Monday, October 25, 2010

Majlis Ulama UMNO, perlukah?

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak 'pihak berkuasa agama Islam' dan boleh dikatakan mengatasi negara-negara Islam yang lain.

Malaysia mempunyai majlis agama dan jabatan agama Islam di setiap negeri dan sebuah jabatan khusus di peringkat persekutuan. Setiap negeri juga mempunyai seorang mufti dan sebuah majlis kebangsaan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.Malaysia juga mempujnyai sistem Kehakimah Syariah.

Selain itu, Majlis Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Malaysia juga mempunyai berpuluh badan bukan kerajaan  yang berkaitan Islam termasuk badan-badan dakwah, kebajikan dan hal ehwal pengguna seperti PERKIM, ABIM, IKIM, Persatuan Pengguna Islam, dan JIM.

Parti-parti politik  tertentu juga mempunyai biro atau bahagian khas yang khusus mengenai hal ehwal Islam seperti biro agama. Pendek kata sudah banyak badan, institusi dan pertubuhan yang berkaitan Islam di Malaysia. Masing-masing mempunyai tugas dan peranan dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

Oleh itu, cadangan seorang pembahas dari Perlis, iaitu anak mantan mufti kerajaan negeri, supaya UMNO menubuhkan sebuah majlis ulama adalah tidak perlu sama sekali. UMNO sendiri mempunyai sebuah biro khas mengenai agama Islam dan tidak perlu dibentuk sebuah majlis atau badan lain untuk tujuan yang sama.

Sejak kemasukan apa yang disebut sebagai 'golongan ulama' atau 'ilmuan Islam' yang tidak semestinya 'warak' dalam soal agama walaupun mereka memiliki ijazah doktor falsafah yang tidak semestinya khusus dalam ilmu-ilmu agama,  kini timbul pula cadangan penubuhan majlis ulama.

Apakah tujuan sebenar cadangan itu? Adakah mereka tidak mempercayai sistem dan kaedah yang ada termasuk institusi mufti dan biro agama yang sedia wujud dalam UMNO itu sendiri? Atau mungkin golongan minoriti Islam yang tidak mengikuti mazhab Imam Syafie' mempunyai agenda tertentu?

3 comments:

ting tong guy said...

Tuan Syed,

Setuju, pendapapat saudara.

Cadangan tersebut adalah sempit, 'self centered' dan memperlihatkan sikap 'insecure' dikalangan orang-orang UMNO itu sendiri. Seolah-olah mereka tidak berminat kepada ilmu melalui keinginan utuk mendengar pandangan orang lain.

Ini adalalah satu percubaan untuk meng'UMNO'kan agama Islam itu sendiri yang telah dibawa dengan sempurna oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Adakah mereka terlalu takut kepada percanggahan pendapat yang tidak memihak kepada hasrat politik mereka? Atau mereka cuma ingin meperbodohkan kita?

Percanggahan pendapat dikalangan ahli ilmuwan Islam adalah disebabkan akan kefahaman yang bebagai yang memungkinkan konsep 'collision of minds' hasil daripada pengetahuan dan ilmu yang dipelajari dan ditafsir berdasarkan al-quran dan hadis.

Adakah UMNO ingin menyampaikan mesej bahawa cuma ahli ilmuwan yang menyokong hasrat politik mereka itu amat benar tafsiran hukum Islam mereka dan menolak pandangan golongan lain yang mungkin sama layak dan pandai tetapi mempunyai pandangan yang berbeza? Atau UMNO sekadar cuba untuk memiliki Islam itu secara total sebagai hak mereka dan menolak 'collision of minds itu sebagai satu perbuatan yang bertentangan dan anti Islam?

Anonymous said...

UMNO terus menerus jaki dengan PAS yang dilihat sebagai Parti Islam (nama pun Parti Islam Malaysia). UMNO ni nampaknya nak jadi Parti untuk semua. Kalau macam tu, ubahlah nama jadi United Malaysian National Organisation. Ambil alih semua aprti komponen BN sekarang, dan semua rakyat boleh jadi ahli UMNO (rakyat yang teringin sajalah).
cadangan anak bekas mufti Perlis ni perlu dikaji secara mendalam. ini nampaknya macam cadangan ornag yang ada kepentingan diri sendiri-dia nak jadi Ketua Unit Ulama UMNO kot, dan dapat jadi Menteri Hal Ehwal Islam. Awai awai pun, dia dah defend Rosmah mengenai isu "Islamic Fashion Show" di Monaco.
Terfikir juga saya, mungkinkah ini(menyenangkan hati Rosmah) menjadi jalan pintas untuk mendapat kedudukan politik dalam pentadbiran anak Tun Razak?

sri hartamas

Unknown said...

Sri Hartamas,

Ya, dengan melaung-laungkan slogan 1Malaysia, memang sesuai UMNO dijadikan parti untuk semua rakyat Malaysia, United Malaysian...

Benar, mereka mempunyai kepentingan dan agenda tertentu untuk menguasai UMNO melalui majlis ulama. Ia berkait rapat dengan soal mazhab yang diamalkan di semua negeri kecuali Perlis dan ikutan amalan di sebuah negeri Arab. Golongan ini juga sering membida'ahkan amalan majoriti yang berpandukan mazhab Syafie'e.