Tuesday, August 16, 2011

Mufti Pulau Pinang kesal ada kenyataan tidak profesional berkaitan isu bacaan al-Quran guna pembesar suara

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad meluahkan perasaan amat kesalnya atas beberapa kenyataan tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

" Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni, " katanya pada sidang media di Pulau Pinang semalam.

Beliau menegaskan bahawa larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. 

Mufti itu juga menjelaskan bahawa larangan terhadap masjid atau surau di Pulau Pinang daripada menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

" Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al- Quran dan zikir amalah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita, " katanya seperti yang dilaporkan oleh media.

Datuk Hassan juga menafikan tuduhan bahawa larangan itu dikeluarkan atas arahan kerajaan negeri. ( seperti yang didakwa oleh salah seorang naib presiden UMNO  - penulis).

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah dikaburkan manakala tambahan 'rempah ratus' menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan.

Katanya perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

" Saya melihat isu ini dalam perspektif yang objektif  kerana keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri, " katanya ketika menulis dalam HarakahDaily.

Mujahid yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, berkata kerakusan media (arus perdana - penulis) 'membelasah' pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. 

" Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati?   Apa bezanya institusi Mufti Pulu Pinang dengan yang lain? " 

Mujahid seterusnya bertanya mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan yang serupa tidak kecoh dan heboh?  Mengapakah Perlis tidak dlabel sebagai negeri yang mahu 'meminggirkan Islam' dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian?. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang? 

Merujuk kepada soalan mengapa Majlis Fatwa Kebangsaa tidak dimaklumkan, beliau berkata ia adalah satu lagi kejahilan pihak  tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan isu 'Pengharaman Poco-Poco' dimana Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Mujahid turut kesal atas sikap segelintir orang Melayu yang memperbodohkan  diri mereka dalam isu bacaan al-Quran ini sehingga tersingkaplah wajah sebenar mereka yang kononnya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya.

" Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit, " tegas Mujahid.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

" Kita (umat Islam)  hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. " katanya.

Seperti yang dikatakan oleh Mujahid, Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008, tetapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat 'malafide' dan kadang-kadang berbaur fitnah dan pembohongan. 

Paling menarik isu Pulau Pinang berlegar sekitar isu Melayu dan Islam dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan DAP ke atas orang Melayu dan Islam.

Apakah mereka fikir  orang Melayu Pulau Pinang mudah dipergula-gulakan dengan isu peminggiran dan penindasan? Mungkin segelintir yang berkepentingan tertentu sahaja tetapi bukan majoriti.

   

9 comments:

Tuan Senang Besar said...

:)
Apa khabar Tuan Syed?

-thethinker- said...

yg pakai otak , akan fikir dan buat research - teguran Nabi dlm hadis , pastu tanya diri , awat perlis dok buat sejak 2007 , tak bising pun .

tapi ramai lagi yg pakai otak kepala lutut , depa akan kokok satu malaya , DAP haramkan azan subuh . peduli apa bulan Ramadhan ka , Syawal ka , janji DAP mesti dibuang , tipu ke , fitnah ke ... matlamat menghalalkan cara... Tuhan kata syaitan dirantai dibulan Ramadhan , tapi tak kata manusia perangai setan dirantai... terutama jenis mamak yg kemaruk jadi melayu , lagi dahsyat depa main api .. si kitol -- brp ratus tahun kemudian ,masih perangai si-kitol jugak

Anonymous said...

SLM PAK TUAN,

wahai pembesar2 dan sekutu2 UMNO. hgpa buat la kheja nie kerap2 sket. mudah2an dgn izin ALLAH cepat lagi umno hancoq..ghebbbbbbbbbb teruih.
senang ceqita.

jelutong timoq

Anonymous said...

bagaimana dengan asap colok colok di sekitar kawasan perumahan? itu takde hadis sebab diaorang takde hadis nak back up..tulis sendiri saje..itu menganggu saye...

-yang pakai otak dan berfikir lagi panjang-

Bosan said...

Kita boleh menuduh dan memperkatakan apa sahaja yang kita inginkan. Sekiranya ia dibuat berlandas hujah seperti yang diperkatakan maka elok lah. Cuma kita tidak boleh menghalang orang dari mempersoalkan tentang kenapa baru sekarang dan bukan sejak dahulu lagi. Kenapa Kelantan tak keluarkan arahan yang sama. Dan berbagai persoalan lain. Ini kerana kita di Malaysia setiap perkara yang dibuat semua ada pertimbangan politik baik dari pihak BN mahupun pihak PR.

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

La ni bukan kita tak tau..UMNO tu kan dah jadi pembangkang kat Penang..apa saja akan digunakan untuk belasah kerajaan memerintah..kalu depa yang perintah..sumua elok walaupun banyak yang tak elok daro elok..depa tak rasa segan yang rakyat termasuk orang-orang UMNO sendiri dah bosan kat depa..si Zahid tu..lagi la orang meluat..tak caya..cuba tanya kat asykar-asykar..nampaknya sejarah Patih Karma Wijaya zaman Melaka akan berulang balik.

Anak Jati Kelawei said...

Kita agama Islam dan bukan agama UMNO, kita agama Islam dan bukan agama Melayu, kita bangsa Melayu yang rata - rata tidak pandai berbahasa Arab maka suka melatah terhadap perkara yang kecil2 dan lebih pentingkan biadaah daripada hukum. Di Kelantan keadaannya lain sebab majoriti orang Melayu beragama Islam, kat Penang ni lain. Sebab tu zaman dulu pun para muazzin terdiri dari mereka yang bersuara merdu dan sedap untuk melaungkan azan. Arahan yang diberikan adalah selari dengan prinsip - prinsip Islam, UMNO ni habih semua dia nak politikkan sebab dia nak dapatkan balik Pulau Pinang, bila BN pegang dulu apa yang dia buat? Rakyat dah tak larat dengan politik kotor UMNO, muak dah...

Anak Jati Kelawei said...

Kita agama Islam dan bukan agama UMNO, kita agama Islam dan bukan agama Melayu, kita bangsa Melayu yang rata - rata tidak pandai berbahasa Arab maka suka melatah terhadap perkara yang kecil2 dan lebih pentingkan biadaah daripada hukum. Di Kelantan keadaannya lain sebab majoriti orang Melayu beragama Islam, kat Penang ni lain. Sebab tu zaman dulu pun para muazzin terdiri dari mereka yang bersuara merdu dan sedap untuk melaungkan azan. Arahan yang diberikan adalah selari dengan prinsip - prinsip Islam, UMNO ni habih semua dia nak politikkan sebab dia nak dapatkan balik Pulau Pinang, bila BN pegang dulu apa yang dia buat? Rakyat dah tak larat dengan politik kotor UMNO, muak dah...

miss myaira said...

saya setuju dengan penulis.. kebanyakkan mereka yang bercakap berlandaskan politik dan tidak tahu hukum agama.. dari situ menampakkan ramai rakyat kita yang bodoh sombong sbb tuh bangsa lain senang mengambil kesempatan