Semasa musim pemilihan parti sekarang, ramai pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi begitu lantang bersuara "mempertahankan kedudukan dan hak Bumiputera". Sejauh mana keikhlasan mereka berbuat demikian boleh diukur dan hampir semuanya berbuat demikian semata-mata atas kepentingan politik peribadi. Inilah lumrah yang dilalui oleh parti itu apabila tiba masa dan ketika untuk ahli parti, yang disebut sebagai akar umbi, menggunakan kuasa untuk membuat pencalonan barisan kepimpinan parti.
Banyak wang yang mengalir untuk menyogok bagi mendapatkan pencalonan. Lebih banyak akan mengalir apaila anggota perwakilan yang akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengundi kelak.
Pemimpin-pemimpin berkenaan menonjolkan kemarahan apabila pihak lain menyentuh tentang kedudukan dan hak Bumiputera. Ini termasuk mempertikai perlantikan seorang pegawai kanan dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilantik memangku jawatan Pengurus Besar perbadanan itu. Ia hanya memangku.
Bantahan dibuat semata-mata pegawai itu bukan berbangsa Melayu. Saya mencari tetapi tidak menjumpai syarat atau peruntukan dalam akta penubuhan PKNS yang menyebut bahawa jawatan itu adalah hak mutlak sesuatu bangsa atau kaum. Alasan yang diberi oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dihiraukan walaupun ianya berasas dan tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Yang penting bagi mereka ialah bantah. Itu saja.
Yang jelas, ada di kalangan pemimpin UMNO berkenaan yang kononnya berjuang mempertahankan hak dan kepentingan Bumiputera melakukan sesuatu yang sebaliknya semata-mata atas kepentingan peribadi. Tidak pula kedengaran suara-suara yang lantang membantah.
Mereka bukan sahaja bersekongkol dengan orang lain tetapi mendapat faedah daripadanya.
Lihat saja senarai ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat milik bukan Bumiputera sama ada yang tersenarai dalam Bursa Malaysia atau tidak. Lihat siapa yang dilantik selaku pengerusi (hampir semua bertaraf bukan eksekutif) dan siapa pula yang dilantik menduduki lembaga pengarah. Adakah muka-muka bangsa Melayu itu benar-benar layak atau perlantikan mereka berkepentingan? Atau ianya dibuat semata-mata untuk memenuhi syarat dan tidak lebih daripada untuk diperkudakan apabila syarikat berurusan dengan kerajaan?
Pemimpin UMNO boleh menerima kedudukan sedemikian kerana ianya menguntungkan mereka tetapi tidak dapat menerima sekiranya orang bukan Bumiputera yang layak dan cukup syarat dilantik ke jawatan tertentu. Kenapa wujud dwi-standard?
Dalam kes PKNS, pengurus besar tidak boleh melakukan sesuatu sesuka hatinya kerana wujud Akta dan lembaga pengarah. Walau siapapun yang dilantik, ia tidak tidak terlepas daripada perkara itu. Menteri Besar adalah bosnya.
Semasa Dr Khir Toyo berjawatan MB Selangor, dia bertangunggjawab penuh ke atas PKNS dan kini tiba giliran Tan Sri Khalid. Kita sudah merdeka lebih separuh abad dan kita seharusnya sudah dewasa.
7 comments:
nothing is free,so is the vote on march party election,tidak di nafikan memeang banyak $$$ yang telah mengalir keluar bermula mesyuarat cawangan dan bahagian,tapi it's okey,you know why? sebab semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation adalah PENCURI BESAR,dan mereka telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun lalu..oleh itu sayugia di-ingat bahawa SOSIALISMA perlu diHIDUPkan..
Drpd apa yg dibaca, nak tanya ni, Dah jadi ahli PKR ke belum?
Kepada Anon 10.34
Sama ada ahli PKR, UMNO atau Partai Komunis bukan persoalan. Nampaknya anda pun belum dewasa.
Tuan Syed dan semua pembaca,
Saya rasa kebanyakan yang menyelar pelantikan Pemangku GM PKNS tu lebih kepada kepentingan politik. Ia bukan yang pertama, tetapi kes yang lebih hebat berlaku di Bernama. Tiada dalam sejarah Pengurus Kanan Sumber Manusia, KP dan GM dilantik di kalangan bukan Melayu tapi berlaku di Bernama. Tugas pengurus kanan ini merangkap sebagai s/u lembaga. Dah tu bila GM lepas bersara, SHRM ni dilantik memangku tugas GM. Lagi satu jawatan KP juga kepada non-bumi. So kat Bernama ni No 1 dan 2 dipegang oleh non-bumi. Soalnya di sini kenapa pihak yang berkenaan tak buat piket ker, hantar memo ke pasal hal ni. Sebaliknya terjadi di PKNS. Jadi adakah kita betul-betul memperjuangkan dasar bumiputera??????????
Lu Fikir la Sendiri ...
sambunga dari cerita Bernama,
Tambah lagi yg dilantik tu adalah kaki Ma***macam lah takder pilihan lain... dekat JPA tu melambak-lambak yg berkebolehan.
Tuan Syed;
Memang benar apa yang di cakapkan tetapi...
Sebagai contoh, asal En Khalid sebagai Guru. Kemudian di beri peluang melanjutkan pelajaran ke UM. seterusnya diberi peluang menerajui PNB. Selepas itu diberi peluang untuk memiliki saham Guthrie.
Apakah pada masa itu tidak ada orang bukan bumi lebih layak dari Khalid untuk medapat "peluang" itu semua?
Kalu nak di kaji dari segi kecekapan, saya pasti banyak lagi "peluang" perlu di berikan pada orang lain.
Tanpa peluang, tidak akan ada kemampuan untuk memberi bukti.
Saya diberi peluang ke MRSM. Saya juag merajavascript:void(0)sakan ada lagi orang Cina/Keling yang mungkin lebih layak. Tapi, saya diberi peluang atas bumi nenek moyang saya.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Tuan, banyak penulis tidak dapat meneliti peri mustahaknya PKNS dalam melaksanakan peranannya sebagai "pengimbang" kepentingan Melayu/Bumiputera dengan bukan-Melayu!
Saya ambil pembangunan Shah Alam sebagai satu kes rujukan. Shah Alam telah dibangun dan dimajukan oleh PKNS dengan memperuntukan kouta milik hartanah kepada Melayu dan bukan Melayu pada kadar 70:30. Shah Alam dimajukan sebagai bandar yang patuh kepada DEB.
Tetapi PKNS hanya berkuasa melaksanakan kuota dan agenda DEB ini dalam kawasan pemajuannya yang hanya seluas kurang 4,000 ekar, yakni hanya 30 peratus sahaja daripada keluasan seluruh bandar Shah Alam kini. 60 peratus daripada pembangunan Sahah Alam adalah didalam tangan pemaju-pemaju swasta yang melaksanakan dasar kebalikan DEB, iaitu memperuntukkan kuota 70 peratus kepada BUKAN Melayu dan hanya 30 peratus kepada kaum Melayu/Bumiputera.
Dengan lain-lain perkataan, agenda DEB seperetimana yang dilaksanakan oleh PKNS (dan agensi-agensi lain) hanya memperuntunkkan dan melibatkan 30 peratus sahaja kepentingan Melayu. 70 peratus atau majoriti kepentingan dalam semua bidang adalah dalam tangan swasta yang tidak tertaluk dan terkeluar daripada bidang DEB (dan PKNS).
Apa yang dilakukan oleh PKNS dan DEB ialah memberi SEDIKIT perimbangan untuk kaum Melayu BERTAPAK. Jika tidak, semua kepentingan dan milik hartanah dalam bandar-bandar di negara ini akan dibolot oleh bukan Melayu.
Apabila seorang pegawai kanan PKNS bukan Melayu disambung semula khidmatnya dan dilantik sebagai Pengurus Besar, walaupun Pemangku, dan melaksanakan pula dasar-dasar kerajaan PKR yang terang-terang mahu menghapuskan DEB dan peruntukan kadar 30 peratus kepentingan Melayu, maka dikhuatiri PERIMBANGAN yang cuma 30 peratus kepentingan Melayu ini juga akan turut disamaratakan oleh Pemangku Pengurus Besar PKNS yang tentunya direstui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Gandingan dua pelaku "penyamarataan" ini akan menghakis kadar 30 peratus yang telah dilaksanakan oleh PKNS selama ini sebagai benteng kecil yang rapuh dalam urbanisasi kaum Melayu yang dilakukan oleh PKNS seperti di Shah Alam, Bangi, Kota Damansara, Petaling Jaya....yang majoriti penduduknya maseh 70 peratus dikuasai oleh bukan Melayu.
Saya berharap agar YAB TS KLhalid dan Pemangku Pengurus Besar PKNS akan benar-benar dapat merubah ketidak-adilan ini dan melaksanakan "kesamarataan" hak dengan menambah kepentingan Melayu daripada 30 peratus kepada 50 peratus dan mengurangkan kepentingan bukan Melayu turun daripada 70 peratus, sepertimana yang terdapat dalam dasar PKNS dan peruntukan kuota perumahan pemaju-pemaju swasta. Kita mahukan kepentingan PKNS dinaikkan kepada 50 peratus dan pemaju swasta juga 50 peratus.Dalam satu krangka nasional yang lebih besar, jangan dikurangkan pegangan PKNS dan Bumiputera yang sememangnya berada dalam lingkungan minoriti!!
Kerana itulah pentingnya jawatan Pengurus Besar PKNS ini terdiri daripada Melayu yang dapat mengekalkan bukan sahaja perimbangan 30 peratus kepentingan PKNS, malah mendesak "kesamarataan" 50:50 dengan kepentingan pemaju-pemaju swasta. Saya gusar diatas kemampuan PEMANGKU Pengurus Besar yang direstui PKR sekarang ini untuk menjamin dasar "pengimbangan" PKNS dan memperjuangkan "kesamarataan" hak PKNS dengan pemaju-pemaju hartanah swasta yang dikuasai oleh gergasi bukan Melayu.
Dengan itu, masalah jawatan Pemangku Pengurus Besar PKNS ini bukanlah masalah kaum, tetapi mempertahankan perimbangan yang hanya 30 peratus dalam tangan PKNS sepertimana yang terbukti dalam komposisi kependudukan bandar-bandar yang berjaya dimajukan oleh PKNS di Selangor sekarang ini.
Post a Comment