Penganugerahan gelaran Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka, lebih tepat oleh Ketua Menteri Mohamad Ali Rustam, ke atas pelakon Hindi, Sharukh Khan, sewajarnya membangkitkan rasa kurang senang di kalangan segelintir rakyat terutama mereka yang berada dalam industri hiburan khususnya perfileman.
Melaka memang terkenal dengan penganugerahan datuk kepada golongan politik tetapi apabila ia menganugerahkan bintang kebesaran itu kepada seorang pelakon dari India, tak kiralah sama ada dia popular atau tidak, ianya menimbulkan banyak tanda tanya.
Orang filem kurang senang kerana seolah-olah mereka tidak memberi sumbangan langsung kepada usaha memperkenalkan negeri Melaka dalam babak-babak filem atau drama yang diterbitkan.
Sebenarnya, penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat disambut baik oleh rakyat dan kakitangan awam sekiranya ia dibuat berdasarkan sumbangan dan khidmat bakti seseorang itu kepada sesebuah negeri ataupun negara. Ia dilihat sebagai satu penghormatan dan bukan satu ganjaran atau membalas budi mahupun sokongan politik kepada ketua kerajaan (ketua menteri atau menteri besar).
Sejak beberapa tahun lalu, isu penganugerahan gelaran datuk hangat diperkatakan kerana hampir semua negeri mengeluarkan senarai yang panjang lebar sehingga terkeluar kata-kata sinis jika membaling batu di satu-satu perjumpaan, ia pasti akan menimpa kepala seorang datuk.
Satu ketika dahulu, gelaran datuk hanya diberikan kepada mereka yang berumur 45 tahun ke atas. Rasionalnya, jika seseorang itu sudah berumur 45 tahun, dia pasti telah berkhidmat atau menabur jasa dan bakti kepada sesebuah negeri sekurang-kurangnya selama 20 tahun. Ianya bertujuan untuk mempastikan bahawa mereka yang benar-benar layak sahaja diberi pertimbangan untuk gelaran datuk.
Setiap negeri pula akan mempertimbangkan gelaran datuk kepada rakyat atau pemastautin yang benar-benar menabur bakti dan jasa kepada negeri berkenaan termasuk dalam bidang kebajikan dan khidmat masyarakat secara sukarela.
Tetapi, amalan seperti itu tidak lagi menjadi pertimbangan. Orang politik yang tidak menabur bakti kepada sesebuah negeri, umpamanya Melaka, Sabah atau Pulau Pinang, diberi penghormatan itu semata-mata atas kepentingan politik. Adalah sesuatu yang bukan luar biasa apabila seseorang ahli politik menerima penganugerahan datuk dari lebih daripada sebuah negeri.
Amalan sedemikian juga memperlihatkan mereka yang berumur 35 tahun dan ke bawah, terutama yang menceburi dunia perniagaan, dan ada yang tidak faseh becakap dalam Bahasa Melayu, mendapat penganugerahan datuk.
Apa yang berlaku dalam penganugerahan darjah kebesaran telah mencalarkan kemurniaan darjah kebesaran itu sendiri dan orang ramai tidak lagi menghormati atau memandang tinggi mereka yang bergelar datuk dan gelaran-gelaran tambahan seperti datuk diraja, datuk seri panglima, datu seri, datuk wira atau datuk pahlawan.
Teringat kita akan lagu ...."ala-ala latuk, ala-ala latuk...
14 comments:
Satu tindakan yang (saya tak akan katakan BODOH, tapi ianya bukan satu tindakan yang BIJAK dan WARAS).
Kalau SRK dikurniakan pangkat Dato, saya rasa Amitabh Bachchan, Salman Khan, Amir Khan, Mohd Rafi dan lain-lain pun patut dikurniakan juga kerana mereka pun telah menghiburkan peminat bollyhood di Malaysia.
Inilah di antara sebab-sebab mengapa saya mengatakan ianya satu tindakan yang tidak BIJAK dan tidak WARAS.
Sebenarnya ramai di antara artis-artis lama dan baru tanahair yang lebih layak untuk menerima darjah tersebut. Kalau tak dapat cari artis-artis yang berada di kemuncak pun, artis-artis macam Hamid Gurkha, A.R.Badul dan ramai lagi telah menghabiskan hampir keseluruhan hayat mereka untuk perkembangan semi tanahair. Sepatutnya artis-artis macam merekalah yang lebih layak untuk dikurniakan sebarang darjah kebesaran negeri.
Akhir kata saya tidak dapat mencari peribahasa yang lebih baik daripada kedua-dua peribahasa ini untuk meluahkan isihati saya "HUJAN EMAS DI NEGARI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI", "ANAK DIPANGKU DILEPASKAN, BERUK DI HUTAN DISUSUI". Saya percaya tuan puan memahami apa yang saya maksudkan dengan peribahasa di atas.
Sekian dan terima kasih
bila bercakap tentang penganugerahan kerajaan ni.., teringat lah dekat arwah pak kassim,beliau telah mati di tetak dan mayatnya di simbah dengan cat merah pada suatu waktu dahulu ketika rusuhan kaum di pulau pinang,dan yang cantiknya ialah ketika memegang bendera umno..ini lah pejuang..!!
setuju dengan artikel ini.
zaman dulu dulu kalau kita lalu kat pokok besar ke tepi busut ke kita selalu cakap tumpang lalu datuk anak cucu tumpang lalu jadi kena lah sekarang gelaran datuk tu sama taraf dengan puaka busut je kah kah kah
Cucupakkasim,
Ramai pejuang yang sama seperti Pak Kasim yang sudah dilupakan. Orang seperti Pak Kassim adalah pejuang sejati yang tidak mengejar pangkat atau kedudukan.
Kalau tak pudar ingatan saya, Allahyarham mati dibunuh dekat Kampung Pulau, Perak Road. Maaf saya jika silap. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.
Untuk makluman, kat melaka ni stok 'darjah kebesaran' masih banyak, jadi jangalah kita ni jadi ayam betina berteloq sebijik riuh sekampung.
Cadangkanlah sesiapa yang patut, guna borang dan penuhi syarat dan peraturan, tidak ada sesiapa yang dihalang untuk mencadangkan atau menerima darjah kebesaran ini.
Tetapi orang orang terlalu banyak phd eloklah beristighfar banyak2, besok2 kalau rezeki awak dapat Dato' takkan sanggup pula mendengar caci makian kawan2.
Pak Tuan...
Saya amat tertarik dengan komen mengenai arwah Pak Kassim di Pulau Pinang...
Bukankah tempoh waktu yang dibincangkan adalah sehari atau dua sebelum kejadian Mei 13, 1969?
Saya pernah membaca buku berkenaan, "Sa-belum dan Sa-lepas Mei 13" karangan Tunku Abdul Rahman Putra yang menceritakan bahawa antara ounca merebaknya kebangkitan Melayu akibat provokasi bukan Melayu adalah kejadian di Pulau Pinang di mana seorang pekerja/ahli parti Umno telah dibunuh semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Apakah Tunku membicarakan mengenai arwah Pak Kassim? Yang mengingatkan saya kepada buku itu ialah mengenai catatan bahawa beliau dibunuh dan disimbah cat merah semantara tangannya masih memegang bendera Umno.
Semasa membesar kami diceritakan bahawa ini adalah punca utama Mei 13, 1969 kerana Melayu sudah tidak boleh telan provokasi Cina dan Hindu....dan tulisan Tunku telah mengesahkannya...
Sekiranya benar maka pengorbanan arwah wajar dinukil secara jelas dalam sejarah Umno...
Salam Aidilfitri...
Lupakah kita semua, ada isteri orang kenamaan(VVVIP)yang sangat suka pada SRK samapai boleh raba muka SRK.
Pada sayalah...patut-patutnyalah tak payah ada pingat apa-apa pun lagi bagus. baik pada orang dalam negeri ke luar negeri ke.bila dah ada gelaran-gelaran ni macam dah ada kasta pulak. ada jugak yang lupa diri dan bongkak. banyak yang ingatkan keduniaan dan lupakan akhirat.apa yang penting pangkat dari Allah S.W.T.
Bila mengenangkan artis-artis veteran lama yang ada di negara kita, kadang-kadang kita jadi kasihan sebab seolah-olah pengorbanan mereka dari dulu hingga sekarang seolah-olah tidak dihargai. Hanya beberapa orang saja yang dianugerahkan Datuk. Masih ramai lagi yang layak diberi gelaran itu jika dibandingkan dengan Shah Rukh Khan yang dah tentu bukan dari negara kita...
Pak Tuan Syed,
Selamat Hari Raya< Maaf Zahir Batin, saya dahului.
Setuju sangat dengan komen Pak Tuan Syed tentang anugerah Datukship kebelakangan ini terutama dari negeri Ali Ketambola.
Saya tak nampak langsung rasional Melaka menganugerahkan datuk kepada bintang filem India itu.Apakah jasanya kepada melaka kecuali lakonnya yang menghiburkan Ali ketambola dan orang-orang melaka.
Malangnya si penerima anugerah yang diagung-agung oleh Ali Ketambola, tidak sedikit pung menghargai anugerah negeri berkenaan dengan tidak mengahdiri diri pada majlis penyampaikan anugerah dan bintang negeri Sabtu lalu. Malu, malu hidung tak mancung pipis tersorong-sorong.
Saya ingat Ali Ktmbola gunakan anugerah datukship dan bintang-bintang kebesaran negeri untuk kepentingan politiknhya semata-mata.
Saya sangat bangga dipanggil Dato oleh cucu-cucu saya kerana ia adalah satu suara suci dan ikhlas.
Kes SRK dapat Dato' merupakan isu yang perlu dilihat positif. tatkala ini kita kenal siapa yang memberi anugerah ini. orang yang memberi inilah yang patut kita 'kutuk' dan telanjangi segala kesilapan yang sering dilakukannya. siapakah orang itu??
Tuan sila gerakkan usaha menyedarkan bangsa melayu kerana DAP sekrang secara terang-terangan ingin menghapuskan hak dan keistemwaan melayu,Yg Di pertuan Agong dan Raja-Raja MElayu.. baca blog LIM KIT SIANG... bukankah hak melantik(memperkenankan) KETUA HAKIM NEGARA adalah HAK YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA_RAJA MELAYU??? KEnapa perlu dipertikaikan lagi?? Walaupun PM yg mencadang tidak semestinya KEbawah DUli akan merestuinya.. cadangan penubuhan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN oleh ZAID IBRAHIM (UMNO perlu pecat segera pengkhianat bangsa ni)yg sebenarnya menjurus dan dipermainkan DAP.. cadangan itu seolah-olah KESEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU BODOH dan BANGGANG..
Pertahankanlah bangsa dan hak anda...
Entah kenapa, negara yang Islam adalah agama rasmi, sungguh jarang-jarang sekali menghargai ustaz ustaz ataupun ulama ulama.
Pejuang bangsa pun sering dilupakan.
Shah Rukh Khan dapat Datuk? Sungguh hina gelaran Datuk sekarang.....
Buat malu saja kalau dapat gelaran Datuk ni......
Apa dah jadi dengan bangsa kita nih? Dah gian sangat nak laga pipi dengan Shah Rukh Khan lagi sekali?
Post a Comment