Wednesday, March 13, 2013

RTM tak hormat MB Kelantan?

Seperti biasa, saya menonton berita  yang disiarkan oleh RTM melalui TV1 pada pukul 1.00 tengah hari dan 5.00 petang hari ini untuk mengikuti perkembangan terkini pencerobohan pengganas "Kiram" di Sabah. Saya keberatan menggunakan perkataan "Sulu" kerana bukan semua orang Sulu menyokong tindakan bodoh pengikut "Kiram" yang mendakwa sebagai "sultan" Sulu.

Saya berbuat demikian sekadar ingin tahu bentuk laporan stesen tv milik kerajaan kerana berita terkini lebih cepat diperolehi melalui sumber Internet. 

Antara berita yang menarik perhatian saya ialah ketibaan jenazah dua orang wira negara dari Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang gugur di Lahad Datu, seorang dalam pertempuran dengan musuh manakala seorang lagi akibat kemalangan  jalan raya ketika dalam perjalanan membawa bekalan makanan kepada pasukan keselamatan.

Beribu-ribu orang dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail,  Kota Bharu untuk turut sama menerima atau menyambut ketibaan jenazah allahyarham Kpl. Ahmad Hurairah Ismail dan allahyarham Kpl. Ahmad Farhan Roslan, dua orang anak Kelantan yang mati syahid.

Dalam laporannya, RTM menyebut antara pembesar yang berada di lapangan terbang ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek, kedua-dua dari Kelantan.

Apa yang memeranjatkan saya ialah RTM tidak sebut langsung akan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedangkan dia adalah ketua Kerajaan Negeri dan yang terkorban adalah dua orang rakyat Kelantan.

Apakah RTM tidak mengiktiraf atau tidak menghormati Datuk Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Kerajaan Kelantan dan sebab itulah kehadirannya tidak disebut? 

Ada orang yang mungkin akan berkata ini satu perkara remeh tetapi ia tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh media rasmi kerajaan yang menyebut kehadiran seorang menteri dan timbalan menteri Kerajaan Persekutuan tetapi tidak Menteri Besar sedangkan dari segi protokol, Menteri Besar mendahului menteri persekutuan. Jika nak sebut kehadiran orang kenamaan, kenalah ikut protokol.

Mungkin pemberita dan editor berkenaan tidak tahu kedudukan protokol tetapi ia bukan satu alasan untuk tidak menyebut kehadiran seorang ketua kerajaan negeri pada satu majlis yang membabitkan rakyat negeri berkenaan dan yang berlaku dalam negeri berkenaan. 

Sama ada kita suka atau tidak akan Datuk Nik Abdul Aziz kita kena hormat jawatannya selaku Menteri Besar, iaitu selaku ketua Kerajaan Negeri Kelantan yang dipilih rakyat sama juga jika kita suka atau tidak akan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita kena hormat jawatannya sebagai Perdana Menteri atau ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Pegamal media seharusnya tahu yang ketua kerajaan negeri mendahului semua Menteri Kabinet kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari segi protokol. Sebab itulah Menteri Besar atau Ketua Menteri diberi gelaran rasmi  Yang Amat Berhormat sedangkan Menteri hanya Yang Berhormat. Gelaran itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa yang mesti didahulukan - YAB atau YB.

Kerajaan meminta isu pencerobohan di Lahad Datu tidak dipolitikkan, tetapi media rasmi kerajaan sendiri yang nampaknya bermain politik.

   





6 comments:

Anonymous said...

Tak payah nak hormat ularmak yg sam a bersengkongkol dgn anuwar dalam pencaturan d LD
Tangan najis tu sama berlumuran dengan darah perwira yang gugur d medan perjuangan.Najis tu cuba nak cari political milage dengan menghadiri diri dalam upacara tu.
Apa perlu RTM menghormati najis tu bilamana RTM di chop sebagai media yahudi oleh najis dan puak puak hijau nya

Anonymous said...

Rendahnya akhlak orang yang komen di atas ni...kesian..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mr edz said...

apa punya komen ntah si anon tu.. memang betul la kata si rais masa dia dalam S46, kalau keluar kat tv3 bunyinye lain, kalau kat rtm langsung tak keluar.

Syed Imran said...

Memang banyak orang seperti itu. Dia mungkin berpuas hati dapat melemparkan kata-kata kesat seperti itu, dan kita turut bersimpati dengan kecetekan mindanya. Perkataan 'najis' juga dirujuk oleh mereka yang berfikiran serupa terhadap PM. Mereka ini semakin hanyut dalam lautan api.

Dalam tulisan berkenaan, saya sekadar nak tonjolkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang ketua kerajaan yang tiada kaitan dengan politik. RTM tidak boleh ketepikan kenyataan yang MB Kelantan turut hadir apabila menyebut nama menteri, timbalan menteri dan panglima tentera darat. Jika tidak mahu sebut kehadiran MB Kelantan, maka tidak perlu sebut kehadiran orang lain yang dari sudut protokol berada di belakang MB, kecuali mereka ada muslihat lain memandangkan pilihan raya dah terllu hampir.

Opex Tigere said...

keperibadian mulia tuan guru dicemburui...mereka tidak nampak kebenaran sebaliknya hanya kesesatan yg mereka akui...ad mata lihat,ad telinga dengar