Thursday, February 08, 2007

Gerogetown City is 50 years, but ...

I am recording this post from an internet cafe in Pulau Tikus, Penang. I drove to Penang on Wednesday to attend to some personal matters.

It is sad to note that the state authorities, be it the Penang State Government or the Penang Island Municipal Council or Majlis Perbandaran Pulau Pinang in Malay, did not find it important and just to celebrate the proclamation of Georgetown as a city by H.E. The Queen of England, Elizabeth II. Georgetown was upgraded as a city on Jan 1, 1957, that is 50 years ago. It is the only state capital east of Suez to be bestowed the royal status of a city by the Head of the Commonwealth.

Malaysia, or rightly Malaya, will be celebrating her 50th anniversary on Aug 31 this year and the government, both at federal and state levels, have lined up various activities and fiestas to celebrate the occasion.

The peculiar situation of Georgetown today is due to the state government's (Gerakan-led) decision to merge the City Council with the Rural District Council to form the Penang Island Municipal Council.

For the record Georgetown's city status was not revoked although the City Council ceased to exist. Legally the city status remains till today.

As a boy, I used to travel by the City Council's electric-powered trolley bus, the only one in the then Malaya. The trolley bus was efficient, silent and pollution free. Unfortunately, the City Councillors decommissioned the trolley bus service and replaced it with diesel-powered buses which are noisy and not pollutant-free.

According to records, in 1800 the then colonial administration formed a Committee of Assessors and from this evolved the fully elected Municipal Council. The committee was set up to fix a valuation on every particular house and that so much per cent on that valuation be levied.

Later the Chief Civil Officer (the then Civil Administrative head) was appointed and all the business of collection was placed unde his superintendence.

The Georgetown Municipal Council was set up after the Draft Municipal Act of 1846 under Section XII which empowered the City Authority of the Settlements to appoint a Municipal Committee to consist of five resident rate payers, two of them to be government officers, and charged this committee with responsibility for enforcing the Act.

Municipal Commissioners were later appointed under Act No XXVII of 1856 with the British Resident being one of them, the Governor was given the power to appoint one commissioner while three others be elected by the rate payers. The Resident also acted as President of the Commissioners.

My late grand-uncle who was also a kadhi (Muslim family court judge and registrar of marriage), Capt. (V.F.) Syed Salleh bin Hashim Alsagoff, had also served as a Municipal Commissioner.

In December 1956, the first ever fully elected City Council was held and at its first meeting on Jan 2, 1957, lawyer G.H. Goh of the Alliance Party was elected President defeating D.S. Ramanathan of the Labour Party. However, Ramanathan was elected as Georgetown's first Mayor, a post created by an amendment to the Constitution on Dec 23, by the State Legislature.

The City Council of Georgetown never failed to hold elections to elect a mayor and its councillors. The city's taxpayers continued to vote in the Labour Party and later the Socialist Front to head the City Council until it was replaced by the Penang Island Municipal Council (no more elections but political appointments).

The City Council of Georgetown must be restored and its area of jurisdiction be extended to cover Bayan Baru and Tanjong Bunga while the former areas under the Rural District Council be upgraded to a Municipality covering most of the South-West District and be known as Balik Pulau Municipal Council.

6 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Penang The City continues to amaze me whenever i am there driving around the island. I am always excited on the prospect of going to Penang and putting up the night there. Since u say this GeorgeTown (some spelt it George Town or Georgetown, hence i do not know which is which anymore)is already 50years then it really need a serious branding exercise, namely a proper-planned and professionally-executed documentaries (series of which to equal to 3-part History of Singapore) to be shown on national tv which will tell post-Merdeka malaysians like me and the likes of what Penang was before and after 1957. Tidak kalu Penang kepada ramai orang termasuk saya hanyalah sebuah destinasi cuti yang mempunyai pusat makanan penjaja (hawker food) yang paling hebat (baca:gurney drive) di utara semenanjung.
Seperkara lagi yang saya ingin sentuh mengenai perayaan 50tahun ialah Kemerdekaan Malaysia. Nampaknya kementerian-kementerian tidak kohesif dalam program perayaan, daripada perkara ayang paling kecil kepada yang paling besar. Ini termasuklah kepada perkara yang tidak kurang pentingnya seperti Logo Perayaan Merdeka 50tahun Malaysia. Saya terbaca dalam akhbar (tertera juga di kaca RTM semasa Berita Perdana) dua hari lalu bahawa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menganjurkan pertandingan mencipta logo hari kebangsaan ke 50tahun. Yang ini saya keliru.
Orang kampung saya di Anakbukit, Aloq Setaq dok kata "pasai apa nak ada logo baru? Yang kementerian penerangan dah buat dan seringkali siarkan sebagai backdrop semasa Berita Perdana tu bukankah dah OK dan melambangkan segala-galanya ataupun setiap kementerian mesti mempunyai logo merdekanya yang tersendiri sementara logo induk akan dikeluarkan dan disahkan oleh kementerian Dato' Rais Yatim? Macam tu kah? Bagaimana pula dengan logo perayaan 50tahun merdeka yang dipromosikan oleh sebuah stesen televisyen swasta. sekiranya ini semua diambilkira, maka apabila kementerian dato' rais menerimapakai sebuah logo khas dan rasmi untuk perayaan Hari Kebangsaan, maka kita akan ada tiga (3) logo, satu di angkasapuri, satu di sri pentas dan satu lagi dari kementerian dato' rais? macam mana ni? ni yang buat orang keliru...
kami di anakbukit berpendapat bahawa logo yang dipromosikan oleh angkasapuri itu sudah cukup OK dan A la kata org kedah untuk diketengahkan sebagai logo rasmi Perayaan Kemerdekaan 50tahun Malaysia. Tidak ada cacat celanya dan mampu diangkat martabatnya sebagai logo rasmi untuk tahun ini dan dikenang selamanya. Bila nak buat pertandingan maka kita akan berbelanja dan apabila berbelanja hanya untuk memenuhi ego sesetengah pihak maka difikirkan tindakan itu hanyalah membazir dan membuang masa. Lagipun, pasai apa dah nak tengah tahun baru nak pikiaq pasai logo? bukankah perkara-perkara ini sepatutnya depa dah pikiaq pertengahan tahun lepas dan mula diperkenalkan pada awal tahun ini, bukankah begitu?
Hari Kebangsaan kita ialah pada 31 Ogos setiap tahun aka tetapi kali ini kita menyambut Kemerdekaan 50-Tahun Malaysia dan dua perkara ini semestinya berbeza.
Saya ni bukannya tau sangat macam mana modus opperandi kerajaan atau kementerian-kementerian akan tetapi saya merasakan bahawa ini adalah pendekatan yang paling profesional dan sesuai dengan perkembangan terkini.
Setiap tahun kita akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan tetapi kali ini atau tahun ini kita akan merayakan Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dan tentunya ada perbezaan besar pada semua perkiraan. Ini termasuklah logo, tema dan lagu. Tidakkah ini semua dipertimbangkan oleh kementerian-kementerian yang terbabit? sewajarnya perkara ini sudah diputuskan pada pertengahan tahun lepas terlebih dahulu kerana berita bahawa kita akan menyambut Merdeka 50-Tahun bukan baru semalam atau kelmarin atau kelmarin balik dulu kita ketahui. Inilah dikatakan perancangan teliti. kalu saya org kampung yang hanya belajaq di kolej sultan abdul hamid aloq setaq boleh pikiaq macam ni takan depa yang bergaji besar dan berjawatan tinggi di kementerian-kementerian tak bole pikiaq lebih baik daripada saya kot? Dan bukankah perayaan Kemerdekaan 50-Tahun Malaysia kita sepatutnya mula menyambut pada 1 Jan 2007 dan bukannya 31 Ogos lantaran ini adalah perayaan jubli emas?
Dan apabila sudah ada idea yang baik, dalam hal ni daripada angkasapuri, maka tidak perlulah diadakan pertandingan lagi untuk mencipta logo, sebaliknya diselaraskan oleh JPM dan diterimapakai sebagai logo rasmi kerajaan malaysia untuk tahun 2007 ini, sebagai logo rasmi Merdeka 50-Tahun.
Seperkara lagi yang sering mengelirukan ialah kegunaan perkataan Hari Kemerdekaan dan bukannya Hari Kebangsaan pada setiap kali kita menyambut 31 Ogos. Saya yang kurang arif ni sedikit sebanyak tahu bahawa takrifan ini adalah antara lima instrumen penting negara yang tidak boleh sewenang-wenangnya ditukar mengikut selera sesiapa sahaja, termasuklah menteri. saban tahun kita menamakannya sebagai Hari Kebangsaan akan tetapi sejak Kadiaq Sheikh Fadzir menjadi menteri penerangan ianya ditukar menjadi Hari Kemerdekaan. Takan takdak sapa yang boleh habaq kat dia bahawa apa yang dia buat tu salah dan menyalahi peraturan? lima instrumen negara ialah bendera negara yang namanya kini jalur gemilang, lagu kebangsaan yang bernama negaraku, cogankata negara yang disebut bersekutu bertambah mutu, federal crest (nama omputih yang selalu dok dengar, nama melayu saya tak tau) dan takrifan hari kebangsaan. disebabkan takrifannya ialah hari kebangsaan yang bermakna national day, pasai pa pi pandai2 tukaq jadi hari merdeka yang bermakna independent day. kita bukannya kerajaan US yang menyambut independent day (4th of July) akan tetapi menyambut hari kebangsaan, sepertimana Singapura menyambut Hari Kebangsaan. ni semua kadiaq punya kerja dan apabila kedangkalan sudah berakhir (dengan dia tiada lagi di angkasapuri) maka kita sepatutnya kembali kepada kewarasan dan kebijaksanaan.
kita selalu silap apabila mentakrifkan hari kebangsaan sebagai hari merdeka. rakyat marhain macam saya ini berpendapat bahawa 31 Ogos wajar kembali disebut Sambutan Hari Kebangsaan sementara perayaan sebulan yang bermula pada 15 Ogos sehingga 15 September disebut sebagai Perayaan Hari Kebangsaan. Akan tetapi tahun ini kita wajar menyebutnya sebagai Perayaan 50-Tahun Malaysia Merdeka.
Disebabkan takrifan hari kebangsaan adalah satru daripada instumen penting kerajaan maka cubaan mana-mana menteri untuk menukar mengikut sesuka hati mereka di masa hadapan hendaklah ditegur dan diberi peringatan serius.
Bukankah begitu, Pak Tuan Syed Imran Al-Sagoff?

Zaki Tom Tam
Anakbukit, Aloq Setaq, Kedah.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Your reports full of information and I think orang Penang should know about it or more about the island, but sad to see Penang is still like Penang.

NER

Syed Imran said...

Sdr Zaki Tok Tam,

Sebelum diisytihar sebagai bandar raya, ia dieja George Town tetapi selepas itu ia dieja Georgetown sebagai satu perkataan.

Georgetown wujud sejak 1786 tetapi usianya sebagai sebuah bandar raya ialah 50 tahun (1 Jan 1957- 1 Jan 2007). Pada 1786 ia tidak dikenali sebagai Georgetown tetapi Tanjong Penaga atau Penanga Point (instead of Cape). Francis Light menukarkannya kepada George Town, sempena nama King George of England.

Georgetown perlu dikekal sebagai sebuah warisan yang boleh dimajukan sebagai satu daya tarikan pelancong. Usaha kerajaan negeri dan persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang dan Melaka dalam senarai warisan dunia masih belum berhasil. Permohonan telahpun dikemukan kepada UNESCO dan badan dunia itu masih belum membuat keputusan. Georgetown kaya dengan bangunan-bangunan lama yang berusia lebih 100 tahun seperti yang terdapat di Lebuh Aceh (dulu Acheen Street), Armenian Street, Cannon Street, dan kawasan sekitarnya.

Sebelum Tabung Haji wujud, jemaah haji dari Semenanjung (utara hingga ke Selangor dan Pantai Timur serta selatan Siam) akan berkampung di Lebuh Aceh sebelum menaiki kapal haji ke Makkah.

Berkaitan sambutan atau perayaan 50 tahun kemerdekaan negara, saya berpendapat perkataan Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia lebih tepat daripada Hari Kemerdekaan. Merdeka tetap merdeka dan merdeka sudahpun berlalu. Hasil daripada kemerdekaan maka wujudkan hari kebangsaan atau National Day.

Sabah dan Sarawak tidak merdeka pada 31 Ogos tetapi 16 september. Maka 31 Ogos elok dijadikan Hari Kebangsaan Malaysia.

Satu perkara yang menjadi asam garam di kalangan Pak-Pak Menteri dan Kementerian ialah tidak sepakat atau sehaluan dalam menentukan sesuatu yang mudah. Isu memilih logo sebagai contoh. Satu kementerian telahpun memperkenalkan logo ke seluruh negara tetapi satu kementerian lain nak adakan pertandingan mereka logo baru. Logiknya, jika hendak mengadakan pertandingan, ia seharusnya bermula pada tahun lepas dan logo yang dipilih hendaklah diperkenalkan pada bulan Januari atau Februari tahun berikutnya.

Saya tidak faham bagaimana pihak Media Prima boleh mengadakan logonya sendiri untuk sambutan peringkat kebangsaan. Saya tak tahu sama ada pihak berkenaan menganggap ia adalah "kerajaan" atau "wakil kerajaan" untuk berbuat demikian. Nampaknya keadaan sudah menjadi caca-marba.

Kepada NER, kebanyakan orang Penang sebenarnya tidak mengambil berat mengenai sejarah dan asal-usulnya. Sebab itulah apa yang selalu disebut sebagai "masalah Melayu Pulau Pinang" tak berkesudahan.

Berapa ramaikah orang kita yang tahu bahawa orang Melayu/Islam berperanan penting dalam pembukaan dan pembangunan Georgetown.

Tahukah mereka bahawa pada zaman awal pembangunan Pulau Pinang (orang tua-tua sebut zaman Tok Nadork) wujud sebuah kawasan yang dikenali sebagai "Malay Town" yang diiktiraf oleh Francis Light dan penjajah-penjajah selepas beliau.

Saya pernah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menamakan semula Jalan Tanjong Tokong kepada Jalan Ibrahim Mahmood, seorang pejuang kemerdekaan dan tokoh kewartawan unggul kelahiran Pulau Pinang (Tanjong Tokong), tetapi tidak mendapat sambutan sama sekali. Nampaknya pentadbiran Pulau Pinang pun buta sejarah.

Saya hairan kenapa pentadbiran negeri boleh menamakan semula jalan-jalan tertentu sempena Tan Sri Teh Ewe Lim, C.Y. Choy dan Aziz Ibrahim sedangkan jasa, sumbangan dan pengorbanan mereka jauh lebih kecil berbanding dengan Ibrahim Mahmood.

Bukan itu sahaja, Umno Pulau Pinang juga tidak menghargai dengan sewajarnya sumbangan dan pengorbanan Ibrahim Mahmood.

Anonymous said...

Tuan Syed

Perjuangan masa kini hanyalah perjuangan untuk kepentingan peribadi dan sebab itulah kita selalu dengar pemimpin yang mewakili parti keramat orang melayu di Pulau Mutiara selalu bergaduh. Dah jadi mangli (kata orang Kedah). Pasai apa ni semua terjadi pasai perjuangan hanyalah untuk merebut jawatan. Jadi macam mana orang Melayu Pulau Pinang nak berjaya. Kalau tenguk, kita dah advance dalam macam-macam benda dan hal, kalau baca sejarah, kita boleh tau macam mana orang Melayu Pulau Pinang dah advance sejak zaman tok nadork lagi, tapi sekarang ni tenguk la orang Melayu macam mana, suara kita tak semeriah suara orang lain. Mungkin suara kita kurang lantang?
Apa pendapat Tuan Syed? atau suara kita tak cukup lantang sehingga tengelam dalam suara-suara meriah yang mempunyai power yang sangat kuat. Mungkin juga suara kita tidak cukup voltan sehingga power dapat mematikan voltan M?

NER

Mat Jerman said...

Mendengar cerita Tuan Syed, membuatkan saya terfikir sejenak. Mungkinkah kehidupan di waktu pemerintahan British lebih baik daripada kehidupan di bawah pemerintahan orang kita sendiri?

Melihat pentadbiran masa kini, mungkin kita patut menjemput British menjajah kita semula dan mengajar bagaimana untuk memajukan sesebuah negeri dengan betul.

Saya bukan menghina atau merendahkan usaha mereka yang berhempas pulas memerdekakan Malaysia, malah saya kagumi keberanian, kesungguhan mereka.

Cuma mereka yang mengecewakan saya ialah sikap acuh tidah acuh untuk tidak menghargai sejarah negeri sendiri oleh pemerintah yang terdiri dari rakyat negeri itu sendiri.

Soalan yang saya ajukan di atas untuk kita semua fikirkan...supaya kita membuat perbandingan sendiri.

Sudah 50 tahun kita Merdeka.
Sudah 50 tahun kita sendiri yang memerintah negara kita sendiri.

Kadang-kadang rasa bagai dijajah bangsa sendiri.

Anonymous said...

Saya teringat pantun orang melayu pg dulu-dulu:

Pulau pinang bandar baru
Kapten Light Menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
jatuh berlinang air mata.

Saya lahir, bersekolah dari std 1 hingga form 6 di penang. Masa std 1 hingga std 6 saya jalan kaki 2km dari relau ke SK Sg Ara. Panas hujan tak kira. Bila hujan ambil adun pisang satu pelepah buat payung. form 1-5 naik bas kuning tambang 15 sen dari relau ke SMK Tun Uda tepi Airport. Lepas tu naik bas kuning tambang 60sen dari relau ke SMK Abd Munshi, jln P. Ramlee.

Saya keluar dr penang tahun 1980 kerana masuk u kat KL sampai la ni dah 27 th di luar pg.

Nostalgia lama dah tak ada. relau pun dah jadi bandar besar, condo dah ganti pokok getah dan durian di bkt jambul, paksiau dan bkt logan.

Dulu masa kecik selalu main sepakraga depan surau. kadang-kadang lepak kat rumah misi (klinik kesihatan).

Penang sgt pesat maju. la ni bila saya balik penang pun saya selalu sesat jalan.

Yang berubah byk hanyalah penang. Tapi melayunya masih macam lama. s/a dimarginalise mahupun sengaja pilih menjadi masyarakat yang marginalise. saya fikir kita pilih utk marginalise.
Perlu buat suatu utk create revolusi minda orang melayu Pg.