Friday, August 12, 2011

Rusuhan di Britain tak boleh disamakan dengan demonstrasi jalanan

Rusuhan yang tercetus di England tidak boleh disamakan dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan di mana-mana termasuk di Malaysia. Ia adalah dua perkara yang berlainan.

Walaupun demonstrasi boleh mencetus rusuhan, tetapi ia jarang berlaku. Lihat saja demonstrasi yang kerap diadakan di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat apabila rakyat menyuarakan sama ada bantahan atau penentangan terhadap sesuatu isu, ia tidak pula mencetus rusuhan.

Adalah sesuatu yang tidak tepat apabila ada pihak, termasuk pegawai atasan polis di Malaysia, yang mengaitkan demonstrasi Bersih 2.0 dengan apa yang berlaku di England. Demonstrasi Bersih 2.0 dihebohkan jauh lebih awal daripada tarikhnya manakala rusuhan di bumi Inggeris dilakukan secara mendadak selepas berlaku insiden seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis, yang besar kemungkinan berkulit putih.

Pihak polis di Malaysia sudah lebih awal bersiap siaga untuk menangani demonstrasi jalanan itu manakala di England, mereka dikejutkan dengan rusuhan yang tiba-tiba berlaku dan tidak bersedia untuk menghadapinya.

Apa yang boleh dipelajari daripada rusuhan yang berlaku di England ialah penghijrahan bangsa-bangsa yang miskin ke negara yang kaya atau maju boleh mencetus masalah perkauman yang serius. 

Malaysia kini dibanjiri oleh kaum pendatang bukan sahaja dari rantau Asia Tenggara tetapi Asia Selatan dan Afrika. Keberadaan  mereka di Malaysia sudahpun memberi sumbangan kepada peningkatan perangkaan  jenayah termasuk pembunuhan ngeri.

Masalah atau kemungkinan ini telahpun diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  10 tahun lalu semasa berucap merasmikan Diskusi 'Toleransi - Model Malaysia' di IKIM, Kuala Lumpur.

Tun berkata masalah perkauman di Eropah akan bertambah di masa-masa akan datang kerana mobiliti atau pergerakan masyarakat begitu tinggi. Sempadan tidak boleh dikawal seperti lazimnya dan penyeludupan manusia akan meningkat. 

 Apa yang disuarkan oleh Tun Mahathir 10 tahun lalu kini menjadi kenyataan. Rusuhan yang berlku di England tidak boleh dinafikan sebagai sesuatu yang membabitkan kaum pendatang yang turut dipanaskan oleh samseng-samseng kulit puteh yang ambil kesemptan untuk mengganas.

Dengan bertambahnya bilangan kaum pendatang, ancaman terhadap kaum asli atau rakyat asal akan meningkat ke tahap yang tidak dapat diterima, walaupun ada penduduk tempatan yang akan bersikap liberal dan kerajaan secara rasmi bersikap toleran atau bertolak ansur, kata Tun Mahathir.

Tetapi, tambahnya, golongan bawahan di kalangan penduduk tempatan yang menjadi majoriti akan menyoal hak kaum pendatang dan tidak dapat bersikap toleran terhadap mereka. Sekali sekala rusuhan kaum akan berlaku dan pada masa lain perhubungan antara kaum tetap tegang. Toleransi hanya akan ada di mulut sahaja. 

Bahayanya, semakin ramai kaum pendatang semakin buruk hubungan antara kaum dan semakin sukar bagi masing-masing terutama penduduk asal untuk bersikap toleran.

Oleh itu, apa yang berlaku di England harus dijadikan teladan terutama oleh orang Melayu kerana sejarah bangsa menunjukkan betapa Melayu lebih mengutamakan keselesaan hidup daripada soal-soal keselamatan dan kemajuan bangsa. 




6 comments:

-thethinker- said...

apa nak heran , kawan saya yg buat PhD ntah dah berapa tahun kat UK ngan duit cukai rakyat , joli sana sini pun fikir camtu , paling syiok , dia kata awat PR tak bising pasai budak kita yg kena pukul dan samun tu , dan dia kata , kalau budak tu bukan-melayu, mesti PR bising .. apa punya pemikiran ni , tuu kejadian kat luar negara , macam mana kita bising pun takda org peduli , patut kerajaan malaysia yg hantar bantahan laa. .nama jee PhD , perasaan hasad dengki ada laa..

Anonymous said...

Sdr Syed,
Kebanjiran warga asing di Malaysia menimbulkan pelagai masalah sosial dan, dalam hal tertentu, menggugat keselamatan pelbagai pihak. Jenayah rompakan, samun, pecah rumah, pukau, rogol, penipuan dan sebagainya yang dilakukan warga asing, memang banyak.

Kehadiran mereka juga menyebabkan kehidupan rakyat tempatan menjadi tidak selesa kerana terpaksa berebut dengan golongan pendatang ini untuk memnggunakan kemudahan awam seperti LRT, bas, perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Saya bukanlah anti pendatang, tetapi undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan undang-undang negara ini. Oleh kerana kekasaran dan kebiadaban sesetengan pndatang ini, ramai rakyat tempatan berasa tidak selamat, bukan saja untuk bersiar-siar di bandar, malah di kawasan perumahan sendiri.

Saya harap pihak berkuasa meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan undang-undnag berhubung pendatang asing untuk memastikan rakyat tempatan dapat hidup dengan lebih tenteram.

-- Balanglama

Syed Imran said...

-thethinker-,

bukan semua yang memiliki PhD cerdik dan bijak. Pada zaman ini apa saja sijil boleh dibeli dan bukan semua pemegang PhD benar-benar memiliki sijil tulen.

--Balang Lama,

Itulah yang sedang berlaku. Jika sebelum ini banyak jenayah dikaitkan dengan pendatang Indonesia, sekarang dah merebak ke pendatang Vietnam, Myanmar, Bangladesh dan beberapa negara Afrika. Mereka begitu berani melakukan jenayah yang sebelum ini tidak berlaku. Apa yang berlaku di England boleh berlaku di sini jika kerajaan tidak ambil tindakan segera untuk menyekat kemasukan mereka. Kita bimbang akan masa depan anak cucu. Itu saja.

-thethinker- said...

dia tak beli , dia pi ngan duit cukai kita . Universiti bagi dia cuti sabatikal bergaji utk 3 thn , tapi dah 5 tahun , bila tanya awat lama ,dia jawap , hang ingat senang ka buat PhD .. tapi dlm facebook , satu europe dia ronda , ngan anak bini . bole bikin satu lagi anak - made in britain punya. paham paham je laa..

Anonymous said...

Tuan Syed,

Kalau dilihat dari kronologi apa yang berlaku di London. Ianya bermula dengan pemuda kulit hitam yang dibunuh oleh Polis.

Ramai warga minoriti kulit hitam yang marah dan juga pendatang mula membuat perkara-perkara yang merosakkan harta awam, akhirnya merebak menjadi rusuhan.

Bersih 2.0 adalah demonstrasi untuk membuat tuntutan dengan niat memperbaiki demokrasi manakala apa yang berlaku di London adalah rusuhan yang berpunca daripada perasaaan marah dan ingin melepaskan geram.

Saya setuju dengan Tuan Syed yang kedua-dua kejadian itu tidak boleh disamakan.

Ini adalah kerana penyerta demonstrasi di London adalah berlainan, niat untuk berdemo juga adalah berlainan.

Pernah saya menuntut di UK, terdapat golongan minoriti dan juga pendatang yang tinggal di London yang agak kasar peribadi mereka.

Ramai penuntut dari Malaysia yang inginkan sewa yang murah tinggal berdekatan di kawasan tempat tinggal pendatang. Mungkin ini sebabnya apa yang berlaku ke atas penuntut Malaysia yang terlibat dalam kejadian ini.

Saya yakin, penuntut yang terlibat dalam kejadian ini tidak akan balik walaupun berlaku kejadian yang menimpa beliau.

Anti Beri IC kepada Pendatang said...

Ulasan yang menarik dan bijak. Saya menyokong seratus peratus pandangan ini. memang sekiranya klu sesebuah negara itu terlalu ramai warga pendatang ia akan mewujudkan jurang antara kaum sekali gus berpotensi meyumbang kearah rusuhan kaum.

Persoalannya, mengapa begitu mudah Barisan Nasional memberikan kewarganegaraan percuma kepada pendatang. Apakh sumbangan mereka?
Walapun telah menetap di sini begitu lama, saya berpendapat ia bukan alasan untuk mereka diberi taraf kewarganegaraan sebegitu mudah.

Saya berpandangan, Pendatang yang diberi taraf kewarganegaraan dgn begitu mudah tidak mempunyai jati diri dan semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara Malaysia. Kebanyakan mereka tidak menganggap Malaysia sebagai tempat tumpah darah mereka. Mereka sekadar menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk mencari rezeki berbanding negara asal mereka yg begitu susah untuk mendapatkan sesuap nasi. Perasaan jati diri mereka sebenarnya adalah di tempat kelahiran asal mereka.Walaupun tinggal di Malaysia, sedikit sebanyak mereka masih berbangga dgn negara asal masing2.

Andai kata, MAlaysia mengalami huru hara atau dlm situasi perang, adakah glongan pendatang yang mendapat taraf kewarganegaraan ini akan sama-sama mempertahankan negara??? Tidak ada jaminan mereka akan sama2 mempertahankan negara ini. Silap2 mereka lebih rela menjadi pendatang atau pelarian di negara lain untuk menyelamatkan diri. kemudiaan memohon taraf kewarganegaraan di negara lain atas alasan eplarian perang...