Saturday, August 01, 2009

Akhirnya pengurusan BERNAMA sedar...

Pengurusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akhirnya sedar akan kesilapan yang dilakukan apabila ia memutus untuk menggantung sementara pembabitannya dalam Bernama TV.

Walau bagaimanapun, pengerusi BERNAMA Anuar Zaini tidak boleh lepas tangan begitu sahaja. Dia perlu dan mesti bertanggungjawab.
Lihat berita BERNAMA: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/news_lite.pnp?id=429509

15 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Bukan setakat Chairman saja yang patut bertanggungjawab, pihak pengurusan juga perlu bertanggungjawab. Meletakkan jawatan sahaja tidak memadai..Bayangkan berapa ramai pekerja yang terjejas hidup mereka kini.

KAWAN YANG BERSIMPATI

Anonymous said...

Salam, Tuan Syed

Kami bukan mahu mangkok ini sedar tetapi berhenti/pecat/resign. fullstop.

Sekian terima kasih

EX BERNAMA TV

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt. Tuan Syed


Tuan bekas pekerja BERNAMA sepatutnya lebih berani menyuarakan pendapat. Bukan hanya meminta Annuar Zaini bertanggungjawab tetapi meminta pihak SPRM menyiasat penyelewengan yang telah dilakukan oleh penyamun2
ini.

Anda tidak sedih kalau setelah 41 tahun bernama membawa nama yang baik di serata dunia, akibat perbuatan penyamun2 ini, anda yang bersih dan berkhidmat lama di BERNAMA turut terpalit.

KudaRanggi tu sapa? Ala pak Syed yang pernah kerja BERNAMA. Oh BERNAMA yang banyak rasuah itu.


PBB (Pemerhati Bebas BERNAMA)

Unknown said...

Nak berani macam mana lagi? Piket di hadapan Wisma Bernama atau di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad?
Yang akan dikenakan tindakan orang yang berpiket sementara orang yang buat hal tersenyum lebar.

SPRM? nampaknya tidak boleh diharap sangat. Lihat saja apa yang sedang berlaku sekarang.

Azman Ujang macam mana? Apa nak buat sekarang?

al-Balingi said...

Tuan Syed,

Annuar Zaini lebih berpolitik kot dari kerja...tu yang lingkup..

wallahual'alam

Anonymous said...

Pak Syed,
Anuar Zaini patut dikenakan tindakan undang-undang kerana salahguna kuasa dan menipu. Dua orang bekas Pengurus Besar yang dilantik sebagai penasihat mangkuk hayung, juga patut disiasat kerana makan gaji buta. Harap DS Najib intai-intailah BERNAMA, jika perlu satu rombakan peringkat pengurusan kanan hendaklah dilakukan segera. Seorang Pengurus Kanan kaki arak and mr yes man dan penolongnya menantu bekas Pengurus Besar patut dipindahkan daripada jawatan sekarang kerana tempat lain dengan segera kerana kedua-dua mereka adalah "penumpang dan kayu mati" kereka dijalakan oleh pegawai kerja dan kerani. Harap Pengurus Besar yang baru mengambil iktibar perjumpaan dengan staf baru-baru ini sebagai kayu pengukur menggaris arah tuju BERNAMA. Janganlah memotong overtime kakitangan berpangkat rendah, kurangkan bekalan surat akhbar untuk staf sebagai langkah berjimat tetapi bebelanja besar dengan membayar gaji penasihat yang datang pejabat goyang kaki dan mendesak pegawai-pegawai menghormati mereka tampa sedari mereka tidak lagi pengurus besar. Hormat datang dengan ikhlas bukan dengan paksaan. Jika orang tidak hormat sesorang maka tahulah kita bahawa sesuatu yang tidak kena pada diri kita, insaflah.

MattBond.

jamboo av said...

KESIAN MEREKA.....

pak syed,
saya ingin melahirkan rasa simpati saya kepada staf synergy yang sekarang ni terpaksa kerja bermati-matian untuk si keparat Suhaimi.
mereka terpaksa melakukannya kerana bantuan ndari staf bernama sudah tiada lagi.
Semalam hari pertama beroperasi tanpa kami mereka terpaksa membuat double work, sehingga ada seorang daripada mereka naik sawan.
terpaksalah si alan babi tu membaca doa yang dia tahu.
itu baru sehari, belum seminggu atau sebulan.Yang pastinya si Suhaimi tidak mengambil berat tentang perkara ni.Yang dia tahu nak berpolitik agar dapat mengejar cita-citanya.
Saya berharap ada dikalangan staf synergy berani tampil kehadapan untuk menegakkan keadlian.Laporkan lah kepada jabatan buruh.
PERGI JAHANAM KAU SUHAIMI,ALAN, AZMAN UJANG, KEvin BABI dan YANG TERUTAMA AUAR ZAINI.

Unknown said...

Petugas Bernama TV tidak bersalah. Mereka adalah sama seperti petugas Bernama yang lain, bekerja untuk nafkah hidup yang halal. Mereka adalah mangsa salah perhitungan orang lain. Kita seharusnya bersimpati dengan mereka.

Saya sendiri tidak faham kenapa dan mengapa pengurusan Bernama yang dikepalai oleh Anuar Zaini, walaupun dia pengerusi bukan eksekutif, boleh membiarkan pihak lain menguasai BTV sedangkan ia menggunakan nama Bernama.

Semestinya Bernama menjadi pemegang saham utama bukan rakan kongsi minoriti. Ini yang tidak betul, tidak kena dan menghairankan.

Kenapa ia boleh berlaku? Saya kira semua petugas Bernama tahu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa apabila pengurusan tertinggi telah membuat keputusan.

Mantan bos saya, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim perlu segera bertindak. Banyak benda yang perlu diperbetulkan termasuk dalam pengurusan Bernama itu sendiri. Semasa saya bertugas dahulu, tidak adapun penasihat kerana Bernama tidak memerlukannya. Kenapa sekarang perlu?

Anonymous said...

How come lah so considerate to those aligned to the BN government and who create such corporate fraud?

Just resign only?
No need to be brought to court?

Wow, some 'other fellow' who does this kind of corporate fraud is usually hauled up and fined by the country's administration, but people like Annuar have to just resign?

And what about the accountability for those innocent support staff who ikut perintah of the high and mighty 'DEMI-GODS' like Annuar Zaini?

These staff must suffer and be pushed/shoved around at the whims and fancies of the remaining fellows who still call the shots?

How do these staff follow the 'aku-janji' pledges to serve the government of the day, when fellows like annuar Zaini can just get away by 'resigning'?

Do you know that Annuar Zaini also sits on the board of Malaysia Airlines?

Try digging a bit on what he has actually been contributing to the national airline. You can get more enlightened.

And is this not the same Annuar who is in charge of an 'economic corridor' up north?

Can we ask, what he has done so far for this 'stimulus' corridor?

Just heard over the radio that a Terengganu ADUN was hauled by MACC (very efficient) for a RM20,000 worth case. But Annuar Zaini type folks still on the loose?

The authorities seem to have different yardsticks for cases involving 'meagre' amounts like RM20,000 and for other cases involving losses like the one Bernama is experiencing.

Can we expect some consistency here?

ANOTHER MALAYSIAN

Anonymous said...

Salam semua,
Bernama adalah "LOMBONG EMAS" ada yg datang kemari utk menggorek lombong dan ada juga yg tak perlu menggorek lombong dah boleh hidup senang lenang. Tapi yang anehnya bila berlakunya kekurangan wang yang jadi mangsa adalah drebar ,despatch , piown dan sekutu dgnya. Mereka2 ini jugaklah yang jadi mangsa. Kesian lah pada kami.
Bini ada 2 , anak ada 8 nak kena tanggung.

Anonymous said...

Pak Tuan,
Walaupun saya tak kenal pak tuan semasa di Bernama dulu, saya pasti Pak Tuan perihatin dengan keadaan di Bernama TV yang tak jauh berbeza. Masing-masing mahu dihormati bila dah keluar Bernama masuk Bernama TV yang swasta. Perangai pulak sombong semacam. Berlagak. Tapi bila timbul masalah tak boleh tolong, takut sebab nak jaga periuk nasi. Saya ada kawan yang baru menghantar surat telah dipecat secara konstruktif dari Bernama TV. Si CEO tension, cakap yang tak sepatutnya di dalam briefing dengan kakitangan Bernama TV. Bila ditanya, melenting pulak. Padahal, CEO tu yang patut dialihkan kerana berhutang. Khabarnya, dia berpegang pada prinsip berniaga mesti berhutang. Tapi berhutang tak perlu bayarkah? Wah kalau gitu, elok dia buka bank, kita pinjam kat dia dan tak perlu bayarlah.
Ramai yang tidak dibayar untuk tugas-tugas di tv tu macam pengacara, antaranya. Kawan saya tu dihutangi hampir RM100 ribu. Apa punya CEO, dapat duit pakai untuk anak bini. Orang lain jadi kuli. Saya harap Allah balas dia dengan sesuatu yang tidak dapat dilupakannya. Muka tebal sangat agaknya, sampai tak ingat akhirat. Katanya dia duduk di Shah Alam tu pun tak bergaul dengan masyarakat setempat; Persatuan Penduduk dan penduduk Islam. Hai, apa nak jadi dengan orang UMNO yang rosakkan integriti sendiri. Nak marah bila rakyat tak undi? Hai sendiri cakap tak serupa bikin. Tamak sangat sampai tak ingat mati. Tak takut Allah lah tu. Sama aje semua mereka tu, tuding jari kat orang lain tapi tiga jari tuding diri sendiri kan?
Simpati saya untuk warga Bernama dan Bernama TV yang jadi mangsa tapi masih ada yang nak mengipas juga!

SAHABAT X-BERNAMA TV

Anonymous said...

Anuar Zaini yang ku kenali:
1. Pengerusi Bernama (Non-executive) tetapi bertindak sebagai Managing Director.
2. Director of ISIS
3. Director of UM
4. Director Of BERJAYA Group
5. Director Of MAS
6. Member of Perak Royal Household.
7. Former Ketua Setiausaha Sulit Kanan (then Datuk Musa Hitam, Deputy PM)
8. Former General Manager Yayasan Perak
9. A very close friend of Datuk Kalimullah Hassan.
10. Tun Abdullah Ahmad Badawi's (former PM) close associate.

Anonymous said...

Pak Tuan,

dah penat untuk berbicara mengenai BernamaTV. Entiti ini memang mempunyai masa depan yang cerah, namun disebabkan sikap tamak segelintir pihak, terutama Anuar Zaini, Azman Ujang (LULUSAN SPM) dan pihak lain, entiti yang sedang bersinar itu telah menjadi malap dan pudar... ramai orang yang menjadi mangsa, having sleepless nights kerana memikirkan masa depan mereka.

Tetapi saya tidak terkejut....this is what you get apabila peneraju utama Bernama setakat mempunyai kelulusan SPM....tak pandai, tapi lagak macam pandai. dahlah tak pandai, tak nak bertanya kepada mereka yang lebih arif. Bernama ada lawyer mereka sendiri, tetapi lawyer tidak dirujuk.... akibatnya perjanjian yang TERLALU memihak kepada company orang Umno itu.

Yang rugi, Bernama dan kakitangan BTV...yang untung, ANUAR 'keparat' ZAINI dan AZMAN UJANG. tapi Pak Tuan, untung mereka hanya di dunia, di padang masyhar nanti, macam mana nak kelentong Yang Maha Esa....memang kantoiiiiii nanti. tunggulah AZAB di akhirat.

Dengar khabar, BTV hanya ada sampai Jumaat ini untuk berfungsi, sebab selepas itu, Bernama akan potong line Internet, line telefon, line faks dan yang paling penting, access kepada story GNS....matilah BTV, sebab itu ada full team dulu pun, BTV bergantung 70 peratus berita mereka kepada story GNS. sekarang, cuma tinggal 7reporter, lagilah azab!!!!

petugas asal Bernama TV

Unknown said...

Bro,

Kita sama-sama simpati dengan orang yang teraniaya dan kita memohon pembalasan azab sengsara Yang Maha Berkuasa kepada mereka yang menyebabkan orang lain menderita.

Di dunia mereka boleh berlagak dengan kedudukan, pangkat dan kemewahan hidup tetapi di akhirat nanti mereka akan menerima balasannya.

Anonymous said...

Alahai... lesen untuk system pun tak berbayau, macamana broadcast system nak jalan? BTV sekarang ni jadi Berrepeat-repeat TV!!!