif, rasuah, bangga diri, menunjuk-nunjuk, berlagak dan lupa diri. Jika pemimpin PAS atau Keadilan berkelakuan sedemikian, mereka juga pasti kecundang! Oleh itu, PM, TPM dan menteri-menteri UMNO dan juga media arus perdana hentikan bermain dengan perasaan orang Melayu. Berikhlas hatilah dengan rakyat. Keputusan pilihanraya kecil yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 sudah jelas mencerminkan kehendak dan suara rakyat. Jika UNO dan BN duduk di kerusi pembangkang dalam parlimen selepas PRU ke-13 kelak, jangan salahkan kami rakyat marhaen! Kuasa rakyat mampu mengubah kerajaan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Filipina. Ambil iktibar darinya.

RAKYAT MARHAEN

Unknown said...

Rakyat Marhaen

Saya amati ulasan para pemimpin UMNO mengenai kekalahan di Permatang Pasir agak melucukan. Bagi saya, ia adalah satu lagi riawara rakyat.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Sebenar UMNO/BN tersalah langkah apabila memilih calon untuk Permatang Pasir. Mereka sangkakan yang rakyat hari ini masih lagi seperti katak bawah tempurong. Mereka sangka apa sahaja mereka kata, rakyat akan percaya bulat-bulat seperti dahulu.

Rakyat hari ini adalah rakyat celik computer di mana informasi diperolehi dalam sekilip mata. Mereka sangka seperti dulu mereka boleh menutup rekod buruk calon mereka yang 1 peratus pun tidak melayakkannya untuk menjadi wakil rakyat...

Rekod buruk(harapkan pagar, pagar makan padi)semasa beliau menjadi peguam sudah lebih daripada cukup untuk tidak melayakkan beliau menjadi peminpin dan secara tidak langsung memberi laluan mudah kepada lawan beliau yang mempunyai rekod yang bersih.

Isu isteri kedua juga memberi impak tapi tak sekuat impak isu pertama iaitu isu CBT di mana tidak sekali-kali dilakukan oleh seseorang yang bekerja sebagai peguam.

Untuk pendekkan cerita, lupakan seketika mengenai parti mereka berdua.Katakan sekiranya Tuan Syed sendiri menjadi pemilih, dengan rekod-rekod seperti yang kita ketahui, siapakah Tuan Syed akan pilih secara peribadi mengikut timbang rasa dan budi bicara Tuan Syed?

Saya percaya jawapan Tuan Syed mungkin serupa dengan jawapan yang telah diberikan oleh penduduk Permatang Pasir.

Sekian dan terima kasih

Unknown said...

Tepat sekali. Soal calon amat penting.