Monday, October 18, 2010

KOS PEMBINAAN ISTANA NEGARA YANG BARU MENGHAMPIRI SATU BILION RINGGIT

Naik dan terus naik, itulah kos atau harga  pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Maklumat terkini menunjukkan kos keseluruhan istana baru itu mencapai RM935 juta. Jika anda memandu menghala Pencala Link ke arah Sungai Pencala dan Taman Tun Dr Ismail, anda dapat melihat kerja-kerja membina istana yang tersegam tetapi belum siap sepenuhnya itu. Yang pelik, batu yang digunakan bukanlah bata merah tetapi bata simen bercampur pasir. Umum mengetahui bahawa bata merah jauh lebih baik dan bermutu tinggi berbanding bata simen.

Maklumat terkini mengenai pembinaan istana tersebut diberikan oleh Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada soalan  Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Kos keseluruhan projek tersebut termasuk membina atau menaik taraf beberapa batang jalan yang menuju ke istana  tetapi tidak termasuk kos operasi dan pentadbiran. Saya agak jika diambil kira kos berkenaan, mungkin kos keseluruhan mencecah RM1 bilion.Ini tidak termasuk kos "komponen-komponen projek" yang tidak pula diperjelaskan dalam jawapan bertulis itu.

Projek pembinaan istana negara yang baru itu dijangka siap pada Jun  tahun depan.

Pembinaan istana negara yang baru itu dianggarkan menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini ia berlipat ganda kepada RM935 juta.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim menuduh kerajaan memberi kontrak utama istana negara kepada sebuah syarikat "kroni Umno" yang tidak layak untuk kerja-kerja tersebut.



7 comments:

Hambali ® said...

1Billion adalah hampir sama dengan kos pemberian bonus pada kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta orang (RM1.3Billion).

Unknown said...

Sdr Hambali,

...dan banyak lagi yang boleh dilaksanakan dengan wang sebanyak itu. Ramai rakyat miskin yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

Kita juga sedar akan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Oleh itu, kita tidak sama sekali mempersalahkan institusi raja tetapi pihak yang memerintah, iaitu orang politik.

Anonymous said...

Ini bukan lagi sebuah Istana tetapi sebuah mahligai.Bayangkan berapa pula wang rakyat akan digunakan untuk maintainancenya setiap tahun?
I billion ialah 1,000 juta. bukan sedikit wang rakyat digunakan hanya bagi kediaman seorang Raja. Berapa pula kos furniture, kos langsir, kos landskap? Ya Allah kau buka hati pemimpin-pemimpin kami agar mereka seda bahawa ramai lagi rakyat mesih hidup dibawa kemiskina tegar, ramiak lagi rakyat yang mampu makan sekali sehari, masih ramai lagi rakyat yang belum menikmati bekalan air bersih, ramai lagi rakyata belum dibekalkan letrik, masih ramai rakyat bergadai maut menyeberangi sungai untuk pekan terdekat> Dengan RM1 Billion sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah yang dihadapi rakyat di atas. Ya Allah kau bukan hati rakyat untuk membuat pilihan yang yang betul pada pilihanraya akan datang.Ya Allah kau berilah kepada kami pemimpin yang ikhlas, bersih, alim dan bertanggungjawab menterajui negara Malaysia yang kami cintai ini.Ya Allah kapada kamu sahaja tempat kami memohon kerana kau maha berkuasa, maha mendengar dan maha mengetahui setiap rasa hati kami. Amin Yarabilalamin.

Penghuni Rumah Pangsa

Anonymous said...

Saudara Syed,

Baru diumumkan bangunan baru lebih tinggi dari KLCC yang akan dibina menelan belanja 5 billion.

Projek untuk kepentingan rakyat seperti MRT Kota Damansara-Cheras sudah tertangguh lama.

Mengikut Belanjawan yang dibentangkan, projek MRT untuk mengurangkan lalulintas siap 2020, bangunan paling tinggi siap 2015.

Projek menarik taraf landasan keretapi Utara Selatan juga ditangguh berepa lama kerana kurang penting. Setakat ini banyak kemalangan sudah berlaku di PLUS.

Kemudian dilaungkan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Orang KL

Unknown said...

Penghuni Rumah Pangsa,

Amin. Semoga Allah membuka pintu hati mereka seperti yang anda dan ramai lagi rakyat mendoakannya.

Orang KL,

Setahu saya, menara berkembar Petronas pun belum penuh diisi penghuni atau penyewa. Tak faham pula saya kenapa kita perlu sebuah lagi bangunan pencakar langit, setinggi 100 tingkat. Ia tidak lebih daripada satu projek yang bakal mengaitkannya dengan nama DS Najib sama seperti orang mengaitkan menara berkembar Petronas dengan nama Tun Mahathir.

Adalah mencukupi bagi sesebuah negara mempunyai satu ikon terkenal seperti menara Eifel di Paris, Taj Mahal di India dan patung Liberty di New York. Kenapa pula kita nak adakah satu lagi ikon sedangkan menara berkembar Petronas sudahpun diiktiraf sebagai ikon KL dan Malaysia.

adila said...

Salam Pak Syed,

Kalu Pak Syed ingat la..sindrom slogan ka..ikon-ikon ka..Malaysia Boleh ka..ni dok jadi masa zaman Tun. Tun buat benda-benda tu kita sumua paham..pasai nak naikkan semangat kita..tapi cukup la takat zaman Tun saja. La ni kalu kita pakat gembleng tenaga usahakan sesuatu yang buleh bagi manfaat kat sumua orang, tak membiarkan diri dihanyut oleh permainan politik, hapuskan penyakit phd, insaf dengan kedudukan ekonomi bangsa kita yang masih dok takuk lama, gunakan sumber-sumber yang ada secara berhemah, pemimpin-pemimpin sumua turun padang jangan asyik nak jadi VVIP, jutawan-jutawan kita sedekahkan sikit harta depa bantu ahli masyarakat yang susah dengan menyediakan pancing..cek percaya..bangsa kita buleh berjaya. Cuba kita tengok orang Cina atau orang India..depa hingaq lagu manapun dalam politik tapi dalam bab survival bangsa atau ekonomi depa bersatu. Makin hari makin depa tambah ekuiti depa kat pekan-pekan besaq. Dalam satu blok bangunan kat area strategik diKL nak cari satu kedai Melayu pun susah. Yang ada mungkin la gerai-gerai terselit celah kedai-kedai depa..tu pun silap-silap Indon yang punya. Lagu mana kita nak bangga kalu kat KLCC Suria, Pavilion, Lot 10, Berjaya Times Square..orang kita cuma mampu menikmati pemandangan saja. Nak beli..kena pi kat Choket. Sedih woo..Cek harap bapak-bapak pemimpin kita tulong la kalu nak buat apa-apa pun..tulong pikiaq dengan bijaksana..mengkala kita ada kuasa sehari dua ni..jadikanlah diri anda sebagai ikon-ikon yang dikenang sepanjang zaman sebab berjasa dan bukan dikenang sebagai ikon-ikon yang membinasa. Tulong naa!!

Anonymous said...

..termasuk pembinaan underground bunker itu pasal mahal.

tnb sekarang dalam pembangunan bina loji jana kuasa nuklear..

untuk ahli-ahli parlimen cari tempat berlindung kalau meledak loji janakuasa tu..