Tuesday, February 13, 2007

Radzi sindir Azmi ? ... bodoh!

Menteri Dalam Negeri Radzi Sheikh Ahmad yang juga penyokong kuat PM Abdullah Ahmad (Badawi) mengumumkan penarikan balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk permohonan MyKad.

Pengumuman yang dibuat dalam suasana agak emosional, seperti yang dipancarkan ke seluruh negara oleh stesen-stesen tv tempatan, menimbulkan banyak tanda tanya??

Walaupun ia adalah satu keputusan yang bijak, namun saya tertanya-tanya cara dan gaya Radzi membuat pengumuman seperti yang disiarkan oleh tv. Bagi saya, ada sesuatu yang tidak kena.

Radzi menyifatkan isu cabutan bertuah yang diperkenalkan oleh menteri sebelum beliau, Azmi Khalid, sebagai "satu tindakan bodoh...". Kedua-dua mereka adalah wakil rakyat dari Perlis.

Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena antara Radzi dan Azmi, seorang dikatakan orang kuat Pak Lah dan seorang lagi dikaitkan dengan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa muslihat Radzi berbuat demikian? Adakah ia ada kaitan dengan desas-desus rombakan atau penggantian anggota kabinet secara besar-besaran bulan depan?

Apa maksud Radzi yang menyatakan tindakan mengadakan cabutan bertuah itu sebagai "satu tindakan bodoh..." Adakah ia bermaksud Azmi Khalid bodoh? Adakah itu tanggapan yang betul... mungkin?

Ramai mengetahui bahawa politik UMNO di Perlis tidaklah begitu padu. Perlis hanya mempunyai tiga bahagian UMNO dan ketiga-tiga ketua bahagian boleh dikatakan tidak "sehaluan." Azmi adalah mantan ketua bahagian Padang Besar manakala Radzi mengepalai bahagian Kangar dan MB Shahidan Kassim bahagian Arau. Pengunduran Azmi dikatakan bukan 100 peratus atas hasratnya sendiri tetapi melalui tekanan pihak tertentu.

Tindakan Radzi "menghentam" secara terbuka dan dalam nada yang agak kasar itu menimbulkan banyak persoalan dan ia mungkin telah membuka "pekung di dada."

Apa pula tindakan Azmi...?

8 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum..

Ami,

Memang ada yang tak kena dalam ucapan pengumuman Radzi semasa penarikan balik cabutan bertuah untuk permohonan baru mykad.
Budak sekolah pun boleh tahu perkara ni pasal kalau seorang yang diberi tanggunjawab sebagai Menteri semasa ucapan dalam nada emo seperti itu, pasti ada yang tak kena.

Kalau di fikirkan secara logik, memang arah tuju perkara itu adalah pada Menteri yang memberi cadangan tentang perkara sebelum ini.
Jadi kita sama-sama lihat sama ada pihak yang lagi satu akan menjawab apa yang ditelempiang' oleh pihak lagi satu.

sama-sama kita tunggu.

-mee jan-

Unknown said...

Salah satu "budaya" orang UMNO ialah bunuh-membunuh kerjaya politik seteru mereka. Yang penting bagi mereka ialah "aku nak hidup, engkau pergi jahanam...!

Radzi yang merupakan penyokong kuat Team B dalam sengketa besar UMNO dahulu, telah diketepikan oleh PM ketika itu yang juga pemimpin Team A, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selama diketepikan, Radzi kembali ke kerjaya asalnya, undang-undang dan membuka sebuah firma guaman di Johor.

Radzi diberi nafas dan semangat baru oleh Pak Lah, rakan lamanya dalam Team B. Beliau diberi tempat dalam Parlimen dan seterusnya dalam Kabinet Pak Lah.

Di Perlis, Radzi melihat Azmi selain Shahidan Kassim sebagai "musuh" politiknya kerana Radzi juga menyimpan cita-cita nak jadi MB Perlis.

Jadi, kecaman pedas olehnya ke atas Azmi mungkin merupakan langkah pertama daripada beratus langkah yang bakal diambil untuk mencapai cita-cita politiknya.

Tetapi, Radzi perlu ingat... Shahidan bukan calang-calang orang yang mudah ditundukkan tanpa mendapat restu Pak Lah. Shahidan kawal politik Perlis dengan begitu rapi dan pintar. Ia boleh diibaratkan sebagai seekor tedung selar yang bertindak balas seperti kilat dan sukar ditewaskan.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Apalah yang nak diharapkan sangat kepada Radzi Sheikh Ahmad yang kita semua ketahui sifatnya. Dia bukannya tandingan Shahidan Kassim yang jauh lebih muda, berkarisma dan bertenaga sebagai tunggak utama perlis seperti yang terdapat hari ini. sekiranya radzi yang menjadi mb, perlis tidaklah akan semaju hari ini, mungkin berada dalam keadaan cikgu hassan, cikgu ali ataupun pada permulaan dr hamid pawanteh menjadi mb. Justeru, saya diberitahu semasa bn sedang menilai dan mengenalpasti calon untuk perlis, difahamkan bahawa radzi telah memaklumkan kepada pak lah bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding di dun perlis, begitu juga dengan azmi khalid. justeru shahidan dipilih sekali lagi walaupun ada usaha mengagalkan beliau seperti kemunculan budak muda kanyiaq seperti zahidi dan juga timbulnya nama istana seperti syed razlan. akhirnya shahidan, seperti ahli fahaman politik machiavelli yang tulin mencaturkan syed razlan di parlimen dan mengekalkan dirinya sebagai mb. satu tindakan yang bijak dan perlis kembali tenang di bawah pemerintahan shahidan yang pragmatik dan praktikal.
Untuk pengetahuan Pak Tuan, radzi tidak lagi ketua bahagian umno kangar dan sehubungan dengan itu, segala urusan parlimen diserahkan kepada SUSnya azmi saat yang juga pengurus bolasepak perlis, satu lagi karektor yang agak disyaki di perlis. radzi jarang sekali kembali ke kawasan parlimen walaupun di hujung minggu, kalau adapun mungkin untuk sejam dua dan lepas itu akan "berehat" di kebunnya di bukit kayu hitam, kedah. begitu juga dengan azmi yang selalu dok hotel (pens travelodge) apabila balik kawasan padang besarnya dan hanya berjumpa penduduk di hotel. beliau tidak punya rumah di perlis kerana sebelum menjadi menteri beliau beroperasi di syarikatnya di pulau pinang. syed razlan lagi la teruk. TIDAK pernah langsung balik kawasan kerana semua urusan ditadbirkan oleh shahidan selaku ketua bahagian. beliau juga tidak begitu minat menjadi wakil rakyat kerana lebih berminat sebagai menteri besar. namun, kalu diberikan jawatan itu mungkin tidak akan dapat berbuat lebih baik atau sebaik shahidan, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai pembangunan negeri perlis seketika dahulu.
Dahulu saya amat meminati radzi sewaktu saya berkhidmat di perlis namun setelah beliau digugurkan sebagai timbalan menteri perusahaan utama pada 1987, beliau telah hilang minat dalam politik (justeru saya pun hilang minat sekali terhadapnya)dan kembalinya adalah kerana "pak lah mintak saya bantu" dan bukannya "saya nak membantu rakyat perlis". radzi juga terkenal dengan lawak politik yang paling bodoh yang saya pernah dengaq iaitu "saya bukan p kacau di kubang pasu, saya p tengok dusun saya d bukit kayu hitam". hari ni dia buat lawak bodoh sekali lagi.
Seseorang menteri boleh mengulas keputusan menteri yang lain akan tetapi adalah kurang ajar dan biadap apabila kita menggunakan perkataan yang kasar untuk memberi komen. macam mana pulak kalau satu hari nanti orang akan kata perkara yang sama kepada kita? apakah kita akan dapat menerimanya dengan tenang?
Apabila Pak Tuan berkata bahawa 3 tokoh utama politik perlis ini bermusuhan antara satu sama lain, saya ingin mengulas dengan berkata bahawa shahidan bukannya lawan radzi dan azmi atau kedua-dua mereka sekali. ini adalah kerana shahidan bukan tandingan mereka disebabkan kehebatan shahidan di perlis.
Mungkin akan mengambil masa yang lama bagi Perlis untuk mendapat tokoh pemimpin yang sehebat shahidan dan saya tidak nampak di kalangan mereka di perlis yang mampu menerajui perlis seperti shahidan pada ketika ini, jauh selaki lah azmi atau radzi yang sudah lama menyatakan bahawa mereka tidak minat disebabkan tuntutan kerja yang agak hebat.
Sepatutnya kedua mereka ini patut bersyukur disebabkan kesilapan teknikal perlis yang kecil mendapat jawatan eksekutif tertinggi bagi kesemua ketua bahagiannya walaupun status itu untuk seketika. ini tidak dapat dinikmati oleh negeri lain, walaupun kedah yang mempunyai sejarah politik umno yang antara terhebat di negara kita ini.
azmi dan radzi telahpun berumur melebihi 60 tahun walaupun hanya sejak 2004 mereka berdua mendapat suntikan nyawa politik baru. akan tetapi ianya agak lewat dan tidaklah praktikal lagi seorang ahli politik mempunyai cita-cita lagi selepas umur 60 tahun kerana di malaysia umur sedemikian ialah umur persaraan. warga emas dalam lingkaran 60 tahun juga tidaklah dapat menyumbang apa-apa yang bermakna lagi berbanding dengan mereka yang di awal 50an atau pertengahan 40an. justeru lupakanlah soal nak memusuhi shahidan dan mereka hanya perlu memberi perhatian kepada kementerian masing-masing dan urusan menjaga kawasan parlimen masing-masing.
Seperkara lagi yang perlu diketahui ialah firma guaman di jb itu bukanlah sahaja tempat mencari makan bagi radzi semasa beliau berada di luar umno. beliau juga adalah pengarah sp setia, pemaju perumahan yang sejak 2004 mendapat pelbagai projek perumahan. empunya sp setia ialah raship manap, bekas loyar umno. bak tau lebih-lebih pasai radzi kenaalah tanya faezan ariffin, adik farid ariffin makna pasai macam2 cerita radzi ni ada dalam poket faezan, termasuklah cerita dia dok berkasih-kasihan dengan seorang janda yang merupakan bekas kekasihnya dulu.
untuk pengetahuan juga, kenderaan kegemaran radzi ialah sebuah mercedes benz yang bernombor pendaftaran "RA 21".

zaki tok tam
anakbukt, aloq setaq, kedah

Anonymous said...

Pertandingan dah diumumkan dan satu Malaysia dah menyertai pertandingan tu melalui pembaharuan MyKad. Saya pasti bajet untuk kesemua hadiah-hadiah itu telah diluluskan sebelum pertandingan itu diluluskan.

Bagi saya, kalau Radzi nak bertumbuk ke dengan Azmi ke, itu tak menganggu rakyat, cuma sekadar imej dan sebahagian dari percaturan politik.

Tapi, ini melibatkan rakyat marhaen yang mengharapkan hadiah dari pembaharuan MyKad. Kerajaan Malaysia yang digembar-gemburkan dengan ekonomi kukuh dengan dagangan trillion ringgit, dengan KLSE melonjak-lonjak, dengan kadar pertumbuhan tinggi..........takkan la susah sangat nak memberi hadiah-hadiah tersebut. Janji mestilah ditepati.

Kalau setakat janji nak bagi hadiah macam kereta, televisyen dan lain lain pun tak boleh nak diberikan kepada rakyat, apatah lagi janji-janji besar seperti RMK9, Wawasan 2020 nak dipenuhi?

Senarai hadiah adalah seperti berikut:
Hadiah utama kereta Perodua MyVi bernilai RM50,000
> 1motosikal Suzuki Skuter 150cc bernilai RM6,500
> 6 televisyen 29 inci bernilai RM2,000
> 5 tiket penerbangan ke Jakarta tiga hari dua malam
> 6 komputer peribadi
> 7 peti sejuk
> 5 kamera video
> 5 telefon bimbit
> 5 kamera digital
> 5 ketuhar mikro gelombang
> 5 radio mini compo.
> 10 pemain cakera video digital (DVD)
> 20 periuk masak bertekanan

Jumlah keseluruhan hadiah dalam RM 350,000 saya anggarkan. Kenapa nak kedekut sangat, bagi sajalah.

Berikanlah kegembiraan kepada rakyat biasa.

Saya pun pelik kenapa Menteri-menteri kini dengan semudah-mudahnya berkata "bodoh". Tidakkah mereka sedar yang "Kesopanan dan kesusilaan" adalah rukunegara ini dan mereka yang di atas patut menaungi rukunegara itu. Sesuka hari menggelar orang tanpa hujung pangkal. Ada banyak lagi cara lain untuk menegur dengan sopan.

Saya rasa insiden memanggil orang bodoh ini bagai meludah ke langit.

Unknown said...

Apa yang dikatakan oleh Zaki Tok Tam benar belaka. Shahidan Kassim sukar ditentang. Shahidan mengamalkan sikap terbuka dan PRnya dengan orang ramai cukup hebat. Seperti yang saya katakan, hanya satu cara saja untuk tenggelamkan Shahidan dalam gelombang politik Perlis, iaitu dengan menggunakan Pak Lah, itupun kalau Pak Lah masih berkuasa.

Benar, Radzi pernah kata dia tak minat nak jadi MB. Itu dulu. Sekarang dia cukup berminat.
Cakap orang politik tidak boleh dipercaya sangat.

Bagi Azmi Khalid yang digelar Mr Handsome oleh rakan kabinetnya, dia dah mula tawar dengan kerjaya politik. Apatah lagi dah ada teman sekatil yang cun dan seksi. Mana mungkin dia nak habiskan banyak masa dengan soal-soal kawasan dan kementerian. Dia lebih seronok menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan isteri yang diberi jolokan "Perempuan Melayu Tercantik seluruh Malaya".

Kepada Mat Jerman, inilah budaya yang diamalkan oleh pak-pak menteri masa kini. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.

Seperti kata orang kebanyakan, mana ada kawan setia dan mana ada musuh kekal dalam politik. Bagi orang politik, kesetiaan hanyalah satu sandiwara yang dilakonkan atas pentas duniawi untuk kepentingan sendiri.

Janji seorang menteri boleh diketepikan oleh seorang menteri lain dengan alasan yang "bodoh" dengan menggunakan perkataan "bodoh". Ia memperlihatkan "kebodohan" pemimpin untuk menjatuhkan air muka pemimpin lain. Inilah jenis anggota kabinet yang diterajui oleh Pak Lah.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Bukannya mudah nak jatuhkan shahidan kassim di perlis. equally difficult to find another politician in the mould of shahidan who is rich (even befeore he was mb, unlike some ppl lah) and passionate to develop perlis.
Perlis of today is void of serious "hasil bumi" melainkan sebiji dua gula di sebelah timur-utara dan sekampit dua simen di kawasan berdekatan yang sudahpun difaraidkan kepada org2 tertentu.
Nak diharapkan kepada pelancongan yang tidak seberapa pun tidak ke mana kerana org ramai hanya singgah pekena laksa di kuala perlis sahaja dalam perjalanan ke langkari atau ke siam.
Hanya shahidan yang berupaya membangunkan perlis sejak dia menjadi mb 3 penggal lepas. semasa dr hamid pawanteh perlis tidak menjadi sangat kerana beliau tidak menunjukkan bakat sebagai mb, hanya suka dok berkelahi dengan raja perlis (ketika itu raja muda) pasai bola dan pasai sejarah lama yang hanya mereka (dan saya serta beberapa orang lama di perlis) yang tahu.
Memang benar kata Pak Tuan, PR shahidan amatlah first class dan dia buktikan dengan cemerlang sekali. yang menjadi masalah shahidan ialah sepertimana pemimpin lain, dia juga mengamalkan nepotism apabila menamakan adiknya ismail kassim (org gelaq dia kassim baba) bertanding di parlimen arau dan kalah. semasa kita semua ingat bahawa ismail akan tenggelam selepas cubaan itu, dia muncul lagi apabila shahidan melantik dia jadi setiausaha politik mb dan akhir sekali sebagai senator. macamlah perlis ni dah kontang dengan pelapis muda yang boleh diketengahkan. akan tetapi memang benarlah bahawa perlis juga mengalami masalah penremajaan kempimpinan kerana selepas shahidan, perlis akan menghadapi masalah mencari pemimpin muda yang cemerlang seperti dia. yang nampak sekarang ialah mungkin hashim suboh yang kini naib ketua umno kangar yang dikenali hanya selepas membuat kenyataan yang dikatakan berbau perkauman di perhimpunan agung umno tahun lepas. akan tetapi bukankah itu falsafah sebenar jurubahas umno semasa perhimpunan agung, mendapatkan publisiti yang meluas semasa perhimpunan? saya tidak salahkah hashim yang saya kenali kerana kalu kita ikuti perhimpunan agung mca pun lebih banyak lagi kenyataan perkauman yang dilafazkan dan tiada sesiapa yang "make a big fuzz out of it".
Apa yang ketiga-tiga pemimpin ini -- shahidan, azmi dan radzi tidak buat semasa mereka berkuasa ialah membina pelapis umno perlis kerana sibuk dok bercakaran antara satu sama lain. agak sukar untuk mengenalpasti pemimpin pelapis selepas mereka kerana yang mereka dok tonjolkan ialah bekas guru, bekas tok penghulu dan bekas pegawai kemas dan penerangan. ini semua akan membawa masalah di masa akan datang bilamana kepimpinan negara perlukan kepada pemimpin yang berpendidikan tinggi, berwawasan dan hebat seperti shahidan. however, these ppl dont care.
ada seorang rakyat perlis yang amat berminat kepada politik dan memang pun beliau berpendidikan tinggi dan kini sedang berkhidmat di wisma putra. namun pada pilihanraya umum 2004 nama beliau tercicir di saat2 akhir kerana ada pihak yang khuatirkan beliau akan menjadi mb. kisah lama semasa pilihanraya 1982 berulang di mana kertas pencalonan azmi di dun bintong disabotaj yang membawa kepada perlantikan cikgu ali sebagai mb.
Saya berharap Shahidan akan membuka mata kepada rakyat ini yang amat berminat dan hanya mereka yang pernah berkhidmat di luar perlis akan tetapi memandang ke arah perlis sentiasa sahaja yang perlu diberi peluang kembali untuk menyambung kepimpinan shahidan yang mmg terkenal dengan PRnya walaupun terhadap parti pembangkang. Parti pembangkang tidak boleh mencari makan di perlis selagi shahidan mb! ini adalah fakta.
Kalu hari ni Kedah diterajui oleh MB yang berumur belumpun 50tahun, maka perlis hendaklah membuktikan bahawa ia juga mampu mengenegahkan pemimpin yang muda, berwibawa, matang, berkarisma dan berwawasan seperti shahidan semasa beliau mula menjadi mb pada 1995.

zaki tok tam
anakbukit, aloq setaq, kedah

Anonymous said...

Bulitin Utama TV3 14 FEB 2007, tadi ada sedikit terselit berkenaan perkara ini (Radzi dan Azmi)

Orang yang paling layak mengulas perkara ini adalah Sahidan, jadi memang tepat pemberita menemuramah beliau, ulasan MB Besar Indra Kayangan itu berbunyi seperti ini,

'ADALAH TERLALU KERAS BELIAU (RADZI) MEMBERI COMMENT'

jadi perkara ini sudah diketahui umum, kemungkinan Pak Lah juga tak lama lagi akan di ajukan soalan tentang pembalahan yang sudahpun diketahui umum.

Dan jam 9.30 malam, TV1 rancangan BERSAMA MENTERI' panel jemputannya adalah Dato Azmi, dan soalan tentang perkara ini juga telah di ajukan, jawapannya seperti yang boleh diketahui umum, jawapan orang polotik 'SAYA DENGAN RADZI ADALAH KAWAN BAIK'

kemungkinan betul cakap AMI BAN, sama-sama menjaga periuk nasi sampai sanggup bunuh membunuh SAHABAT POLITIK' demi kepentingan politik dan diri sendiri tak kira yang di buat itu betul atau salah.

kita sama-sama lihat kesudahanya, dan tak sabar nak tunggu bulan MARCH seperti Ami cakapkan (rombakan kabenet)

-mee jan-

Unknown said...

Zaki Tok Tam, saya setuju, bukan mudah nak jatuhkan Shahidan Kassim. Tapi bukan mustahil jika orang di atas mahu melakukannya.

Seperti yang saya katakan, PR Shahidan cukup hebat. Dia cukup popular di kalangan orang Perlis.

Akhir tahun lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya di Arau, saya sendiri menyaksikan kehebatan PR MB Perlis itu. Shahidan turut dijemput dan kebetulan pada hari kenduri diadakan, dia terpaksa ke Pulau Pinang bersama-sama isterinya atas urusan rasmi. Pagi-pagi orangnya telah menghantar hadiah perkahwinan ke rumah kakak saya. Apa yang memeranjatkan saya, pada sebelah malam, lebih kurang pukul 10, Shahidan terus ke rumah kakak saya sebaik saja tiba dari Pulau Pinang walaupun majlis kenduri telah tamat pukul 5.00 petang. Saya sendiri menyambutnya dan dia memohon maaf kerana tak dapat hadir. Saya percaya tiada MB atau menteri lain yang akan berbuat begitu. Demikianlah hebatnya PR Shahidan.

Saya tahu Shahidan telah menjadi kaya sebelum dilantik MB berkat pembabitannya dalam syarikat yang berkaitan padi dan beras. Dia tak lokek dan sering membantu mereka yang patut dibantu. Ini satu kenyataan. Banyak lagi yang boleh diperkatakan mengenai kebaikan dan kelebihan Shahidan sebagai seorang pemimpin di Perlis. Apa yang diperturunkan oleh saudara sudah memadai. Cuma, dalam dunia politik yang penuh dengan tipu-muslihat, dengki khianat dan adu domba, apa saja boleh berlaku.