Saturday, August 13, 2011

Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan


Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.

Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.

Yang lebih mendukacitakan saya apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri.

Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.

Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa.  Tak kan inipun Zahid tidak tahu.

Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim.

Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof  Latif  menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu.

Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif  terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong.

Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh.

Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....

Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. 

Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak.

Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. 

8 comments:

mr edz said...

lama tak ke masjid kot

pasulukinta said...

kalau dah dudok dengan syaitan, kerja syaitan lah yang dia buat. nampak kerja amal, tapi jahil, dan bertentangan dengan sunnah nabi. nak tegak islam bukan dengan kuatkan bacaan quran, tapi tegakkan hukum ALLAH

Anonymous said...

Wahai ostad Sheikh Ahmad Zahid AlBagani,sekali sekala dlm bulan ramadhan ni,bercakap ikut akal boleh tak?Saya ni walaupun tak ada sanawi,tapi zaman sekolah rendah 40 tahun dulu sudah diajar adab2 dimesjid,zaman Rasulullah,tak ada loud speaker pun baginda dah nasihat jgn baca alquran nyaring2 dikhuatiri menganggu kekhusukan org lain yg dok tengah sembahyang,berzikir dsbnya...

-thethinker- said...

isu ini menunjukkan UMNO lah yg mempergunakan Islam utk kepentingan politik , apa apa je yg bole dihambat masuk kantung hutang DAP , UMNO akan terus buat , tak peduli hadis dan suruhan Nabi

Anonymous said...

slm pak tuan,

ustadz2 bercakap agama, menteri2 pon nk juga bercakap agama. piiirahh. menteri cakap agama ikut kehendak politik. bulan posa pon nk juga buat kheja lagho...pahala boleow dosa buleh. apa punya turrrrrrrrrrr.

jelutong timoq

Syed Imran said...

Benar kata -thethinker-, Umno mempolitikkan isu ini dengan mempermainkan sentimen Islam.

Kita nak tanya Zahid Hamidi mahupun Jamil Khir Baharom, mantan Pengarah KAGAT ATM, kenapa kalian tidak bersuara pabila larangan yang serupa dilaksana di Perlis seperti yang disahkan oleh Mufti Perlis yang menyokong keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan mantan Mufti Perlis Dr MAZA pun sokong Pulau Pinang. Jawapannya mudah sahaja iaitu Perlis diperintah oleh Umno/BN maka usah kacau manakala P Pinang oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP. Walhal kerajaan pimpinan DAP tidak campur tangan sama sekali dalam urusan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sayapun setuju dengan pasulukinta, Anon 1;04 AM dan jelutong timoq.

Menteri di Malaysia cukup hebat. Mereka tahu segala-galanya walaupun ia bukan bidang atau kepakaran yang dimiliki. Itupun jika menteri itu ada kepakaran tertentu. Bila orang yang alim dalam urusan agama seperti mufti buat keputusan, maka orang politik mempersoalkannya. Menteri gemar memberi komen tentang apa saja isu yang ditanya oleh wartawan semata-mata nak dapat publisiti murah.

Rakyat ada senjata iaitu undi. Gunakanlah senjata itu sebaik-baiknya apabila pilihan raya umum ke 13 tiba tidak lama lagi.

Anonymous said...

Seorang menteri yang pernah arahkan anak buahnya memukul seorang lelaki yang bercinta dengan anaknya hingga cacat. UMNO memang perlu simpan orang sebegini supaya lebih cepat kojol...

cucu syed ahmad said...

Kalau negara kita tak pernah dijajah selama ini, pada 31hb. Ogos setiap tahun kita pasti menyambut hari kemerdekaan. Soalannya :- Merdeka dari siapa??