Thursday, August 20, 2009

BERNAMA TV: RAIS ARAH KEMELUT DISELESAIKAN HUJUNG BULAN INI

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk diselesaikan kemelut Bernama TV dengan Bernama.

Atas sifatnya sebagai menteri yang mengawal-selia dan bertanggungjawab ke atas agensi di bawah portfolionya, Dr Rais boleh mengambil tindakan sewajarnya termasuk merombak Lembaga Pengarah/Pengelola Bernama.

Penyakit yang menimpa adalah atas tindakan kurang bijak pengurusan Bernama termasuk Pengerusinya, Anuar Zaini dan dua orang mantan Pengurus Besar yang kini bertaraf 'penasihat".

Kewibawaan Bernama selaku sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mesti dipertahankan dan apa saja kesilapan yang dilakukan semestinya diperbetulkan termasuk ekuiti dalam Bernama TV.

Sila klik untuk membaca laporan Bernama di bawah:

BERNAMA - Rais Mahu Isu Bernama Dan Bernama TV Selesai Menjelang Hujung Bulan

Shared via AddThis

14 comments:

siakap said...

Pak Tuan Syed,
Bernama kini semakin teruklah. Contohnya laporan hari ini, Pengerusi UMNO Bahagian Seputeh ialah Datuk S. Subramaniam.
Bernama kini ada dua orang penasihat dn kedua-dua mereka itu ialah bekas Ketua Pengarang dan Bekas Pengerus Besar tetapi standard laporannya semakin teruk. Bernama telah pun mendapat sijil ISO, tetapi kesilapan demi kesilapan berlaku setiap hari.
Tugas Bernama melaporkan berita tetapi kini Bernama pula jadi bahan berita.
What's say you?

Unknown said...

Siakap,

bukan sekali dua tetapi dah banyak kali kesilapan berlaku. Ada kemungkinan petugas dah 'patah semangat' dek kemelut yang sedang berlaku.

Mengenai dua orang mantan pemberita kadet yang 'berjaya' menamatkan khidmat selaku KP dan PB dan kini dilantik sebagai 'penasihat', apa yang dapat dikatakan itulah Bernama dibawah 'pimpinan' Pengerusinya sekarang.

Perkara seumpama ini tidak berlaku pada masa-masa lalu. Dulu Bernama tak perlukan penasihat kerana sememangnya tidak perlu. Yang peliknya, seorang nasihat BTV dan seorang lagi Radio24. Apa pengalaman mereka? Garu sana, garu sini sahaja. SMS sana dan SMS sini. Itu yang pandai.

Anonymous said...

yang semua tak tahu..pembabitan seorang lagi mastermind yg turut menggunakan mantan PB untuk mengaut keuntungan diri. Seorang CEO di anak syarikat Bernama.. berperanan besar menubuhkan radio 24, juga ganjaran bagi penasihat kerana sokongan.

Anonymous said...

apa kemelut yang ingin diselesaikan.
Hutang , masalah pekerja atau sistem?
Semuanya tidak jelas bagi kami petugas BTV.
Hidup mesti diteruskan tapi bila melihat dua hamba tuhan itu lalu lalang depan kami, rasa macam nak cekik.
tapi nanti lain cerita pulak.
Harap-harap kemelut BTV ini tidak akan berulang di masa akan datang.

PEKERJA AWAM BTV

Anonymous said...

pak syed,

kualiti berita yang dihasilkan oleh Bernama sekarang semakin merosot....lihat sahajalah buktinya --- berita-berita Bernama jarang dipakai oleh akhbar-akhbar tempatan....sebaliknya Bernama pula jadi bahan berita oleh mereka....Saya pun tak tahu apa gunanya Penasihat Editorial yang ada sekarang.... langsung tak membawa faedah ... tak pernah memberi nasihat sebab diri dia sendiripun dia tak pandai nak nasihat. Setakat main SMS pandailah.... makan gaji buta ajelah si DATUK SERI AZMAN UJANG ITU dan juga seorang lagi DATUK di tingkat empat......buat-buat bertaubat...dah namanya pencen, pencen ajelah...duduk rumah, rajin-rajin ke surau/masjid...umur kalian semakin tua...kuburpun dah semain memanggil.... paham-paham ajelah

Anonymous said...

Salam Tuan syed ,

Inilah amalan Menteri2 1Malaysia,takut, pengecut,tak berani menegakkan kebenaran.MASIH nak cuba sembunyikan penyamun2 ni.kalau rakyat curi barang harga 2,3 rm pun boleh dijel, tapi datuk2 penyamun cuba diselamatkan.

Sepatutnya Rais minta SPRM siasat Anuar Zaini, Azman Ujang, Visvakumar. Ini balik2 yang jadi mangsa pekerja bawahan.

Najib kau pergi jahanam lah dengan slogan Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan.Orang2 UMNO lah pengkhianat bangsa.

Ex BTV

Anonymous said...

siakap,

cuba tanya sesiapa pun di wisma bernama ni, PERNAHKAH BTV PUNYAI SESEORANG YANG MEMANTAU KUALITI BERITANYA (QC)?

TAK PERNAH ADA.

Saya sebagai staff BTV sendiri tak tahu siapa yang patut jaga QC Berita.

Dulu semasa saya berkhidmat dengan Jabatan Audio Visual tu selalu jugaklah Boss AV (Ahmat Wahab) tu pantau. Pantang ada "black" on air je memang kena maki.

Sekarang ni bukan saja "black" on air, gambar rosak kualiti henset 3gp cap parang pun boleh on air..

Anonymous said...

Memang, tidak ada sesiapa yang memantau berita yang keluar di saluran 502 pada masa ini....tanggungjawab ini sebenarnya terletak pada production manager.... namun production manager sebelum ini dan yang ada sekarang, tidak pernah membuat pemantauan.... sebab mereka 1) tidak ambil berat 2) tidak ada komitmen pada tugas 3) tidak kisah 4) tidak mempunyai latar belakang khusus mengenai tugasan itu.

sebelum ini memang pengurus kanan BTV Encik Amat Wahab yang rajin memantau.... kalau silap memang kena marah sampai merah telinga mereka yang terbabit...sekarang nampaknya semua orang dah tak ambil peduli...jgn salahkan pekerja bawahan.... sekarang semua bahagian sudah under-staff.... semua petugas buat multi-tasking...so semua mereka sudah terlalu penat.... misinya sekarang.... JANJI ada buletin untuk ke udara.

Anonymous said...

Pak Syed SILA BETULKAN Tajuk Berita SEPERTI INI "BERNAMA TV:
RAIS ARAH SELESAIKAN BELUT-BELUT (belut kan licin) HUJUNG BULAN INI"
Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Apa yang barunya di BERNAMA ni? Sama saja dengan 20 tahun dulu. Pengurusan masih hancur. Orang bawahan mengalami moral yang rendah (bukan rendah moral ye).

Tapi dari segi mutu, saya berani cakap tahap kewartawanan di BERNAMA dulu jauh lebih baik dari sekarang. Tapi ini sudah pasti ada kaitannya dengan teraju kepimpinan di BERNAMA sendiri.

Sayang.

G13 Rawks said...

Saya menasihatkan agar staff BERNAMA bersabar...

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt.... Pak Syed,

Sekarang ni dah bulan September, hujung bulan yang Rais kata dah tamat tempoh. Apa tindakan selepas ini?.

Nampaknya tidak ada penyelesaian apa2. Sekadar RETORIK menteri 1Malaysia. Mana pergi slogan Rakyat didahulukan? Pirahlah mabuk Najib.
Pilihanraya Umum ke 13 pakat2 tukar kerajaan lah ... Parti BN ramai sangat penyamun.

Bosan Gila

Unknown said...

Sayapun cuba dapatkan jawapan... malangnya tiada.

Inilah yang dikatakan udang sama udang... orang politik sama orang politik, tolong menolong membawa senang... gah sekampung hasilnya sedikit.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt, Tuan Syed


Apa kesudahan kisah bernamatv? dengar kisahnya bernama tv dah dapat owner baru. owner lama dah letak jawatan CEo 30/09/2009.

Apa pula yang terjadi kepada kakitangan bernama tv yang lama?
kisahnya mereka tidak diperlukan oleh owner baru.?

Telah terbukti perancangan bernama untuk melihat bernama tv tidak beroperasi telah gagal. bermacam2 usaha dibuat untuk merencatkan operasi bernama tv tetapi sehingga hari ini.. bernama tv masih ON Air.

tuan syed tolong2 lah nasihatkan orang2 atas dalam bernama, jangan ingat semua tindakan mereka adalah betul.setiap tindakan perlu dirancang dengan teliti.

yang membuat angkara big2 boss bernama, yang menjadi mangsa adalah kakitangan bawahan.

kepada pengerusi bernama, bekas GM bernama dan orang2 besar bernama, di mahkamah dunia anda lepas, tapi jangan lupa di mahkamah Akhirat nanti anda akan dibicarakan. Kalau visvakumar tidak mengapa kerana beliau telah dijanjikan menjadi kayu api neraka.

bertaubatlah dan insaflah kuasa kita sementara sahaja.

tratoogi