Friday, July 30, 2010

Guru dan politik

Akibat  berkurangnya sokongan orang Melayu,* maka dilonggarkan syarat dan dikendurkan larangan dalam Perintah-Perintah Am untuk membenarkan guru siswazah dalam gred tertentu aktif dalam politik. Langkah tersebut juga ada kaitan dengan,  saya difahamkan,  kedudukan dimana semakin bertambah guru, terutama guru Melayu, yang menyokong parti bukan UMNO.

* (Pemimpin UMNO akan cepat menyatakan bahawa sokongan orang Melayu bertambah ekoran daripada bertambahnya ahli parti itu. Tetapi ia tidak melambangkan sokongan majoriti orang Melayu)
 
Ramai orang yang bertanya kenapa guru sahaja dan tidak mencakupi perkhidmatan awam yang lain?

Alasan yang diberikan adalah tugas guru tidak terlibat dalam tindakan-tindakan bercorak eksekutif yang berada di tangan pegawai tadbir (pegawai peringkat pengurusan yang dilarang berpolitik) yang memungkinkan mereka menyalahguna kuasa yang ada. Kita terima sajalah alasan tersebut kerana ada kebenarannya.

Walaubagaimanapun, kedudukan dan peranan guru sekarang tidak boleh disamakan dengan zaman tercetusnya semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu berikutan cadangan pembentukan Malayan Union pada 1946. Ketika zaman itu, majoriti orang Melayu yang "berpelajaran" berkhidmat sebagai guru, kerani, posmen dan amat sedikit yang berjawatan tinggi. Oleh itu, kebanyakan "cerdik-pandai" peringkat pinggir bandar, kampung dan desa adalah guru dan merekalah yang berperanan selaku pemimpin.

Keadaan sudah berubah dan di kalangan orang Melayu sekarang sudah wujud golongan "terpelajar" dalam semua bidang termasuk perniagaan dan perdagangan, iaitu golongan yang disebut sebagai "orang korporat" walaupun istilah tersebut tidak tepat.

Kewujudan golongan elit Melayu sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh dan peranan guru Melayu dalam politik, terutama politik UMNO dan ditambah pula dengan politik wang atau rasuah politik. Oleh itu, kita tidak boleh samakan peranan dan pengaruh guru semasa zaman tercetusnya semangat kebangsaan dan sebelum dan sedekad selepas Merdeka, dengan keadaan sekarang.

Jika UMNO berfikir yang dengan membenarkan guru siswazah aktif dalam politik akan menguntungkan perjuangan parti, mereka silap besar.  Seperti yang saya sebutkan terdahulu, ramai guru yang tidak menyokong UMNO mahupun Barisan Nasional.

Seperkara lagi yang mungkin menimbulkan masalah dan ketegangan di peringkat sekolah mahupun Jabatan Pelajaran ialah wujudnya dua atau tiga puak yang berlainan fahaman dan sokongan politik di sesebuah sekolah mahupun Jabatn negeri. Sekarang keadaan tidak begitu ketara kerana ada larangan berpolitik, tetapi ia pasti berubah apabila politik dibenarkan.

Cuba bayangkan satu kedudukan di sebuah sekolah menengah, pengetua sokong UMNO, penolong kanan hal ehwal pelajar sokong PAS manakala penolong kanan yang seorang lagi berkecuali dan di kalangan guru siswazah yang mengajar di sekolah berkenaan pun ada yang sokong UMNO dan ada yang sokong parti bukan UMNO.

Mahu atau tidak, suka atau tidak, satu hari mereka akan bertelagah, bertengkar dan "berkelahi" di sekolah kerana berlainan fahaman dan sokongan politik. Apa yang akan terjadi kepada kemajuan pembelajaran dan pengajaran di sekolah? Siapa yang rugi?

Ya, mungkin pihak Kementerian Pelajaran atau Pejabat Ketua Setiausaha Negara akan berkata guru tidak boleh membawa politik ke sekolah, tetapi siapa yang nak kawal? Siapa yang nak larang atau sekat seseorang guru daripada mengulas mengenai sesuatu isu politik yang sama ada di sokong atau di bantah olehnya semasa dia berehat di bilik rehat guru? Siapa pula yang nak larang seorang guru lain yang berlainan fahaman dan sokongan politik daripada membuat ulasan balas? Keadaan tersebut sudah tentu menjurus kepada perdebatan hangat antara mereka dan mungkin ada guru lain yang masuk campur. Apa kesudahannya?

Kita akui bahawa sokongan dan keanggotaan dalam mana-mana parti politik adalah hak mutlak seseoraang warga negara tanpa mengira apa tugas, jawatan dan kedudukannya. Kita juga mengakui bahawa pelajaran dan pendidikan amat penting bagi sesebuah negara untuk maju dan terus maju. Ianya tiada tolak ansur.

Tetapi, kita tidak mahu melihat politik di bawa masuk ke dalam sekolah kerana ia pasti akan menganggu-gugat perjalanan pembelajaran dan pengajaran yang boleh menjejas penimbaan ilmu di kalangan anak bangsa.




  

8 comments:

Anonymous said...

sokong Pak Syed- biarkan sekolah itu tempat mencari ilmu dan bukan
tempat berpolitik.
tugas utama guru ialah mendidik
dan bukan ke sana ke sini buat
kempen.Betul tak?

bekas guru Beaufort

IES Agencies said...

Politik ni memang pening dan memeningkan... satu alam yang pelik dan aneh

baru baru ni Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE

orang kampung said...

Apakah tindakan kerajaan agaknya bila didapati ada guru menunjukkan kecondongan ke arah pihak pembangkang?

Amat sukar untuk mengawal dan membendung pegangan fahaman politik seseorng individu itu termasuklah kaum guru. Tidak mustahil pertentangan pegangan ini terbawa-bawa ke sekolah secara sedar atau tidak.


Latar belakang dan suasana penglibatan kaum guru dalam politik di tahun-tahun 50an jauh berbeza daripada sekarang.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Ramai guru-guru berpolitik sebelum ini tetaoi mereka dilarang memagang jawatan dalam parti politik itu saja. Dengan perndekatan terkini ini, guru-guru dengan kebenaran bolehlah aktif dalam politik dan bertandfing untuk merebut jawatan di semua peringkat parti. Inilah yang membimbangkan semua pihak ia itu ibu bapak dan juga mereka yang bermimpi untuk mnjadi politik sebagai professinal mereka. Dengan kehadiran cabaran baru terdiri daripada guru, oersiangan semakin sengit dan ramailah guru naik turun Putrajaya dan Pejabat-pejabat parti politik untuk menunjukkan sokongan mereka kepada perjuangan mereka kapada pucuk pimpinan parti. Pada masa yang sama ramailah guru akan menjadi musuh kepada pucuk pimpinan peeringakat cawangan, bahagian dan negeri kerana kemunc ulan mereka akan mencabar kedudukan pemimpin-pemimpin peringkat negeri, cawangan dan bahagian.Ramaio lah nanyi guru-guru yajg tidak sehaluan dengan parti merentah akian menjadi mangsa permainan politik kotor.


Orang lama

Encik Osman Jailani said...

pak syed, minta maaf komen lari sikit .... font tulisan ni saya rasa tak berapa sesuai ... itu saja ... saya baca setengah saja dulu sebab sakit mata

Anonymous said...

Satu lagi langkah BN/UMNO yang mengaruttt.....lebih banyak buruk dari baiknya. tak cukup lah politik di dalam alam pelajaran sekolah rendah, menengah, pra-u, dan IPTA?

sri hartamas

Anonymous said...

Shamsol Yunos (7.44pm)

Apa pentingnya Ling Liong Sik dalam politik semasa. tengok tuduhan yang dikenakan ke atasnya pun dah boleh agak dengan darjah ketepatan yang tinggi akan betapa dia akan dibebaskan. takkan tokoh UMNO satu orang pun tak terlibat? You baca mainstream papers saja kot? Or you are part of the mainstream media whose role is to keep on spinning...
and one more thing, whats the urgency for Najib and family to take a holiday while Ling gets to go to court? Najib ni penakut ka?

sri hartamas

Unknown said...

Sdr Osman Jailani,

terima kasih atas teguran, saya dah tukar.

Shamsol Yunos,

yang pasti bukan Liong Sik seorang yang "terlibat", pokok pangkalnya dimana tanggungjawab bersama Kabinet yang meluluskannya?