Saturday, August 22, 2009

Bantulah mereka berbuka puasa

Pertubuhan bukan kerajaan yang tidak penat-lelah berusaha membantu golongan yang daif dan kurang bernasib baik, ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM), sekali lagi mengusahakan kempen FEED THE FASTING atau Bantulah Mereka Berbuka.

Ramadhan Feed The Fasting merupakan sebuah program IRM yang unik, dimana ia hanya diadakan pada bulan Ramadhan bertujuan mengurangkan beban penderitaan golongan yang kurang berkemampuan di bumi bertuah bernama MALAYSIA ini dalam menunaikan ibadah puasa.

Program ini dilaksanakan dengan mengedarkan pek makanan kepada golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, golongan orang kurang upaya serta golongan yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang ditetapkan oleh IRM.

Pek makanan itu mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung dan minyak masak.

Berkongsilah kegembiraan anda bersama mereka. Ingatilah mereka yang serba kekurangan apabila anda berbuka puasa.

Dengan hanya RM50 untuk satu pek makanan anda dapat menyinari Ramadhan mereka. Bantulah mereka berbuka puasa dengan sedikit sumbangan.

Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562142708704 atau layari laman sesawang rasmi IRM http://www.irm.org.my atau menghubungi pihak ISLAMIC RELIEF MALAYSIA di talian 03-89486334.

Semoga amalan kebajikan anda diberkati ALLAH.

1 comment:

armouris said...

info-info tentang puasa kat sini - Pelbagai Info Kesihatan Tentang Puasa