Wednesday, October 20, 2010

UMNO SEMESTINYA TELUS DAN TERBUKA KEPADA SEMUA MEDIA

TERKINI -  Akhirnya Ibu Pejabat UMNO, hari ini, memberi dua keping pas kepada wartawan Malaysiakini dan beberapa orang wartawan media Internet yang lain untuk membuat liputan.



Hari pertama Perhimpunan Agung UMNO selepas perasmian persidangan tiga sayap parti itu malam tadi oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, memperlihat ketidaktelusnya parti itu terhadap liputan media, sama ada yang disebut sebagai arus perdana, media rasmi, media tradisional  mahupun media alternatif atau media dalam talian. 

Kepimpinan UMNO sering memperkatakan mengenai sikap terbuka dan telus parti itu dan betapa mereka menghormati dan melaksanakan kebebasan media, walaupun kita terima hakikat tiada kebebasan mutlak, seperti yang selalu ditegaskan oleh Presidennya Datuk Seri Muhamad Najib Tun Razak.

Sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan telah dan sedang menerajui pentadbiran negara, persidangan UMNO sudah tentu mendapat liputan bukan sahaja oleh media dalam negeri tetapi oleh media serantau dan antarabangsa.

Ini lah peluang terbaik bagi UMNO menghebahkan arah tuju perjuangan dan secara tidak langsung arah tuju pentadbiran negara kepada rakyat dan juga warga dunia. Sebab itulah media serantau dan antarabangsa berminat dan merasakan penting untuk membuat liputan.

Melalui persidangan sedemikian juga UMNO dapat membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media dengan membenarkan semua media yang memohon untuk membuat liputan diberi kebenaran berbuat demikian.

Dengan mengamalkan sikap terbuka dan telus, UMNO membolehkan media membuat liputan sebenar tentang apa yang diperbahaskan dan apa yang berlaku dalam persidangan itu. Pihak media pula tidak perlu mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak ketiga kecuali agensi-agensi berita yang membuat liputan.

Oleh itu, tindakan pihak UMNO, yang dilaporkan sebagai pegawai dari pejabat Setiausaha Agung UMNO T. Adnan T. Mansor, melarang dan mengusir para wartawan dari media dalam talian, Malaysiakini, daripada menggunakan kemudahan pusat media dan melarang mereka daripada memasuki semua dewan persidangan, amat dikesali.

Pada 5 Oktober, dalam temubual ekslusif dengan Malaysiakini, T Adnan  memberi jaminan kepada Malaysiakini bahawa wartawan mereka akan diberi pas media untuk membuat liputan. Apa dah jadi dengan janji tersebut menjadi persoalan kerana manusia dipegang pada janjinya.

UMNO tidak boleh mempersalahkan Malaysiakini sekiranya laporan mereka tersimpang dan tersasar kerana mereka tidak diberi peluang sama seperti media lain untuk membuat liputan. Sikap sedemikian juga boleh merenggangkan hubungan antara media berkenaan dengan UMNO.

UMNO tidak boleh memilih bulu apabila ia berhadapan dengan media kerana peranan media, terutamanya media dalam talian seperti Malaysiakini, tidak kurang pentingnya pada zaman sekarang. UMNO juga harus sedar bahawa generasi muda yang ia cuba dekati, lebih gemar menyusuri laman-laman sesawang media alternatif, blog, Facebook dan Twitter daripada membaca akhbar tradisional.

Pejabat Setiausaha Agung UMNO seharusnya peka akan  perkembangan semasa dan mendekati semua bentuk dan jenis media. Ia mesti mesra semua media demi kelangsungan hidup parti itu sendiri.


10 comments:

Anonymous said...

yes. Berani kerana benar!
apa hal mau takut sama Mkini ?
kasi dia masuk buat liputanlar

Syed Imran said...

Cukup menarik dan kebetulan pula dengan apa yang diperkatakan.

Hari ini badan pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Borders, mengeluarkan senarai kedudukan negara-negara dunia berkaitan kebebasan media atau Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010.

Kedudukan Malaysia merudum 10 anak tangga kepada 141, iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun.

Yang lebih menarik, kedudukan Singapura buat pertama kali mengatasi Malaysia, iaitu pada tangga 136. Pemimpin Malaysia sering mendakwa bahawa kedudukan kita lebih baik daripada Singapura, jelas sekali mereka silap, silap besar.

Anonymous said...

Sdr Imran.

Foreign Direct Investment (FDI) kita kecundang dengan Philippines, Kebebasan Media kalah dengan Singapura.Tahap pendidikan peringkat universiti negara ini juga merosot setiap taahun berbanding dengan negara=negara Asia, janga cakap negara-negara Eropah.Yang kita dapat lihat peningkatan negara ini ialah dalam dalam bidang 1. RASUAH, 2, Pembuangan Bayi 3. Kemalangan Jalan Raya.

222CircularRoad

Syed Imran said...

222Circular Road,

Betul tu kawan lama, maksud saya peningkatan yang dicatat oleh negara kita. Dalam hubungan ini, Malaysia Boleh.

Anonymous said...

"Oleh itu, tindakan pihak UMNO, yang dilaporkan sebagai pegawai dari pejabat Setiausaha Agung UMNO T. Adnan T. Mansor, melarang dan mengusir para wartawan dari media dalam talian, Malaysiakini...

Bukankah nama penuh S/Usaha Agung UMNO tu Tengku Adnan Tengku Mansor? Pak Tuan tak takut ka nanti Tengku Adnan MURKA?

sri hartamas

Syed Imran said...

Sri Hartamas,

T.Adnan tak kan murka sebab dia lebih mengetahui. Walau bagaimanapun, apa nak ditakutkan akan kemurkaan manusia di muka bumi, terlalu kecil sangat.

Anonymous said...

SATU MALAYA DAH HEBOH PASAL ROSMAH MELANCARKAN ISLAMICFASHION SHOW YG MENGHINA UMAT ISLAM SEDUNIA.

ROSMAH AKAN MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI.

KITA TUNGGU DAN LIHAT . APA PULA KOMEN MUFTI DAN SEWAKTU DGNNYA.

Anonymous said...

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

APa comment Tuan Syed.

Ya Allah - kau lindungilah kami dari bala mu, mereka yang menghina Nabi Mu ya allah semoga kau balas dengan setimpal nya. Amin

Syed Imran said...

Amin.

Saya dah lihat foto berkenaann yang kononnya atas nama fesyen Islam. Semoga Allah melaknatkan mereka yang terlibat.

Kekadang manusia lupa bahawa perbuatan mereka, terutama yang bergelar isteri, boleh dan akan menyumbang kepada kejatuhan atau kehancuran suami, dan si suami pula tidak terlepas daripada dosa atas perbuatan isteri kerana dia gagal mendidik dan menegur isteri berkaitan sesuatu perbuatan yang hina seperti apa yang berlaku itu.

Anonymous said...

Siapa Tengku Adnan Ini?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama �Tengku Adnan bin Tengku Mansor�. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan mistri.