Saturday, October 18, 2008

Perlantikan hakim bidang kuasa Agong

Perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah bidang kuasa dan hak mutlak Yang diPertuan Agong dan tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Perkara ini disebut dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami dalam Perlembagaan Perskutuan Malaysia di bawah Perkara 122B.

Oleh itu, agak kurang bijak bagi sesiapa termasuk orang politik terutama wakil rakyat DAP ataupun Majlis Peguam untuk mempersoalkan perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi. Sama ada kita suka, setuju atau tidak dengan perlantikan itu, kita kena menerima dan menghormati kebijaksanaan Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) dalam Perkara 122B tentang perlantikan seseorang hakim, lain daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Hakim Negara. Oleh itu, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat setelah Perdana Menteri berunding dengan Ketua Hakim Negara yang akan bersara Tun Abdul Hamid. dalam erti kata lain, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat mengikut semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Dewan Rakyat (DAP) YB Lim Kit Siang nampaknya sedang mempertikai perlantikan Tan Sri Zaki dengan cuba menggunakan Perkara 127 dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menyokongnya.

Perkara 127 memperinci persoalan berkaitan sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan hakim., iaitu:-

"Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri."

Kita tidak mempersoalkan hak YB Kit Siang untuk mengemukakan usul berkenaan tetapi adakah ianya perlu dan tidakkah ia, secara langsung, mempertikai kebijaksanaan dan bidang kuasa Yang diPertuan Agong?

Yang diPertuan Agong membuat perlantikan itu mengikut apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja tidak seharusnya dipertikai kerana pada masa lepas, Majlis Raja-Raja pernah tidak bersetuju dan menolak calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri. Majlis Raja-Raja menggunakan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan tidak hanya meluluskan sesuatu cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Kita akui bahawa perlantikan hakim mungkin mempunyai kepentingan politik tetapi itu adalah hak Perdana Menteri dan terpulanglah kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamat dan ianya mesti dihormati dan diterima oleh rakyat.

16 comments:

Sukj said...

Tuan Syed,

1. Kadang-kadang saya fikir negara kita tak payah ada Mahkamah Tinggi, Persekutuan, Rayuan.

2. Semua kes yang besar-besar, kita rujuk saja ke ICJ, Hague, Belanda.

3. Sebab dah ramai sangat tidak yakin dan tidak percaya dengan Mahkamah sendiri.

Blues Boy said...

Tapi soalnya

Apa kalau ideologi atau kepentingan Raja-raja adalah selari dengan ideologi dan kepentingan golongan parti pemerintah?

Adakah pemilihan yang dilakukan akan dilakukan secara adil?

Mungkin inilah yang difikir-fikirkan oleh orang ramai sekarang. Terutamanya apabila Zaki itu ada kait rapat dengan UMNO (dahulunya peguam UMNO) dan adalah bukan hakim yang senior sekali.

Anonymous said...

Kalau sesiapa pun yang dilantik oleh kuasa manapun bersih,jujur,telus,amanah dan sewaktu dengannya, tidak ada siapa pun akan bantah atau menentang. Sunguhpun Agung ada kuasa mutlak melantik,kena juga kaji latar belakang orang berkenaan, kalau dah jelas lagi bersuluh perlantikan tersebut ada unsur-unsur 'udang disebalik batu'...takkan rakyat nak diamkan aje. Kebebasan bersuara beb? Kalau Agung terlepas pandang dek terpengaruh oleh PM, biarlah rakyat suluhkan jalan. Tak gitu?

Anonymous said...

I think the Agong should call that Apek Cina mengadap...

Tak tau bahasa ke? Mau balik Cina ke? Ataok Apek datng sini Malaya memantat kat sini buat ape?

MRSM Kalae Chepo 66/73

Syed Imran said...

Saya menekankan bidang kuasa Agong yang termaktub dalam Perlembagaan. Saya juga berkata bahawa sesuatu perlantikan itu ada kaitan dengan kepentingan politik. Sama-samalah hayati maksud yang tersirat dalam kedua-dua kenyataan ini.

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa perlantikan Ketua Hakim Negara seharusnya berpandukan faktor kekananan seseorang calon itu. Ini tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, dari sudut undang-undang dan Perlembagaan, suka atau tidak kita kena terima keputusan yang dibuat itu. Inilah perkara pokok yang saya utarakan.

kluangman said...

Dalam dunia ini tentulah kita melantik siapa yang akan menyebelahi kita. Bodoh sangat kalau kita melantik musuh kita untuk menduduki tempat yang begitu penting.

Kalau DAP memerintah, agak agaknya siapakah yang akan dilantiknya. Kalau dah tahu jawapannya, janganlah banyak songel pulak.

Kalau pembangkang dah kemaruk nak jadi kerajaan dan bermaharajelela, cuba cubalah buat apa yang patut, merampas, menyamun hatta menipu pun boleh tapi berhati hatilah jangan sampai kena ISA.

Boy Bijak said...

Kluangman,


Kalau pembangkang berkuasa, sudah tentulah dia tak lantik orang UMNO jadi ketua hakim!

Pada masa yang sama, sudah tentu pembangkang TAK LANTIK ORANG YANG KUAT DAP, PKR ATAU PAS jadi ketua hakim juga! Kan ramai hakim-hakim senior yang lain yang TIDAK rapat dgn UMNO tapi tidak dipilih?

Maka, banyak skop dan ruang untuk memilih hakim yang tidak menyebelahi sesiapa! Ramai hakim-hakim besar yang seperti itu, terutamanya hakim-hakim yang senior dan berpengalaman. Lihat saja senarai hakim-hakim besar yang sedia ada. Zaki tu pula junior. Zaki tu juga jelas kait rapat dengan UMNO. Maka banyak skop utk pilih hakim yang takde kait rapat dengan mana-mana parti. Lihat senarai hakim-hakim yang ada dulu. Pilih yang terbaik.

Jangan cakap "mestilah pilih orang yang menyebelahi kita". Itu pemikiran jahil, namanya. Pilihlah hakim yang jelas tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. Pemilihan itu "biarlah pilih orang yang menyebelahi RAKYAT".

Faham tak, Kluangman?

Kopi-O said...

Tuan Syed,

Izinkan saya sebut satu jer, Tuan Syed.

"Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah"

Itu saja. Terima kasih

Anonymous said...

Apa tak pasti sama ada orang politik yang suka putar alam masih percaya kepada Allah Taala? Bagaimana pula dengan penyokongnya yang membabi buta?

Anonymous said...

Ami Ban,

Kadang kala apa saja yang kerajaan buat ataupun Majlis Raja-Raja buat walaupun betul, pihak pembangkang tetap akan cakap salah juga.
Dah nama pun Pembangkang''
Kadang kala bak kata orang penang DEPA DAH LEBIH''!!

-mijan-

Bravo said...

Majlis Raja-Raja hanya bersetuju bahawa Zaki bekas peguam Umno/ahli koprat umno dilantik Ketua Hakim. Kata akhir masih terletak ditangan DYMM Agong.

YB Lim Kit Siang, menggunakan peruntukan Perlembagaan untuk mengusul perbahasan perlantikan Ketua Hakim. Ini tidak salah hanya pada fikiran saya terlalu awal kerana perlantikan Ketua Hakim belum diputuskan secara rasmi.

kepada anonymous @ 8.13pm, jangan lah pakai ungkapan lapuk itu...ini negara mereka juga.

Mat Jerman said...

Saya rasa YB Lim Kit Siang perlu lebih hormat kepada Raja-raja Melayu. Tegurannya perlu lebih halus dan nyata, kelantangannya itu menampakkan sifat-sifatnya yang tidak peka dengan budaya Melayu, dengan tatasusila rakyat Malaysia,
dengan Kedaulatan Raja-raja.

Umum mengetahui akan sifat YB Lim Kit Siang yang menuduh nepotisme kepada orang lain tetapi anak bini sendiri berkuasa tinggi dalam parti DAP. Satu contoh yang begitu mudah yang menunjukkan YB Lim Kit Siang ini cakap tak serupa bikin.

Konsep politik yang digunakan oleh YB Lim Kit Siang adalah menembak bertalu-talu sehingga belum sempat mangsa membalas tembakan, beliau akan menerus tembakannya tanpa memberi peluang

Saya sendiri pernah menulis kepada DAP kerana saya rasa YB Jeff Ooi (MP Jelutong) agak biadab kerana dalam blognya, menegur budaya mengasingkan khinzir dan makanan halal sebagai "political Islam" dan ingin Muslim di Malaysia meletakkan makanan berkhinzir di atas satu meja seperti dilakukan di Dubai. Namun, ia tidak dilayan.

Nyata, perjuangan DAP bukanlah menjurus kepada konsep toleransi kepada semua bangsa tetapi mengenengahkan budaya yang hanya mereka fikirkan betul. Malaysian Malaysia apakah sebenarnya yang DAP kehendakkan?

YB Lim Guan Eng mungkin lebih memahami rakyat bukan Cina kerana penahanannya dalam penjara memberikan beliau peluang untuk belajar dan memahami.

Cuma apa yang saya ingin tekankan di sini, di dalam kemelut rakyat untuk mencapai satu revolusi politik, usahlah kita terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang motif sebenarnya bukan untuk membina tetapi lebih menghancurkan.

Sayapun takut jugak kena saman berjuta-juta kerana sekarang taktik politik ialah menggunakan jalan mahkamah untuk menakut-nakutkan semua orang.

Pelik juga, dalam ketidakpercayaan kepada Ketua Hakim, mereka masih menggunakan mahkamah.

Saya pun risau Tn Syed kena saman. Oleh itu, saya ingin mengesahkan yang tulisan di atas bukanlah karya penulis blog kudaranggi.blogspot.com tetapi salah seorang pembacanya.

Saya minta maaf kerana tulisan yang agak panjang tetapi saya rasa pendapat peribadi saya perlu diketengahkan dalam konsep "freedom of speech" yang suka digembar-gemburkan oleh banyak pihak.

Anonymous said...

Kalau tidak kerana kaitan politiknya dengan UMNO (sebagai peguam UMNO, anggota Lembaga Disiplin, nomini pemegang saham UMNO, saya yakin Zaki memang orang terbaik untuk jadi Ketua Hakim Negara, Dia jenis tak kecut pada sesiapa manusia pun, (kecuali bini dia saja!). Saya yakin bakal rakyat malaysia pertama dengan dua TUN di namanya ini (TUN ZAKI TUN AZMI)berupaya memberi perubahan positif ke arah sistem kehakiman yang lebih cekap (lebih adil? ini saya tidak pasti). Saya jangka kes-kes yang tertunggak akan berkurangan sebab Zaki ni jenis mulut laser dan gile bekerja. hakim-hakim yang lembab, siaplah hangpa!

Zul Sri Hartamas

Anonymous said...

bravo,
"ini negara mereka juga?"
perkataan dan sikap begini yang menyebabkan singapura jatuh ketangan orang asing...punca dari orang melayu sendiri...harap-harap banyak membaca tentang sejarah gagasan kepulauan melayu & sejarah raja-raja melayu..."kenapa melayu sendiri tidak bersatu? adakah melayu akan hilang di dunia?"

azreen said...

maaf kerana komen tiada kena mengena dgn topik, cuma ingin berkongsi..sila rujuk pada link blog ini, bagi saya ianya satu penghinaan kepada umat islam.. http://asylum60.blogspot.com/2008/10/fatwa-titis.html

Anonymous said...

Tiada apa yang harus dihairankan memandangkan DSAI memang seorang pelakon terbaik siri drama MALAYSIA hari ini. Disebabkan kegilaan ingin berkuasa beliau sanggup menggadaikan maruah bangsa dan bersengkokol dengan DAP untuk menjatuhkan orang melayu. Bukan ingin mengekplotasikan isu pengkauman tapi selepas mendengar siaran langsung TV1 pada 26/1/2009 berkenaan isu orang cina,ada masyarakat melayu yang tidak memahami konsep ketuanan yang termaktub dalam perlembangan Malaysia. Masih bersengkokol dengan 3 juri iaitu JKJR Surget Singh dan 2 orang cina yang berani memainkan isu perkauman semasa siaran langsung itu dijalankan. Bukan ingin menaikkan kemarahan orang melayu, tapi dimanakah sikap orang melayu dan pemuda melayu masa kini,yang telah hanyut dibuai keseronakan dialam dunia yang fana terutama sekali pengikut PKR. Kita sepatutnya berpakat untuk meyatukan perpaduan kaum melayu seperti mana disarankan oleh YB Zulkifli Nordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu(PKR), meminta orang melayu dari UMNO,PAS dan PKR memertabatkan bangsa kita semula, tetapi diberi amaran oleh DSAI. Dimana saya percaya beliau bercakap atas tiket Persatuan Peguam Melayu Islam tetapi disalah tafsirkan oleh pelakon dalam MALAYSIA hari ini saudar DSAI. Kita lihat dalam isu orang India dimana MIC ngan PKR india boleh bersama membawa isu Hindraf manakala MCA dengan DAP boleh membawa isu tanah orang cina dan kes GERAKAN dengan UMNO di Penang. Dimana orang melayu? Tiada akal fikiran ke,? hanya pandai memberi komen membunuh bangsa dan agama sendiri....?Ada sekali di melaka di kawasan Air Keruh sekumpulan orang cina duduk semeja mengatakan walaupun kita berlainan parti tapi kita harus memertabatkan bangsa CINA dan harus membawa kehadapan dan mereka mengatakan biarkan orang MELAYU mati kebuluran (mereka bercakap dalam bahasa cina (DAP dan MCA MELAKA) )kebetulan kawan saya memahami bahasa cina. Jadi kita renung-renungkanlah dimana kesilapan orang melayu, dan orang seperti DSAI adalah musuh melayu sejagat. Bangkitlah wahai semua pemuda melayu islam...hanya kita PEMBELA GENERASI YANG AKAN DATANG