(Foto Kompleks Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia)
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menukilkan mengenai penghuni "Tingkat 4" dalam blognya sambil menasihati bakal Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya jangan terjerumus (ini kata-kata saya bukan Tun M) dalam kubang yang sama seperti PM Abdullah Haji Ahmad (Pak Lah). Nasihat Tun M amat berguna dan harus diambil kira oleh Najib, andai kata dia ditakdirkan berpejabat di Aras 5, Blok Utama.
Tun M merujuk kepada lantai berkenaan sebagai "Tingkat 4" sedangkan perkataan yang diguna secara rasmi untuk merujuk kepada lantai-lantai di Kompleks Perdana Putra ialah "aras" dan bukan tingkat.
Pejabat PM terletak di Aras 5, Blok Utama manakala pejabat Timbalan PM di Aras 4, Blok Barat, sama searas dengan segolongan penasihat Pak Lah yang mengisi ruang-ruang pejabat di Blok Utama.
Semasa Tun M menjadi PM, ruang pejabat di Aras 4 turut menempatkan Pembantu Khasnya Hashim Ahmad Makaruddin (kini Tan Sri dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu), Setiausaha Akhbarnya Zakaria Wahab (kini Pewarta Bernama di Singapura) dan Penolong Setiausaha Akhbar Saufi Yusof (kini Pegawai Khas Tun M). Dalam erti kata lain, bidang tugas mereka yang menghuni Aras 4 adalah yang berkaitan media.
Apabila Pak Lah mengambil alih kerusi PM, peranan dan kuasa mereka yang menghuni Aras 4 turut berubah dan tidak terbatas kepada urusan berkaitan media. Penghuni-penghuni Aras 4 dikatakan cukup hebat dan berpengaruh sehingga boleh menghubungi para menteri dan ketua-ketua kementerian dan jabatan melalui telefon untuk memberi 'arahan' atau pesanan dan nasihat bagi pihak PM.
Oleh itu, peranan penghuni-penghuni Aras 4 dikatakan mengatasi semua 'penasihat' PM termasuk Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO. Tun M pun kata demikian dalam blognya. Keadaan itu juga mengakibatkan pentadbiran Pak Lah tidak popular dan peranan Aras 4 turut diguna untuk kepentingan lain. Akibatnya, Pak Lah terpaksa membayarnya dengan kos yang cukup tinggi, iaitu melepaskan jawatan tertinggi yang disandangnya.
Tun M telah menasihati Najib, jika anak mantan PM Tun Abdul Razak itu dapat menduduki kerusi PM, supaya pelajari daripada kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah. Saya berkata jika Najib menjadi PM kerana berpegang kepada kenyataan bahawa manusia hanya mampu merancang dan yang menentukannya adalah Allah. Jika Allah mengizinkan maka Najib akan jadi PM.
Najib harus berhati-hati dan mengamalkan ketelitian dan tapisan yang sehalus-halusnya jika ingin melantik mana-mana individu sebagai penasihat dan pembantu yang bakal menghuni Aras 4. Lulusan Oxbridge atau Harvard tidak semestinya yang terbaik dan lulusan UM, UKM atau USM dan IPT lain di Malaysia tidak semestinya tidak bagus.
Najib tidak semestinya mengikuti apa yang dibuat oleh Pak Lah iaitu melantik 15 orang pegawai, lima orang penasihat dan lima orang setiausaha politik semasa mula-mula mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan daripada Tun M. Ianya terlalu ramai dan tidak diperlukan oleh seorang PM.
Saya ingin kembalikan ingatan para pembaca kepada siapakah pegawai-pegawai utama Pak Lah pada masa itu.
Mereka adalah Dato' Mohamed Thajudeen Abdul Wahab selaku Ketua Setiausaha Sulit (KSUS), Ahmad Nazri Yusof selaku Timbalan KSUS (I), Khairy Jamaluddin selaku Timbalan KSUS (II), Ho May Yong selaku Pegawai Tugas-tugas Khas, Ahmad Yaacob selaku Setiausaha Sulit Kanan, Ahmad Zaki Zahid selaku pegawai Khas Unit Luar (Aras 4), Kamal Khalid selaku Pegawai Khas Unit Komunikasi (Aras 4), Azhar Osman (allahyarham) selaku Setiausaha Akhbar (I) (Aras 4), dan Aminuddin Md Yassin selaku Setiausaha Sulit (I).
Khairy terpaksa melepaskan jawatannya setelah Pak Lah dimaklumkan mengenai satu Pekeliling yang melarang ahli Kabinet daripada melantik anggota keluarga memegang jawatan-jawatan tertentu bersifat pembantu seperti Setiausaha Sulit, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Khas.
Lima orang penasihat yang dilantik ketika itu adalah Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcob (Kewangan) yang kini Menteri Kewangan II, Tan Sri Dato Ali Abul Hassan Sulaiman (Ekonomi), Tan Sri Abdul Kadir Mohamad (Dasar Luar), Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharuddin Idrus (Sains) dan Tan Sri Abdul Hamid Othman (Agama). Nama Tan Sri Hamid tiada dalam senarai asal yang dikeluarkan tetapi dia dikekalkan, atas sebab-sebab tertentu, selaku Penasihat Agama.
Lima orang setiausaha politik ketika itu adalah Dato' Mohd Johari Baharum (kemudian Timbalan Menteri Dalam Negeri), Dato' Mahadzir Khalid (kemudian mantan MB Kedah), Dato' Osman Desa (tewas dalam pemilu lepas), Dato Hasbullah Lebai Isa dan Dr Vincent Lim Kian Tick.
Para pegawai, penasihat dan setiausaha politik yang dilantik oleh Pak Lah sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM mengatasi yang berkhidmat dengan mantan PM sebelum itu. Adalah diharapkan Najib tidak akan melakukan perkara yang sama semata-mata untuk memberi jawatan kepada kroni atau membalas budi orang tertentu.
Perlantikan pegawai dan penasihat di Pejabat PM amat penting dari semua sudut terutama keselamatan. Ia harus dibuat dengan cukup teliti dan melepasi tapisan keselamatan. Penghuni Aras 4 di bawah Najib, jika dimakbulkan Tuhan, harus balik kepada peranan dan bidang tugas asal dan tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh pentadbirasn Pak Lah.
10 comments:
Saudara Syed Imran,
Cerita anih tetapi benar, Pengerusi BERNAMA Anuar Zaini bulan lepas awal-awal lagi telah pergi ke New York untuk menyambut Timbalan Perdana Menteri Datul Seri Mohd.Najid Razak yang dijadualkan menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) tetapi Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatin, diarah mehadiri persidangan itu. Anuar Zaini begitu kecewa kerana hasratnya untuk menjalingkan hubungannya dengan bakal PM tidak berhasil.
baguih la kalu dia boleh dengaq, takut nanti tak dan kot nak dok kerusi tu pasai dollah nanti RENYAK dia,dok tengok dolah la ni pun nampak pelik..
Melihat kepada senario semasa, Najib adalah Timbalan kepada paklah dan kalau dilihat hari ini, calar balar najib melebihi paklah cuma kerana kepalanya adalah paklah dan masalahnya ialah negara maka kepala kena undur atau dipancung.
Jadi bila Timbalan jadi Perdana, agak agaknya ok ke atau lebih teruk.
Dengan pelbagai permintaan gila oleh lomponen BN yang tak faham faham bahasa, BN dan UMNO sebenarnya sudah 'finish'. Samada paklah atau najib, mereka akan berebut rebut untuk dicalon dan digelar Bapa Kehancuran UMNO.
Tuan Syed, sebenarnya kriteria paling utama untuk bakal-bakal petugas pejabat tertinggi di negara ialah keikhlasan. Ikhlas membantu PM tidak kira siapa dalam mengurus tadbir negara. Bukan berebut dilantik untuk kepentingan diri. Cukuplah dengan gaji yang diberi. Siapa saja jadi PM harus sedar orang bawahnya juga adalah cerminan dirinya. Nama-nama Tingkat 4 zaman Tun yang Tuan Syed sebut adalah mereka yang dignified dan berkeperibadian tinggi. Tan Sri Hashim ziarah anak buahnya yang sakit di hospital dan berpijak di bumi nyata manakala Datuk Z sentiasa dilihat sebagai seorang yang dignified manakala Sufi memang a bright young journalist masa di NST. Mereka ini adalah cerminan kepada Tun dan memegang watak yang penting kerana berurusan dengan media yang dianggap orang tengah di antara penjawat awam, politikus dan masyarakat. Masalahnya, Tuan Syed, berapa ramai yang ikhlas, bersih dan jujur? Dalam zaman siber serba terbuka ini, adalah penting petugas-petugas PM bersih dan dilihat bersih. Jika tidak, alamat bungkuslah negara! persepsi seperti gatekeeper mintak tol harus ditangani dengan bijak. berapa ramai pemimpin yang jatuh tergolek disebabkan konco-konco inner circle yang lebih sudu daripada kuah!
Nak lihat transkrip wawancara Dato Sri Najib dengan BLOOMBERG TV pada 24 Oktober 2008? Sila layari http://waksapu.blogspot.com/
Salam Tuan Syed.Saya setuju dengan rizalhasyim.Bukan saja ikhlas,bersih tetapi beragama.Maksud saya pegawai-pegawai tersebut hendaklah menjadikan agama Islam sebagai pegangan mereka di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin peringkat tertinggi.Kalau ini berlaku, pasti rasuah dan lain-lain perkara mungkar takkan berlaku.
Dear Kuda Ranggi,
I would like to see a mixture of advisors for our future PM.
1.Tok Guru Nik Aziz Islam
2. Lim Guan Eng Social
3. Tan Sri Navaratnam Economics
4. Tan Sri Zetty Finance
Others let the PM choose.
Place politics aside,they are advisors to the powerful chair that is going to determine the rakyat's future.
Dah tengok tingkah laku orang 'aras 4'? gi kat http://i91.photobucket.com/albums/k288/utd4ever/kj_happy_hr.gif
Kalau saya jadi PM, saya suruh timbalan saya buat kerja. Kalau salah, saya boleh tibai dia cukup-cukup. Kalau betul, saya juga yang senang.
- Osman Gerenti
Lagi cerita budak aras 4...gi kat
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/
Post a Comment