Tuesday, August 18, 2009

Bernama TV sedang nazak?

Apa yang sedang berlaku di Bernama TV?

Sejak semalam (17 Ogos) stesen berita itu tidak menyiarkan laporan berita. Kenapa?
Apa yang sedang berlaku atau apa yang tidak kena dalam stesen yang tidak dikuasai oleh Bernama itu.

Saluran Astro 502 yang menyalurkan siaran Bernama TV kini tak sudah-sudah menyiarkan rancangan Helo Malaysia (banyak di ulang tayang) dalam slot beritanya.

Pengerusi (bukan eksekutif) Bernama (masih pengerusi?) Anuar Zaini dan mantan wartawan yang berakhir sebagai pengurus besar, Azman Ujang mungkin ada jawapan.

28 comments:

Anonymous said...

salam pak tuan,
Bernama TV memang nazak. They cannot go on air sebab sistem yang sepatutnya memancarkan live feed ke Astro sudah kaput....akibat power outage tempoh hari. Petugas di Tingkat 3 semua sudah hampir nak hilang akal. kerja teruk-teruk buat story, edit visual tapi tak boleh go on air akibat masalah itu. Yang peliknya, CEO Datuk Suhaimi Umno, penasihat editorial DATUK SERI AZMAN UJANG (kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia sahaja) sekadar berpeluk tubuh...melihat dari jauh...tapi berbuat apa-apa. They don't seem to care, don't seem to know what to do... Dengar khabar, datuk Suhaimi sejak dua hari lalu sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjumlah Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim untuk meminta bantuan dia...namun Datuk Rais langsung tak layan dia....enggan berjumpa dengan beliau.

Tak tahulah bila kemelut ini akan berakhir.....apa-apa pun nama BERNAMA juga yang busuk nanti....bukan nama synergy, bukan nama silverage.... bodoh punya AZMAN UJANG!!! BODOH punya ANUAR ZAINI - mereka berdualah yang patut dipersalahkan....

petugas BTV

Anonymous said...

pak tuan,

suruh sahaja AZMAN UJANG keparat itu, ANUAR ZAINI dan Datuk SUHAIMI CEO yang tak tahu buat kerja itu - berpakat terjun dari tingkat 14 wisma Bernama - sekurang-kurangnya ada berita sensasi yang boleh disiarkan nanti.

Anonymous said...

tutup aje Bernama TV itu.....asyik tunjuk Helo Malaysia yang lapuk2 aje....muka pengacara Helo Malaysiapun semuanya sudah tua kerapot....takde langsung muka baru yang berkarisma .... orang macam sharkawi jirim itu patut dah simpan dalam muzium...buat arkib aje.

Anonymous said...

kesian sharkawi Jirim...tak pasal pasal kena kutuk tua kerepot. Tulah, jangan masuk campur dalam kalangan pengkhianat bangsa ni Anuar Zaini, Azman Ujang dan Suhaimi. enath berapa banyak masuk poket mereka. MACC, apa lagi...sila siasat tanpa berlengah lengah.

sri hartamas

numero_uno said...

datuk suhaimi tu org yan kan?..kroni kuat UMNO tu..member baik brahim saad tu..hehe...depa ni semua nya kautim duit ja..keja tak baguih mana punn...radio24 pun dah nazak jugak kot?..ikut suka depa ja nak on air time bila..hampeh betui...berita pun tak on time bila pagi2 tu...memang hampeh la depa buat kat BERNAMA..

Anonymous said...

salam pak syed,

Masalah di Bernama TV sejak syarikat synergy ambil alih senang aje.....terlalu ramai orang yang berjawatan TINGGI tapi langsung tak tahu dan tak buat kerja....CONTOHNYA...
Penasihat Editorial - AZMAN UJANG - nak nasihat apa??? diri dia sendiripun dia tak pandai nak nasihat, ini nak nasihat how to run a tv station --- apa dia tahu - hampes --- setakat main SMS di blackberry dia pandailah. what do u expect - setakat lulusan SPM aje

MANAGING EDITOR - sharkawi jirim - sepatutnya memikul tanggungjawab mengenai news content -- hampes jugak.... dia hanya reti buat HELO MALAYSIA yang dah mula basi dan kini membosankan itu

ASST MANAGING EDITOR - sdra nazam -- apa dia boleh buat.... muncul di pejabatpun sesekali aje -- sehari dua aje dalam seminggu, itu pun datang nak tunjuk muka aje, budak2 di production desk dan BJ pun dah naik menyampah dgn dia --- cakap aje pandai, tapi hampes jugak...pandai komen tetapi NO ACTION

PRODUCTION MANAGER - emmmm.... knows nothing about her job.

CHIEF TECHNICAL OFFICER - alan 'mat salleh' yang sebenarnya dulu seorang tukang masak --- knows nothing about the technical aspect of running a tv station. tahu main buntut anak melayu aje. cakap pandai, tapi buat kerja tak reti.

CEO - datuk suhaimi - ex pemandu lori - ahli perniagaan yang langsung tak tahu nak run a tv station - terlalu percaya orang CINA/MAT SALLEH dari anak bangsa sendiri .....akhirnya hancur semua. petugas BTV semua menyumpah dan mengutuk dia!!!

Anonymous said...

tuan syed,

minta pakat ramai-ramai buat solat hajat agar datuk suhaimi keparat itu serah balik BTV kepada tuanpunya yang sah, Bernama. Kalau dah tak minat tu....serahkan aje balik BTV... ketika BTV menghadapi kemelut sekarang, muka si suhaimi itu langsung tak nampak...konco-konco dia - si ALAN laknat, KEVIN gila BABI itu - pun tak turun ke tingkat 3 - tenguk apa yang berlaku, apa yang boleh dibuat, apa yang boleh dibantu..

masalah cameraman stringer di negeri-negeri lagi parah.... dengar khabar dah TIGA bulan tak bayar tuntutan mereka - mereka pun ada anak bini, ada ansuran pinjaman rumah/kereta/camera yang perlu dibayar - apasal si suhaimi itu tak fikir langsung ke masalah ini.

akauntan synergy pula - saidina omar (nama cukup gah - tapi perangai macam setan) sekarang tak ketentuan sebab tengah main cinta dan asmara dengan salah seorang pembaca sambilan di BTV --sibuk SMS aje... inilah manusia-manusia yang berkuasa tetapi TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA MEREKA di BTV.

sedih!!! sedih sungguh!!!

Anonymous said...

salam tuan syed,

I cadangkan semua petugas di BTV apply masuk ke RTM....buat news untuk mereka. BTV boleh TUTUP!!!

Setia dgn KudaRanggi dan 502 said...

Saya ada lah pengikut setia blog tuan syed dan kebetulan pula saya juga adalah penonton setia siaran Bernama TV 502.

Saya tidak tahu selama ini ada masalah di BTV.

Kepada orang2 yg berkenaan sila selesaikan segera kemelut di BTV.

Orang luar tidak pedulikan masalah BTV tapi kesian kan kami penonton setia BTV kerana ianya adalah satu-satunya siaran yg boleh kami tonton berita bila kami tidak berpeluang untuk menonton berita perdana diTV1 dan TV3.

Tuan Syed sebagai org lama di bidang ini tolong lah apa2 yang patut.

Syed Imran said...

Sri Hartamas,

Bab 'penkhianat bangsa' agak keterlaluan sikit.

Anonymous said...

RADIO 24 sama senasib macam BTV - kedua-dua buat siaran 24 hours, dua-dua hadapi masalah tenat. Namun I think BTV mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding RADIO 24. RADIO 24 pun hancur sebab orang nombor satunya... kaki kelentong, pandai cakap tapi tak pandai buat kerja....semua kaki ampu, semua kaki bodek.... yang parah, para petugas!!!

Anonymous said...

sampai bila btv nak jadi begini... macam hidup segan, mati tak mahu aje....decide fast, agar ada kepastian. kenapa anuar zaini membisu seribu bahasa.... lidah kelu tak bertempat....cuba berbuat sesuatu... sebab KAMUlah BTV jadi begini....AZMAN UJANG pula apa dia sedang fikirkan.... cara nak melingkupkan lagi bernama dan BTV ke?? cara untuk terus makan gaji buta ke?? cara untuk dapatkan pula gelaran TAN SRI ke???

Anonymous said...

salam semua,

Sekarang ni hanya tinggal tulang saja di Bernama TV, yg isinya sudah dibedal orang...tinggallah tulang belulang yg membusuk dan akan mereput tidak lama lagi. kalau boleh kebumikanlah di sebelah pusara Michael Jackson.
Inilah akibatnya mengejar "POKET EMAS"

Anonymous said...

akom semua...

malas nk ckp.......tapi ape boleh buat...tgok lembu kenyang berdua cukup menyampah sekali....nama je besar pakat dato...ke di seludop dato' tu?....hnya tuhan saja yg tau? tp...bab kambing hitam ni...but tak reti plak...yg syor sistem tu... sampai lembu kenyang boleh pecaya gan ALAN the H1N1..menurut kambing hitam... men syorkn sistem tersebut bertaya wat pe cari keta yg jenis menual elok cari keta yg auto senang dibwk...kemana2...sampai ke neraka....last2 tul gak kate dia...bernama tv is gone...

Anonymous said...

tuan syed,

tak fahm dengan situasi BTV skrg.Setiap hari ada berita, ada kata kerajaan nak ambil alih jadi golder syer, lepas tu kata tak jadi.Yang sakitnya petugas, bos tak ambil kisah pun, tak kiralah pekerja synergy atau pekerja bernama.
Orang atas punya pasal kami bermusuhan, tuduh-menuduh.Sampai ada yang kata berita bernama 502 tak leh on air gara-gara bernama sabotaj.
apa citer ni??? macm budak-budak.

PEKERJA SETIA BTV

Anonymous said...

salam tuan syed,

Kepada semua staff Bernama yang pernah bekerja dengan TV semenjak dari berita 15min hingga 24jam. Tahniah saya ucapkan, kerana tanpa mereka semua sudah pasti tidak akan mencapai kejayaan sebegini rupa.

Sorong papan tarik papan mungkin sesuai dengan apa yang berlaku sekarang di Bernama-tv. pekerja bersusah payah menjayakan segalanya, tetapi inilah balasan yang diberi oleh pihak pengurusan.

Dulu kata orang dia yang lebih, lagi satu ungkapan yang sesuai kepada mereka yang mengata orang lain sedangkan apabila dia ambilalih dia yang sebenarnya tidak reti buat kerja, haih PM.


Entah berapa ramai yang baca komen dalam blog pak syed ini dan mungkin juga dibaca AU. tapi apakan daya. mungkin mereka ini kana sambung berpeluk tubuh.

Bulan mulia hampir tiba, mungkinkah ada sinar baru kepada pekerja lama bernama yang berkhidmat untuk TV berpeluang kembali menabur bakti ?

hanya tuhan sahaja yang tahu.


- IM LEAVING BTV -

Anonymous said...

BAGUS GAK PAK SYED BUKA BLOG NI, DAPAT JUGA MELUAH KAN ISI HATI INI DAN NAK LUAH KAN DI MANA LAGI KALAU TAK DI SINI, KALAU DI TANYA DGN ORG DATO SUHAIMI 2 SEMUA BERJALAN OK DAN MEREKA PULAK MENYALAH KAN PIHAK BERNAMA KERANA TERLALU EGO DAN ANGKUH... SAMPAI SANGGUP POTONG ITU DAN INI.....DAN DENGAR KABA CEO NI BAIK DGN TPM DAN KEMANA TPM PEGII KENA COVER.

DAN KALAU ORG MAC NI LAH BERKAWAN DGN TPM MAKA HANCUR LAH UMNO SEBUH PARTI MELAYU.

DAN PADA ORG YG BERNAMA ANUAR NI HANYA PENTING KAN DIRI JE BOC KALAU HAL ISTANA PERAK SEMUA NYA K BELAKA.

PASAL MASING2 ADA AGENDANYA SENDIRI DAN KEPENTINGAN NYA DEMI UNTUK POKET SENDIRI.

PADA KAKI TANGAN MERANA DIA TAK NAMPAK DAN WAKIL NEGERI PULA ADA KERETA YANG DAH KENA TARIK DAN UMAH DAH NAK DI KUNCI, ANAK KE SEKOLAH TAK ADA DUIT BELANJA ....... APA NAK JADI???????

ADAKAH INI PEMIMPIN UMNO YANG PEMBELA NASIB DAN BANGSA MELAYU ...KALAU MAC NI BUKAN PEMBELA TAPI LEBIH TERUK DARI YG DI SANGKA INGATKAN BILA DATO NAJIB JADI PM BERUBAH MINDA DAN OTAK ORG UMNO YG BERNIAGA NI RUPANAY LEBIH TERUK LAGI.

JAGI ORG YG PALING LAYAK MENYELESAIKAN MASALAHNI ADLAH DATO SERI UTAMA DR RAIS YATIM YANG JUGA PAKAR UNDANG2 DAN PENYIARAN.. MAKA DATO DR TLG LAH SELESAI MASALAH DATO2 NI. DAN KERAJAAN HARUS TEGAS DAN JGN BAGI WARGA BTV DAN RAKYAT MUAK MELIHAT TELATAH2 DATO2 NI... DAN PAK SYED TLG LAH SAMA BAGI PENDAPAT PADA RAKAN2 YG SEANGKATA DI SANA AGAR MEMAHAMI MASALAH ORG TAK BERGAJI ....... INGAT LAH RAMADAN MENJELANG TIBA JGN LAH DATO CEO TERLALU ANGKUH DAN BERLAGAK SGT BAHAWA DOA ORG TERINYAYA LEBIH MAKBUL, APATAH LAGI DI BULAN RAMADAN DAN MARI KITA TENGOK SIAPA YG KENA........

Anonymous said...

BTV, BTV, BTV ... aku naik bosan dengar cerita mengenai BTV.....cuba-cubalah tinjau kat tingkat 15 di wisma bernama ....aku dengar RADIO24 lagi tenat.... buat newspun lintang pukang... tak ikut jadual...main tangkap muat aje.... orang nombor satu di radio 24 (ex tv9) sibuk main dengan blackberry, blueberry dan raspberry dia aje.... bila kucing main tak kisah, tikus langsung tak kerja.... ponteng sini, ponteng sana...hasilnya -- KUALITI BERITA pun merudum....membosankan... penyampaian pun tak bermaya.... daripada segi kewangan... semakin hari, semakin tenat....

STAF BERNAMA

Anonymous said...

Salam semua,

Semua dok kutuk Bernama TV, Synergy, Radio 24..apasal tak mau tengok keseluruhan Bernama pulak?

Dari tingkat 1 sampai tingkat 15..cuba kaji tengok, tinjau2 semangat kakitangan..ada motivasi ka??

Soal tak buat kerja bukan setakat boss boss besar saja, bukan di BTV saja, hampir kesemua..yang rajin kerja beberapa kerat je..tau main politik ofis, jatuh orang tu, bunuh orang, dengki, khianat, sepak terajang perkara biasa di Bernama ni..

GM baru? Bolehkah buat pembaharuan Marketing expert 20 years experience..jangan fokus nak jual je, perhati halusi yang lain-lain sama.

Entah2 Tuan GM pun pikir makan gaji je lah..buat pe susah2, Boss pun sama - aku ni tak payah susah2 makan gaji je lah, Bos-Bos yang dapat komisyen pulak lebih baik kira komisyen, boleh angan2 pakai mercedes ka BMW ka, viva ka, van buruk ka beli rumah 2-3..cukup umur tua kerepot pencen..peduli apa..

Datuk Seri Dr Rais selaku Menteri KPKK, mohon luangkan masa pantau Bernama ni, kalau tidak busuk satu negara. Agensi kerajaan yang mungkin memalukan negara.

Anonymous said...

Salam pak tuan dan semua pembaca blog ini,
Sedih sungguh membaca tentang hal bernama tv di akhbar dan menontonnya selama hari-hari tak bersiarannya. Saya antara mereka yang telah mengusahakan 30 minit berita bernama; berita 'general' dan bisnes pada tahun 2007 dan kemudian siaran 24 jam pada tahun 2008 hingga penghujung bulan julai lepas.
Sistem ke? Bos-bos unit Synergy ke? Dua-dua pun keputusan orang-orang yang berkuasa dan berkuasa buat keputusan yang perlu dipatuhi...walaupun sebodoh mana dan merugikan!
Yang jadi mangsa staf daripada kedua-dua entiti - yang kerajaan dan swasta. Saya cuba masuk atau 'adapt' ke bahagian Bernama tapi hampir kesemua kakitangan badan induk yang bergelar Berita Nasional Malaysia, ada pandangan yang serong terhadap kami yang baru nak masuk dan berjinak-jinak dengan cara kerja dan rakan-rakan di pejabat tingkat baru ni. Seolah-olah salah kami hutang Synergy yang wujud kini. CEO Synergy ni tak serik-serik berniaga, mungkin kerana niat dia beragenda kediri. Yang menyedihkan, CEO Suhaimi ni ikut TPM ke Australia baru-baru ini dengan isteri kedua. Apalagi kalau bukan untuk cari jalan keluar, simpati orang kedua dalam negara dan politik kerajaan. Takkanlah tak siasat apakah punca kemelut di Synergy ini? Terus-terus percayakan ketua bahagian Jerai ini?
Saya rayu PM dan TPM jangan beri peluang kepada pengkhianat bangsa yang gali lubang hutangnya sendiri ini, sementara rakyat lain yang menyara hidup secara bekerja di Synergy, baik dulu mahupun sekarang terabai dan merana kerana si Suhaimi tu.
Kalau Datuk Menteri Penerangan peka dengan keadaan ini, bantulah keadaan kami kakitangan dulu dan sekarang; yang kena pindah mahupun dipecat, kerana orang yang tak bayar sewa premis pejabat, premis siaran di studio dan peralatan penyiaran tidak boleh dikasihani dan diberi tempoh untuk bertahan semata-mata kerana sifat berperikemanusiaan! Suhaimi tu bukan manusia yang perlu diberi pertimbangan langsung, dia peniaga yang hisap darah rakyat lepas tu gila kuasa. Maklumlah anak didik mantan TPM yang dipecat semasa era Che Det. Kalau tak kerana itu, dia belajar tamak daripada keadaan kini dan pengaruh partinya kah?
This opportunist should not be given a chance. In addition to that, the people he gives positions to in Synergy now are mostly NTV7 staff who caused their earlier place of work to suffer losses as well because they knew how to manipulate the situation for their own benefits. The program producers in Synergy currently are in cloud 9; some of them, thinking that the position given to them is so high and mighty now, forgetting the fact that their station is so much in the slums right now.
Wake up and get your attitude right, people.
Saya cadangkan mereka-mereka ini tidak diberikan peluang berpanjangan sekiranya stesen ini dihidupkan semula. Mereka-mereka inilah yang tak kerja untuk dapatkan wang masuk pejabat, dapat bonus, dapat pangkat dan gaji yang lumayan!!! Patutkah?
Fikir-fikirkan lah ya dan beristiharahlah kalau tak pasti apa nak buat!

ADANAMA

Anonymous said...

GM baru...al-bulsyiritt
Yang baik tidak dinafikan,
lebih banyak yang dilaksanakan
menyusahkan dan melemahkan semangat.

Orang Bernama tidak takut dengan pemotongan, potonglah apa2pun, lantak dialah. Nak jimat duit.

Guna akai dan otak sama. Apa dia tahu tentang G.O. kerajaan!!!
Bernama sebagai agensi kerajaan tidak boleh lari dan kena patuh pada G.O.

Dengar khabar bos-bos kat Editorial pun kena ham pok dengan dia. Beranilah sikit. Tunjukanlah kehebatan anda semua mempertahankan apa yang sewajarnya dipertahankan.

Kalau dah expert sangat, pi la cari multi-bilion company.

As a GM...dia sepatutnya generate income. Tunjuklah hebat anda dapatkan business untuk Bernama. Setakat nak potong itu, ini sapa pun boleh buat.
albusyiirittt

Anonymous said...

pak syed.

saya tak memihak mana-mana pihak. (sebab nasib saya dan 15 rakan yang lain lebih teruk; ditamatkan kontrak dengan Bernama atas tujuan diserap ke BTV Synergy)

tapi sejarah dah BANYAK KALI membuktikan bahawa betapa banyaknya mulut tempayan yang suka makan nasik tambah di Bernama.

Nak buat teguran sikit kepada staff Bernama yang masih dipinjamkan di Tingkat 3 Wisma Bernama tu tolonglah kerja dengan ikhlas.

Ada sesetengah staff Bernama yang masih dipinjamkan di BTV nie makin menjadi-jadi sikap PEMALAS dan tak ikhlas buat kerja. Akibatnya, kami yang BTV (ex-Bernama) ni makan hati. Nak tegur, tak boleh sebab majikan dah tak sama.

Saya MERAYU, kita staff bawahan ni tolonglah kerja dengan ikhlas lillahitaala macam biasa. yang bergaduh ni pihak atasan, biarkan depa bergaduh. Jangan hang ikut sama nak tunjuk marah, pada akhirnya jadi alasan untuk mengelat buat kerja!

Rakan sekerja jugak yang menyampah pada kamu nanti!

Anonymous said...

teruknya bernama.... sebab itu saya cabut awal-awal lagi

Anonymous said...

kepada saudara Kedah,

Jgn nak dipersalahkan mereka2 tu yg mcm malas dan tidak buat kerja. Mereka pun tidak mahu dipinjamkan disitu. Dia org pun tak tau nasib diaorg di Bernama macam mana, dah lah status 'PART_TIME'. Buat apa nak majukan TV yg bukan lagi jadi hak milik kita.

"Makan hati masih kenyang lagi, kalo makan tulang tak ke patah gigi bengkak gusi."

Renung-renungkan..

Anonymous said...

Assalammualaikum Pak Syed,

Dimaklumkan Datuk Suhaimi Abdullah CEO Bernama TV telah meletakkan jawatan pada 30 September.

Sekarang ni ada 2 company yang mengambil alih iaitu Redberry dan Dahlia Makmur. Tak tahulah company siapa?

Walau siapa pun Tuan baru, kita berharap kebajikan staff bernama TV tidak diabaikan. Kalau tidak, Bernama akan tetap sama seperti dahulu.

Pada pihak Bernama jangan lepas tangan menjaga kebajikan kakitangan. Aset yang paling mahal dalam Bernama adalah kakitangan. tak kiralah dari kerani .peon sampai ke pegawai.

Tidak Bernama

Anonymous said...

sapa pulak la guna nickname aku [kedah] buat komen kat sini....
hadui... kalo jadi apa2 kan naya aku ja?

Anonymous said...

Salam sedara-sedara ku,

'1st and for most' kata2 omputih, buat keja berita ni baik berita radio, berita tv atau pemberita sukarelawan kampung ke konsepnya bersifat 'non-profit services'

Bermula dari metrovision news lg iaitu unit berita tv metrovision lg.

Those so called genius BOD MV masih mengatakan 'news bisnis blh buat duit'. "x betul kot".

Apa yg mungkin betul ialah, bhgn berita merupakan satu unit sahaja dari organisasi yg lebih besar atau penjana bisnis 'cash cow' atau individu yg berpengaruh financialy dan mentaly mungkin mcm pm ke,ts azman hashim ke, tun daim ke.Suka x suka agendanya tersembunyi.

Bagi konsep 'income earner' perkara2 di atas mungkin x masuk buku pun.

Pada pelan dasarnya, bernama tv/synergy adalah unit mewakili secara tidak langsung bagi sebuah sykt besar iaitu Celcom. Ceo BTV pun mempunyai perkaitan rapat ngan ceo celcom pun. Pelannya asas rasanya dah ok tu..

Cuma bila perlaksanaannya, hakikat syarikat swasta nak kawin ngan syarikat separuh kerajaan ini ibarat mcm nak campurkan air ngan minyak.

Kalu nak tuduh sapa2 salah dalam bernama pun saya rasa x wajar juga sbb kebanyakkannya berkonsepkan makan gaji walaupun ceonya..

cuba lihat siapa penggubal konsep perlaksanaan awalnya mungkin anda akan nampak kepincangannya..

Wallahualam.. lgkwi.com

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Masalah mengenai kepincangan BERNAMA TV tak pernah berhenti sejak dahulu lagi. Saya, juga staf BTV yang telah berkhidmat selama 2 tahun tidak pernah melihat sebarang pembaharuan dilakukan di Stesen TV tersebut.

Kalau dilihat teknologi yang digunakan untuk menyiarkan berita, rasanya stesen tersebut tidak layak digelar sebagai salah satu setesen TV di Malaysia. Ini kerana peralatan yang digunakan berada sangat2 outdated dan berada dalam keadaan nazak.

Untuk pengetahuan semua, server di BTV seringkali 'down' dan boleh dikatakan insidenv itu berlaku 2-3 kali dalam satu bulan.

Lebih memeritkan lagi apabila pekerja turut mengalami nasib buruk apabila gaji dibayar lambat sejak BTV di-uruskan oleh Datuk Ibrahim Yahya a.k.a Datuk Tiger. Bukan setakat gaji, elaun tuntutan pekerja juga tidak dibayar kerana alasan bajet tidak mencukupi. Ramai rakan-rakan sekerja saya tidak dibayar elaun tuntutan perjalanan selepas pulang dari 'outstation' dan kejadian itu turut berlaku kepada saya.

Selain teknologi yang uzur dan masalah pentadbiran. Pekerja juga dikerah dengan teruk oleh Ketua Editor, Abdul Rahman Ahmad ( ARA ) yang pada pendapat saya tidak layak memegang jawatan tersebut. Pekerja dikerah melakukan kerja di luar kemampuan sendiri demi menjaga KPI Ketua Editor terbabit.

Beliau juga tidak layak menjadi pemimpin kepada staff BTV kerana seringkali mendiamkan diri atau kecut telur apabila staff bertanyakan mengenai gaji yang lambat.Sebaliknya, beliau terus-menerus mengerah tenaga staff bawahan demi menjaga KPI masing-masing.


Pada pendapat saya, masalah yang paling serius di BTV adalah kekurangan tenaga kerja. Pihak pengurusan telah membekukan pengambil pekerja baharu kerana kekurangan bajet. Ini menyebabkan pekerja yang sedia ada dikerah melakukan pelbagai tugasan sehinggakan diarah melakukan tugasan yang diluar skop pekerjaan.

Masalah ini juga ditambah lagi dengan sikap kurang ambil tahu oleh Menteri sendiri, iaitu Datuk Seri Shabery yang dilihat kurang ambil peduli mengenai masalah yang dihadapi oleh Staff BTV.

Untuk pengetahuan semua, Kelibat Menteri berkenaan di BTV hanya dilihat sebanyak tiga kali sejak beliau memegang jawatan tersebut.

Lebih mendukacitakan apabila Datuk Menteri mahukan pembaharuan di BTV dimana BTV akan menjadi saluran TV berbahasa Inggeris mulai tahun depan. Dimanakah nilai-nilai memartabaktan penggunaan Bahasa Kebangsaan?

- Perkerja BTV 2014