Sunday, May 13, 2007

Pak Lah rebah....?


(Kemaskini laporan: Pak Lah cuma pitam saja. Terlalu letih setelah sertai satu kerja gotong royong anjuran BBC. Kepada Pak Lah, kahwin cepat.)

PM Abdullah Ahmad (Pak Lah) dilaporkan telah rebah, tak tahu sama ada pitam atau pengsan, semasa hadir dalam satu majlis di Lumut, Perak.

Laporan yang belum disahkan ini disiarkan dalam laman blog Ahiruddin Atan, Rocky's Bru, yang mendahului semua media arus perdana.

3 comments:

Anonymous said...

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) bukan BBC.

Unknown said...

Sebenarnya, saya terbawa-bawa dengan pengalaman semasa bertugas di Parlimen beberapa tahun lepas.

Kami rujuk kepada Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan itu sebagai BBC. BBC bermaksud BackBenchers' Club dan bukan badan penyiaran British.

Jika kami nak rujuk kepada pengerusinya, kami akan sebut Pengerusi BBC atau BBC chairman. Sekarang ia dirujuk sebagai BNBBC untuk tambah maksud Barisan Nasional BackBenchers' Club.

Oleh itu, rujukan saya sebagai BBC adalah tepat.

Saya hairan kenapa stesen tv tempatan begitu ghairah nak nafikan kejadian sebenar. Begitu juga dengan akhbar-akhbar arus perdana.

Saya dan Rocky, terutamanya, tidak menyebut Pak Lah sakit atau tidak sihat. Kami kata dia rebah (collapse). Benar Pak Lah sempat dipapah oleh pemangku pengerusi BBC sahabat saya, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan MB Perak Tajol Rosli sebelum dia jatuh.

Pak Lah juga diperiksa secara rapi oleh doktor peribadinya dan kenyataan doktor itu dipancarkan ke seluruh negara oleh stesen tv.

Kejadian yang berlaku bukan satu khabar angin yang dilaporkan oleh blog dalam Internet, tetapi satu kejadian yang benar-benar berlaku.

Jadi, kenapa dok berdolak-dalik?

Pak Lah adalah manusia biasa seperti kita semua. Dia bukan insan kamil. Dia juga akan jatuh sakit, akan pitam, akan pengsan dan akan mati. Semua manusia tidak akan terlepas daripada maut, daripada jatuh sakit, daripada sengsara dan daripada penderitaan.

Janganlah kita begitu taksub seolah-olah Pak Lah tak akan sakit, tak akan pitam dan tak akan mati.

Anonymous said...

Orang yang takut pak lah sakit atau mati adalah mereka yang banyak melakukan kesilapan. Jika berlaku begitu, nescaya mereka dahulu yang akan dilatam dan dihenyak oleh rakyat.

Tak percaya kita lihat saja. Masanya akan tiba, jika sebelum ini slogan Cemerlang, Gemilang akan bertukar menjadi semua temberang.