Monday, August 10, 2009

Pemimpin pelapis DAP cabar Islam?

Kebelakangan ini, orang Parti Tindakan Rakyat atau DAP dah mula berani memperkata dan menghina Islam sama ada secara langsung atau sebaliknya. Jika dahulu mereka berbuat secara diam-diam dan berselindung, sekarang nampaknya dah jauh lebih berani.

Perbuatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi serta Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook agak melampau.

Ronnie terlibat dalam isu penjualan bir di kedai-kedai serbanika 24 jam di Shah Alam dengan menyatakan bahawa bir mengandungi campuran alkohol yang dibenarkan. Oleh itu, dia menentang tindakan pihak berkuasa tempatan merampas bir.

Apakah Ronnie tidak tahu bahawa Islam mengharamkan alkohol dan siapa yan memberi kuasa kepadanya untuk menyatakan sesuatu kandungan alkohol itu dibenarkan? Jika Ronnie boleh campur tangan dalam urusan dan bidang tugas pihak yang berkaitan termasuk JAIS, apa akan jadi jika orang lain turut masuk campur dalam urusan beliau sendiri?

Di Pulau Pinang, Jeff Ooi, seorang yang mengukir nama melalui laman blog, nampaknya mengheret perbalahannya dengan seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari Parti KeADILan Rakyat, Mohd Razali Abdullah ke arena yang lebih luas apabila dia menuduh Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai sebuah pertubuhan pelampau.

Ooi telah menjolok sarang tebuan sehingga ketuanya, Lim Guan Eng mengarahkannya menarik balik kenyataan tersebut.

Ooi kata dia tidak menghina Islam tetapi dia tidak sedar bahawa dengan menuduk JIM sebagai sebuah pertubuhan pelampau, dia telah mengaitkan Islam. JIM adalah sebuah pertubuhan sah yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook pula dikatakan telah menghina Islam melalui tulisan dalam blognya apabila dia membidas tulisan pendakwah dan ahli akademik, Dr Ridhuan Tee Abdullah, seorang berketurunan Cina.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengarahkan pihak berwajib menyiasat tulisan Loke dan sekiranya benar dia menghina Islam, tindakan sewajarnya hendaklah diambil.

Tiga peristiwa di atas memperlihatkan pendirian pemimpin pelapis dalam DAP terhadap Islam. Mereka memperlihatkan sikap yang tidak peka terhadap perasaan umat Islam pada keseluruhannya walaupun ada yang berkata mereka tidak menghina Islam.

Dalam hubungan ini, kita ingin tahu pendirian PAS. Apakah PAS akan terus bekerjasama dengan DAP atau akan terus bersekongkol dengan parti itu?

PAS semestinya mempertimbangkan semula kerjasama dengan DAP. Tidak guna PAS berkongsi dalam sebuah pentadbiran yang dianggotai oleh mereka yang secara terang-terangan menyentuh bidang kuasa dan kedudukan Islam itu sendiri.

Apakah PAS sudah lupa akan kata-kata Karpal Singh... 'over my dead body' (langkah mayat saya dulu) jika PAS ingin mewujudkan pentadbiran Islam di Malaysia.

Apakah kerana inginkan kuasa PAS sanggup ketepikan teras perjuangannya?

13 comments:

Blow d' whistle said...

Salam Tuan Syed,

Apa jua masalah ahli DAP untuk memahami ISLAM perlu dipantau secara serius oleh pimpinan tertinggi PR.

Saya amat tidak bersetuju dengan beberapa pendapat yang menidakkan ' religious profiling ' kepada penganut sesuatu agama. Saya amat percaya hampir semua ugama di dunia tidak merestui arak, judi dan zina. Sekiranya mereka ingin mencampuri urusan agama, maka sebaiknya mereka
belajar dahulu tentang agama tersebut dengan mendalam.

Nasihat saya kepada DAP, jangan terlalu celupar, orang PAS pun tahap kesabarannya ada bila berbicara tentang ISLAM.

Jangan 'KIASU' sangat... kelak membawa padah.

dinturtle said...

Salam Tuan Syed,

Saya bukan penyokong Pas namun saya berasa kecewa dengan sikap mengalah mereka. Biarpun halatuju politik Pas dan Umno berbeza namun bila dihina dan diperlekeh Islam dan Melayu dek cina2 rasis dari Dap, seharusnya isu dijadikan satu platform perpaduan keduanya mempertahankan apa yang menjadi teras perjuangan masing2.

Ia melangkaui skop politik. Kalau pun Pas ingin bersama Dap dalam Pakatan menentang Umno/BN, janganlah sampai dihina begitu rupa tanpa sebarang protes yang berkesan.

Dap bukannya menghina Umno tapi Melayu dan Islam !Wahai saudara2ku dari Pas, pertahankanlah maruah kita!Dahlah ekonomi negara mereka kawal, janganlah maruah kita turut tergadai.

askar melayu said...

Pendirian PAS????

DAP Kedah dengan satu kerusi boleh keluar PR atas sebab kandang babi haram. Dan PAS terhegeh-hegeh memujuk DAP untuk kembali.

Tetapi PAS dengan lapan kerusi di Selangor senyap tanpa suara bila cuba mempertahankan isu penjualan arak yang merupakan teras dalam perjuangan PAS. Dimana Tok Guru dan ulamak besar PAS? Takkan hanya menjadi juara bila mengkafirkan sesama Islam sahaja? Seperti yang pernah saya komen, sampaikan alat sulit exco pun dipertahankan?

Mungkin bagi PAS inilah matlamat menghalalkan cara. Tetapi masalahnya matlamat tidak juga tercapai.

Bagi DAP pula, tiada apa yang perlu dihairankan.

Anonymous said...

Orang muda DAP naik tocang kerana Melayu juga. Depa tahu Melayu PKR dan PAS boleh diperguna untuk kepentingan politik DAP. PKR dan Anwar tak akan berani kata apa kerana nakkan undi cina untuk jadi PM nanti. Juallah apa saja Anwar, sampai tinggal seluaq dalam saja pun takpa lah...

shamanuar.worpress.com said...

Malas dah nak cerita pasal PAS ni.
Demi kuasa .. apa2 pun boleh..
Dulu kata .. bila dapat memerintah nak tutup kilang arak di selangor.
Sekarang apa dah jadi?

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr SIA,

Saya ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan kenapakah ISA tidak dikenakan terhadap pihak yang menghina Islam sedangkan perbuatan itu boleh mencetuskan kacau bilau jika terus dibiarkan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap mereka yang mencabar kedudukan politik orang tertentu saja?

Dalam keadaan sekarang, orang yang menghina Islam tidak perlu didesak supaya menarik balik kenyataan mereka atau meminta maaf, tapi perlu dikenakan tindakan tegas. Kalau setakat meminta maaf, sapa pun boleh, lepas tu ulangi lagi perbuatan biadab tu.

Satu lagi sdr, di manakah kecekapan pihak berkuasa dalam menangani masalah kekurangan bekalan gula di pasaran? Kalau perkara ini pun tak dapat ditangani, apalah yang boleh diharapkan daripada mereka untuk menangani perkara lebih besar dan sensitif?. 1Malaysia hadapi masalah bekalan gula pun depa masih tidoq juga, ka?

-- Balanglama

Anonymous said...

Tidak apa, Tok Guru Nik Aziz kata kalau kafir buat, boleh.
1. Kalau begitu bolehlah kartunis Denmark buat kartun gambar nabi lagi.
2. Bolehlah orang yahudi musnahkan masjid Al Aqsa dan bumi Palestin. Mereka ini tidak faham Islam, dengan itu dimaafkan.
3.Orang Siam bunuh Islam Patanni pun halal jugak sebab mereka bukan Islam.
4.Juga di Mindanao, bunuhlah orang Islam, Nik Aziz maafkan.
5. Murtadkan lah remaja Islam, kami maafkan kerana Nik Aziz maafkan.

Tapi untuk PAS, hanya orang UMNO yang telah kafirkan tidak boleh mencerca Islam.

Anonymous said...

Salam Tuan Syed,

Saya berpandangan kata "Menghina Islam" dalam konteks ini dalam media massa adalah lebih menjurus kepada label politik oleh golongan tertentu.

Saya rasa ada kemungkinan Jeff Ooi keliru dengan Jemaah Islamiyah di Indonesia yang dituduh terlibat dalam serangan pengganas baru baru ini. Dia akhirnya telah meminta maaf.

Berkenaan dengan penjualan arak, saya rasa kalau nak ikutkan “status quo”, jika BN mengharamkan penjualan arak, kemungkinan besar tindakbalas MCA serupa dengan DAP.

Ketika ini, perbalahan politik sangat hangat, macam macam label akan dilontarkan kepada parti kedua seperti pengkhianat(PKR), menghina Islam (DAP), berserongkol dengan DAP (PAS). Saya rasa kita harus menapis label-label politik ini dan menilai semula kebenaran tuduhan ini.

Setakat ini, pada kesulurhannya DAP dan teras pimpinan mengambil prinsip menghormati bangsa dan agama lain. Tidak banyak beza degan MCA. Banyak antara kata kata Karpal Singh tidak diendahkan oleh DAP sendiri.

Jay Bee

Anonymous said...

"Ah, Datuk Yong Soo Heong, KP Bernama! - bila mahu demand apology - reporter kita dilabel 'blur sotong'"

Takkan lah kita sahaja pergi menyembah dia bila kita buat kesilapan tetapi dia tidak mahu admit kesilapan dan memnita maaf daripada kita bila dia buat silap.

-------------------------------

Jeff Ooi posted this in his Screenshots: "Bernama and its 'blur sotong' reporter?"

Where in the Malaysiakini report that mentioned a Bernama reporter?

Jeff Ooi is the one who is "blur" here.

Are we expecting an apology from this DAP MP? No he won't apologise. Like other DAP leaders, he will never do it. Never.

--------------------------------
Jeff Ooi has changed his posting from this in his Screenshots: "Bernama and its 'blur sotong' reporter?" to this "RTM and its 'blur sotong reporter?" without any apology to Bernama.

--------------------------------

matkantoi said...

Tuan,

Dulu semasa kerajaan Umno mengambil tindakan menyekat bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dengan alasan konon SAR sarang pengganas mengapa orang Umno tak heboh...?

Umno bertindak dalam keadaan mereka tahu SAR sebenarnya adalah institusi yang sah. Sedangkan Jeff Ooi tidak tahu apa sebenarnya JIM itu, malah mungkin menyangka JIM itu adalah JI.

Siapa lebih khianat...? Jeff Ooi atau pemimpin Umno..?

Anonymous said...

rokok also haram. (fatwa telah dikeluarkan) macam mana?

Syed Imran said...

Saya akan ulas bab fatwa merokok dalam satu penulisan khusus. Terima kasih atas perhatian saudara.

oney_chan9 said...

Salam Tuan Syed,

Tuan Syed rasa adakah orang-orang bukan Islam di negara kita telah diberi kefahaman yang betul-betul mengenai Islam? Saya agak musykil.

Selamat berpuasa.