Seorang teman memaklumkan kepada saya bahawa satu perubahan drastik akan berlaku dalam barisan Kabinet pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi) pada pertengahan Mac depan.
Menurut beliau ia satu perubahan yang bersejarah ... jika ia benar-benar berlaku.
Teringat saya akan pendedahan rakan perawi maya Datuk Ron Ahmad (Kuda Kepang) melalui tajuk "Toyol Code". Ramai menteri yang akan diganti atau digugurkan. Dalam erti kata lain, di pecat!
Saya masih sangsi sama ada Pak Lah cukup kejantanannya untuk berbuat demikian...? Antara nama yang disebut-sebut akan dipecat ....Rafidah Aziz, Rais Yatim, Nazri Aziz, Samy Velu, Azalina Othman Said, Aziz Shamsudin, Azmi Khalid dan ramai lagi .... wah nampaknya hampir seluruh anggota Kabinet. Keng Yaik sudah pasti lepas jawatan seperti yang dijanjinya ekoran perubahan pucuk pimpinan parti Gerakan.
Bagaimana pula dengan Najib Tun Razak ... dan sepupunya yang lemah-lembut bernama Hishamuddin ...?
Sama-samalah kita tunggu dan lihat kebenarannya.
9 comments:
Assalammualaikum..
Pertama kali sy comment dalam Blog ni, selalunya sy just buka dan baca saja, banyak dapat info dalam blog ni, tq.
Tapi agak tekejut dengan pandangan kali ini, walaupun perkara yang di persoalkan (rombakan kabenet) masih dalam cakap-cakap kosong, tapi manakan tidak pokok bergoyang tampa tiupan angin..
Kita sama-sama tunggu'
-mee jan-
tuan syed!
did nak robek rombak kabinet dia, biarkanlah. bukan akan membawa apa2 manfaat. selagi pm itu abdullah dan abdullah itu pm, maka gejala merosot yang kita deritai sekarangan akan berpanjangan, malah mungkin menjadi semakin buruk.
kita ramai2 ke pwtc lah hari ini tuan syed, jam 12:30 ptg, mendengar apa yang tun dr mahathir nak cakap. tolong tuan syed bilang kat dr m, ni semua dia punya pasal jugak. kalau dia tak ambik si dia ni sebagai pengganti ..
tapi, kalau yang lagi sorang (yang sepupunya nya lemah lembut) tu pun bukan handal sangat. isteri dia control habis. silap2 kita dapat perdana menteri wanita pertama (by proxy!).
harap jangan lambat. itu budaya badwi.
Bak kata orang yang ada sedikit pengalaman, kalau kepala jalan terhoyong-hayang, maka badanpun ikut sama. PM boleh gugur semua menterinya dan lantik orang lain, tetapi ia tetap sama. Umpama KTM pasang gerabak baru tetapi kepala kereta api masih yang lama, apa bezanya?
Betullah kata saudara Lubok Melayu.
Mijan, selamat datang ke dunia siber. Rajin-rajinlah melayari dan melawat blog-blog di alam maya. Maklumlah, la ni surat akhbar tak boleh diharap sangat. Berita-berita tertentu tak akan disiarkan tanpa mendapat restu para pecacai di tingkat 4 bangunan tertentu.
kalau tak silap sayalah, ada desas desus jugak mengatakan, tapi tak dapat dipastikan, maka ianya bukan fakta tetapi andaian:
Dari sumber-sumber yang dipercayai, undian untuk menentukan gabungan NST-Utusan Melayu telah dibangkang dengan undian 45 (bangkang) kepada 3 (sokong), dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi UMNO.
Ketua dan Naib ketua dan seorang lagi Pak turut MUNGKIN sokong. Berdasarkan laporan2 akhbar, memang ketua dengan naib ketua habis-habisan menyokong.
Mungkin mereka yang membangkang ini akan diketepikan kot. Mungkin mereka dah tahu dah nasib yang bakal menimpa mereka.
Mungkin kita hanya boleh mengagak dan membuat teori.
Saya doakan Malaysia selamat daripada digodam.
Banyak pemimpin yang terpaksa "hipokrit" untuk kepentingan diri dan jawatan. Depan bos besar mereka kata "saya sokong" tapi dibelakang lain pula ceritanya.
Keberanian ahli-ahli MT yang menentang cadangan penggabungan menunjukkan bahawa mereka dah tak sanggup jadi "hipokrit". Mereka sedar bahawa akar umbi dan masyarakat Melayu tak sokong penggabungan yang diilhamkan oleh kumpulan Tiga K itu.
Sebenarnya, kita dahpun kena godam, sikit demi sikit, ramai yang masih belum merasainya.
Pendapat saya semua menteri-menteri dari UMNO boleh saja digugurkan tetapi tidak Samy Veloo kerana beliau mewakili MIC dan sebagai Presiden MIC beliau adalah wakil yang dicadangkan. Walaupun PM boleh memilih sesiapa sahaja dari MP atau Senator untuk menjadi Menteri, Samy akan dikekalkan di atas nama semangat setiakawan BN.
Kalo betul2 nak banteras rasuah, pilih yg betul2 tak rasuah. Tapi ada ka orang UMNO yg tak suka rasuah?
Post a Comment