Tuesday, October 21, 2008

Politik wang dan pawang politik dalam UMNO




Kelohan Menteri Luar Negeri Dr Rais Yatim mengenai keseriusan politik wang atau rasuah politik dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO bukanlah sesuatu yang baru dalam sepak terajang politik tanah air terutama di kalangan orang UMNO.

Rasuah politik dalam UMNO sukar malahan tidak dapat dihapuskan selagi mereka yang bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi mahupun di peringkat bahagian dan mereka yang dipilih menjadi ahli perwakilan bersifat tamak haloba dan tamak kuasa. Selagi kedu-dua ketamakan ini bersemai dalam hati orang yang bertanding dan orang yang bakal membuat pemilihan (mengundi), maka penyakit ini tetap akan wujud.

Rasuah politik di kalangan pemimpin atau bakal pemimpin UMNO bertapak di peringkat cawangan lagi dan menjadi parah apabila tiba di peringkat bahagian dan merebak sebagai wabak apabila membabitkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi.

Kita akui bukan semua cawangan dihidapi penyakit ini dan bukan semua orang yang bertanding merebut jawatan dalam UMNO mengamalkan rasuah politik. Ada pemimpin yang bersih daripada amalan rasuah politik dan ada juga ahli perwakilan yang menolak sogokan dan habuan yang sememangnya diharamkan itu.

Semasa menceburi dunia kewartawan hampir 27 tahun dan kemudian selaku setiausaha akhbar kepada seorang menteri UMNO (Dr Rais Yatim), saya ada sedikit pengalaman berkaitan isu rasuah politik yang sudahpun menjadi barah kepada UMNO.



Semasa berkhidmat dengan Dr Rais saya dilantik selaku Wakil Calon apabila Dr Rais bertanding merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan tahun 2000. Sebenarnya, saya bukanlah orang yang sepatutnya dilantik tetapi sebagai seorang pegawai yang menurut perintah, saya mematuhi arahan ketua.

Selaku Wakil Calon, saya mewakili Dr Rais dalam urusan rasmi berkaitan pertandingan termasuk menyaksikan proses mengundi dan pengiraan undi. Perlu ditegaskan bahawa saya tidak sama sekali mengurus atau mengendalikan apa-apa perbelanjaan yang dibuat oleh urusetia atau bilik gerakan calon berkenaan.



Kurang 24 jam selepas perlantikan saya dibuat secara rasmi, saya mula menerima panggilan telefon daripada mereka yang mengakui mewakili bahagian-bahagian UMNO tertentu. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh dengan cepat tahu bahawa saya adalah Wakil Calon Dr Rais? Saya bukan membuat andaian tetapi percaya bahawa maklumat itu disalurkan oleh pihak tertentu di Ibu Pejabat UMNO (Menara Dato Onn).

Mereka yang menghubungi saya menyatakan bahawa pencalonan Dr Rais mendapat sokongan dan mereka menjanjikan beberapa undi daripada bahagian masing-masing. Saya tidak perlu menyatakan apakah tujuan mereka menghubungi saya kerana umum mengetahui bahawa mereka mahukan habuan atau sagu hati atas daya usaha mendapatkan sokongan.

Tetapi, seperti yang saya katakan awal-awal lagi, saya tidak mengurus wang atau terlibat dalam sebarang perbelanjaan semasa berkempen dan oleh itu, saya dengan jelas menyatakan kepada mereka yang menghubungi saya bahawa saya tidak diberi sebarang peruntukan untuk dibelanjakan termasuk memberi sogokan sama ada kepada ejen atau ahli perwakilan.

Dr Rais telah memberitahu bahawa dia tidak akan memberi wang ataupun menerima wang daripada mana-mana pihak dalam usaha untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Sekiranya perkhidmatan dan pengalaman beliau dikehendaki, ahli-ahli perwakilan boleh mengundi dengan jujur dan ikhlas. Saya berpegang kepada pesanannya itu dan kesannya saya turut dicemuh dan dijadikan bahan sindiran.

Saya menyebut "menerima wang" kerana itulah yang saya lalui selaku Wakil Calon. Selama ini orang bercakap mengenai politik wang yang membabitkan sogokan daripada pihak calon kepada perwakilan tetapi jarang orang bercakap mengenai sogokan daripada pihak ketiga kepada calon.

Saya menerima banyak panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang menawarkan sokongan dalam bentuk wang ringgit. Semuanya terpaksa ditolak atas arahan Dr Rais sendiri. Katanya, jika kita terima sumbangan, kita kena membalasnya kemudian dalam apa jua bentuk termasuk pemberian projek atau kontrak serta mahukan sokongan untuk bintang dan darjah kebesaran. Oleh itu, semua tawaran sumbangan yang diterima melalui pejabat saya telah ditolak dengan cara yang baik.

Selain panggilan telefon, pejabat saya di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya turut dikunjungi oleh mereka yang kononnya mewakili bahagian-bahagian UMNO tertentu dari utara hinggalah ke selatan. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk ke Putrajaya menemuai sama ada menteri yang bertanding atau Wakil Calon untuk tujuan-tujuan tertentu.
Selain rasuah politik, satu perkara yang memeranjatkan saya semasa menjadi Wakil Calon ialah penggunaan bomoh dan pawang oleh calon yang bertanding. Saya sendiri menerima tawaran daripada seorang yang kononnya boleh membantu Dr Rais melalui khidmat "wali". Tawaran yang bersifat syirik itu telah ditolak kerana orang yang menawarkan perkhidmkatan itu sebenarnya cuba mendapat habuan semata-mata.

Pada tahun pemilihan yang saya terlibat itu, saya difahamkan bahawa khidmat bomoh dan pawang termasuk bomoh Siam, Orang Asli, Jawa dan pawang Melayu telah digunakan oleh sebilangan calon yang benar-benar ingin menang. Perkara ini sudah pasti akan dinafikan oleh mereka yang terlibat sama seperti mereka menafikan pembabitan dalam politik wang.

Penggunaan pawang dan bomoh oleh orang politik untuk mendapat sesuatu, terutama jawatan penting, bukan perkara baru. Lihat saja apa yang terjadi kepada seorang mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar dengan menggunakan khidmat seorang bomoh wanita.

Orang politik yang ingin mendapat sesuatu jawatan penting akan menggunakan apa sahaja yang termampu untuk mencapai cita-cita mereka. Wang ringgit bukan merupakan satu-satunya saluran dan ukuran untuk berkuasa tetapi mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk menggunakan pawang dan bomoh, untuk mendapatkannya.

Sekali lagi saya tegaskan bukan semua yang bersikap sedemikian tetapi tidak boleh dinafikan ada yang berbuat demikian untuk memuaskan hawa nafsu menjadi pemimpin kerana melalui kepimpinan itu mereka boleh meraih kemewahan hidup.

Sebab itulah ramai orang yang tidak jujur berebut-rebut untuk menjadi Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan seterusnya ahli Majlis Tertinggi bukan kerana ingin berkhidmat dan menabur budi dan jasa kepada parti, bangsa, agama dan negara tetapi kerana pulangan yang bakal diperolehi hasil daripada kedudukan tersebut.
Inilah penyakit yang menjadi barah yang bakal membunuh UMNO sekiranya pemimpin dan ahli parti itu tidak mahu mencari penawar untuk mengubatinya.

14 comments:

Anonymous said...

kemas.cukup kemas sekali artikel ini.syabas saya ucapkan kepada Kuda Ranggi di atas artikel ini.akan saya manfaatkan segala info dan pengajaran yang ada.insyaAllah.

ramai lagi yang masih sayangkan UMNO dan saya percaya politik wang harus dibanteras sama sekali.membuka pekong didada tidak semestinya menandakan kita lemah.mengakui kesalahan dan belajar dari kesalahan adalah perkara yang terpuji.

namun begitulah lumrah dalam dunia politik.politik memang banyak cabaran dan dugaan.mana-mana pihak yang lemah akan tunduk dan hanyut dalam kesesatan berkuasa dan berharta.

Anonymous said...

Begitulah suasana politik dalm negara kita sama ada UMNO atau pembangkang, sama saja. Gejala politik wang masih berleluasa sehingga sekarang walaupun telah beribu-ribu kali ditegaskan supaya jangan libatkan politik wang dalamparti. Ia hanya akan membinasakan sesebuah parti itu sendiri. Tak kiralah sama ada kecil atau besar, ia tetap berdosa dan merosakkan parti.

Begitu juga kisahnya dengan penggunaan pawang untuk mendapatkan apa yang dihajati dalam parti. Ia juga merupakan satu gejala tidak sihat dan berdosa besar kerana mendapatkan sesuatu dengan cara singkat dan tanpa usaha...

Unknown said...

capable leaders are hard to find nowadays when money becomes the "leader".as if those who offers bigger bucks are worth to support for.

politics is full with obstacles and temptations.power and greed can cloud anyone's judgement and stand at anytime if they're not strong enough to resist it.

rizal hashim said...

Tuan Syed,

Saya percaya masalah ini masalah societal sekali. Kita terlalu materialistik dan bertuhankan wang. Kita nak duit tapi kerja tak nak. Lagi pula generasi ahli Umno sekarang tidak lagi berjuang atas landasan yang dilalui nenek moyang kita.

Bagi calon-calon yang mendapat pencalonan tinggi menjelang pemilihan Mac depan, ini belum masanya meraikan kejayaan. Mereka harus berkempen directly dengan wakil-wakil setiap bahagian. kalau di mesyuarat bahagian ada sokongan akar umbi, pada pemilihan nanti yang akan menentukan masa depan calon ialah kelompok yang jauh lebih kecil dan mungkin tidak membawa aspirasi akar umbi tetapi sekadar mengisi tembolok sendiri.

Kalau kita lihat dari segi kaliber, saya percaya orang macam Datuk Rais Yatim (saya ada dua buku tulisannya) patut jadi Naib Presiden. Articulate, bi-lingual yang tidak dicampur macam rojak, cultured. Namun nampak gayanya susah sikit lah. Sayang sekali. Salam saya buat Datuk Rais.

Anonymous said...

This is Politics...The sanctity has been defiled...Sadly it happens everywhere nowadays...And you are dead right. Should these money politics are a prominent manifestation in UMNO, it marks the downfall and spells the beginning of the end to UMNO.

I remember reading a translated text of Ibnu Khaldun's AL-Muqaddimah; any society nor any political power would stay head strong timelessly. At any one moment of time, it would sees its own demise. And this might well be the sign for UMNO.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Politik wang sebenarnya kanser yang menyerang parti-parti politik. Selagi ada pemberi dan penerima selagi itu rasuah politik akan hidup subur. Yang paling jahat ialah pemberi, jika tidak ada yang memberi sudah tentu tidak ada menerima.
Politik kini bukan pejuangan tetapi satu sumber kekayaan yang mudah, terutama parti memerentah.Lihatlah jadi MP atau ADUN satu penggal saja, mampu bina Istana, kereta mewah dan harta yang begitu banyak.
Kerana inilah mereka sanggup buat apa saja untuk memenangi jawatan. Ada jawatan dalam parti, menjaminkan kekayaan.
Agama, maruah dan pinsip diketepikan yang penting jawatan bib. Saya tidak akan terkejut melihat ramai ahli politik menjadi penghuni tetap neraka.

Musallam said...

Salam,

Walaupun politik wang begitu berleluasa,tapi saya mengharapkan perwakilan UMNO tetap mempunyai kewarasan dan kerasionalan ketika memilih lima jawatan tertinggi, iaitu Presiden, Timbalan Presiden, dan kalau boleh Naib Presiden juga. Untuk kelima penyandang jawatan itu, calon yang terpilih biarlah orang yang betul-betul berkalibar dan berkelayakan, dan boleh diharap sebagai pemimpin negara.

Tapi kalau untuk kelima-lima jawatan itu, politik wang masih menjadi penentu, saya tidak tahu apa yang akan jadi kepada UMNO

Raison D'etre said...

Tuan Syed,

Adakah harga diri orang Umno begitu murah? Lapuran NST menyebut angka dari serendah RM20 ke RM150 sebagai habuan untuk mendapat undian.

Begitu murah? Halal haram tak perlu di fikir.

Tidak malukah mereka - mereka ini kepada anak bangsa? Di war - war negara islam, tapi bila di sogok, ambil. Duit entah dari mana puncanya.

Lansung tak ingat hari mati agaknya.

Wasalam.

balan said...

I think the problem is not only with UMNO. All other parties have the same issue, only that in UMNO, it's may not be hard cash but more on business opportunity, contracts etc.

This is also prevalent in many countries like Thailand, Indonesia and India (cash & Contracts).

In developed countries like US, businesses lobby the candidates openly with donations to political parties and candidates and it is actually disclosed. Remember the Movie 'Farenhiet 11'.

Maybe we have to do that in Malaysia, allow donations to political parties and candidates but in a transparent manner.

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Quantum Metal Consultant said...

Sukar untuk kita menentukan yang mana satu pemimpin begitu banyak atau sederhana atau kurang terlibat dengan politik wang.

Pemerhatian akan mengambil masa yang agak lama dan perhatian harus diberi kepada pendekatan, vokal dan konsistensi mereka dalam bersuara ke atas sesuatu isu dan cara mereka menyokong atau mempertikaikan kepimpinan atasan.

Kebiasaannya, mereka yang kurang terlibat dengan isu rasuah dan politik wang lebih bebas dan berani bersuara mengikut aliran kebenaran dari menyokong membuta tuli ke atas pucuk pimpinan yang berkuasa.

Bagaimanapun kita perlu juga berhati hati dengan pemimpin yang selalu tidak senang dan menyokong pemimpin atasan dan kerajaan yang mereka dukong.

Sesetengah golongan atau pemimpin juga pandai bermuka muka, mereka akan lantang mengkritik isu wang dalam politik dan kerajaan tetapi dalam masa yang sama merekalah juga yang paling 'penyamun' di seluruh pelusuk negara.

Dan ramai juga pemimpin yang tiba tiba berubah apabila disogok jawatan dan pangkat.

Anonymous said...

Kalau nk menang pn jgn la sampai main kotor cam ni. Kalau nak jadi pemimpin pn nak rasuah sana sini, macam mana pulak dgn rakyat nanti? haih...

Anonymous said...

BUNGARAYA menyampok.
Masa Tengku sebagai Presiden UMNO,
Ketika Tun Abd Razak dan Datuk Hussein Onn, tak ada isu politik wang ini. Ia hanya bermula semasa Tun Mahathir Mohamad nganya. Tun Musa pernah mengeluh kerana Tengku Razaligh banyak wang dan mudah dalam menandingi beliau, sedangkan Tun Musa memiliki kurang senjata itu. Ketika Anwar naik Naib dan Timbalan Presiden, ramai pemimpin selain beliau sendiri yang menggunakan wang sebagai senjata dalam memperolehi undi. Saya nampak ketika tu, cuma Tok Najib dan Pak Lah sahaja yang mengelak diri dari menggunakan wang untuk memancing undi. Akhirnya saya beranggapan dari sepuloh orang cuma dua atau 3 orang sahaja pemimpin utama UMNO yang tidak apply politik wang dalam agenda politik mereka. Persoalannya bagaimana kita nak menghapuskan politik wang ini jika yang melaungkan usaha penghapusan politik wang saban hari itu seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul' lagaknya.

Anonymous said...

Rasuah: Haram

Percaya kepada bomoh/pawang/tahyul:

Haram


Lagi nak kata pejuang Islam.

Haprak sungguh. Sehina-hina manusia.

pistolair said...

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini

Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.