Sunday, May 13, 2007

Wartawan penyiaran ditahan kerana positif dadah

Seorang wartawan penyiaran sebuah stesen tv swasta ditahan polis di Johor Baharu setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah. Wartawan berbadan gempal itu ditahan dalam satu operasi disebuah pusat karaoke pagi Sabtu.

Dia kini merengkok dalam lokap polis di JB dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin. Wartawan ini menjadi salah seorang hos sebuah rancangan yang berkaitan pihak penguatkuasa undang-undang.

5 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Wartawan penyiaran TV3 ke?

Kalau dari TV3, itu kawan saya tu.

Dia tengah buat laporan tak?

Unknown said...

Maaf. Saya tak boleh sebut namanya atau nama stesen tv berkenaan. Tapi, campurlah dua dengan dua, tentu boleh dapat jawapannya.

Minta kawan-kawan media ke mahkamah di JB esok buat liputan.

Anonymous said...

Sir,

Ada laporan kata dia dibebaskan dengan jaminan polis.
Tuan Syed pula kata dia merengkok dalam lokap polis sementara menunggu untuk didakwa di mahkamah. Mana satu yang betul?
Siapa sumber Tuan Syed?

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran,

Diberitakan wartawan ini ditangkap semasa sedang khayal dengan dadah ganja di pusat karaoke itu. Turut ditangkap ialah rakannya seorang penerbit rancangan. Ada 3 gadis gro dalam bilik mereka sedang berhibur, dua antara gadis itu duduk sebelah menyebelah dan sedang melayan si wartawan berkenaan dan mereka pun sudah hanya tinggal coli dan seluar dalam sahaja. Kesemua mereka yang sedang khayal itu adalah Melayu yang beragama Islam.

Setelah diberkas dan semasa polis hendak memasang gari, si wartawan ini menjerkah polis dengan sombongnhya seraya berkata "apa kamu semua tidak kenal aku? Kau tau aku siapa? Mana OC kamu orang? Kalau setakat KP (ketua polis) kamu tu member aku lah...". Jawapan polis ialah "maaf...kami menjalankan tugas dan encik adalah ditahan kerana disyaki menggunakan dadah ganja dan meminum minuman keras." Pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Agama Islam Johor pun turut hadir untuk mendakwa tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan meminum arak.

The raiding party polis dari IPK Johor berkata seandainya beliau tidak mahu memakai "gelang mekah" mereka akan menambahkan dakwaan resisting arrest disamping dakwaan memiliki dan menghisap ganja. Wartawan berkenaan terpaksa akur dan dibawa keluar dari pusat karaoke berkenaan dengan tangannya bergari. Permintaan beliau untuk ditutup mukanya semasa dibawa keluar juga tidak dilayan oleh polis.

Wartawan yang berasal dari Perak ini juga dikenali ramai di kalangan jirannya di sekitar Damansara (dekat dengan D'Curve)sebagai angkuh, sombong dan sering menggunakan dadah ganja dan seringkali kelihatan meminum minuman keras pada masa lapang bersama rakan-rakannya yang termasuklah polis.

Diberitakan juga bahawa stesyen swasta berkenaan dalam usaha damage-controlnya telah menghubungi kesemua media termasuk Bernama supaya tidak menyiarkan berita tangkapan berkenaan. Seorang daripada ketua pengarang akhbar tempatan terpaksa akur dengan alasan "hari ini dia kena, esok sapa tau...mungkin kita. tutuplah aib saudara kamu di dunia...". Akhbar Cina bagaimanapun tidak melayan permintaan stesyen berkenaan.

Lewat petang stesyen tv berkenaan telah spin berita berkenaan dengan berkata bahawa minuman wartawan itu telah dispike dengan ganja sebab ada orang nak penaya dia kerana si wartawan ini adalah seorang wartawan contoh di stesyen berkenaan dan telah banyak membongkar kemungkaran. Tak tau la betul ke tidak...

Namun, apa yang kita semua ketahui bahawa beberapa minggu lepas sudah ada aduan dan keluhan bahawa si wartawan berkenaan dan rakannya seorang wanita sejak akhir-akhir ini kelihatan seperti polis semasa menyoal subjek liputan laksana seorang mata-mata menyoal okt (orang kena tuduh).

Kita tunggulah liputan dari mahkamah rendah johor baru pukul 9 pagi ni...

Wartawan adalah pelapor berita, bukannya bahan berita. Wartawan menyoal subjek, bukannya menyoal-siasat okt.

Unknown said...

Terima kasih atas sumbangan maklumat berkaitan kes ini.

Saya terima maklumat daripada rakan yang amat saya hargai dan percayai. mungkin semasa dia menyampaikan maklumat itu, wartawan berkenaan belum dibebaskan dengan jaminan polis.

Saya harap kes ini mendapat liputan media kerana ia memperlihatkan bagaimana seorang wartawan menyalahguna kepercayaan pihak berkuasa.