Saturday, November 15, 2008

Wanita UMNO semakin bercelaru dan haru biru















Apa yang sedang berlaku di kalangan pemimpin dan anggota Wanita UMNO ekoran daripada pelan peralihan (penyerahan jawatan ketua) yang di atur oleh ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz sebenarnya sesuatu yang cukup bercelaru dan haru biru.

Rafidah tidak mahu dia dan naib ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ditandingi pada pemilihan parti Mac tahun depan. Rafidah mahu menerajui Wanita UMNO untuk tempoh tiga bulan sebelum menyerah kuasa kepada Shahrizat pada bulan Jun.

Ini bermakna Shahrizat akan menerajui Wanita UMNO selaku pemangku ketua untuk satu tempoh hampir sepenggal atau tiga tahun. Dalam tempoh itu, Wanita UMNO, pada mata kasar, akan tiada seorang naib ketua kerana Perlembagaan UMNO tidak membolehkan seseorang dilantik mengisikannya disebabkan Shahrizat adalah naib ketua dan jawatan itu tidak dikosongkan.

Apa muslihat Rafidah untuk mempertahankan jawatan ketua hanya untuk tiga bulan? Jika Rafidah benar-benar ikhlas untuk menyerah jawatan itu kepada Shahrizat, kenapa dalam bentuk pemangkuan?


Ada pihak yang berpendapat bahawa Rafidah ingin kembali ke Kabinet apabila diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika benar, maka ia adalah satu tindakan yang mementingkan diri, jika benarlah seperti yang dikatakan.


Pengerusi Tetap Wanita UMNO yang juga mantan naib ketuanya, Tan Sri Napsiah Omar menyifatkan pelan peralihan yang diilhamkan oleh Rafidah itu sebagai "luar biasa" dan satu perkembangan yang tidak sihat.


Kita sudahpun melihat apa yang sedang berlaku di kalangan pemimpin Wanita UMNO peringkat negeri dan bahagian akibat daripada kecelaruan yang timbul. Ada pemimpin negeri yang sokong Rafidah, ada yang sokong Shahrizat dan ada pula yang sokong tindakan ketua wanita UMNO Kuala Kangsar, Kamilia Ibrahim untuk bertanding bagi jawatan naib ketua. Malah, di negeri tertentu ketua dan naib ketua wanitanya bertelagah pendapat.


Rafidah, yang telah mencurah khidmat dan bakti kepada negara selama 32 tahun termasuk 22 tahun selaku menteri, seharusnya bersara. Itulah pilihan terbaik yang boleh dilakukan oleh Rafidah.


Anak kelahiran Selama, Perak berusia 65 tahun itu sudah tentu mampu membuat keputusan bijak dengan tidak menerima pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua wanita bagi mengelak dimalukan sekiranya Shahrizat mencabarnya dan menang pada pemilihan Mac depan.


Rafidah mula mencurah bakti selaku pengajar di Universiti Malaya pada 1966 sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) pada tahun 1974 dan bertanding atas tiket Barisan Nasional untuk kerusi Selayang (Dewan Rakyat) pada 1978. Beliau berpindah ke Kuala Kangsar pada pilihan raya seterusnya hingga sekarang (pilihan raya umum ke-12).


Nama Rafidah amat sinonim dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak menerajuinya pada tahun 1987 dengan cemerlang dan berjaya. Oleh itu, Rafidah tidak seharusnya membiarkan kecemerlangan perkhidmatannya itu, hampir keseluruhannya atas sifat selaku Ketua Wanita UMNO, dicemari dengan pelan peralihan yang pelik dan luar biasa.


Bagi Shahrizat, 55, dia sebenarnya tiada pilihan melainkan menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita UMNO. Sekiranya dia takut untuk berbuat demikian, Shahrizat akan berdepan dengan Kamilia Ibrahim dan belum tentu dia boleh mempertahankan jawatannya itu.


Shahrizat perlu ingat bahawa bahagian-bahagian yang mencalonkannya untuk jawatan ketua, tidak akan menyokongnya untuk jawatan naib ketua kerana sebilangan besar mencalonkan Kamilia. Mereka sudah tentu marah dan kecewa jika Shahrizat tidak mencabar Rafidah dan kemarahan itu akan dialihkan ke atas kertas undi dengan tidak mengundinya tetapi mengundi Kamilia untuk jawatan naib ketua.


Sebagai mantan majistret, Peguamcara Perbendaharaan dan peguam, Shahrizat sudah tentu boleh membuat perhitungan dan keputusan yang tepat dan berani, iaitu menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita UMNO dan bukan tunduk kepada pelan peralihan yang hanya akan melayakkannya selaku pemangku ketua. Masanya sudah tiba untuk Shahrizat menerajui Wanita UMNO selaku ketua yang dipilih oleh perwakilan bukan sebaliknya.

19 comments:

Quantum Metal Consultant said...

UMNO dan Wanita sudah melalui pelbagai krisis dan kecelaruan sebelum ini dan apa yang dihadapan sekarang adalah sesuatu yang kecil dan jangan diperbesarkan.

Atas kehendak perwakilan atau lebih syok disebut 'akar umbi' Shahrizat perlu bertanding bagi ketua dan naib Ketua sekaligus kerana itu adalah kemahuan akar umbi dan ia wajar dihormati - bukankah itu yang selalu mereka laungkan.. dan jika perwakilan yang telah meletakkan 'situasi' itu biarlah perwakilan juga membuat perhitungan di mana shahrizat patut diletakkan.

Rafidah dan Kamalia juga wajar bertanding atas nama kehendak akar umbi dan apa juga pelan peralihan kuasa diteruskan seperti yang dirancangkan.

Situasi yang ada sudah cukup 'cantik' dan janganlah kita menadai mandai kusutkan lagi dengan beberapa teori dan kompromi kerana pengalaman telah menunjukkan sesuatu yang dibuat tanpa keikhlasan dan penuh agenda tersembunyi akan tetap menemui jalan buntu dan akhirnya telur tembelang tetap akan dihidu orang.

Mereka terperangkap dengan mainan politik mereka sendiri.

Unknown said...

Kluangman,

Tepat sekali kata-kata "mereka terperangkap dengan mainan politik mereka sendiri".

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Masalah Politik Wanita UMNO sekarang punca sebenarnya ialah Ketuanya Rafidah Aziz. Beiau sedang membuat percaturan yang agak unik dan licin untuk mempastikan kedudukannya dalam politik tanah air tidak tergugat. Peralihan kuasa Jun depan adalah tempoh untuk mengetahui nasibnya dalam kuasa politiknya untuk terus diperakui pucuk pimpinan negara selepas terkeluarnya Pak Lah daripada tampok kuasa.Rafidah Perdana Menteri baru akan lantik beliau kembali sebagai anggota kabinet berdasarkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO dan selepas itu penyokong-penyokongnya akan mendesak beliau terus menterajui pergerakan wanita. Shahrizat jika tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, pasti kalah untuk merebut kerusi Naib Ketua kepada Kamila memandangkan akar umbi akan menolak pemimpin yang tidak berpenderian itu. Kalau Najib tidak lantik Rafidah dalam angota kabinetnya, Rafidah akan beri laluan kepada naib Ketua, ia itu Kamila, ketua wanita Kuala kangsar, kawasan Parlimen Rafidah. Masa depan politik Shahrizat sekali gus menjadi gelap malah akan terus "mati".
Shahrizat kalau mahu terus aktif dalam UMNO, mahu tidak mahu mesti bertanding jawatan Ketua Wanita dan beliau mempuyai harapan amat cerah untuk menang.


Ekoran itu,

Bourne said...

ni nak tanya sikit... dalam keadaan yang darurat sekarang nie... kita patut la memilih pemimpin yang boleh bekerja kan? kalau dah rafidah boleh dan shahrizat kita engok tak boleh kenapa nak pelangkung rafidah lak...

kalau lah semua pergerakan wanita atau pun shahrizat tak bertanding atau pun yg lain lain (yg oernah dudok dlm kabinet tapi tak menyumbang tu) tak bertanding saya sokong la...

tapi wanita pun sma je macam UMNO induk ketandusan pemimpin. maka elok lah bagi saya kita tentukan yang boleh berkhidmat. rafidah kita tau seluruh dunia tau... bukan calnag orang. shahrizat memang tak mampu bekerja semacam tu melainkan jilat kaki paklah mintak jawatan ada lah.

ini pengetahuan umum. yang pasal rasuah, AP ke apa ke.... kita tengok baliklah. alang kan rata rata pemimpin PAS pun sama je.

baiklah kita ambil iktibar devil yang kita kenal lebih baik dari yang tak tahu langsung. tapi devil yang boleh kerja laa.... yg tak leh tu sepak aje kat tong sampah. lagi satu rasa nya lah

rafidah - kamilia...memang ada pakatan nak buang shahrizat yg tak disenangi oleh 60 peratus ketua wanita umno.

penasihat bling bling ni pun bukan nya bagus sangat takat gossip kat BSC dengan group bling bling dia ada lah....

mane keroje nya pun...... banyak tak buat cakap je lebih. macam dollah gak......


sorry beb, merapu banyak sangat.

Unknown said...

DNL,

OK la tu... merapu ada isi bukan merapu tak tentu hujung pangkal. Apa yang anda katakan ada kebenarannya. Ok la tu.

Hati Kecil Berkata said...

Apa yang berlaku sekarang dalam wanita oleh kerana ketuanya telah di 'main' kan oleh pencalonan bahagian2 memang sengaja akar umbi beri pencalonana yang banyak pada ketua wanita tetapi harus diingat pencalonan tidak menjamin kemenangan. Tahniah juga kepada ketua wanita UMNO yang masih lagi berdegil untuk turun dari tampuk pemerintahan biarlah perwakilan2 wanita yang menurunkan takhtanya.. Senario politik wanita bukan lagi macam dulu kena akur apa kata exco wanita tiada lagi istilah 'yes bos' dan perlu diingat exco wanita juga akan diangkat oleh para perwakilan..kalau dicongak sekarang memang exco wanita banyak yang dilantik pro pada ketua so keputusannya mestilah pada ketua. Apa-apa pun saya ucapkan tahniah di atas blog-blog yang hangat mengatakan isu wanita ketika ini yang pada saya hanyalah 'sandiwara politik'..walaubagaimanapun, kita tunggu je disember ni..

Anonymous said...

Rafidah sebenarnya dah boleh dah berundur.dia dah terlalu lama berkhidmat untuk UMNO dan kerajaan.bukannya apa,berilah peluang untuk orang lain pula merasa kerusi ketua wanita.wanita perlukan pemimpin yang baru untuk memimpin mereka dimana semestinya akan ada idea dan cara yang lebih fresh.

nampak ada kebenaran juga dimana mungkin Rafidah dan Kamilia ada pakatan untuk "tolak" Shahrizat keluar dari tempat dia sekarang.

namun jika Shahrizat bijak dan berani dalam berhadapan dengan konflik ini,tidak mustahil Shahrizat akan berjaya menonjolkan kelebihan dia dan outshine Rafidah serta Kamilia.

Anonymous said...

Shahrizat is stucked in the middle between Rafidah and Kamalia.the only chance for Shahrizat to get the number 1 post quickly is when Rafidah announces her retirement as the chief.then only Shahrizat can enjoy her new seat.

Unknown said...

Hati Kecil Berkata,

Selalunya apa yang diperkatakan oleh hati kecil itu adalah kata-kata sebenar.

Benar, anggota perwakilan yang akan membuat penentuan yang pasti. Cuma,sementara menanti saat-saat itu, bermacam permainan dan lakonan politik akan berlaku.

Sama-samalah kita nanti dan perhati.

Yusof Othman said...

dnl sendiri pun mengaku kak pidah balun AP tapi kata pula takpe, pasal dia kerja bagus... pemimpin jenis apa ni? Jadi pasal dia kerja bagus apa2 yang dia buat tak betul ok?. Pasal buat kerja bagus, ambil komisyen sukhoi, kapal selam,dan eurokopter tak apa! Macam ni punya pengikut dan macam tu punya pemimpin,
padan pun dah 51 tahun Malaysia merdeka bumi nak capai 30% tak dapat-dapat.

Unknown said...

there's rumour going around that Rafidah and Kamilia formed a pact to kick out Shahrizat from where she is now.there might be truth in that since both Rafidah and Kamilia are from from Kuala Kangsar division.

if this is true,then it's tough for Shahrizat to go for the top post.unless if she's (shahrizat) too have a plan to get away the attack from both direction,only then she can make it to the top.if not,the she's just going nowhere fast.

Anonymous said...

biasa la kalau dah boleh buat duit susah nak lepas...janji puas..
itu belum klimaks lagi

Anonymous said...

mungkin ini strategi Rafidah utk menghilangkan SAJ drp hireki Wanita. walau apa pun situasi, kemungkinan SAJ gigit jari selepas pemilihan Mac 2009, tingi sekali. Tanding Ketua , kalah kat RAA. Tanding Timbalan, tewas kpd Kamalia. Hee..hee..padan muka dia jugak, pi bodek Pak Lah jadi penasihat hal ehwal wanita (apa punya post ni?). Sikap tamak dan gila kuasa ni pun ada pada anak mami dan cucu Cik Mah Modern Jelutong ni.

Zul Old Free

Unknown said...

Zul Old Free,

Kebun Lama (Langkawi Road) bukan Jelutong. Yang dok Jelutong Mamak Jalil (Allahyarham).

Anonymous said...

Tuan Syed

Terima kasih kerana maklumat tambahan menegenai Langkawi Road. Selam ini saya ingat nenek Shahrizat asal Jelutong. Saya harap dia lebih berani tempur orang2 Kuala Kangsar berdua ni. Semoga dia menang Ketua Wanita.

Zul Old Free

Unknown said...

Berita terkini tetapi belum 100 peratus pasti - Shahrizat akan bertanding jawatan ketua. Ini bermakna Kamilia Ibrahim akan menduduki kerusi naib ketua kerana hanya dia dan Shahrizat menerima pencalonan untuk jawatan itu.

Anonymous said...

Memang kita ketandusan pelapis ....

atiya

enta omri said...

Kesian Wanita Umno ni, asyik jadi tunjang Umno saja kalau hajat nak naik macam Ng Yen Yen di MCA tu di kurun bila kita pun tak tahu. Ye-lah, pasal isu siapa nak jadi ketua pun boleh kucar kacir seMalaya inikan pulak nak tawar diri calon Timbalan Presiden atau naib Presiden Umno. Dulu kini dan selamanya kaum ibu atau kaum makcik saja-lah.

Bila-lah kita dapat tengok muka pemimpin wanita baru, next-in-line kemudian hari kita dah tahu pun siapa, tu-lah line-up wanita yang sedia ada sekarang ni, depa semua akan duduk disitu sampai umur 60an. Dah nama tradisi kan.

Anonymous said...

Wanita UMNO aku nampak hanya pentingkan soal TABARRUJ. Kalau korang nak tahu maksudnya, maka carilah apa maksudnya.
Golongan Tabarruj ni ramai. Di majalah, di kaca tv, di apa jua media atau apa saja yang mereka boleh gayakan pemakaian mereka, make up mereka, menunjuk-nunjuk rupa dan gaya..memacam lagi lah.
Macam ini nak jadi contoh kepada golongan wanita Islam di Malaysia? Maaflah. Mereka ini lah yang berserabut kerana tidak gunakan peluang mereka itu utk menjadi Muslimah yang lebih baik, malah, bulan Ramadhan dah saban tahun mereka lalui, tapi langsung belum ambil iktibar utk menutup aurat mereka. Mereka ini golongan salah satunya tabarruj.
Tengoklah isteri Khir Toyo. Ambil faedah dan wang masyarakat utk family2 pi holiday merata dunia. SPRM dan BPR BISU SERIBU BISU!!!! Tak malu ke orang UMNO duk mempertahankan perbuatan mereka yang dilaknat Allaah SWT?
Dia org hidup berlandaskan apa? Oh ya, kitab Hadhari..