Wednesday, October 08, 2008

Akhirnya Pak Lah lakukan sesuatu yang betul

Akhirnya PM Abdullah bin Ahmad (Pak Lah) melakukan sesuatu yang betul apabila membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang ditunda daripada Disember 2008 kepada Mac 2009.

Ini bermakna jawatan presiden UMNO dikosongkan dan terpulanglah kepada bahagian-bahagian parti itu untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang difikir layak, berwibawa, beramanah dan bertanggungjawab untuk memimpin UMNO.

Ianya tidak semestinya Najib Abdul Razak walaupun dia dan Pak Lah membuat perjanjian lisan berkaitan peralihan kuasa yang jelas tidak terkandung dalam mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan UMNO.

Sesiapa sahaja yang memperolehi jumlah pencalonan yang mencukupi boleh bertanding dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, antara calon yang berminat selain Tengku Razaleigh Hamzah ialah Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, perebutan untuk jawatan timbalan presiden boleh dikatakan terbuka luas dan ramai yang berminat. Persoalannya, mampukah mereka yang berminat itu mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding.

Dengar khabar, wang sudahpun mengalir dan khidmat pawang dan bomoh juga sedang dicari.

11 comments:

Anonymous said...

Berita yang menyatakan bahawa Pak Lah tidak akan bertanding untuk pertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan undur diri pada Mac tahun depan amat mengejutkan dan mengecewakan. Sebagai penyokong, kami memberi sokongan yang padu kepada beliau. Walau apapun, itu adalah keputusan beliau. Kita kena hormati...

Quantum Metal Consultant said...

Saya menyediakan beberapa pawang dan bomoh yang diiktiraf pakar dan tersohor samada 'menyerang' atau sekadar 'pendinding'. Tambahan 'pulus' diperlukan jika mengambilnya secara package iaitu 'pendinding, pemanis/pelaris dan pelemah'.

Beberapa 'pak sanggup' juga telahpun disediakan untuk membuka akaun akaun bank kosong yang sedia menanti di isi. Terma dan Syarat Bank Negara perlu dipatuhi.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Berita yang amat sedih di terima.. sama ada esok orang akan bersuka ria kemungkinan minyak akan turun lagi atau orang akan sedih dan terharu dengan pengumuman Pak Lah ni... apa pun... selamat sejahtera buat PM kita yang ke-5..

Tetapi heran kenapa kata Paklah Ni kesinambungan dari Perdana Menteri yang Ke-2? apa persamaannya? mungkin kerana perletakkan jawatan? atau tidak bertanding???

Apa pun satu keputusan yang tepat buat masa kini...


Salam mesra,

Anonymous said...

setelah 51 tahun merdeka, Malaysia kini berpeluang untuk mempunyai Perdana Menteri wanita.

Bung Karno said...

Pak Habib,

Kali ni Kak Rafidah tak nangis dan pujuk Paklah. Sah Paklah berundur.

Yang lain dah boleh atur langkah bertanding jawatan tertinggi. Kalau ada Mona Fendi, ramai juga yang akan kena cekik duit dan cekik leher.

Bomoh temberang macam dalam Do RE Mi pun banyak dapat habuan musim pemilihan UMNO ni.

Anonymous said...

"Pi Mai Pi Mai, Tang Tu Jugak". Lari Mulut Rimau Masuk Mulut Buaya. Itu sahaja.

Nasib rakyat biasa macam kita ni tetap tak akan berubah, percayalah. "Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang". Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan faham apa yang saya maksudkan.

Mudah-mudahan Tuhan akan menyelamatkan Tanah Tumpah Darah kita yang satu ini :)

Anonymous said...

Salam Tuan Syed.

Sedih jugak bila dapat tau Paklah 'diarah' berundur. apapun, bisakah bakal pm ke-6 mengambil alih tugas paklah ni? Saya ragu2lah. Apa2pun berserah kepada Allah Taa'la.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Keputusan Pak Lah tidak bertanding Mac drpan saya sambut dengan kegembiraan dan penuh kesyukuran. Saya gembira dan bersyukur kerana Pak Lah telah membuat satu keputusan yang berani dan menepikan kepentingan diri, keluarga, juak-juaknya, demi kepentinga negara agama dan bangsa Malaysia. Pak Lah adalah PM yang tidak popular dan begitu lemah, ini kerana orang-orang UMNO dihinggapi virus koro atau "yes man". Pemimpin-pemimpin sepatutnya menegori Pak Lah awal-awal lagi sebelum penyakitnya merebak sehingga rakyat terpaksa bersuara lantang mahukan Pak lah bersara.Selamat bersara Pak Lah.

Anonymous said...

Salam Pak Tuan...

Drama Sebabak "Hari-Hari Terakhir Seorang Presiden Umno"

Lokasi: Ruang Legar, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Tujuan: Menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (untuk mengumumkan keputusan TIDAK akan mempertahankan jawatan dan mengundur diri Mac 09)...

Aksi: Semasa memasuki ruang legar, beberapa kerat orang yuang dikatakan penyokong Pak Lah menjerit-jerit (tidak begitu jelas apa yang mereka katakan kerana keadaan menjadi hingar bingar apabila ramai bersuara tinggi pada suatu masa serentak)...

Ini adalah ANDAIAN, rpt andaian dialog yang dikatakan berlaku...

Pak Lah (sambil melambai kepada para penyokong itu, berkata): "Tak pa pi lah, takpa pi lah...dah depa nak sangat, ambik pi la...saya tak berapa nak buleh pi lagi la ni.."

Para Penyokong : "Kami sokong pak Lah"

Pak Lah : "Hangpa sokong pun, depa-depa dah tak sokong nak buat lagu mana?"

Para Penyokong : "Dah tu Pak lah nak buat apa la ni?"

Pak Lah : " Nak buat lagu mana? Saya nak balik la, tidoq lagi baik...saya pun letih sangat, banyak kerja dok buat ni".

Para Penyokong : "Khairi macam mana?"

Pak Lah : "Biaq pi la kat dia..."

Para Penyokong : "Kali macam mana? Kamal?...Kami macam mana?"

Pak Lah, not so audible...waved his right hand and hoped into the awaiting limo and drove off, subsequently dozed off as the car was negotiating the serious bend going out of the Umno Headquarters...

Sementara itu, para pemberita sibuk meminta komen daripada para pemimpin parti komponen BN...

M.Kayveas : "Itu satu pengorbanan..."
Ong Ka Ting : "Pengorbanan suci..."
Muhyiddin : "Pengorbanan besar..."
Sammy Vellu : "Hormatilah pengorbanan beliau..."
Koh Tsu Koon : "Pengorbanan seorang pemimpin..."
Taib Mahmud : "Saya terharu dengan pengorbanan ini..."
Seorang ketua parti komponen dari Sarawak : "Dia korban lah..."

Seorang kakitangan PWTC yang selalu membantu Pak Lah : "Dia kata dia kerja lagi sampai Raya Korban..."

Seorang pemandu teksi, sedang menunggu penumpang di hadapan sebuah hotel lima bintang yang berdekatan : "Dia kena korban la brader..."

Din Tunjang...

Anonymous said...

salam... tuan Syed,

Syukur Alhamdulillah, pak lah DAH letak jawatan presiden.Bila Annuar Zaini nak letak jawatan di BERNAMA?dengar cerita sejak pak lah letak jawatan, Annuar panglima, dah lama tak nampak muka.Cepatlah sikit... berhenti.... habis dah punah BERNAMA.

Unknown said...

Setahu saya tempoh perkhidmatannya selaku pengerusi dah tamat, jika barang keperluan dah luput tarikh hayat. Tapi dia masih di situ. Hebat, sungguh hebat!