Saturday, November 08, 2008

Bayang-bayang Tun Mahathir akan mengekori Najib

Adakah ia satu kebetulan? Inilah persoalan yang bermain dalam minda saya apabila mendapati bahawa nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkait rapat dengan pemindahan kuasa dan kepimpinan pentadbiran negara antara dua orang Perdana Menteri dan timbalan masing-masing.


Ia bukan satu kebetulan tetapi satu kenyataan. Apa yang dapat saya katakan ialah ia memperlihatkan kehebatan dan kepintaran berpolitik oleh Tun Dr Mahathir. Kehebatan beliau pernah diakui oleh mantan PM Singapura, Lee Kuan Yew yang pada satu ketika menyifatkan kehandalan Tun Mahathir sebagai seorang "Silat Master" atau Adi Guru Silat (saya tidak setuju dengan perkataan Maha Guru kerana ia seolah-olah menyamatarafkan dengan Yang Maha Berkuasa).


Saya masih ingat kata-kata Kuan Yew, yang ketika itu Perdana Menteri Singapura, pada satu majlis di Universiti Nasional Singapura. Kuan Yew mengeluarkan kata-kata itu apabila memperkatakan tentang beberapa orang pemimpin Malaysia dan Indonesia yang dikenalinya seperti Tunku Abdul Rahman, Sukarno, Suharto, Tun Razak dan Dr Mahathir.


Katanya, sebagai seorang "Silat Master", amat sukar bagi orang lain untuk membaca langkah (Tun Mahathir) seterusnya (it is difficult for one to read his next move). Begitulah hebatnya Tun Mahathir berasaskan pandangan dan pengalaman Kuan Yew, juga seorang pemimpin yang tidak kurang hebatnya.


Berbalik kepada pemindahan kuasa daripada Almarhum Tunku kepada Almarhum Tun Razak, ia ada kaitan dengan Peristiwa 13 Mei dan penentangan terhadap kepimpinan Tunku selepas itu.
Antara orang yang paling kuat menentang kepimpinan Tunku adalah Tun Mahathir.


Saya ingin mengutip kata-kata Tunku semasa Persidangan Perhimpunan Agung UMNO ke-22 pada 23 dan 24 Januari, 1971 di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Persidangan itu adalah satu sejarah kerana telah menempa perubahan pucuk pimpinan UMNO daripada Tunku kepada Tun Razak.


"Saya sangat dukacita mendengar dalam masa yang akhir-akhir ini kata-kata dan cakapan-cakapan yang mengatakan dalam UMNO sekarang ini ada order baharu dan ada pula order lama yang tidak boleh dipakai. Kata-kata yang seumpama ini tidak sesuai dengan dasar perjuangan kita. Apakah salah silapnya pada yang lama dan apakah kekurangan pada yang dahulu itu? Kerana kita telah menjadikan Malaya yang terjajah kepada Malaya yang Merdeka? Dari Malaya sebuah koloni dibebaskan menjadi sebuah negeri Merdeka. Malaya yang kecil itu dijadikan dia Malaysia? Itukah salahnya?"


( Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra mewarisi kepimpinan UMNO setelah Almarhum Dato Onn Jaafar letak jawatan dan keluar parti berikutan cadangannya untuk membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu tidak mendapat sokongan. Foto ini merakamkan Dato Onn menyampaikan ucapan perpisahan yang turut diamati oleh Tunku).



Tunku seterusnya berkata sekiranya mereka yang menentang kepimpinannya itu bermaksud hendak memberi nafas dan semangat baru dalam parti, beliau amat bersetuju kerana itu menjadi dasar perjuangan UMNO iaitu berubah mengikut peredaran zaman. Tetapi, tambah Tunku, jika sekiranya tujuan mereka hendak menyingkir orang-orang lama dan asal yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada parti dan negara supaya diubah perjuangan UMNO sama sekali, maka beliau tidak bersetuju.


Tunku berkata sekiranya kewujudan order baharu dan order lama itu semata-mata kerana disebabkan adanya beliau, maka perkara itu tidak seharusnya berbangkit kerana beliau tidak lagi Yang Di Pertua UMNO. Jawatan itu dipikul oleh Tun Razak.
Sebelum itu, iaitu pada 22 September, 1970 Tunku telah meletak jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada Tun Razak.

(Almarhum Tun Abdul Razak adalah contoh seorang timbalan yang taat dan setia kepada ketua. Kesabaran dan pengorbanan Tun Razak amat dihargai oleh Tunku hingga sanggup menyerah jawatan Perdana Menteri dan kemudian YDP UMNO kepada timbalannya itu).



Pada satu majlis perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 September 1970, Tun Razak berkata bahawa UMNO dukacita kerana Tunku memilih untuk bersara dari jawatan Perdana Menteri setelah memimpin selama 19 tahun. Tun Razak merakamkan perasaan terharu dan amat bangga kerana Tunku menamakannya sebagai pengganti.

"Saya telah berdamping rapat dengan Tunku di dalam UMNO dan juga di dalam Kerajaan. Tunku ialah seorang kerabat karib saya dan perhubungan kami berdua adalah sebagai "bapa dan anak", saling hormat-menghormati dan kasih mesra yang tidak boleh dipisahkan oleh sesiapa pun dan oleh mana-mana pihak selagi ada hayat kami. Walaupun ada krisis atau perselisihan faham di dalam parti dan kerajaan tetapi perhubungan kami adalah sentiasa rapat dan kekal".

Kesetiaan Tun Razak terhadap Tunku adalah sesuatu yang benar-benar jujur dan ikhlas, ia bukan satu sandiwara atau lakonan politik yang mengikut rentak dan irama semasa seperti yang pernah dan sedang berlaku dalam UMNO sekarang.



Tidak dapat dinafikan bahawa bayang-bayang Tun Mahathir begitu jelas dalam episod perletakan jawatan Tunku dan pengunduran atau peralihan kuasa yang bakal dilaksanakan oleh PM Abdullah Ahmad kepada Datuk Seri Najib. Ia bukan satu kebetulan tetapi satu kenyataan di mana nama Adi Guru Tun Mahathir terpahat dalam tinta sejarah kerjaya politik Tun Razak dan anaknya, Najib.


Pak Lah bukan sahaja menghampa dan mengecewakan Tun Mahathir, orang yang memilihnya sebagai pengganti, tetapi turut mengecewakan sebilangan besar ahli UMNO dan rakyat dengan corak kepimpinannya.


Dalam episod Tunku-Tun Razak, keadaan dan suasana amat berbeza berbanding dengan episod Pak Lah-Najib. Peristiwa 13 Mei dan kekalahan teruk Perikatan pada pilihan raya umum mengakibatkan kebangkitan apa yang disebut sebagai order baru dan order lama dalam UMNO. Dalam episod sekarang, kekalahan Barisan Nasional di lima buah negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat turut menjadi punca penentangan terhadap kepimpinan Pak Lah.


Tun Razak telah mewarisi kepimpinan UMNO dan kerajaan dengan kejayaan yang besar terutama dalam sudut pembangunan negara dan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan agama.


Mampukah Najib mengulangi kejayaan bapanya itu? Ianya bukan mustahil tetapi agak sukar memandangkan Najib akan mewarisi ekonomi yang tidak menentu dan berkemungkinan besar kemelesetan yang agak serius. Masalah kaum juga menghantui masa depan negara dan memerlukan penanganan yang bijak, adil dan saksama.


Rakyat Amerika Syarikat mencatat sejarah yang mungkin tidak termimpi oleh satu generasi terdahulu, iaitu memilih seorang yang bukan berkulit putih sebagai bakal presiden. Di Malaysia, perlantikan seorang pegawai bukan Bumiputera selaku pemangku pengurus besar sebuah perbadanan peringkat negeri dibantah dan dijadikan satu isu serius. Inilah antara perkara yang akan diwarisi oleh Najib selain beberapa isu perkauman dan keagamaan.


Bayang-bayang Tun Mahathir akan mengekori Najib. Terpulanglah kepada kebijaksanaan Najib sama ada ingin dirinya terus dibayangi atau menjadikan bayang-bayang itu satu bayang-bayang pada kelir wayang kulit dengan Najib sendiri sebagai Tok Dalangnya.



14 comments:

A Voice said...

Satu kesilapan teori ini adalah Tun membayangi pentadbiran Abdullah juga. Kalau tidak kerana Tun membayangi Abdullah, tidaklah terbiar dan hancur negara ini.

Dari segi demokrasi, setiap orang sepatutnya membayangi pemimpin negara supaya ada check and balance. Apabila rakyat - bukan hanya pembangkang atau pencadang, tetapi rakyat - tidak membayangi pemimpin, di situlah segala keburukkan akan berlaku.

Supaya memastikan kesinambungan dalam arah dan perjuangan, kena ramai pemimpin dan veteran membayangi dan mengekori Najib dan sesiapa sekalipun yg memerintah. Pemimpin yang ada pun kena in consultation dgn pemimpin yang lepas.

Saya sedar kritikan balas orang terhadap Tun adalah semasa dia memerintah dia tidak boleh ditegur dan tentang. Jawapan saya mudah dan basic:

Tegurlah! Kenapa tidak tegur? Kalau takut, jangan cerita. Ramai yang tegur pun!

Unknown said...

Salam Tuan Syed.

Seperti yg telah tuan syed tulis sebelum ini, keturunan tuan syed adalah pendatang ke tanah melayu bertuah ini, kalau rasa tak suka tuan syed blh kembali ke negara saudi tempat dimana saudara mara tuan syed masih tinggal, tidak seperti kami org melayu yang "mendatang" ni, nak pergi kemana kalau bumi yg kami pijak ini kami tidak pertahankan. Mangenai perlantikan di PKNS, masih ada 2 org pegawai yg lebih senior dari beliau yg layak. Kalau dlm polis tak kan nak lantik Pengarah CID jadi IGP, timbalan IGP yg tak pencen tu nak taruk kemana.
Menyamakan Obama dgn situasi di M'sia. Saya rasa sungguh terkilan kerana tuan syed juga bermain rentak yg sama dgn org2 cina. Kerana org putih yg menjadi majoriti di US sanggup memilih org kulit hitam yg begitu minoriti maka kita pun wajib mengikuti langkah itu kah. Kalau org cina & india sanggup menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan semua pihak fasih berbahasa kebangsaan mengapa tidak. Wanita india mengaku rakyat malaysia tetapi tidak tahu berbahasa melayu ditahan kerajaan juga yg salah. Kebebasan dan kesamarataan dimata org india dan cina adalh melihat org melayu keluar dari bumi melayu ini.

bungaraya said...

Tun Mahathir yang pastinya akan menjadikan Njis berada dalam keadaan serba salah.

...UNTUK MENERIMA MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT SEKALIPUN TIDAK FORMAL AKAN DIANGGAP BURUK OLEH WARTAWAN YANG SENTIASA AKAN MENJADIKAN IANYA SATU PROPAGANDDA BURUK. UNTUK BERTINDAK SEBALIKNYA, MAHATHIR PULA AKAN MENGGUNAKAN BLOGNYA UNTUK MENGHENTAM NAJIB SAMA SEPERTI BELIAU MENGHENTAM PAK LAH....

Pening saya.

Unknown said...

Boyot,

Masalahnya bukan siapa yang menduduki sesuatu kerusi itu yang harus dikhuatiri, yang jauh lebih penting adalah sejauh mana penggubal dasar mengawasi pelaksanaannya. Orang yang melaksana, tak kiralah sama ada Melayu, Cina, India atau Bumiputera lain, perlu berbuat demikian berpandukan dasar yang digubal itu sepenuhnya. Yang menjadi masalah adalah apabila pelaksana (pegawai kerajaan), terutama Melayu, seleweng dan tidak mengikut dasar.

Saya menyentuh mengenai Obama kerana ramai tokoh politik kita termasuk PM yang mengalu-alukan kemenangannya. PM sendiri berkata orang bukan Melayu boleh jadi PM Malaysia sedangkan isu perlantikan sementara di PKNS membangkitkan bantahan. Jika kita faham peranan dan tanggungjawab penggubal dengan pelaksana, ia mungkin tidak menjadi isu. Orang Melayu mesti berani bersaing dan berani menerima kegagalan untuk berjaya.
Mengenai asal usul, sila selidiki sehalus-halusnya secra jujur.

Anonymous said...

Biarkan boyot dengan labu-labunya.

Pemikiran zaman Parameswara sebeginilah yang merosakkan bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Sikit-sikit nak halau orang, sikit-sikit nak pertahankan hak tanah ini kononnya.

Retorik perkauman macam inilah yang akan memecah-belahkan rakyat. Pemikiran kuno dan kampung sungguh!

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Kita jangan yakin sangat bahawa DS Najib akan menjadi PM Mac depan.Usaha-usaha sedang giat dibuat untuk mempastikan Ali Rastam atau Mike Tyson menang jawatan Timbalan Presiden UMNO.JIKA ini berlaku Najib akan "ditelanjangkan" semua pekong najib akan didedahkan dan Najib terpaksa undur diri daripada menterajui negara ini. Pada masa yng sama usaha digiatkan lagi untuk menentukan Khairy J menang merebut jawatan ketua Pemuda. Grand Design ini sedang berjalan dengan lancar dan licin. I hope apa yag I dengar ini salah tetapi apa yang lihat ada kebenarannya. Lately, mesyuarat UMNO bahagian "diarah" supaya sokong Ali atau Mike Tyson supaya salah seorang layak bertanding>"dan lepas itu don't worry, we know what to do"
Jumalh undi hanya angka dari akarumbi tetapi hanya 3,000 perwakilan yang membuat keputusan.
Lima bulan masa yang cukup untuk gula-gulakan perwakilan dari Sabah, Selangor, Perak, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jika grand design ini berjaya, UMNO pasti berkubur sebelum pilihanraya ke-13. Many UMNO MPs will leave the party making opposition stronger and likely with he help of other BN component parties, Saudara Anwar will be able to form the government.
Berdoa kita agar saki baki mesyuarat UMNO bahagian yang berakhir esok, tidak mudah termakan gula-gula yang ditaburkan atau dijanjikan.
Kpada DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Mokhriz awas dengan grand design ini. Biar Putih Tulang Jangn Putih Mata. Selamat Berjuang Untuk Bangsa, Agama dan Negara.

perfectwater75 said...

sALAM tUAN tANAH,

Bila BOYOT bicara tentang senioriti maka sukalah saya nyatakan bahawa UMNO sendiri tak mementingkan senioriti tetapi wang berjuta-juta rupee... Tak payahlah nak bercakap soal kena dulukan yang senior dalam politik malaysia ini...senior bukan bererti layak...harus faham...Amerika sudah buktikan tisak semestinya hanya satu bangsa yang memerintah asalkan satu agama boleh juga memerintah...melayu atau islam, terserahlah pada anda...

thx!

Anonymous said...

Macamana Malaysia nak pulih dari sikap perkauman kalau org macam boyot ni masih berleluasa dan silap silap org penting.

Kalau nak ikut asal usul jenuh tu. Kena kira dari zaman Adam dan Hawa dulu.

Apa yg penting siapa yg layak perlu dilantik tak kira la sesiapa pun. Asalkan dia tak rasuah, khianat, penipu dan songlap; siapa saja saya sokong.

Apa yg berlaku sekarang yg jenis diatas ini banyak berleluasa. Kalau Ketua Hakim sendiri berkata penyusun fail kat mahkamah banyak kotiam susahlah.

Mahathir tak akan berhenti kerana dia tahu kes Lingam dan benda lain akan menghantuinya. Dia akan berusaha supaya semua keburukan dia ditutup sama ada dengan proksi atau dengan berpura pura benci pada benda yg dia buat pada zaman pemerintahan dia.

Nak hidup beb...

Wann Kerr

Anonymous said...

Dear Brothers and Sisters,

The actual root or core problem in Malaysia is NOT with the ordinary Malaysians like all of us BUT with the System which been used to select the leaders such as PM, DPM and so on. As mentioned by RPK in his article, it's the 191 people who are deciding who will become the PM and DPM. In another word, the rest of us ( 27 million - 191 = 26,999,809 people) CAN'T DO anything towards the decision made by the 191 decision maker.

So for those with the money power, they just need to find ways to make the 191 people happy and vote in favour of them and for those who didn't want to make the 191 happy (bribe ) the situation will like what happened to Ku Li.

I strongly believe Malaysia badly needs the Election System similar to USA Election System where all the citizens above 21 years old will decide who shall lead the country and at the same time how good or how bad a leader is he/she will have maximum 2 term (5 to 10 years) in office. By implementing this system it's IMPOSSBILE for those so called candidates to BRIBE the entire 27 million Malaysia citizen. Till the day we have this kind of better election system in place, the higher level bribe is unstopable.

Suppose if we already having similar election system like USA, I'm sure people like Ku Li, DSAI and other genuine capable candidates will have the equal chance to prove their capability as a Genuine Leader until then we have to bear the existing system which replacing Perompak with Pencuri or Pi Mai Pi Mai Tang Tu System which already in practised for many decades.

Anonymous said...

Salam...
Bayng-bayang Mahathir akan sentiasa mengekori Najib selagi Najib tidak melantik beliau sebagai penasihat UMNO... Kita semua tahu Mahathir macam mana... Beliau tidak boleh ditegur atau senang cerita, beliau tidak boleh menerima teguran kerana beliau rasa beliau sentiasa betul. Sebab itulah beliau rasa beliau layk untuk jadi penasihat UMNO walaupun sebenarnya hanya akan menghancurkan UMNO...

pistolair said...

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini

Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.

Anonymous said...

org2 melayu di m'sia ni kalau takde org cina atau india pun kerja dia orang asyik nak bercekau je.Bila tang kerja lembab.sebab itu presiden umno dari zaman tunku ke pak lah semuanya darah melayu celup terutamanya dr m.Takde pulak org melayu melenting.

nasib baik ada bangsa lain yg memang ada sikap survival menumpang di negara ini.Kalau harap pemimpin melayu mmg m'sia takkan berkembang.Pemimpin melayu hanya tahu nak bergaduh, rasuah, merompak harta rakyat,jd pembunuh,skandal sana sini mcm2 lg.

Marah pulak pd dap,mca,mic memperjuangkan hak kaum mrk.padahal umno parti tunggak melayu tak boleh nak menaikkan taraf majoriti org melayu.kenapalah org melayu yg perasan digelar tuan di tanahair sendiri masih takde tanah kediaman,merempat di setinggan2 seluruh negara.Sepatutnya org melayu dah jd kaum terkaya di m'sia kalau umno benar2 memperjuangkan hak keistimewaan org melayu selama 51tahun.

Hang Tuah menyebut`takkan melayu hilang di dunia' bukannya di m'sia.Oleh itu, org melayu perlu jd bangsa yg survival bkn hanya di m'sia tetapi di antarabangsa.`Carilah ilmu walau sampai di negara china'.kalau tak mampu ke china org melayu boleh belajar dr bangsa cina di m'sia bagaimana sikap survival memberi keuntungan pd mrk dari kaum yg diberi tongkat subsidi selama 51tahun.

Cokodok said...

anon @ 5.13PM

saudara/i mengatakan berhati2 ngan grand design oleh pihak yg ingin menafikan regu Najib-Muhyiddin-Mukriz menang... tp, bagaimana pula ngan grand design regu ini utk memastikan mereka menang?? pasti mereka juga mempunyai grand design bagi diri mereka... sejauhmana keyakinan saudara/i mereka ini suci sesuci-sucinya.... ini politik kawan... aper jer depan mata, redah.... dan apa yg membuat saudara/i begitu yakin regu najib ini adalah calon yg paling sesuai utk menerajui negara???

apa yg saya ingin katakan... perkataan 'grand design' ini agak subjektif... bergantung kat kem mana anda berada....

Anonymous said...

Encik Boyot ni keturunan kaum mana? Jukun? Semang? Senoi? atau Negrito?