Tuesday, August 04, 2009

Muhyiddin and Anwar - dulu berpelukan kini ....

Dalam politik semuanya boleh berlaku - kawan jadi lawan dan musuh jadi sekutu.









Orang politik memang pandai bersandiwara demi kepentingan politik masing-masing. Episod terbaru dengan jelas melambangkan satu lagi sandiwara politik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini cukup selesa dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kepimpinan UMNO, juga begitu.

Saya tidak terperanjat atau hairan apabila TS Muhyiddin menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "pengkhianat" bangsa Melayu. Kenyataan itu tidak lebih daripada kenyataan politik walaupun TS Muhyiddin berkata dia sanggup di saman dan tidak akan meminta maaf seperti yang dipinta oleh DS Anwar.

Penyokong TS Muhyiddin sudah tentu akan berkata inilah pemimpin yang berani dan berwibawa. Itu hak mereka.

Cuma, dalam ingatan saya masih jelas akan episod di mana TS Muhyiddin dan DS Anwar berpeluk-pelukan. Pada ketika itu TS Muhyiddin hanyalah seorang menteri dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad dan salah seorang "orang" DS Anwar.

Yang paling menarik ialah tempat dan dalam "majlis" apa yang mereka berpelukan itu.

Ia adalah di kediaman DS Anwar ketika itu di Bukit Damansara (Damansara Heights) Kuala Lumpur. Bila? Semasa rumah DS Anwar dipenuhi para penyokongnya dan dikepung oleh polis termasuk Unit Tindakan Khas (UTK) yang bersiap siaga untuk menahan (manangkap) DS Anwar.

Pada waktu itu, TS Muhyiddin memberanikan diri untuk ke rumah DS Anwar walaupun mantan Timbalan PM itu dipecat oleh Tun Mahathir. Itu dulu.

Sekarang, TS Muhyiddin menuduh DS Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu sedangkan tidak kurang banyaknya orang Melayu yang menyokong DS Anwar. Ini bermakna orang Melayu yang menyokong DS Anwar juga pengkhianat kepada diri mereka sendiri.

Apa yang sepatutnya dikatakan oleh TS Muhyiddin ialah DS Anwar pengkhianat kepada UMNO, bukan kepada bangsa Melayu.

Tetapi, itulah politik. Dulu kawan, kini lawan.

HIDUP MELAYU!

14 comments:

mr edz said...

politk macam macam boleh jadi tuan

Non-partisan said...

Memang tepatlah apa yg selalu dikatakan cendiakawan 'dalam politik tidak ada kawan atau lawan yang abadi kecuali kepentingan peribadi.'

Anonymous said...

Hi bro,

I dont get it
If Anwar can sue Muhyddin for calling him traitor...
I wonder...how this sensitive leader can call others "murderer"
How about his counterpart can label some party "not much less a communist"

My opinion sensitivity is not for political bussines !!& the name calling just started....Rakyat take popcorn and just watch this "funny jokes". Yes!! that way they were voted to office!!

askar melayu said...

Syed
Memang tepat sekali! "Over my dead body" katanya tetapi sekarang boleh tidur sebantal dan bermimpi bersama. UMNO kafir dan dengan itu tidak boleh bekerjasama tetapi sekarang boleh mengangguk kepala keatas semangat orang mati bersama orang yang tentunya kafir.

Kalau dapat memerintah, semua maksiat akan dihapuskan, tetapi sahabat baru menyuburkan pusat perjudian,arak dan karaoke, ditutup sebelah mata. Juga rasa gusar, Tok Guru dan ulamak besar tak menjerit bila sahabat baru mengarah arak dipulangkan untuk di agihkan kepada anak negeri. Tak apa, hati sahabat kena dijaga. Juga tidak menjerit bilamana duit zakat hendak di gunakan diluar asnaf hanya kerana menjaga hati sahabat sebantal. Kaum wanita mempertahankan alat sulit teman baru juga kerana menjaga hati?

Kadang-kadang lebih menguntungkan menjadi musuh dari bersahabat. Bukan begitu?

Ibrahim Anwar said...

This was what Anwar said about the ISA on 24 May 1994 when he was Deputy Prime Minister while officiating a "Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC)" in Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim said:

“Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”


On 28th Oktober 1987, Anwar's statement when he was Education Minister on the arrest under ISA of both BN and Opposition members during Operation Lallang:

“The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”

Fast forward to 1st August 2009, this is what Anwar Ibrahim defacto Opposition Leader and wannabe PM said in the anti ISA demonstration:

“We gather today to fight a cruel law under a cruel administration..”

Syed Imran said...

Well, they are politicians and most if not all of them are liars!

Non-partisan said...

Tuan Syed,

Can't agree more.

Anonymous said...

Saya rasa tidak kena apabila seorang yang menentang UMNO maka dianya sebagai pengkhianat melayu.

Tidak semua orang Melayu ahli UMNO atau penyokong UMNO. Ada yang penyokong PAS dan juga PKR.

Datuk Seri Muhyidin hanya mengatakan DSAI sebagai pengkhianat, tetapi tidak nyatakan apakah dasarnya ia menyatakan sedemikian.

Memang lumrah ahli politik melebel lebelkan lawannya tetapi lebel pengkhianat amatlah berat,kita mestilah matang untuk menilai sendiri dan tidak patut kita memakai kata kata ahli politik seratus peratus.

Pernah juga UMNO dilabelkan sebagai kafir. Sekarang UMNO pula mengatakan ketua pembangkang pengkhianat. Kata mengata ini takkan habis.

JayBee

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Kalau T.S Muhyiddin Yassin melabelkan DSAI sebagai "pengkhianat" bangsa Melayu hanya kerana menentang UMNO/BN atau pun (polisi)Kerajaan.

Agaknya apa yang akan dilabelkan oleh T.S.Muhyiddin terhadap mereka yang dahulu menyertai Semangat 46 yang mana rata-rata dianggotai oleh bekas ahli-ahli UMNO. Kalau tak silap saya mereka terdiri daripada Tengku Razaliegh, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdullah Badawi, Datuk Rais Yatim dan lain-lain lagi. Bukankah mereka keluar UMNO masuk Semangat 46 kerana tidak bersetuju atau pun menentang polisi UMNO yang diterajui oleh TDM??

Sekiranya soalan ini diacukan kepada T.S.Muhyiddin hari ini agaknya apakah label yang beliau akan berikan kepada kesemua pemimpin yang saya nyatakan di atas? Pengkianat X2 atau pun lain-lain gelaran?

Apa komen Tuan Syed? Terima kasih

Syed Imran said...

TS Muhyiddin akan kata mereka yang tubuh S46 dan menentang UMNO (Baru) kemudian bubar S46 untuk masuk semla ke rumah UMNO, sebagai mereka yang kembali ke pangkal jalan. Tindakan mereka adalah betul dan tepat demi perpaduan bangsa. Itulah yang akan dikatakan. Mereka bukan pengkhianat UMNO apatah lagi bangsa Melayu, itu yang TS Muhyiddin akan luahkan.

Gandingan DS Najib dan TS Muhyiddin dah mula diperkatakan sebagai yang terbaik. Hanya masa yang akan menentukannya.

Lihat kesudahan kepada gandingan "mantap" 2M (Mahathir-Musa) dan gandingan secocok dan serasi DR. M dan DS Anwar Ibrahim.

Dalam politik apa saja boleh berlaku. Taat setia timbalan kepada ketua sebenarnya rapuh dan mudah runtuh.

Anonymous said...

Dulu saya cukup bersimpati dengan DSAI.. tp skrg ni dah nampak tembelangnya.. kemuncak hilang hormat saya kepada DSAI ialah ketika beliau bersama HINDRAF dan keenganan beliau bersumpah bagi menafikan tuduhan yg cukup menaibkan itu..

Syed Imran said...
This comment has been removed by the author.
matyea said...

nak wat lagu mana .sayang sayang jugak ,benci benci jugak nanti yang sayang jadi musuh yang benci jadi kawan

Anonymous said...

ape beza ek kalo ali rustam jd dpm dgn muhyidin jd dpm?at least org ta yang ali rustam ni mmg tak lawan boss.muhyidin?ada gaya nih nak overthrow ds najib..


m fadhil yahya