Pemimpin pengganas yang mendakwa dirinya sebagai "Sultan Sulu" hari ini meminta diadakan gencatan senjata. Kita katakan kepada nya "pergi jahanam".
Jamalul Kiram III yang sebenarnya "sultan" palsu, sedar bahawa Kerajaan Malaysia bukan boleh dipermainkan dan dipandang setaraf dengan "kesultanan" palsunya itu. Dia dengan sombongnya menolak tawaran Malaysia untuk orang-orangnya pulang ke Sulu.
Pengganas yang diketuai adiknya yang kononnya "raja muda" telah membunuh lapan orang anggota polis secara pengecut dan dengan zalimnya "mencacat-cela" orang yang dibunuh. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu tidak boleh diampun sama sekali.
Nah, apabila pengganas mereka menerima padah di tangan pasukan keselamatan Malaysia, iaitu polis dan tentera, maka dengan senangnya dia mahukan gencatan senjata.
Kita amat berharap agar kerajaan Malaysia tidak melayan sama sekali permintaan orang yang kalah, pengganas yang tidak berhati perut itu. Hapuskan mereka! Musnahkan mereka!
1 comment:
malaysia tolong jangan percaya pada gencatan senjata puak-puak bangsat ni. terus hapuskan saki-baki mereka dari bumi sabah. bila dah nak kalah baru minta tolong. dulu cakap berdegar-degar macam hebat sangat.memang dasar bangsat.2
Post a Comment